Entah kenapa saya lalai sungguh dua tiga hari ni...kelalaian yang mengakibatkan saya kena ulang kerja dua tiga kali.

1- Saya cadang nak hantar Bab 4 tesis saya hari Khamis walaupun banyak lagi yang belum dikarang dan disusun atur elok-elok. Petang Khamis, saya dapat siapkan Bab 4. Bila dah siap Bab 4, saya nak betulkan pulak bab 1, 2 dan 3 untuk hantar semua sekali kat Prof. Buat punya buat, saya cuma dapat siapkan bab 1 dan bab 4 je. Bab 3 tak sempat perbetulkan semua sebab kena mengarang bulan bintang matahari awan gemawan lagi. Maka saya pun berkejar ke lab untuk print bab 1 dan 4. Lepas print, saya berkejar jenguk kereta Prof di parkir kereta...kecewa! Prof dah balik dah. Jam masa tu pukul 5.40 petang. Memang patut pun Prof dah balik walaupun biasanya pukul 6 lebih baru dia balik. Jadi, tangguh esok.
Di rumah, saya betulkan semula bab 1, 2, dan 3. Saya juga dapat siapkan bab 5, iaitu bab penutup. Esok pagi saya print semula bab 1, 2, dan 3. Bergegas pergi binding, jauh pulak tu kedai fotostat kena panjat bukit sebab kedai yang kat sini tutup. Lepas binding, saya sms Prof cakap nak hantar. Mujurlah Prof tak ada, rupanya saya terlupa print bab 5. Lagi sekali kena pergi lab, dan kena pergi kedai fotostat tu lagi. Mujurlah binding comb, boleh la dibukak-bukak. Itulah hikmahnya saya tak hantar semalam, sebab hari ni saya dapat hantar semua bab.

2- Saya ke pasaraya Bintang, nak beli barang-barang untuk jadikan goodies sempena birthday Sofiy. Saya dah beli sapu tangan di bahagian atas. Kemudian, saya masuk ke bahagian makanan pulak. Saya tinggalkan plastik belian di atas tadi kat rak. Lepas habis shopping saya terus je melulu balik, tak ambik plastik sapu tangan tadi. Sampai ofis barulah saya terpegang kad rak tempat saya letak barang-barang tadi. Adoiii..nak biar saja ke, nak pergi ambik semula? Memanglah tak mahal sangat, tapi duit tu tetap dah dibelanjakan, dan lagi..saya memang nak guna sapu tangan tu. Maka saya pun pergi semula ke sana. Kan dah buat kerja dua kali akibat cuai?

3-Saya kena hantar buku ke perpustakaan sebab buku saya dah ditempah oleh orang lain. Ada juga beberapa buah buku yang dah lebih masa. Saya pun susun semua buku tu atas meja. Sampai di perpustakaan, aik? kenapa ada 4 buah je? Mana lagi satu? Tertinggal dalam beg ke, tertinggal atas meja. Saya sms ofismate suruh tengokkan sambil dalam hati berdoa, biarlah takde atas meja, maka tentunya tertinggal dalam beg di rak luar perpustakaan. Tapi..."ada" itulah jawapan sms yang diberi. Huh!saya pulangkan 4 buah buku tu sajalah, dan yang tertinggal tu..esok sajalah jawabnya. Tengah hari panas-panas ni tak rajin saya nak tunggu bas 2,3 kali.
Hari ni, saya pun bawaklah buku tulisan Francis Katamba yang tertinggal tu. Dengan yakinnya saya ke kaunter untuk pulangkan, dan saya jugak mintak buku tempahan saya yang dah sedia untuk dituntut. Bila dah lewat hantar, tentulah ada denda kan. Masa nak bayar tu, pegawai tu bagitau.."awak ada satu buku lagi overdue ni". Aik, buku apa pulak? Pegawai tupun sebut la buku yang disunting oleh Paul de Lacy tu..aduhai..saya tak check buku tu tamatnya semalam. Padahal semalam saya buka je akaun perpustakaan saya, dan kalau saya periksa betul-betul, tentu saya boleh perbaharui atas talian saja. Teruknya! Selagi tak hantar buku tu, saya tak boleh pinjam buku lain. Akhirnya saya terpaksalah simpan semula buku tempahan tu di kaunter dan berkejar tunggu bas balik ke ofis, tunggu bas lagi ke perpustakaan semula. Letih! Hikmahnya? Mungkin lemak-lemak saya akan terbakar sedikit, sebagaimana hati saya terbakar akibat kecuaian sendiri!

Nota: Cuailah lagi kalau nak buat kerja dua tiga kali macam ni selalu!