Kisah Solat Hajat, Mintalah Segalanya Daripada Allah


Kisah-kisah ini disampaikan sendiri oleh penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, YBhg Ustaz Fathuri Salehuddin dalam page Mudahnya Menjemput Rezeki. Saya cuma copy dan paste di sini untuk manfaat bersama.

KISAH 1


JANGAN BERHENTI SELAGI BANTUAN ALLAH BELUM TIBA...

************************

" Air kereta ini sudah kering ; tetapi bonet depan kereta tidak boleh dibuka." katanya kepada saya.

Lampu amaran berwarna merah di dashboard tidak berhenti menyala. Kereta ini rasanya sudah tidak boleh dipandu terlalu jauh. Bimbang berasap pula.

Suasana hening seketika; sebelum tiba-tiba terpancul kata-kata ini;

" Kita zikir..., kita zikir..."

Tidak sampai pun dua minit ; kelihatan seseorang menghampiri kami, bertanya itu dan ini;dan akhirnya mencadangkan kami pergi kesebuah bengkel 'ketuk body' yang rupa-rupanya tidak sampai 1 kilometer dari tempat kami berdiri.

***************************

Mekanik di kedai tersebut mencuba itu dan ini. Sampai-sampai kemek body kereta Sweden itu; setelah beliau seperti hilang arah lalu mencungkilnya dengan sebatang besi.

Saya sekadar memerhati. Mahu marah pun, perkara sudah terjadi.

" Kalau proton biasanya sudah boleh terbuka encik . Tapi....." beliau mengeluh kesal.

" Nanti kita tunggu bos datang. Dia memang pakar bahagian ini" tambah beliau

Tidak lama kemudian, bos yang dimaksudkan tiba. Kali ini mereka bertiga bergabung tenaga dan idea mencuba itu dan ini. Masih gagal dibuka.

Mereka cuba lagi itu dan ini.Masih gagal membuka bonet depan kereta.

Kemudian saya berkata kepada sahabat yang menemani saya.

" Muhammad , depan sana ada surau. Tolong solat hajat dua rakaat minta bantuan Allah."

Surau tersebut terletak di seberang jalan bertentang dengan bengkel kereta itu.

Muhammad bergegas pergi dan memulakan solatnya dengang tertib. Saya memerhatikan dari jauh. Rukuk dan sujudnya agak lama...ya, lebih lama dari biasa.

Muhammad kembali ke bengkel. Bonet depan kereta masih belum dapat dibuka.

Bos dan dua orang pomennya tersengeh memandang kami. Mereka masih tercari-cari caranya.

" Muhammad mari kita solat sekali lagi" ajak saya.

Kali ini kami solat berdua. Kami solat, solat dan solat... ; selepas dua rakaat ditambah lagi dua rakaat. kemudian diselangi dengan membaca kitab selawat Barakat Makkiyyah (yang sengaja disediakan di dalam kereta ).

Setelah agak lama di surau kami kembali ke bengkel.

Alhamdulillah.Bonet dapat dibuka.

" Tali pembuka bonet depan ini sudah putus, dan benda ini pun sudah patah," Kata pomen

" Alhamdulilah. Tuan buatlah yang terbaik , saya ada urusan di tempat lain dan akan kembali petang nanti."

***********************************
Esoknya, saya kembali ke kedai. Pomen tersenyum . Saya menyambut senyuman beliau dan sudah mengira-ngira kurang-kurang RM200 hingga RM300 akan terbang lagi.

Maklumlah kereta luar negara...jarang benar di bawah RM100.

" Berapa tuan..?" tanya saya.

" RM30" jawab beliau

" Masya-Allah...!, tidak sangka begini murah, bila dibandingkan dengan susah payah mereka menyelesaikan urusan itu.

Saya menyerahkan RM50 kepada beliau.

" Selebihnya hadiah..." kata saya.

Beliau riang. Saya juga.

***********************************

Cerita ini ada yang tersirat...

dan yang tersirat itulah yang mahu disampaikan.

Ada yang dapat "tangkap"...?


##############################################################################

KISAH 2


PERKARA KECIL DAN BESAR...

KITA MINTA KEPADA ALLAH


********************************************

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas, 2013.

*******************************************

Pada pagi itu saya teringatkan sebotol madu yang saya beli beberapa hari sebelumnya. Sehari sebelumnya botol madu kelulut itu sudah pun dibuka. Dapatlah merasa. Oh, begini rasanya madu asli kelulut. Ia tidaklah manis sangat; ada rasa sedikit masam. Harganya RM120 sebotol (1 kilogram ).

Jadi, pada pagi itu hajatnya mahu rasa lagilah madu kelulut asli itu.

Dipulas kiri dan kanan masih tidak boleh dibuka. Dilapik kain dipulas lagi. Masya-Allah...masih gagal. Begitulah berkali-kali sehingga Allah ilhamkan idea ini...

Saya bergegas ke bilik air. Ambil wuduk. Bentang sejadah. Botol madu itu saya letakkan tidak jauh dari bibir sejadah. Di sebelah kanan.

Saya memulakan solat hajat. Hajatnya, agar Allah bantu bukakan botol madu itu.

Allahuakhbar...

Setelah dua rakaat selesai, saya capai botol madu itu. Saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Allahuakhbar....

Saya sambung lagi dua rakaat.

Setelah dua rakaat selesai, saya capai botol madu itu. Sekali lagi, saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Saya ulang lagi solat hajat kali ke tiga.

Setelah selesai, saya capai botol madu itu. Buat kali ke tiga, saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Tiba - tiba.....


Tok, tok, tok.....bunyi pintu diketuk orang.

Jarum jam di dinding menghampiri jam 11 pagi.

Saya bingkas bangun....

Menuju ke pintu.....


Tadi saya berhenti di sini.

Sekarang kita sambung.

***************************************

Masya-Allah seorang sahabat datang. Ajak minum air di kedai.

TING......!!!

Tiba-tiba satu idea muncul.

Saya capai botol madu tadi , dan berlalu pergi

" Tuan mahu rasa madu kelulut asli segar dari ladang? " Tanya saya kepada sahabat tadi.

" Bukalah dan rasa" Sambung saya lagi.

Kelihatan beliau bersusah-payah membukanya, sebagaimana cubaan saya di rumah tadi.

Pusing kiri, pulas kanan....masih tidak dapat dibuka.

Akhirnya beliau menyerahkan botol madu itu kepada seorang lagi sahabat yang duduk di sebelah.

Kelihatan aksi yang sama. Begitu, begini beliau mengerjakan botol itu.

Botol madu asli kelulut masih tidak dapat dibuka.

Kemudian saya menawarkan tawaran yang sama kepada seseorang yang duduk di meja sebelah.

Beliau mencapai madu itu,dan dengan sekali pulas saja,

Botol madu itu dapat dibuka...!!!

Saya senyum saja....( biarpun rasa hairan belum hilang )

Setiap kami dapat menikmati madu kelulut asli dari botol yang baru dapat dibuka itu.

Saya senyum lagi.

Barangkali mereka tidak nampak ia sebagai kejadian yang membekas di hati saya.

Dan sudah tentu mereka tidak tahu; enam rakaat solat hajat sudah pun ditunaikan sebagai ikhtiar rohani untuk membuka botol madu itu.

Dan pada hari ini saya sudah faham.

Sesungguhnya , cara Allah memberi jalan keluar , tidaklah seperti cara yang kita sangka.

( Masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit )

Solat hajat untuk membuka botol madu. Dan botol madu itu dapat di buka melalui tangan orang lain.

Dan selalunya begitulah cara Allah memberi jalan keluar; dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Tugas saya adalah memohon dan terus merayu kepada Allah.


( Bagaimana cara masalah itu boleh selesai ; itu sudah diserahkan kepada Allah.Saya tidak mahu beratkan fikiran memikirkan hal itu. )

Hujungnya masalah selesai.

Hujungnya hajat dicapai.

Hujungnya botol madu dapat dibuka.

******************************

ALHAMDULILLAH.


################################################################################



Ada banyak lagi kisah-kisah benar yang mengagumkan dalam menjemput rezeki yang boleh kita ambil panduan dan pengajaran terkandung dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh. Bab 3 buku tersebut menampilkan 12 buah kisah benar. Anda boleh dapatkan buku ini (harga RM18/ RM20 SS tidak termasuk pos) daripada saya, cuma hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Pengalaman Berpantang Keguguran


Assalamualaikum, w.b.t

Alhamdulillah, sekarang ni usia kandungan saya dah 33 minggu ++. Masih belum matang, namun saya berdoa mudah-mudahan baby akan terus sihat dalam kandungan dan selamat bersalin serta membesar. Pengalaman keguguran tahun lepas walaupun tidaklah pahit dan terkenang-kenang namun kesan pada badan selepas keguguran tu agak teruk. 

Semalam sempat bersembang dengan kakak saya melalui phone, saya baritau mungkin tak balik kampung Raya Haji nanti, risau jadi apa-apa dalam perjalanan dan badan pun rasanya dah tak larat nak menempuh perjalanan yang jauh. Kakak saya tanya persediaan berpantang macam mana? Dah siap ke semua? Langsung teringat hutang kat blog ni, ada janji dengan pembaca yang saya nak tulis tentang berpantang keguguran. Dulu, sebelum buat prosedur ERPOC, saya sendiri pun google juga cari tentang berpantang keguguran. Jadi setelah melaluinya sendiri apa salahnya saya pulak berkongsi.

Saya buat prosedur ERPOC pada 3 Oktober 2013. Dua minggu sebelum tarikh tu saya dah jumpa O&G Serdang dan dah booking tarikh tersebut. Jadi dalam tempoh tu sempat lah saya buat persiapan berpantang sikit-sikit. Walaupun saya ada sakit-sakit badan masa tu, tapi saya tak sakit perut. Nampak sihat je macam orang biasa, sementelah perut pun belum nampak buncit lagi.

Lepas dah google sana google sini, saya buat kesimpulan bahawa berpantang keguguran ni tak strict pada satu cara yang tetap. Lain orang lain cara. Ramai yang beri pesanan pada saya, berpantang keguguran lagi susah, tak boleh sejuk dan tak boleh panas. Masa tu saya pun taktau yang mana satu saya nak ikut. Tanya mak, mak pun tak arif sangat. "Aku dulu takde pantang-pantang pun" Haaa! kan best bunyinya tu. Hehehe. Mak maksudkan masa dia keguguran anak pertama dan anak ketiga, saya ni anak kedua dan akhirnya jadi the only one anak mak.

Kenali Badan Sendiri Sebelum Putuskan Cara Berpantang


Makanya, saya hadap je la. Saya rasa saya kenal badan saya. Badan saya ni jenis kuat angin, mudah kena angin, tak tahan sejuk, tapi saya jenis tahan jika guna tenaga. Maksud saya, dalam tempoh pantang saya masih boleh buat kerja-kerja ringan, tak lah sampai bentan. Saya tahu semua ni sebab saya pernah berpantang sendiri masa anak sulung. Tapi ye la, umur makin meningkat kadang-kadang badan pun berubah jugak.

Persediaan Berpantang Cara Saya

1- Set Berpantang



Pati ikan haruan dan Habbatussawda pemberian tetamu

Saya beli set berpantang, walaupun set tu sebenarnya untuk orang pantang bersalin. Saya belum pernah jumpa set berpantang keguguran lagi setakat ni. Saya pilih set yang ekonomi dan sesuai dengan bajet. Lagipun masa tu baru je 13 minggu, masih awal lagi dan badan pun tak banyak berubah lagi secara fizikal. Saya beli Set Bersalin Afiat. Tapi saya tak guna semualah dalam set tu. Saya paling suka mandian dan feminine wash dia. Rasa segar je bau serai wangi dalam gel mandian tu. Minyak Afiat tentulah guna. Oh ye, saya jugak beli minyak Mustajab NR sebab masa berpantang Sofiy dulu saya guna dan bagus sangat.

2- Tukang Urut


Budak yang sibuk nak urut jugak

Saya booking juga tukang urut sebab saya tau badan saya ni. Mudah masuk angin, kalau tak urut haruslah berat je badan dan mungkin mudarat jadinya. Saya booking urut pada hari ke-3 kalau tak silap.

3- Tungku

Saya belum buat keputusan nak bertungku ke tak sebelum buat ERPOC. Sebabnya ada macam-macam petua dna nasihat saya dengar. Ada yang kata kena tungku, ada yang kata tak boleh tungku. Jadi, saya cuma pesan pada tukang urut mungkin nanti saya nak tungku sekali. Tukang urut pun memang sarankan tungku cuma tak payah tungku perut katanya.

4- Vitamin

Saya pilih vitamin sebab dengarnya tak elok makan jamu-jamu, panas. Lagipun saya memang pemakan vitamin tegar. Maklumlah pengedar Shaklee, takkan sendiri tak makan vitamin Shaklee pulak. Jadi saya sediakan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Vita-C dan Zinc Complex. Saya bawak juga kapsul Habbatussawda yang Prof saya hadiahkan.

5- Air mandian



Ihsan kawan saya yang masih ada baki uncang mandian berpantang, dan juga ihsan tukang urut yang carikan daun-daun dan akar kayu untuk saya rebus buat mandi. 

6- Bengkung

Saya sedia jugak bengkung. Mula cari bengkung sendiri dah tak jumpa, dah terbuang agaknya. Last-last pinjam kawan punya. Bengkung tali kasut yang diperbuat daripada kain belacu tu. Saya memang ingat nak bengkung kosong je takde nak bubuh apa-apa pada perut kecuali minyak.

7- Lauk dan makanan berpantang

Layan gambar dulu k.

 Ni hidangan pertama lepas balik dari hospital. Bubur nasi masak dalam rice cooker saja



Tofu telur tu, kalau berani makan, tak berani jangan makan ye


 Sedapnya serunding pemberian Prof


 Simple tapi percayalah..sedaaap! pegaga bagus dimakan sewaktu berpantang, halia untuk buang angin


 Sup ikan ihsan pemberian labmate yang datang dari Sepang +  bawang putih goreng



                                          Ikan selar kuning masak asam rebus (tanpa belacan)

 Tenggiri goreng 



Bubur nasi dengan sawi lagi

Biskut-biskut dan roti sebagai snek. Ni pemberian tetamu juga

Yang ni, saya sempatlah beli stok barang basah macam ikan, sayur, halia, bawang putih, lada hitam. Ikan bilis saya goreng siap-siap masuk tupperware kedap udara, lada hitam pun saya tumbuk siap-siap. Ada yang kata jangan makan lada hitam, panas. Tapi saya spare jugaklah.

Apa Yang Jadi Masa Berpantang?

2-3 hari pertama, saya rasa macam tak berpantang pun, Rasa badan sihat sangat. Prof dan kawan-kawan datang melawat pun saya hu ha hu ha je gelak. Pergerakan pun macam biasa je takde nak jalan macam pengantin. Saya tetaplah berpantang, jaga makan, jaga waktu makan, sapu minyak, pakai stokin, pakai bengkung, bertungku, mandi air suam. Rasa syoknya berpantang tapi tak perlu jaga baby yang asyik menangis nak susu. Tapi lepas je 3 hari, dah mula rasa sakit kat bahagian perut, rahim la tu. Sakit yang bisa mencucuk-cucuk. Saya tanya kawan yang dah senior dan ada 5 orang anak, pernah keguguran dan pernah D&C. Katanya memang normal sebab saya buat D&C dan rahim mungkin luka. Awal-awal saya tak rasa sebab baki ubat bius masih ada. Oooo...bagitu rupanya.

Dah mula sakit kat perut, badan pun dah mula sakit-sakit dan bisa-bisa rasa macam dah masuk angin. Mujurlah memang jadualnya tukang urut datang. Berurut dan bertungkulah saya seluruh badan kecuali tang perut. Tukang urut tu kata, badan saya jadi macam tu sebab janin dah lama 'mati' kat dalam sebelum dikeluarkan. Kesan tu buat badan ibu pun mudarat sama. Itu kata dialah, ada logiknya juga sebab kalau kira-kira, 7 minggu juga janin yang dah tak bernyawa ada dalam rahim saya sebelum doktor decide nak cuci. Saya berurut tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah banyak lah rasa leganya. 

Selepas sakit-sakit kat perut tu, saya tak pakai bengkung sebab rasa bengkung yang menekan tu buat saya tambah sakit. Saya tak berapa ingat berapa hari saya keluar darah nifas, tapi memang tak lama. Dah cuci bersih agaknya masa ERPOC. Tak silap saya lebih kurang seminggu. Mula-mula saya cuba solat macam biasa tapi sakit kat perut. Risau bagi kesan jangka panjang, saya solat duduk di kerusi. 

Travel Sewaktu Bepantang

Saya pernah cerita tentang perjalanan saya ke Sabah di SINI. Walaupun agak ragu-ragu sebab masa tu ngam ngam dua minggu selepas ERPOC, tapi saya terpaksa jugak cekalkan hati. Masa doc bagi tarikh ERPOC tu memang saya tak ingat langsung pasal tarikh konferens. Yang saya ingat tarikh Raya Haji je. Alhamdulillah sempat juga saya berpantang elok-elok di rumah 2 minggu. Ada orang kata tempoh berpantang keguguran memang 2 minggu tapi ada juga yang kata sebulan, ada yang kata 44 hari macam bersalin. Pada saya, terpulang pada badan masing-masing. Saya ke Sabah antas urusan konferens. Semua dah siap, dah booking flight untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak, yuran persidangan dah bayar, hotel dah bayar, permohonan bantuan dana dah buat dengan Pusat Pengurusan Siswazah UKM, Kalau cancel, banyaklah saya rugi dan nak kena bagi justifikasi pada PPS lagi.


Muka masih kurang bermaya

Masa bertolak tu, saya dah agak sihat. Sakit perut dah ok, cuma yang risau sebab nak ke Sabah tu bawa anak, first time naik kapal terbang pulak tu. Dengan bagasi untuk 2 orang kan. Suami tak ikut sebab kerja, mujur ada coursemate temankan. Kesian dia sebab dia yang banyak bantu saya angkat barang. Nak buat sendiri memang larat tapi risau mudarat pada badan. Tarik bagasi saya buat, tapi kalau nak angkat saya tak berani. 

Saya bawak tungku sampai ke Sabah tau! Cuma tak bawak daun mengkudu je. hahaha. Sebagai langkah berjaga-jaga sebenarnya sebab saya risau apa-apa jadi kat tempat orang nanti susah. Allah tu Maha Mengetahui apa yang kita tak pernah tau benda akan jadi di masa depan. Kebetulan, saya sewa Promenade Service Apartment, hotel bajet yang ada kemudahan dapur sekali. Jadi boleh sangatlah saya nak bertungku kat sana. Cuba kalau saya tempah Promenade Hotel, tempat konferens tu diadakan? Nan hado la nak bertungku-tungku. 


Di bilik konferens berlangsung

Kat sana, saya kira saya ada jugaklah langgar pantang sikit-sikit. Saya banyak berjalan, dari hotel ke Pasar Filipina tu berapa kali. hehehe. Saya tidur dalam aircond, yelah saya bukan dok sorang dan takde kipas pulak bilik tu. Kena fikirkan orang lain jugak. Ada sekali saya berhujan, sebab masa keluar makan sebelah petang tu cuaca ok, tengah nak makan tu hujan selebat-lebatnya. Kat Sabah rasa cepat sangat malam dan malam pun cepat je tua. Jadi nak tak nak redah jugaklah hujan tu. Saya bawak bekal vitamin saya, dan ambil dengan konsisten. 

Pemakanan, seingat saya memang saya jaga. Saya tak minum ais atau air sejuk. Kalau susu segar yang dah letak dalam fridge tu, saya panaskan dulu dengan cara rendam gelas dalam air panas. Saya tak makan ikan sebarangan walaupun terliurnya seafood segar kat sana. Ada sekali makan malam saya order ikan besar yang tak bisa dan tak gatal, mintak buat masak stim.  Lain-lain hidangan saya biasa order nasi goreng ikan bilis, atau mintak sup ikan, special dari kedai dekat tu. Bukanlah special apa, maknanya menu tu takde dalam senarai tapi saya mintak masakkan. Rupanya sup ikan diorang macam singgang atau asam rebus tu. Ataupun sebab saya bagitau saya dalam pantang kot, jadi diorang masakkan macam tu. Sedap makan panas-panas. Allah mudahkan urusan saya sebenarnya. 

Itulah serba sedikit pengalaman saya berpantang keguguran. Balik dari Sabah saya teruskan berpantang, tapi bertungku bila perlu je la. Pemakanan saya jaga jangan ambik yang berangin, bisa dan sejuk. Kira-kira sebulan baru saya berani bawak motor balik. hehe. Apa yang dapat saya simpulkan, berpantang ni ikut badan masing-masing dna keupayaan masing-masing. Apa yang penting jangan tak pantang langsung, merana badan nanti. Kalau tak sekarang, di hari tua nanti. Itu saya percaya!



10 Buku Yang Mempengaruhi Hidup Sifu Perniagaan Terkenal: Dr. Azizan Osman (DAO)


Pagi semalam kalau tak silap, status DAO lalu di  wall facebook saya. Sebagai seorang peminat buku dan suka membaca, ianya menarik perhatian saya. #DAO menyenaraikan 10 buah buku (selain kitab suci Al-Qur'an), dan mengikut konteks tentu saja buku-buku dalam bidang keusahawanan dan motivasi kendiri yang mempengaruhi kehidupan beliau. Dr. Azizan Osman bukanlah calang-calang orang. Beliau sudah berjaya dan terus-menerus membantu orang lain berjaya. Anak didiknya ramaaaaaiiii sangat di seluruh Malaysia khasnya dan setiap kali beliau anjurkan seminar atau bengkel, masih tetap ramai yang ingin ikut serta dan menjadi rebutan. Dengan nama dan kedudukan sebesar itu, beliau masih lagi mengadakan seminar secara percuma buat mereka yang dahagakan ilmu dalam bidang perniagaan. Cuma saya, yang sedikit lambat mengenali beliau sebab sebelum ini saya bukan dalam bidang ini. Saya cuma kenal nama dan rupa beliau sahaja yang kerapkali masuk surat khabar. Tapi kemudiannya saya semakin mengenali dan mengagumi beliau selepas membaca status-status page beliau di facebook. Namun belum rezeki saya untuk jadi anak murid beliau lagi. Setiap kali ada peluang (malah telah mendaftar pun), tapi tetap ada kekangan lain yang Allah S.W.T aturkan. Allah Maha Mentadbir dan sebaik-baik Perancang.

Ok, mungkin ada yang nak tahu apakah 10 buku yang mempengaruhi kehidupan DAO ini. Saya printscreen saja status beliau tersebut. 


Serius, saya belum pernah baca walau sebuah buku pun daripada senarai di atas. Nampak benar betapa pucuknya saya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan ini. Cuma buku Menjejaki Jutawan Senyap saja saya pernah pegang, tapi tak sempat belek pun. Huhu. Buku judul lain daripada penulis yang sama iaitu Chef Li, saya ada iaitu Petunjuk Jalan Kekayaan. Tak tersenarai pula di sini, namun tetap buku yang bagus dan menarik.

Saya ada google image beberapa buah buku daripada senarai di atas. Jadi, mana tahu mungkin anda ternampak di rak kedai buku, bolehlah grab dan milikinya.

Think and Grow Rich oleh Napolean Hill



Harga di MPH: RM 41.95


Menjejaki Jutawan Senyap oleh Chef Li



Rich Dad Poor Dad oleh Robert T. Kiyosaki



Harga MPH: Edisi Bahasa Melayu RM 21.00
Edisi Bahasa Inggeris RM55.90

Berani Gagal oleh Billi Lim




Pada saya, harga buku-buku ni affordable, mampu milik. Bermula daripada belasan ringgit dan tidak melebihi lima puluh ringgit, berbanding nilai ilmu di dalamnya. Buat masa ni, saya nak miliki buku-buku tulisan DAO sendiri, dan dalam senarai di atas saya akan dapatkan buku Rich Dad Poor Dad sebab salah seorang Master Shaklee dalam group saya pernah sebut tentang buku ini. 

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki Cetakan Terkini (Ke-10) Ready Stock


Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Isnin. Semoga minggu baru di Malaysia dijalani oleh rakyatnya dengan penuh semangat dan syukur. Dua hari di hujung minggu, blog ni tak terupdate. Memang kelemahan saya, kalau ada anak teruna tu di rumah, memang umi tak pandai nak komited buat kerja. Mesti layan dia je lebih. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Sebagaimana yang saya uar-uarkan dalam entri yang lepas, Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki akan dicetak untuk kali yang ke-10 dengan penambahbaikan dari kulit buku hinggalah ke isi kandungannya. "Kulit buku lebih berkualiti, cantik, dan nampak lebih korporat" kata Puan Nadiah, pengeluar Buku Mini MMR.

Alhamdulillah, 19 September hari tu, batch pertama cetakan terkini tersebut selamat sampai ke tangan saya. Disebabkan cetakan batch pertama adalah terhad kepada 10 ribu buah sahaja, jadi saya pun hanya dapat stok yang agak terhad. Namun alhamdulillah dapat juga restock. Seawal hari pertama sampai lagi dah ada yang beli dan tempah. Jadi, bagi anda yang berminat dan berhajat mendapatkan Buku Mini MMR ini terutama pembelian secara borong, saya sarankan anda hubungi kami dan buat tempahan secepat mungkin. Kali ini, yang merisik-risik pun bukan lagi dalam jumlah puluh-puluh buah tapi secara 100 buah dan ke atas. Saya agak ramai yang beli untuk tujuan dijadikan goodies sempena majlis / kenduri hujung tahun nanti. Konsep di kedai kami, siapa cepat buat pembayaran dia dapat. 



Harga Terkini Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki:


Harga Pasaran: RM 2.70 / RM 3 (SS) sebuah
                           Saiz A6
                           69 halaman
                           Kulit dan muka surat dalaman berwarna
                           Kulit dengan cetakan spot UV dan tulisan timbul
                           Sedutan 6 bab daripada Buku MMR versi penuh dan beberapa bab
                           tambahan

Harga Borong: Pembelian 10 buah ke atas akan menikmati harga diskaun. Semakin tinggi kuantiti, semakin rendah harga yang kami tawarkan.

Permintaan adalah sangat-sangat laju, jadi hubungi kami hari ini sebelum kehabisan stok.

P/S: Kami juga mempunyai ready stock Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Penuh




Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Tips Menangani Masalah Lupa Di Kalangan Ibu Mengandung



Assalamualaikum, salam pagi Jumaat yang berkat.

Alhamdulillah kandungan saya dah pun melepasi 8 bulan. Ohho..dah semakin dekat dan rasa cepatnya masa berlalu. Saya ialah manusia yang cukup suka fikir dan ingat, paling susah nak jot down walaupun tahu kelebihan menulis. Agaknya sebab tu tesis tak siap-siap bertulis.hehehe. Tapi semalam, saya rasa memang saya dah patut dan perlu tulis TO-DO-LIST saya setiap hari! Ini semestinya sebab saya dah mula rasa penangan LUPA SEWAKTU MENGANDUNG atau istilahnya dipanggil PLACENTA BRAIN/ PREGNANCY BRAIN/ BABY BRAIN. 

Simptom-simptom masalah lupa sewaktu mengandung

Jika anda kini mengandung, terutamanya di trimester ketiga jom buat kuiz mudah ini dulu:

1- Lupa di mana letak kunci
2- Lupa temujanji / janji nak jumpa seseorang
3- Lupa nama seseorang sewaktu nampak, jumpa, atau sedang bercakap dengan dia
4- Anda ke dapur atau bilik, tapi bila sampai sana lupa apa nak buat
5- Silap jalan sewaktu memandu di kawasan yang anda sangat biasa
6- Lupa dan tak boleh recall sesuatu perkataan
7- Masak sesuatu, kemudian bila anda berpaling misalnya tengok handphone dan terus lupa apa yang dimasak

Haaa..ada tak pernah lalui salah satu simptom di atas? Saya ada sekarang ni, yang no 4 dan no 6. Tapi masa mengandungkan anak sulung dulu, saya alami boleh dikatakan semua simptom di atas sejak bulan ketujuh kehamilan lagi. Malah sebenarnya lebih daripada senarai di atas. Pernah sekali, saya ke UKM dan suami hantar saya kat lab macam biasa. Kemudian saya naik bas ke library dan stay kat library sampai petang. Boleh pulak saya tunggu husband kat bus stop library tanpa bagitahu pun yang saya ada kat library. Jenuhlah menunggu, rupanya husband tunggu di lab, saya tunggu di library. Mujurlah husband call bila rasa lama saya tak keluar-keluar. Tak habis lagi, esoknya...pagi-pagi saya terus turun kat library. Siap kerja saya di library, saya naik bas balik ke lab. Pun sama, petang tu saya tunggu di lab tapi tak bagitahu pun kat husband yang saya bukan kat library tapi kat lab. Sekali lagi suami tunggu kat library, saya tunggu di lab sampailah suami call. Mujur tak hangin cik abang masa tu. Hahaha. Alhamdulillah, pregnant kali ni nampaknya lebih baik berbanding dulu, walaupun umur saya sudah 30 tahun!


Apa yang menyebabkan masalah lupa di kalangan ibu mengandung

Para ilmuan (kepakaran dalam bidang masing-masing) bersetuju bahawa keadaan ini sememangnya berlaku, namun punca sebenar masih tidak dapat dipastikan. Mengikut kajian, beberapa punca boleh menjadi faktor masalah lupa di kalangan ibu mengandung ini. Antara lain, ialah:

Hormon

Surging hormone levels and new priorities may help explain why pregnancy brain happens.
"There is 15 to 40 times more progesterone and estrogen marinating the brain during pregnancy," Louann Brizendine, MD, director of the Women's Mood and Hormone Clinic at the University of California, San Francisco, says. "And these hormones affect all kinds of neurons in the brain. By the time the woman delivers, there are huge surges of oxytocin that cause the uterus to contract and the body to produce milk -- and they also affect the brain circuits."
Hormones may also affect spatial memory -- which includes remembering where things are -- in pregnant women and new moms, a British study shows.

Kurang tidur atau tidur tidak berkualiti dan Keletihan

Jane Martin, MD, director of the Neuropsychological Testing and Evaluation Center at New York's Mount Sinai Medical Center, agrees. "When you are not getting enough sleep and are multitasking, nobody's memory is good," she says. "You are not cognitively sharp when you haven't slept well."

Bagaimana menangani masalah lupa sewaktu mengandung

Sebagaimana perbincangan ilmuan tentang masalah ini, ia sememangnya wujud tetapi tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Pelbagai kajian menemui pelbagai dapatan yang berbeza. Jadi, bagi menangani masalah ini, kita boleh cuba atasi kesan daripada punca-punca yang berkemungkinan tersebut.

1- Jangan terlalu tertekan dengan dengan masalah ini. Ianya normal dan laluinya dengan berlapang dada. Terima bahawa kekurangan ini adalah bersifat sementara.

2- Tulis. Tulis segala list contohnya to do list, check list persediaan bersalin, chekclist barang yang ingin dibeli, tulis dna tampal tarikh temujanji, senaraikan soalan yang nak ditanya sewaktu pemeriksaan antenatal dan lain-lain. Walaupun nampak simple, yang simple inilah yang selalu kita lupa.

3- Set reminder dalam gajet. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Kita boleh set reminder walaupun kita dah tulis to do list, tapi bagi mengelakkan kita terlepas masa elok kita set reminder by alarm. Biarlah banyak pun tak apa. Contoh, kita nak kena call cikgu di tadika pukul 12, kita set alarm reminder pukul 11.45.

4- Pesan kepada pasangan / kawan. Minta bantuan pasangan atau kawan sepejabat untuk ingatkan kita akan sesuatu. Juga terangkan kepada mereka bahawa dalam fasa ini, kita mungkin akan selalu terlupa,  supaya mereka faham dan tak berlaku salah faham. Saya selalu juga minta tolong Sofiy ingatkan, walaupun dia sendiri selalunya lupa jugak. Maklumlah budak 5 tahun.

5- Jangan segan bertanya. Kalau anda berjumpa seseorang yang anda rasa kenal sangat tapi lupa namanya, jangan segan bertanya selagi anda rasa dia takkan berkecil hati. Macam saya ni berniaga, lagilah berpotensi tak ingat nama customer.

6- Kurangkan perkara yang perlu diingat. Bila kita mengandung secara automatik kita akan berfikir tentang proses kehamilan, bersalin dan tentunya baby. Tanpa sedar, perkara-perkara ini akan menjadi keutamaan kita. Jadi, kita boleh kurangkan untuk ingat perkara-perkara lain yang tidak berapa penting misalnya masalah politik negara, hal remeh-temeh di pejabat dan juga perbincangan di forum online.

7- Dapatkan tidur yang berkualiti. Sebagaimana kenyataan ilmuan di atas, kekurangan jumlah tidur yang mencukupi dan kualiti tidur menjadi antara faktor utama ibu mengandung mengalami masalah memori. Apa yang saya perasan, mengandung di trimester ketiga kali ni tidur saya tidak begitu terganggu walaupun saya mengalami masalah sakit di bahagian pinggul, punggung dan pinggang. Saya tetap tidur lena, cuma sesekali saya bangun ke bilik air, itu pun maksimum sekali sahaja sepanjang malam. Saya amalkan pengambilan Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium)yang ternyata membantu saya mendapatkan tidur yang berkualiti. Saya mudah lena, letak je kepala baca doa dan zzzzz. Selalunya saya yang lena dulu daripada Sofiy. Tidur yang berkualiti juga memudahkan saya bangun pagi. Dan bonusnya lagi, sengal-sengal dan lenguh badan pun hilang masa bangun daripada tidur. Rasa segar je pagi-pagi.


8- Ambil lebih Omega-3. Makanan yang tinggi kandungan DHA iaitu sejenis asid lemak Omega-3 sangat membantu fungsi otak. Kepentingan omega-3 untuk otak adalah sepenting kalsium untuk tulang. Omega-3 bukan sahaja membantu masalah ingatan si ibu, malah membantu perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan. Otak bayi berkembang dengan sangat kritikal dalam trimester ketiga kehamilan. Sumber omega -3 terdapat dalam makanan seperti ikan (pastikan bebas merkuri), telur dengan omega dan lain-lain. Namun selain makanan, saya mengambil suplemen minyak ikan Shaklee Omega Guard sebagai sumber omega-3 yang selamat dan berkesan. Bonusnya lagi, Omega Guard juga mampu membantu mengawal berat badan ibu mengandung agar tidak naik secara mendadak dan tidak terkawal. Jika anda ingin mengambil suplemen omega, boleh mula pengambilan apabila memasuki trimester kedua dan ke atas.


9- Elakkan terlampau letih. Sepanjang tempoh kehamilan, keletihan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sistem badan ibu mengandung dan berat yang ditampung menyebabkan ibu mengandung mudah letih. Namun, anda harus jaga kesihatan dengan sebaiknya dan elakkan keletihan yang keterlaluan kerana ini akan memudahkan anda rasa tertekan dan sekaligus melemahkan sistem memori. Biasanya ibu mengandung dibekalkan dengan vitamin antenatal oleh klinik, jangan lupa atau skip makan vitamin tu ye. Jika anda memilih vitamin semulajadi (bukan sintetik), Shaklee mempunyai Set Kehamilan yang terdiri daripada Vita-lea Iron Formula, B-Complex dengan Aasid Folik, Sustained Released Vita-C dan Ostematrix. Gabungan vitamin ini membantu memberikan tenaga maksima dan mengelakkan jangkitan sepanjang kehamilan.

10- Banyakkan selawat dan zikir. Ini sepatutnya bukan last, tetapi yang pertama. Amalan berslawat dan berzikir sepanjang masa dan secara konsisten ternyata mampu memberikan ketenagan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Hati yang tenang akan turut mempengaruhi fungsi otak yang baik. Jadi, sangat baik bagi ibu-ibu mengandung mengamalkan zikir-zikir ini. Pilihlah mana-mana selawat dan zikir yang anda suka, semuanya baik untuk diamalkan. Bukan saja ibu dapat ganjaran dan kebaikan, malah anak dalam kandungan juga turut terkesan dan merasai manfaatnya.


Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Shaklee (M) Sdn Bhd memang selalu buat kejutan dan suka menambah nilai belian pelanggan dan ahli-ahlinya. Selain kempen atau program-program insentif untuk ahli-ahli Shaklee, Shaklee juga menghargai para pelanggannya dengan promosi bulanan. Namun bulan September 2014 ini ada kelainan iaitu adanya PROMOSI BERGANDA! Ya, silalah percaya. 

Bulan September 2o14 ini dua produk yang terpilih untuk program promosi ialah SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) & MEAL SHAKES. Uniknya lagi, kalau selalu promosi bulanan mesti Buy 6 Free 1 tapi kali ni untuk Collagen promosi Buy 6 Free 1 manakala Meal Shakes pula Buy 3 Free 1. Memang promosi yang sangat-sangat best! Bagi peminat-peminat tegar Meal Shakes Shaklee, anda hanya perlu beli 3 kanister untuk memperolehi kanister percuma yang keempat. Sangat berbaloi dan menguntungkan.

Berapakah harga untuk promosi kedua-dua produk ini? 

Shaklee Collagen Powder (Beli 6 Percuma 1): RM1788, anda akan memperolehi satu kotak percuma bernilai RM298, keahlian Shaklee seumur hidup secara percuma bernilai RM75, dan juga rebat tunai yang akan diperolehi pada pertengahan Oktober 2014.

Shaklee Meal Shakes French Vanilla: RM 342 dan anda akan memperolehi satu kanister percuma bernilai RM 113.75.

Postage: Flat rate RM10 (semenanjung) / RM20 (Sabah, Sarawak & Labuan)


Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Kata-kata yang saya suka!

Hidup ini perjalanan. Perjalanan tentu saja ada masa sukar dan ada masa senang, walaupun kita sebagai manusia tentu saja berharap yang senang-senang saja tetapi hakikatnya tidak begitu.

Setiap orang ada liku-liku perjalanannya sendiri. Apa yang penting, jika lalui yang sukar..jangan lama-lama mengenangkannya. Jika jatuh jangan lama-lama mengadu sakit, bangkit dan teruskan perjalanan. Selagi kita tak teruskan, selagi itulah kita tidak berjumpa dengan yang senang pula. Perkara ini melibatkan hampir semua aspek kehidupan. Macam saya katakan, liku-liku masing-masing tidak sama. Ada yang tersungkur dan terjatuh dalam percintaan, dalam rumahtangga, dalam kerjaya, dalam perniagaan, dalam hubungan keluarga, dalam pengajian, dalam memelihara kesihatan, dalam mengejar cita-cita, dan bermacam bentuk perjalanan lagi.

KEEP GOING! TERUSKAN BERJALAN. BUAT APA YANG SEPATUTNYA KITA BUAT! BERGANTUNGLAH HANYA KEPADA ALLAH kerana DIA lah yang punya KUASA menentukan susah senang perjalanan kita.

Selamat Hari Malaysia!
Assalamualaikum, salam hujung minggu.

Taktaulah kenapa saya ni sejak dari mula berblog lagi, walaupun asal tujuannya dulu nak update pasal anak tapi banyak kejadian-kejadian penting berkaitan anak tak pulak diabadikan di sini. Apa punya emak daaa...Ini cerita seminggu yang lepas. Ahad 7 /9 /2014.

Jadi hari ni nak update sikit pasal sukan tahunan PASTI, sekolah tadika tempat Sofiy belajar sekarang. Sofiy masuk PASTI ni sejak 2013 lagi masa umur dia 4 tahun. Dia duduk PASTI untuk sesi persekolahan pagi dan terus sampai ke daycare sebelah petang. Masa 4 tahun dulu pun Sofiy dah berpeluang masuk acara perbarisan dan sukan ni. Masa tu dia main 2 acara dan dua-dua tu dapat no-3, hadiahnya medal gangsa. Tapi masa tu tak ingat ada hadiah lain ke tak. Meh kita tengok gambar tahun lepas.




Tiap kali sukan jadi hitam anak umi


Tahun lepas ayah tak dapat datang tengok Sofiy sukan sebab ayah kerja. Tahun ni pulak, umi dan ayah patutnya join Klinik Usahawan Dr. Azizan, tapi terkena tarikh sama pulak dengan sukan PASTI ni. Terpaksalah umi ayah cancel, anak didahulukan. 

Tahun 2014 ni nampak macam ramai pulak budak-budaknya, mungkin pelajar PASTI dah bertambah agaknya. Sampai lebih kurang 7.30 pagi, anak-anak diberi sarapan dulu. Umi dengan ayah terjah kedai mamak je la. Perbarisan anak-anak PASTI bermula sekitar 8.30 pagi. Bagusla leader diorang yang baca ikran dan doa semua..lancar dan fasih. 


 Sofiy depan, kanan. Rumah kuning.

Ada 6 rumah sukan

Satu je yang saya tak berapa nak gembira dengan acara sukan PASTI ni, tahun lepas pun rasanya sama jugak. Mak bapak lain pun merungut. Ucapan perasmian lama sangat, dah terkeluar daripada agenda sukan benda-benda yang diucapkan. Mungkin pihak sekolah susah nak dapat platform untuk sampaikan perkembangan PASTI pada ibu bapa agaknya. Yang jadi tak bestnya kesian kat anak-anak yang beratur, berdiri pulak tu tengah padang. Mujur jugalah sukan kali ni cuaca agak redup berbanding tahun lepas. Tupun ada ada sorang kawan Sofiy yang tahan kencing sampai menggigil-gigil. Budak-budakkan, manalah dia pandai nak keluar barisan dan jumpa cikgu. Mujur cikgu nampak gelagat dia yang dah resah-gelisah. Lepas tu dia punya menangis taknak masuk acara sebab takut kalau nak terkencing. Jenuh mak dan kakak-kakaknya pujuk. Akhirnya bila nampak Sofiy dapat hadiah barulah dia ada motivasi nak main, Teringinkan hadiah. Kesian Muhammad @ Che Mat.

Ok, diringkaskan cerita..saya pun sebenarnya tak tahu berapa acara yang sepatutnya Sofiy masuk. Nak tanya cikgu tapi cikgu busy la sesangat mencari budak-budak yang berkeliaran, mengawal yang dah jumpa tu supaya tak hilang pulak. Mengelakkan Sofiy pun hilang jugak dan menyusahkan cikgu, saya teman je dia kat khemah murid-murid. 



 Bawah khemah, lepas perbarisan. Kesian anak-anak keletihan dan kehitaman


Beratur untuk acara pertama


Disebabkan Sofiy disiplin je dok bawah khemah, saya rasa dia asyik masuk acara je. Yang mana memang acara sebenar dan yang mana dia jadi ganti saya pun kurang pasti. Kurang bernasib baik tahun ni, walaupun Sofiy masuk banyak acara tapi hampir semuanya kalah teruk. Takde satu pun gold medal, Last acara yang memang umi tanya cikgu kot dia boleh ganti (umi yang kepingin medal sebenarnya), barulah dia dapat bawak balik silver medal, Jadilah..untuk kenangan. Semua yang masuk acara memang dapat hadiah, tapi hadiah-hadiah macam pencil case, buku, warna tu kejap je tahannya pastu hilang entah ke mana. 



 Dapat pun medal



Tahun ni jugak ada acara cabutan bertuah. hadiah-hadiahnya lumayan. Semua sekali 10 cabutan. Hadiah 1,2.3 dapat helikopter remote control. Berkesan jugak idea ni..sebab ramai jugaklah yang tunggu sampai habis acara. Kalau tidak, habis acara anak masing-masing, ibu bapa pun beredarlah. Semua acara termasuk acara ibu bapa dan guru tamat sekitar pukul 1 petang, macam dalam aturcara. Alhamdulillah penat tapi gembira bila anak gembira. Saya pun tak jangka yang dalam sarat pun saya larat ke hulu ke hilir. Bawak Sofiy pegi buang aur kecil kat barisan kedai sebelah (jauh jugaklah untuk makyong), kejap kejap pergi ambil air, kejap pergi beli makanan, khemah murid-murid kat kanan padang, teman dia sampai pasti dia masuk barisan team dia kat tengah padang, pastu sorak pulak kot sebelah kiri padang, pastu pusing pulak kat tempat dia ambik hadiah. Pusing tu je dah 5 kali sebab dia masuk 5 acara tak campur acara rebut gula-gula. Hehehe. Umi yang lebih semangat. Serius masa tu tak rasa letih walaupun beberapa minit je duduk. Agaknya orang yang tengok pun heran makyong ni aktif sangat.

Saya cuma amalkan Set Kehamilan Shaklee, iaitu Vitalea, B-Complex, Vita-C dan Ostematrix. Tambahan saya campur ESP bila saya minum susu. Petang tu pun balik rehat je tak tidur pun, siap layan customer datang pickup vitamin sampai ke malam. Alhamdulillah, Allah bagi pinjam kudrat ini di akhir-akhir kehamilan selepas morningsickness selama 6 bulan dan batuk teruk sebulan lebih. 


Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.