Assalamualaikum, dan selemat pagi Isnin. Semoga para pembaca semua bersemangat dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini. Sebenarnya ingat nak up entri ni semalam, tapi lepas isya' rasa sakit pulak di bahagian bawah perut. Tambah pulak dah letih dan ngantuk, maka kita rehatlah dulu. Suami dan Sofiy pun dah pakat tido, jeles jugak tengok diorang lena.

Alhamdulillah kandungan pun dah 29 minggu. Nurse dah tanya pasal beg hospital baru teringat.  Sejak hari Jumaat lepas saya dah mula keluarkan kotak-kotak yang berisi barangan baby, Sofiy punya dulu la(of course bukan angkat sendiri, cik abang la tolong). Congak-congak, barang newborn tu dah lebih 5 tahun bersimpan. Lama dah kami takde baby kecil rupanya. Walaupun saya jenis simpan setempat-setempat ikut kategori macam baju satu kotak, mitten & booties satu beg, kasut-kasut satu kotak, peralatan breastpump dan botol satu kotak asing, tapi tetap jugak tercari-cari sebab dah ingat-ingat lupa. Bantal newborn ada sarung je, bantalnya entah ke mana agaknya tertinggal kat rumah pengasuh. Bantal apitnya ada, sarung tilam ada, tilamnya takde, pun rasanya tinggal kat rumah pengasuh sebab tilam tu dah lunyai. Sebab tulah sebelum keluar shopping barang baby yang baru, kita kena check dulu barang yang dah sedia ada. Macam barut baby, saya ingat ada sikit je rupanya dah cukup dah. Mujur tak order online lagi. Jadi, semua yang perlu (barang keperluan newborn) dah selamat dibasuh. Baju-baju saiz 6 bulan ke atas saya tak keluarkan lagi, taknak menyemak sebab rumah kami kecik. Sofiy dulu baju 0-6 bulan tu sampai umur setahun pun muat lagi. Kena stop dulu...Nanti sambung na.

Update

Wah, seminggu terbengkalai entri ni. Entah apa yang disibukkan ye. Ahad lepas kami dah pun keluar shopping baju dan keperluan baby serta uminya masa bersalin dan berpantang. Sofiy sangat teruja nak shopping barang baby. Troley langsung tak bagi umi pegang, dia yang nak tolak sana sini. Besar dah Sofiy, nak jadi abang dah kan. Kali ni memang beli barang-barang yang betul-betul perlu je sebab dah tau keperluan sendiri hasil pengalaman yang lepas. Baju newborn beli sikit je, cukup untuk pakai masa di hospital. Yelah, adik pun mesti nak baju dia sendiri at least baju pertama dia..takkan semua nak pakai yang abang punyakan. Apa lagi ye yang dibeli? Bantal, sapu tangan, tuala, tisu basah, diapers, alas getah (changing mat), materniti pad untuk umi, kapas untuk cuci luka dan tali pusat, hanger. Senang kita tengok je gambar ni. Ada yang saya dah beli awal bila masa ke kedai dan terjumpa. Ada juga yang belum beli lagi. Tilam takde yang solo, semuanya satu set macam rugi pulak sebab bantal apit dan bantal tido dah banyak. Yang beli ni pun bantal karipap, senang kalau nak jalan-jalan bawak yang ni je. Kalau rajin umi cari tilam kat tempat lain ye dik, kalau tak kita guna comforter kat rumah tu je la. Saiz dan material tilam pun saya tak berapa puas hati, budak panjang sikit nanti dah tak muat. Material pun macam panas je.


Kali ni dah cerdik sikit, saya tak shopping kat kedai barangan bayi @ butik bayi macam masa anak pertama dulu. Saya dah survey barang-barang kat sana lebih mahal. Kali ni kami pergi pasaraya biasa je. Walaupun agak melilau sebab barang-barang tak dilonggok setempat, tapi berbaloi dari segi harga. Saya juga tak beli semua barang baby di sudut yang jual barangan baby. Contohnya tuala dan sapu tangan, kalau beli kat tempat barangan baby tu, harganya 2 kali ganda lebih mahal.

Ok, sekarang ni barang-barang ni semua kena dikategorikan ikut keperluan. Ada yang nak dimasukkan dalam beg labour room, ada yang nak bubuh dalam beg hospital (kegunaan di wad) dan ada yang nak ditinggal di rumah je. Saya belum pun lagi siapkan beg-beg itu walaupun semua dah basuh. Serius dah lupa masa saya siapkan beg hospital nak bersalinkan Sofiy dulu. Rasanya macam sekitar 7 bulan saya dah shopping, tapi masa siapkan beg memang hilang ingatan.hehe. Jadi, rasanya saya kena buat senarai la kat sini biar senang nak check dah cukup ke belum. Tulis kat kertas asyik hilang je. Jom kita tengok senarainya ikut kategori. Kalau rasa-rasa membantu untuk jadi panduan, boleh la guna senarai yang sama. Setahu saya ada beza keperluan yang disediakan di hospital kerajaan dan swasta.

BEG LABOUR ROOM (nanti dah siap kita up gambar ye)

- Buku rekod mengandung (buku pink)
- IC ibu
- baju NB (baju sahaja)
- tuala
- selimut bertopi
- diaper NB(1 keping)
- pad ibu (dulu hospital Serdang sediakan, tapi nak prepare juga)
- mitten (rasa macam tak perlu tapi nak bubuh juga)
- stokin ibu (pakai lepas bersalin)
- air zamzam dan kurma ( 1-2 biji pun cukup)

BEG HOSPITAL - WAD

Keperluan Bayi
- baju baby (agak-agak 2-3 hari, tak cukup nanti suami boleh bawakan)
- mitten & booties (sikit je sebab biasa tak pakai pun)
- topi baby
- lampin kain
- tisu basah ( 2 pek)
- sapu tangan (baby kerap muntah lepas menyusu)
- bedung dan barut (barut nak bawak sikit je sebab dulu tak pakai pun)
- diapers (bawak lebih sebab baby selalu kena salin, mungkin kena tahan lama kalau ada komplikasi)
- balm / minyak bayi (saya guna minyak Jerslin dan minyak zaitun)
- mandian bayi (kadang baby tak mandi pun)
- thermometer
- hand sanitizer
- pam susu dan milk storage (in case anak masuk NICU)

Keperluan Ibu

- pakaian ibu (pakai waktu balik)
- tudung 
- materniti pad / pad biasa heavy flow
- toiletteries (berus gigi, ubat gigi, sabun - bawak yang travel size)
- getah rambut, sikat, bedak, deodorant
- minyak panas/ minyak angin  ( saya guna minyak mustajab NR)
- vitamin / set berpantang (saya guna Set Berpantang Shaklee letak dalam pill box siap-siap)
- paracetamol ( in case demam)
- stokin (2-3 pasang)
- tuala
- hanger
- kapas
- telekung & sejadah ringan (guna kalau sebelum bersalin masuk wad dulu)
- kain batik
- surah yaasin, buku doa, tasbih digital
- handphone dan charger / power bank
- disposable panties / panties / nursing bra
- beg plastik ( untuk isi baju kotor)
- selipar tandas
- pen

Makanan / Kelengkapan Makanan
- termos
- air mineral
- cawan (saya guna shaker je)
- sudu garfu
- kurma
- air zamzam
- biskut 4 segi (beli travel pek / buh dalam tupperware)
- roti (ni boleh minta suami bawak kemudian)
- lauk berpantang yang kering ( ikan bilis goreng, lada hitam tumbuk dll yang sesuai)
- susu tepung / susu kotak / ESP / minuman coklat 3 in 1 / oat 3 in 1
- bekas makanan ( mana tahu nak tapaw sebab tak sempat makan)

Wah, banyaknya...macam nak berkampung pulak kat hospital ni. Tapi kalau tak bawak pun nanti perlu. Saya cadang nak bawak beg beroda yang ala-ala easybag budak sekolah tu tapi saiz besar sikit la. Kena adjust la nanti macam mana nak susun. Senang suami nanti tarik je, berat jugak nak mengusung beg tu nanti kalau tak beroda. Kalau rumah dekat, keperluan makanan tu boleh siapkan tapi tinggal dulu kat rumah nanti suami bawakan. Tapi macam saya, saya tak suka nak susahkan suami ulang tengok saya je. Lagi satu risau ada kes transfer hospital. Mudah-mudahan takde la macam tu, serik dah kena masa Sofiy dulu. Rumah pun tak la dekat baik dengan hospital Serdang, Putrajaya mahupun Kajang. Cadangnya, lepas hantar saya, kalau tak bersalin lagi tapi masuk wad..saya nak suruh dia balik dulu. Kesian kat Sofiy yang kena tinggal. Nanti dah dekat-dekat nak bersalin baru saya panggil. Tapi kalau memang dah terus masuk labour room pun alhamdulillah, tu tandanya sakit tak lama.

Ok, dah ada senarai ni...esok bolehla mula siapkan beg. Yang penting beg labour room. Ingat nak buh siap-siap dalam kereta. Senarai untuk barang-barang kat rumah kemudian saya update ye. Senarai kat atas ni pun kalau ada penambahan atau pengurangan saya akan edit balik nanti. Buat kawan-kawan yang seangkatan, selamat membuat persediaan untuk orang baru :-)
Ini merupakan perkongsian Ustaz dengan pembaca fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki. Untuk update Ustaz yang terkini sila ramai-ramai ke sana.



AMALAN KHAS DAPAT JODOH ( ISTIGFAR ) 

Amalan beristigfar ini sengaja saya anggap "amalan khas" kerana walaupun ia ringkas dan mudah tapi memang jarang yang buat (dengan istiqamah ).

Amalan ini amalan orang-orang alim dan warak.

Amalan meminta ampun kepada Allah ini adalah amalan nabi kita . Tinggi amalan ini saudara...

Nabi manalah ada buat salah; tapi nabi minta ampun kepada Allah 100 kali sehari.

"Sesungguhnya hatiku tidak pernah lalai dari zikir kepada Allah, sesungguhnya Aku beristighfar seratus kali dalam sehari." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

*******************

Kita...?

Ehem....buat salah itu kadang-kadang sengaja; kadang-kadang tidak sengaja. Jadi lebih baiklah minta ampun hari-hari kepada Allah. Selamat....

Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” ( HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah .

*******************

Jodoh adalah rezeki. Maka dengan amalan istigfar ini , harap-harap tidak tertahanlah jodoh kita dek salah-silap yang barangkali kita tidak sengaja buat.

Maka...kita istigfar sajalah hari-hari. Selamat....

********************

Tambahan pula Allah janji begini:

”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: 10-12).

Tengok....dengan istigfar saja, Allah janji tambah rezeki; masya-Allah..!

********************

Kemudian nabi pesan pula begini:

Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Masya-Allah! Ada peluang dapat jodoh tidak disangka-sangka saudara...

Tidak mustahil dapat jodoh di sini. Sesama pembaca/komuniti MMR.

Subhanallah!

********************

KESIMPULANNYA:

Kepada yang berazam mahu bernikah pada tahun ini (2014) ; maka perbanyakkanlah ISTIGFAR (Minta Ampun kepada Allah ). Pagi petang, siang dan malam.

Ya, kita buat sungguh-sungguh dan istiqamah. Tiada hari tanpa istigfar.

Kita istigfar 100 kali sebelum subuh. 100 kali sebelum Asar. Kalau tidak sempat. Lepas subuh dan lepas Asar juga boleh.

********************

Kemudian....bila rezeki jodoh itu sudah tiba. Mohon khabarkanlah berita gembira itu nanti kepada warga MMR.

Kami akan turut mendoakan saudara. Amin.

********************

Cara istigfar...? Mudah saja...

Taip " istigfar ' di youtube.

Pilih saja mana-mana lafaz istigfar yang kita suka dan selesa.

********************

TIADA HARI TANPA ISTIGFAR

*********************

CUBALAH... Insya-Allah jadi.


Copy & Paste dari page Mudahnya Menjemput Rezeki


Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.

Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak dijangka. Walaupun cuma hadiah ketujuh @ saguhati, tapi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Memberi sebab saya seakan tidak percaya. Dalam berjuta orang, no unit saya terpilih. Dan yang lebih buat saya tak jangka ialah saya cuma ada 10 unit SSP saja..berjumlah RM100 semuanya. Kalau ada beribu tu kira logik juga nak kena. Sebelum ni penah ada kawan saya beli SSP ni berharga RM20k ++ tapi sekali pun tak pernah terpilih. Ada juga yang dah simpan berpuluh tahun pun tak pernah menang apa-apa walaupun hadiah saguhati.

Saya beli SSP nipun suka-suka. Sebenarnya bukan duit saya pun, duit raya Sofiy tahun lepas tak silap saya. Saya sebenarnya simpan duit Sofiy dalam Akaun Nuri Bank Rakyat, tapi masa tu Sofiy dapat duit lambat kot dan saya dah malas nak pegi masukkan sekali lagi. Teringat pasal SSP ni, kebetulan BSN depan rumah je..singgah la kejap dan beli unit sebanyak duit tu, RM100 = 10 unit. Kalau nak guna senang nak tebus sebab dekat. Dan duduklah unit-unit tu di situ saya tak tebus pun sebab belum ada keperluan. 

Bulan Jun 2014 yang lepas, nampaklah BSN tu dok letak segala replika hadiah SSP...saya dah agak mesti ada cabutan negeri Selangor. Check mybsn dan tengok hadiah utama Produa Myvi. Hahaha..diam-diam ada jugak berangan kot dapat Myvi sebiji, dapatlah balik kampung raya dengan kereta baru konon. Hahahaha..berangan tak salahkan? Dan saya juga ada berdoa jika baik untuk saya, dengan keizinanNya, maka pilihlah saya. Tapi idakla bertuah pun.hehehe.

Tapi Allah itu Maha Mengetahui...dan Maha Pemberi. Rezeki tidak pernah salah alamat, rezeki tidak pernah lambat atau cepat sebaliknya tepat pada masanya. Rupanya Allah nak bagi masa cabutan bulan Julai 2014 walaupun hanya hadiah saguhati, tentu saja hadiah tu yang terbaik buat saya. Mungkin juga hadiah birthday saya yang ke-30 25 Julai yang lalu :-)




Demi keselesaan pelanggan dan juga kecekapan pengurusan, Shaklee Malaysia Home Office (HQ) telah berpindah ke lokasi baru di The Pinnacle. Inilah suasananya, luas dan nampak selesa. Namun, Shaklee tetap mesra kanak-kanak, siap ada playground lagi. Ramai daripada SID merupakan ibu-ibu yang bekerja dari rumah, tidak ada pengasuh untuk menjaga anak-anak. Jadi, ke mana ibu pergi, mestilah anak ikut sekali. Shaklee sangat memahami situasi ini dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan anak-anak ceria ini dalam setiap event Shaklee. 
Dalam sehari dua ini penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Ustaz Fathuri Salehuddin kerapkali menyebut tentang sedekah, the power of sedekah, keajaiban sedekah, fadhilat sedekah, kemampuan bersedekah, cerita-cerita tentang sedekah dan sebagainya. Jadi, sebagai salah satu bentuk sedekah juga, saya ingin copy & paste apa yang Ustaz sampaikan supaya boleh diperpanjangkan kepada para pembaca blog ini pula.

#MudahnyaMenjemputRezeki 

Ustaz Fathuri (Penulis MMR)

KALAU TIDAK CUKUP DUIT , SEGERA PINDAHKAH DUIT YANG ADA KE BANK ALLAH. BUKAN UNTUNG 5%.; TAPI 700 KALI GANDA SAUDARAKU...!

" Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai seratus butir. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang DIa kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui " (Al-Baqarah: 261 )

****************************************************************************************************************

MASYA-ALLAH, APA YANG DISEDEKAHKAN PASTI DIBALAS. 
INI ALLAH YANG GOYAK ( kata orang Kelantan )

" Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" (Surah al-Hadid: Ayat 18)

***************************************************************************************************************


KEPADA YANG MASIH RAGU-RAGU TENTANG MENJEMPUT REZEKI DENGAN SEDEKAH....

FAKTA INI MEMBANTU. INSYA-ALLAH

"Tiada pagi yang dilalui oleh manusia melainkan ada dua malaikat yang turun (ke bumi). Salah satu berkata " Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang menginfakkan hartanya; kemudian malaikat yang satu lagi berkata, "Ya Allah, timpakanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil" (HR Bukhari dan Muslim )


Ya....doa ini berlaku setiap pagi, saudaraku....!!!

***************************************************************************************************************************

KEPADA SAUDARA YANG ( MERASAKAN )TIDAK CUKUP WANG UNTUK BERSEDEKAH SETIAP HARI...

Fakta ini akan mengubah paradigma ( cara berfikir ) kita. Insya-Allah.


" Bukankah Allah SWT telah menjadikan sesuatu bagi kamu untuk bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih ialah sedekah, setiap takbir ialah sedekah, setiap tahmid ialah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah. Memerintahkan kepada kebaikan ialah sedekah, melarang daripada kemungkaran ialah sedekah bahkan melakukan hubungan bersama isteri kalian juga sedekah" (HR Muslim)

**********************************************************************************************************************************


INILAH CARANYA MENDAPATKAN POLISI INSURAN PALING MUDAH DAN MURAH.


" Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah" (HR Thobrani dan Baihaqi)

Kepada saudara yang rasa bimbang, cemas dan ketakutan terhadap apa-apa musibah yang akan menimpanya pada hari ini; jangan tunggu lagi.

Segera keluarkan sedekah sekarang juga...!

Sedekah kepada ahli keluarga sendiri juga boleh

Kerana " musibah tidak dapat melintasi sedekah"

Insya-Allah.

******************************************************************************************************************************
INFO: Kepada yang ada cerita/ pengalaman tentang sedekah. Tulis dan hantarkan kepada saya 
(email: fathuri72@yahoo.com) -

Saya dalam usaha terbitkan Majalah MMR : Cerita Kita Untuk Kita.

Cerita yang terpilih dapat masuk majalah dan dapat hadiah.

Insya-Allah.


***Sesiapa yang ingin berkongsi cerita tentang keajaiban sedekah, boleh emel terus kepada Ustaz Fathuri ye sebagaimana alamat emel di atas. Semoga bermanfaat untuk semua.


Berminat mendapatkan Buku MMR dan Buku Mini MMR? 
Hubungi saya:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
SMS / WHATSAPP: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.


Semua rakyat Malaysia malah seantero dunia maklum dengan dua trageni yang menimpa penerbangan MAS khasnya dan penerbangan Malaysia amnya dalam tahun 2014 ini. Tragik dan misteri. Kedua-duanya masih belum dapat dirungkai. Selama ni, saya tidak pernah up entri dan jarang up status di facebook tentang kedua-dua tragedi ini. Tapi hari ni nak up juga secara ringkas, sebagai tanda penghormatan dan ingatan. Juga biar sejarah itu juga ada dicoret di blog ini.

Kedua-dua tragedi ni berlaku sepanjang saya mengandungkan zuriat kedua kami ini. MH370 lebih mudah saya ingat sebab masa hari kejadianlah saya mula mabuk-mabuk dan saya banyak tergolek kat sofa mengadap tv sekaligus mengikuti paparan-paparan berkaitan tragedi.

Berbalik kepada tragedi MH17, kami sekeluarga juga ikut bersimpati walaupun tidak mengenali mana-mana mangsa yang terlibat. Tambah-tambah lagi bila melihat gambar-gambar dan reaksi waris-waris mangsa terutamanya anak-anak yang kerinduan terhadap ibu bapa. Saya tak sampai hati nak letak gambar di sini, semoga Allah menringankan beban yang mereka tanggung dan memberi kekuatan kepada mereka, fizikal dan emosi.

Mangsa-mangsa MH17 yang Muslim khasnya, merupakan golongan yang terpilih. Walaupun peristiwa kehilangan mereka sangat tragis, namun pemergian mereka penuh penghormatan.



Mereka dijemput menemui Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia
Kematian mereka dikategorikan sebagai syahid
Kepulangan mereka ke tanah air pada bulan kemerdekaan
Kepulangan mereka pada hari Jumaat, dikebumikan pada hari Jumaat juga
Mereka diberikan penghormatan dunia dengan istiadat penghormatan yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia,  mendapat penghormatan pihak tertinggi termasuk YDP Agong dan para menteri
Seluruh Malaysia berkabung pada hari kepulangan mereka
Seluruh Muslim di Malaysia mendoakan dan menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka
Semua masjid di Malaysia melakukan solat jenazah ghaib buat mereka
Mereka disembahyangkan melebihi sekali, di Belanda, di Malaysia, malah ada yang disembahyangkan melebihi tiga kali
Rakyat Malaysia di Madinah juga melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka
Pusara mereka dikunjungi ramai


Moga tenanglah kalian di sana. Tiada lagi MH17 MAS untuk selamanya. 

Info: MH17 Amsterdam - Kuala Lumpur telah digantikan dengan MH19.


Assalamualaikum, pembaca semua. Diam tak diam dah hari Khamis. Sekejap je masa berlalu. Mudah-mudahan kita telah manfaatkan masa yang kita ada dengan sebaiknya. Salah satu cara kita dapat memanfaatkan masa kita adalah dengan membaca. Macam saya, saya suka bawa bahan bacaan bila tau akan ada masa terluang misalnya masa tunggu giliran di klinik, masa tunggu giliran di pejabat pos dan juga masa-masa lapang yang lain. Kalau kita keluar rumah ni, kadang-kadang kita susah nak bawa buku yang besar-besar. Pilihannya, buku kecil seperti Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Walaupun isinya tidak selengkap buku penuh, namun cukup padat untuk memotivasikan kita dalam hal berkaitan rezeki. Uniknya Buku MMR ini sama ada buku penuh atau buku mini, takkan ada rasa jemu walaupun membacanya berulangkali. Ia seakan buku motivasi dalam membuat kebaikan.

Apabila dihubungi oleh pelanggan yang bertanya tentang Buku MMR, saya akan tanya mahu buku penuh, buku mini atau satu set buku penuh dan buku mini. Bagi yang dah pernah tengok kedua-dua buku ini, mereka akan buat pilihan. Tapi bagi yang tidak tahu akan kewujudan buku mini, tentu saja akan tanya "APA BEZA BUKU PENUH DAN BUKU MINI?" Saya maklum dengan soalan tersebut. Kalau saya pun, saya akan tanya soalan yang sama juga. Tapi biasanya susah saya mahu terangkan secara panjang lebar akan beza kandungan antara buku penuh dan buku mini. Jadi, dalam entri ni saya akan tuliskan semula isi kandungan buku mini sebagaimana dalam poster di atas. Ditekankan sekali lagi, Buku Mini MMR adalah sedutan atau ringkasan daripada Buku MMR versi penuh. Ini bermakna, tidak semua kandungan buku penuh ada dalam buku mini. Dan bukan juga bermakna font atau tulisannya yang dikecilkan sehingga menjadi saiz mini. Buku MMR versi penuh ada 40 bab manakala Buku Mini MMR hanya ada 17 bab sahaja, namun ringkasannya itu meliputi isi dalam buku penuh. Pendek kata, kefahaman tentang konsep rezeki sudah sampai walaupun hanya membaca buku mini.

ISI KANDUNGAN BUKU MINI MMR

- Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
- Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
-Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha
-Sedekah Si Penarik Beca
-Ibu, Ibu Apa Khabar
-Ini Impian Kita
-Mengapa Rezeki Saya Sempit?
-Strategi Melunaskan Hutang
-Melunaskan Hutang Dengan Strategi Sedekah
-Bagaimana Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah
-Amalan 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (Duit)
-Amalan 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (Rasa Tenang)
-Amalan 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (Kesihatan)
-Amalan 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (Keselamatan)
-Sedekah Menolak 70 Pintu Bala
-Doa Melangsaikan Hutang Segunung Emas
-Sistem Sedekah RM1




Saiz Buku Mini MMR

Berminat mendapatkan Buku Penuh MMR atau Buku Mini MMR?


Hubungi saya melalui salah satu medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
SMS / WHATSAPP: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Assalamualalikum, dan selamat pagi Selasa buat semua pembaca. Semoga sihat-sihat selalu ye.

Ni cerita santai- santai saja pasal anak bujang saya yang seorang tu. Si Sofiy ni sebenarnya dari kecil lagi saya dah ajar dia supaya kurangkan makan yang manis-manis. Memang menjadi la nampaknya, dia tak suka air yang manis-manis macam kordial, dia prefer air masak. Air manis dia cuma susu coklat, susu strawberry,  minuman coklat dan air yoghurt. Coklat bar pun dia makan sikit-sikit je. Tapi! Dah budak tu, budaklah jugakkan. Masuk je tadika masa umur 4 tahun, dia dah pandai makan gula-gula la pulak. Mungkin cikgu-cikgu nak umpan budak-budak kecik ni dengan gula-gula, sebab Sofiy ni masa dua bulan pertama ke tadika tu dia menangis..hari-hari menangis. Masa hari pertama persekolahan lagi saya dah nampak taktik cikgu-cikgu ni bagi gula-gula. Tapi tak sangka pulak berlanjutan dapat gula-gulanya. Boleh dikatakan setiap petang bila ambil Sofiy dia akan keluarkan gula-gula. Bila tanya siapa bagi? Dia kata "cikgu". Dah gula-gula tu dalam tangan dia, ambik nanti menangis atau merajuk pulak. Apa yang saya boleh buat, saya lengah-lengahkan..suruh dia makan berat dulu, bagi dia minum susu dulu..kadang-kadang berjaya jugaklah taktik tu dan gula-gula tak dimakan sampaila malam. Biasa dia dah tido saya sorokkan, ada masanya dia dah tak ingat, tapi kadang-kadang dia ingat jugak dan tanya. hehe. Itu yang dia bawak balik..yang dia dah makan kat tadika? Saya cuba jugaklah guna psikologi dan bagitau keburukan gula-gula ni. Masa kita cerita memang dia iyekan, sampai sekolah lupalah tu.

Natijahnya, gigi dia cepat rosak. Kejap je saya nampak dah mula kekuningan dan gigi depan ada lubang sikit. Tak lama lepas tu, dia mula mengadu sakit gigi, sakit gigi. Dia tunjuk kat gigi geraham kanan belah atas. Check tengok tak nampak pun ada lubang ke apa. Tapi saya syak dah ada lubang kecil la tu dan dia ngilu. Bawaklah dia pegi checkup kat klinik kesihatan bahagian pergigian. Masa ni pun dia ok, tak de menangis ke apa. Doktor check check kata takde apa-apa masalah. Kata doktor mungkin gigi baru nak tumbuh. Hmmm...

Lama-lama sekali, dia akan mengadu lagi sakit gigi. Saya cuma suruh dia kumur-kumur je la mungkin ada terlekat apa-apa sisa makanan. Rutin gosok gigi macam biasalah, cuma kadang-kadang sebelah malam tu lupa. Salah maknya juga la. Makin lama makin kerap mengadu sakit gigi. Biasanya memang ada terlekat sisa makanan dan saya keluarkan. Jenuh juga suluh guna lampu handphone. Mujur assistive light handphone ni terang. Nak pegi klinik asyik bertangguh je sebab dia ke sekolahkan. Pegi pagi, balik dah 5.30 petang. 

Sampailah kelmarin (Ahad), dia mengadu sakit gigi lagi sebelah petang tu. Dok tekan tekan pipi kanan dia. Malam makin kuat agaknya sakit, dah berkerut-kerut muka, macam nak menangis dah. Adoi, janganlah sampai tak tido malam budak ni. Saya bagi dia makan Panadol sirap untuk tahan sakit. Alhamdulillah dalam sejam nampak dah ok, cuma sebelum tido tu oh eh oh eh sikit la..dok sembam pipi dia. Saya suruh dia cepat-cepat tido taknak sakit tu datang kuat balik. Dah cakap kat dia, esok kita pegi klinik jumpa doktor dan cabut gigi tu. Mujurlah dia ok je, tak takut. Ayah dok bagi semangat cakap cabut gigi tak sakit. Dia pun kata tak sakit, macam Upin Ipin. Hehe. Upin Ipin tu gigi depan nak oi..ni gigi geraham. Tapi seingat saya masa cabut gigi kecik-kecik dulu, memang tak sakit pun. Inject ubat bius tu je sakit sikit.

Pagi-pagi semalam, breakfast dulu. Kemudian gerak ke klinik. Alang-alang dah pergi, saya pun nak buat scaling sekali. Sejak mengandung belum buat scaling lagi sebab asyik mabuk je. Tunggu turn dalam 15 minit. Risau jugak kot dipanggil serentak, tapi husband ada boleh temankan Sofiy. Cuma Sofiy ni biasalah apa-apa nak umi jugak. Nombor Sofiy dipanggi dulu. Cewah semangat kemain dia, laju je jalan tak tunggu umi yang boyot ni, siap tolak pintu sendiri. Doktor check-check...doktor kata nak tampal je sebab geraham. Saya dah risau janganlah dibuatnya budak ni menangis kena gerudi, Sebab gerudi tu kan ngilu. Tapi doktor tak gerudi pun, cuma korek-korek je buang yang kotor-kotor tu sebelum tampal. Agaknya gigi susu ni lembut kot, kalau gerudi mau pecah. Nampak dia sedikit cuak jugalah bila doktor korek-korek tu. Doktor perempuan yang lembut, dok pujuk-pujuk. Si Sofiy ni pulak asyik nak tutup mulut je agaknya lenguh kot nganga lama-lama. Doktor tu asyik la ulang dialog ni " Buka mulut luas-luas ye sayang, doktor nak buang ulat-ulat ni". hehe.




Tak lama lepas tu, masa tu dah tengah tampal dah gigi dia,  husband bagitau nombor saya pulak dipanggil kat bilik sebelah. Saya suruhlah husband tunggu Sofiy pulak, tapi ayahnya takmau. Katanya biar je Sofiy ok sendiri. Haii la ayah. Saya dengar jugaklah doktor suruh dia kumur dan nurse tolong. Mungkin tinggi kot sinki tu. Alhamdulillah, anak umi tak nangis. Bila tanya kalau nanti datang lagi ok ke? Dia kata ok, Sofiy tak takut pun. Good Boy! 

Lepas dah rasa sakit gigi dan dah tampal gigi ni, lepas makan je mesti dia kumur berkali-kali. Haaa..tau serik.hehe. Proses nak membesar sayang, macam-macam kena tempuh, Umi ni, proses nak tua dan meninggalkan alam fana ni, lagilah macam-macam nak kena tempuh. Sebenarnya umi pun tak pernah ada pengalaman cabut gigi kekal lagi, huhuhu..sampai masanya nanti mesti kecut perut.

Ok, meh kita makan Ostematrix secara konsisten supaya keperluan kalsium kita mencukupi. Oh ye, bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang dah pandai menelan tablet pun dah boleh bagi Ostematrix ni pada mereka, tambah-tambah lagi yang tak suka minum susu. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat semenjak usia kanak-kanak lagi. 


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



ini testimoni saya sendiri tau


Sana sini orang bercakap tentang #shakleeeffect. Saya pun taknaklah ketinggalan juga, nak juga join #shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com. Ceritanya tentang gambar di atas, yang berlaku pada penghujung 2013. Sesiapa yang ikuti kisah saya keguguran tahun lepas akan tahu serba-sedikit tentang masalah jerawat yang saya hadapi ni. 

Saya disahkan menghadapi keguguran pad bulan September dan prosedur Erpoc dilakukan pada 3 Oktober 2013. Sepanjang September tu memang masa-masa kritikal buat saya sebab kena menunggu untuk memastikan kandungan saya ni sama ada ok atau ada masalah. Dalam tempoh tu saya tak berani buat kerja berat dan banyak berehat. Tapi sebenarnya badan je yang rehat, otak tetap ligat berfikir tentang bayi dalam kandungan. Boleh dikatakan saya selagi ada masa lapang saya akan search sana sini berkaitan blighted ovum dan keguguran. Tanpa sedar, sebenarnya saya telah mengalami depresi atau stres akibat terlalu banyak berfikir dan risau. Saya nampak ok tapi emosi saya terganggu. Akhirnya 3 Oktober selamatlah saya menjalani ERPOC @ DNC @ CUCI RAHIM. 

Dalam proses berpantang, saya lambat pulih dari segi dalamannya. Fizikal nampak macam ok, tapi saya alami sakit-sakit badan yang teruk. Kata tukang urut tu, keadaan ini akibat janin dalam kandungan saya telah terlalu lama tidak berkembang (jantung tak berdegup) baru dikeluarkan. Pendek kata, makan dalam la. Itu sebab saya sakit sana-sini. Saya terpaksa berpantang macam orang bersalin, kena berurut, bertungku dan jaga makan dalam tempoh yang lama. 

Selain masalah tu, saya jugak alami masalah kulit yang agak teruk. Kulit muka saya naik jerawat yang ada nanah, jerawat batu la kan namanya. Seumur hidup saya, tak pernah jerawat macam tu naik di muka saya. Setakat jerawat pasir atau jerawat sebiji masa bulan mengambang tu biasalah. Jerawat ni dahla banyak, sakit dan gatal pulak tu. Sampai rasa macam nak cakar-cakar je muka masa tu. Kulit muka pun sangatlah gelap dan kusam. Saya memang rasa sangat rendah diri. Tak cukup dengan jerawat, saya jugak diserang dek bisul. Pun, saya tak pernah kena bisul sepanjang hidup. 

Setelah berbincang dengan kawan-kawan yang juga pengedar Shaklee, saya ambil keputusan untuk cuba ambil GLA dengan konsisten, dan ditambah dengan ESP. Mungkin betul kata kawan-kawan, saya mengalami masalah ketidakstabilan hormon akibat proses hamil dan keguguran. Tambah memburukkan keadaan sebab saya juga stres. Stres memang ternyata memburukkan masalah hormon. 

Alhamdulillah, setelah 5 hari mengambil GLA dengan konsisten dan juga minum ESP mengikut dos yang ditetapkan, jerawat jerawat yang masak ranum tu semua kecut. Hanya 5 hari! Saya memang terkejut dengan kesannya yang sangat cepat. Mulai daripada waktu tu, saya bertekad untuk terus konsisten dengan GLA, ESP dan beberapa suplemen lain termasuk Vivix demi menangani masalah hormon saya. Teringin sangat nak kulit yang mulus, bersih dan berseri. Tapi Allah Lebih Arif dalam merancang, kita merancang nakkan kulit yang cantik, tapi Allah beri lebih daripada itu Hormon yang mulai stabil tu mendatangkan rezeki lain. Saya disahkan mengandung lagi. Tak sempat nak makan GLA secara beterusan, saya terpaksa berhenti demi kandungan yang baru. Alhamdulillah, rezeki Allah. Selepas bersalin nanti, saya akan teruskan misi saya untuk tampil berseri. Kali ni kena 'rancang' dengan lebih telitilah nampaknya :-)

Jadi, apakah #shakleeeffect GLA pada saya?

1- membantu menstabilkan hormon
2- mengecutkan jerawat dan membaikpulih kulit wajah
3- membantu mengawal stres setelah hormon kembali stabil
4- memudahkan kehamilan kerana hormon telah kembali stabil

Oh ya, saya nak kongsi juga satu lagi testimoni seorang kawan berkenaan GLA dan jerawat batu.



#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com


Maklumat lanjut, hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain air, protein adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita. Protein sangat penting untuk setiap fungsi badan. Setiap sel dalam badan kita mengandungi protein, dari kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti jantung, hati dan otak.

# Protein Untuk Badan Yang Lebih Langsing dan Kurus 

Protein adalah makanan tambahan yang amat baik digabungkan ke dalam sebarang program pengawalan berat badan. Diet tinggi protein menyekat hormon 'ghrelin' yang merangsang nafsu kelaparan dan meningkatkan 'cholecystokinin' 9CCK), suatu penahan selera yang mengisyaratkan otak untuk menghasilkan rasa kenyang dan puas. Protein juga mempunyai sifat termogenik yang menyebabkan badan mebakar lebih banyak kalori. Protein turut menyokong pembangunan jisim otot pejal yang penting untuk mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan.

Diet tinggi protein meningkatkan jisim otot pejal, menrangsangkan pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan yo-yo akibat daripada diet yang melampau.

"Asid-asid amino memberi isyarat kepada otot untuk membaiki struktur dan kekuatannya, akhirnya memberi tenaga untuk membakar kalori dan lemak." Dr. Layman, Ph.D, Emer. Pemakanan, Universiti Illinois.

# Protein Untuk Badan Yang Lebih Kuat & Pergerakan Yang Lebih Baik

Apabila mencecah umur 40, kita mula kehilangan jisim dan fungsi otot, suatu keadaan yang dikenali sebagai 'sarcopenia' yang berkaitan dengan usia. Keadaan ini menjadi lebih ketara pada mereka yang lazimnya mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif. Kehilangan jisim otot bermakna kehilangan kekuatan dan keupayaan untuk bergerak dan ini merupakan suatu faktor yang meningkatkan kebarangkalian warga tua mudah terjatuh. Peningkatan pengambilan protein secara sederhana berupaya untuk meningkatkan penghasilan protein untuk otot dan mengurangkan kehilangan jisim otot secara beransur-ansur dengan peningkatan umur.

Diet tinggi protein juga meningkatkan ketumpatan mineral tulang dan mengurangkan risiko keretakan tulang dan osteoporosis.

# Protein Untuk Daya Tumpuan & Kewaspadaan Yang Lebih Tajam

Kajian menunjukkan protein bermanfaat untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif. Ia meningkatkan prestasi memori pada orang tua dan juga meningkatkan kewaspadaan serta ketenangan pada kanak-kanak. Protein membantu menstabilkan paras gula dalam darah, memberikan kanak-kanak sumber tenaga yang diperlukan untuk membantu mereka kekal fokus sepanjang hari, yang seterusnya membantu meningkatkan prestasi mereka di sekolah.

Suatu kajian dari Universiti Cambridge mencadangkan bahawa protein bertanggungjawab dalam mengaktifkan "sel-sel orexin", suatu set sel-sel yang merembeskan orexin / hypocretin yang bertindak sebagai perangsang untuk otak yang membantu kita kekal cergas. Para penyelidik juga mendapati bahawa asid-asid amino menghalang glukosa daripada menyekat fungsi sel-sel orexin.

# Protein Untuk Kulit Yang Lebih Tegang, Cerah dan Awet Muda

Kolagen yang terbina daripada protein berserabut merupakan tisu struktur yang memberikan keanjalan pada kulit kita. Penguraian kolagen dikaitkan secara langsung dengan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur dan berkedut. Ambillah protein yang mencukupi setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

Glutation juga membantu menyingkirkan badan daripada radikal-radikal bebas dan toksin yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti hiperpigmentasi, melisma dan bintik-bintik hitam. Ia juga menyekat penghasilan melanin untuk memberikan warna kulit yang lebih cerah sekata.

# Protein Untuk Tempoh Kehamilan Dan Penyusuan Bayi Yang Sihat

Keperluan wanita terhadap protein meningkat dengan ketara dalam tempoh kehamilan dan penyusuan bayi kerana protein membekalkan nutrien kepada perkembangan fetus (bayi). Oleh kerana protein merupakan komponen yang penting dalam susu ibu, pengambilan protein yang banyak akan membantu memaksimakan bekalan susu yang seterusnya membantu mengoptimakan pertumbuhan dan pembangunan bayi.

# Protein Untuk Pemulihan Semula Selepas Senaman & Membentuk Tubuh

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa protein begitu terkenal di kalangan para atlet dan ahli bina badan? Otot hanya akan berkembang apabila badan anda mengekalkan nitrogen yang mencukupi dan proteinlah yang merupakan sumber nitrogen yang berkesan untuk membina jisim otot pejal. Glutamin merupakan suatu asid amino yang berprestasi tinggi dan berfungsi sebagai pembawa nitrogen utama dalam badan kepada otot rangka untuk menjana persekitaran yang kaya dengan nitrogen yang diperlukan untuk memaksimakan proses penghasilan otot.

Selain itu, sumber-sumber protein yang kaya dengan asid-asid amino rantai bercabang membantu mempercepatkan pemulihan semula otot yang tegang dan tertekan selepas aktiviti lasak.



Berdasarkan kebaikan-kebaikan di ataslah, saya memilih ESP Soy Protein Isolate Powder dari Shaklee (dahulunya dikenali sebagai Energizing Soy Protein). Selain protein lengkap daripada sumber haiwan seperti daging dan telur, tubuh juga memerlukan protein tidak lengkap daripada sumber tumbuhan terutamanya protein soya. Minum ESP juga membantu saya rasa mudah kenyang, memberikan tenaga segera, memelihara otot, membantu memperolehi kulit yang lebih anjal dan halus serta menguatkan kuku dan rambut. 

Jika anda berminat mengambil hidangan ESP setiap hari, anda boleh dapatkannya melalui kami. Caranya mudah saja, hubungi kami melalui salah satu medium di bawah. Kami akan memberikan konsultasi percuma buat semua pelanggan MAIA.

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Lapar Di Tengah Malam Sewaktu Hamil?


Tajuk entri sama dengan apa yang tuan rumah tengah rasa sekarang. Jam menunjukkan pukul 00:01 pagi. Baru sudah menyiapkan bab dalam buku untuk program buku DBP. Dah emel pada Prof pun, walaupun agak lewat hantarnya.hihi. Maafkan saya ye Prof. Minggu depan ada bengkel untuk murnikan lagi isi kandungan bab ini. Mudah-mudahan dapatlah terbit lagi satu bab dalam buku.

Ok, bali pada tajuk. Ibu-ibu mengandung ni kan..bila dah habis tempoh alahan biasanya akan mula berselera semula. Macam qadha pulakkan. Saya sekarang menginjak ke trimester ke-3. Masa trimester ke-2 hari tu kurang juga makan sebabnya alahan saya berterusan sampailah masuk bulan puasa baru ni. Bila dah puasa baru alahan tu hilang. Tapi dah sakit lain pulak, batuk teruk yang berpanjangan la pulak sampailah raya baru hilang. Lepas raya punyalah risau berat badan naik mendadak. Tapi bila checkup baru ni, nurse sudang bising la..berat saya maintain dan lebih sebulan. Tak naik. Kata nurse, next checkup kena naik. Kalau tak naik minum air gula. Adoilaaa..kita punyalah risau berat naik sebab taknak minum air gula..sekali berat tak naik pun ada potensi kena minum air gula. Haru betul la. Jadi sekarang saya tengah pulun makan dan naikkan berat badan la pulak. Kebetulan pulak memang asyik lapar je. Tapi, saya dah terbiasa memilih makan yang kurang gula, kurang karbohidrat, tinggi protein, tinggi serat selama ni. Jadi kalau makan sebarangan saya akan rasa bersalah. Bila baca artikel tentang diet sewaktu mengandung pun, memang kena makan makanan yang berkhasiat, tapi dalam portion yang seimbang. Apa menu dan jadual makan saya? 

Bangun tidur: Minum air penawar (air yaasin) yang saya buat sendiri / air zam zam.

Lepas Subuh: Segelas susu dan sebiji kurma / oat + susu dan sebiji kurma / kadang-kadang sekeping roti bakar (makan dengan sofiy yang breakfast sebelum pegi sekolah).

8.30 - 9.00 pagi: Suami bawak balik sarapan berat macam nasi lemak/ nasi berlauk/ nasi kerabu. Saya memang prefer nasi daripada mi atau kueyteow goreng.

12.30 tengah hari: Perut dah berkeroncong tapi biasanya saya belum siap masak time ni. Saya akan makan biskut / roti / buah / yoghurt + Air Performance Drink Shaklee perisa oren.

2.30 petang: Lunch nasi dengan lauk-pauk

5.00-6.00 petang: Minum petang. ESP Soy Protein Isolate Powder / milo cicah biskut 4 segi. Kadang-kadang suami belikan kuih macam cakoi atau putu piring.

8.30 malam: Dinner nasi dengan lauk-pauk.

10.00  - 12.00 malam: Biasa saya tidur sekitar 10.30 - 11.00 malam, tapi mau juga terlajak ke pukul 12 kalau ada buat kerja atau tengok tv. Biasanya akan lapar lagi dan saya ambil ESP + susu dan buah. Biasa buah pisang sebab stok pisang sentiasa ada sekarang ni nak elak sembelit.

Nota: Air masak memang kena minum banyak masa mengandung.



Keterangan lanjut mengenai ESP, boleh kunjungi laman web rasmi Shaklee Malaysia.

Kita tengok lagi 3 minggu ada checkup, berat naik tak. Sebenarnya ESP ni tak menaikkan berat badan pun malah menjaga berat badan sebab minum ESP dah buat kita kenyang. Tapi sebab dah buka dan minum sepanjang puasa hari tu..habiskan jugalah. Dah habis nanti boleh tukar dengan MealShakes pulak. Lagipun, menerusi pembacaan, protein shake ni antara makanan yang disarankan kepada ibu-ibu hamil yang nak menaikkan berat fetus dalam kandungan. Sebab protein sangat bagus untuk perkembangan tisu-tisu dan sel. Yang nak dinaikkan berat sebenarnya bukanlah berat ibu tapi berat baby. Tapi macam mana berat baby nak naik kalau berat ibu tak naik-naik, jadi pemilihan makanan untuk menaikkan berat badan tu sangatlah penting. Elakkan terlalu banyak ambil makanan bergula tinggi, risau diabetis pulak nanti.

Oklah, perut dan berkeroncong dan baby pun dah tak dok diam dalam ni...Bye...


Jika anda nak dapatkan produk Shaklee, atau ingin menjadi ahli Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.