RESEPI AIR HERBA UNTUK IBU BERPANTANG @ HALAU ANGIN DALAM BADAN


BAHAN-BAHAN:




~ 1 batang serai (guna 2 batang sebab kecil)
~ halia (lebih kurang besar ibu jari)
~ 5-7 kuntum bunga cengkih
~ 1 sudu halba
~ kulit kayu manis
~ 1 sudu makan madu asli (saya guna Madu Quad)
~ 1 sudu makan jintan hitam (ni resepi asal, tapi saya guna kapsul habbatussawda Habasyi je)



CARA-CARA:

~ Serai dititik
~ Halia diketuk
~ rebus semua dalam periuk. Air agak-agak aje la untuk sekali minum.
~ Dah menggelegak (bau sangat sedap masa ni semerbak je sampai anak asyik tegur umi masak apa), sejukkan sekejap. Campurkan dengan madu asli. Sedap diminum masa suam-suam panas. Rasanya pun sedap. Saya makan habbatussawda' berasingan.

Sedia untuk diminum

Untuk masalah angin dalam badan, boleh baca ayat ni juga. Surah al-Fussilat ayat 44. In sha Allah angin berlumba-lumba keluar. Untuk ibu dalam pantang, darah nifas jadi lancar. Masa saya pantang baru ni, bila dah lepas 30 hari, darah pun dah sikit. Ada masanya takde darah pada panty liner. Nak mandi wajib masih awal lagi rasanya nak banding dengan anak-anak sebelum ni. Saya pun buat air ni...alhamdulillah, darah keluar balik. 


Selamat mencuba!
Oh ya, kalau nak beli Madu Quad dan Habasyi 88 seperti di atas ni, saya ada jual juga. Habasyi tu amalkan selalu untuk masalah angin ni. In sha Allah berkesan. 

www.wasap.my/60123302067





Minyak zaitun dara (EVOO) ni memang banyak sangat khasiatnya. Tapi antara yang best ialah:
 ~ menurunkan berat badan termasuk membakar lemak, sekaligus saiz badan turut menyusut. 
~ memulihkan kulit bermasalah cth gatal-gatal, kulit kaki keras dan kematu, kulit kering, mengelupas dan bersisik
 ~ mengawal paras kolesterol dan tekanan darah. 

Semuanya dengan izin Allah S.W.T, dan zaitun ialah pohon yang berkat. 

Boleh dapatkan minyak zaitun asli Tursina keluaran Assyifa Health, ada dalam bentuk kapsul dan ada juga yang liquid boleh diminum guna sudu, atau dibuat masak. Ada beberapa saiz juga, boleh sesuaikan dengan bajet masing-masing. 



Ini untuk kemasan kapsul. Boleh telan kapsul terus dan tak rasa minyak bagi sesiapa yang tak suka telan minyak. 



Ini pula kemasan dalam botol, boleh spray dan boleh diminum menggunakan sudu atau dimasukkan dalam masakan. Nak sapu-sapu pada kulit atau rambut pun mudah. 

Tempahan / Info Produk, boleh whatsapp:

www.wasap.my/60123302067

INSTAGRAM: @maiasihat

#minyakzaitunorganik
#tursinaextravirginoliveoil
#assyifahealth
#kapsulminyakzaitun
#minyakzaitunspray
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-71 Haikal dilahirkan, maknanya dah 71 hari juga saya selamat berpantang. So far so good, dah rasa macam normal dah. 

Entri hari ni saya nak kongsi sikit tentang luka bersalin normal. Maksudnya luka perineumlah, bukan luka bersalin czer di perut. Syukur, ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara normal, tak ada masalah sewaktu nak bersalin bagi pihak saya sebagai ibu. Sakit contraction (yang sulung induce), bukaan pun dalam kadar sesuai dan proses bersalin juga dikategorikan mudah. Alhamdulillah. Masa anak sulung memang ada episiotomi (kena gunting) maklumlah anak sulung. Anak kedua dan ketiga dah takde gunting-gunting dah. Koyak sendiri. 

Masa anak sulung, walaupun ada luka episiotomi tapi saya tak rasa sakit pun sebenarnya. Sebab tu masa hari pertama di wad, kakak ipar saya mengucap panjang bila tengok saya dengan selambanya duduk bersila. Lepas dia tegur barulah saya nak kepit-kepit. Kelakar la pulak. Masa anak kedua, tragis sikit kisahnya. Lepas dah elok bersalin dan jahit semua, anak saya masuk NICU sebab kuning dan G6PD deficient. Saya pun ikut sekali sebab di Kajang masa tu ibu boleh room in. Tiba-tiba, anak saya didapati kena jangkitan kuman. Doktor nak tau kuman apa, dan disebabkan saya tak pernah ambil swab masa mengandung atau sebelum bersalin tu....maka pada hari ke-2 tu saya kena buat swab tu. Nurse masukkan speculum (muncung itik) dan ambil sample. Bayangkan, baru je jahit semalam, hari ni dah kena masukkan muncung itik. Allah...demi anak kurelakan jua. Lepas tu memang sakit dan pedih. Kena pulak stay kat NICU bukan kat rumah, tak sempat nak jaga diri betul-betul pun. Anak ketiga, alhamdulillah koyaknya sikit je mungkin sebab baby pun kecil je dan dah anak ketiga dah pun. Kata nurse KK, akak ni mesti bersalin tu rushing2 ye...kalau akak sempat bersedia rasanya tak de koyak ni. Kisah rushing2 tu nanti saya cerita kemudian. Kal ini pun, di hospital lagi saya dah bersila. Susah kot nak salin diaper anak sambil bersimpuh atas katil wad tu. Haha..jangan tiru ye. Tapi, ada dugaan lain pula bila saya kena ulang-alik ke NICU selama 2 minggu sebab anak ditahan di sana. Pergerakan yang terlalu banyak tu menyebabkan luka yang mulanya ok dah rasa macam tak ok menjelang 14 hari. Duduk pun dah susah dan sakit. 

Berdasarkan pengalaman ni semua, saya nak turunkan tips dan petua untuk ibu-ibu yang baru bersalin dan nak jaga luka bersalin tu elok-elok. Sebelum tu, jom kita tengok dulu darjah luka koyakan yang mungkin berlaku. 

Usah ngeri ye...ini 4 darjah loka koyakan pada perinium wanita yang bersalin normal. Yang nombor 4 tu nauzubillah. Apa maksud first degree, second degree tu..jom kita baca. 

Macam mana nak tau luka kita pada darjah mana? Ada dicatat dalam buku pink tu...di bahagian PERIHAL KELAHIRAN. Bidan akan tanda, 1st degree ke 2nd degree ke atau 3rd degree. 

Okeh, apa yang perlu ibu lakukan untuk jaga luka bersalin ni supaya cepat sembuh?

1- Kebersihan kawasan luka.

Setiap kali ke tandas, lap kering-kering guna tisu. Memang rasa seriau sikit sebab luka barukan? Tapi tetap kena keringkan juga. Pedap tisu perlahan-perlahan especially pada tempat luka dan sebenarnya seluruh vagina termasuklah di bibir sekali. Elakkan guna tisu yang terlalu nipis risau melekat bila basah. Saya gunakan tisu yang kat restoran atau majlis kenduri kahwin tu, yang empat segi. Memang ready dalam tandas, dan ada sepeket dalam beg. Jadi walaupun ke tandas masa kat luar (misalnya kes saya berulang ke hospital) saya mesti akan lap kering-kering. 

2- Pemakanan

Ini ramai yang tau, makanan-makanan yang baik untuk penyembuhan luka ialah makanan yang kaya vitamin C macam buah oren, ikan haruan dan sayur. Selain untuk mempercepatkan proses pemulihan luka, pemakanan juga perlu dijaga untuk mengelakkan sembelit. Tujuannya supaya tak ada tekanan pada luka dan vagina sewaktu ibu buang air besar. Sembelit boleh menyebabkan luka terengsa dan berdarah semula. Jadi air perlu diminum secukupnya. 

3- Sapuan / Basuhan

Saya tahu sekarang dah banyak dijual di pasaran pencuci intim wanita yang dikatakan bagus untuk menyembuhkan luka. Saya taknak komen tentang tu. Kalau ibu rasa nak beli, pastikan bahan-bahannya betul-betul terpilih dan lulus KKM. Apa yang saya nak kongsi, dan sangat berkesan untuk saya ialah BASUHAN DENGAN AIR GARAM. What!!!?? Garam? Air garam basuh luka? Tak pedih ke. Relax...sungguh, membasuh kawasan luka perineum dengan bancuhan air garam sangat bagus untuk memulihkan luka. Caranya mudah sangat. Kalau nak buat basuhan daripada sireh, kadang nak dapat sireh di bandar dah susah. Kena suruh suami pergi beli. Ada pulak yang salah beli karang, sakit hati je kan. Bancuhan air garam ni mudah je. Jerang air. Tak perlu banyak pun sebab nak basuh bukan nak guna banyak sangat. Lagipun kita nak basuh guna air suam bukan air panas. Air dah mendidih, masukkan dalam bekas saiz sederhana. Larutkan sesudu besar garam dan sekeping asam gelugur (asam keping) yang dah dibasuh bersih. Tutup bekas sekejap agak-agak asam keping tu kembang sikit. Nak kembang banyak pun ok tapi lambat la...dan sejuklah pulak air tu. Tambah air bagi jadi suam-suam panas. Maksudnya lebih sikitla panasnya. Buatlah cucian dengan air tu. Rasa sedap nyaman je tau, rasa selesa sangat. Lepas tu tak perlu bilas, cuma lap je kering-kering. 

***akan disambung...mata berat sangat dah***
Terketik (klik) satu folder dalam pc, mata terus tertangkap pada gambar ni. Share lah di sini, mana tahu ada jiwa yang memerlukan kata-kata ini. Hakikatnya, kita semua memerlukan Allah S.W.T kerana setiap 'jalan' yang kita lalui ada Allah sebagai Perancangnya.



Pengalaman hidup banyak mengajar saya tentang situasi ini, yang seakannya sudah tiada cara dan tiada jalan lagi. Jalan mati kekdahnya. Maka menangislah kita, buntu. Normal tu. Kita manusia biasa. Kita percaya, sentiasa percaya pada Allah, tetapi kita manusia selalu mahu yang konkrit, selalu mahu ada sebelum masa kita benar-benar memerlukannya. Selalu juga mahu sesuatu itu walaupun mungkin tidak baik untuk kita. Sedang Allah MAHA TAHU bila dan bagaimana Dia mahu memberinya kepada kita, atau mungkin memang kita tidak perlukan pun sesuatu itu, atau jika diberi, sesuatu itu tidak baik untuk kita. 

Maka percayalah! dan teruskan berdoa dan meminta...bersama amalan yang boleh menarik kasih sayang Allah kepada kita. 

FLASH SALE* untuk *PLANNER DESIGN YOUR BEAUTIFUL DAY HARI INI SAHAJA! (26 JANUARI 2018)




Harga pasaran RM 45

Harga Flash Sale RM 35 

TARIKH 23 - 26 HB 1

POSTAGE: ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

1 Naskah RM 11/17

2-3 Naskah RM 12/18

P/s : Jimat Kalau beli BANYAK

Tawaran sehingga 26 JANUARI 2018 ini sahaja.

Cepat-cepat grab peluang ni. Boleh Whatsapp no di bawah untuk lihat bahagian dalam planner.

www wasap.my/60123302067

INSTAGRAM: @bukumaia

#sayajualplanner2018
Pakej buku mini Yasin dan Asmaul Husna yang terkini.

Ramai pelanggan yang contact saya bertanyakan buku mini Asmaul Husna (AH) yang bersaiz poket. Dukacitanya, buku mini AH yang saiz poket hanya tinggal 1 corak sahaja. Itu pun stok terselit sebab tercampur dengan Yasin. Nanti di bawah, saya letak gambar buku mini AH saiz poket yang masih available tu ye. 
Gambar di bawah ni ialah pakeh buku mini Yasin dan AH yang terkini. Kali ni penerbit buat corak dan saiz sama je Yasin dan Asmaul Husna. Sebabnya ramai yang nak combokan 2 jenis buku mini ni. Jadi mudah nak padankan corak. Jangan risau, walaupun saiz buku mini AH dah bertambah besar, tapi harga tetap sama:)


~Buku Yasin dan Asmaul Husna sama corak (ada 8 corak kesemuanya). Bolek KLIK SINI untuk tengok corak yang ada.
~Kotak putih dengan plastik lutsinar
~Tasbih mini 'pearl'
~Tasbih digital

Tempahan minima 50 unit.
Harga bergantung pada pakej dan kuantiti.
Jadi, maklumkan saja berapa kuantiti dan pakej yang mana berkenan, kami akan berikan harga. Lagi banyak lagi jimat, itu memang pasti!

Buku mini AH saiz poket (stok akhir)

Haa..yang kat atas ni la buku mini AH yang masih ada tu. Hanya ada corak ini sahaja ye. Dan tak ada kotak untuk saiz ini lagi. Kalau nak kotak saiz A6 ada, manalah tau ada nak combine dengan buku lain atau buku Yasin. Paling menarik, kami offer buku mini AH yang ini dengan harga CLEARANCE STOCK iaitu hanya RM 1/unit, minimum order 50 unit. 


Tempahan / Pertanyaan:
FACEBOOK: Min-Aina-Ila-Aina (Fanpage)
                      Maizura Osman (Peribadi)
INSTAGRAM: @bukumaia 

UNIT RUMAH UNTUK DISEWA

Studio unit Galleria Equine Park


Partly furnish
• Aircond
• Wardrobe
• Kitchen Cabinet
• Water Heater
• Curtain
• Grill
• 1 or 2 Carpark **
• 24 hours Security
Lampu akan ditukar.
2 + 1 Deposit
0.5 Utility
Rental RM900~1000 (1 carpark)
+RM200 for 2nd park. (Negotiable)






Berminat / Pertanyaan:

#rumahuntukdisewa
#rumahsewaserikembangan

KENAPA WARNA MADU QUAD BERBEZA-BEZA?




+ Yang kuning (Golden) itu adalah Madu Lebah Tualang dari hutan tanah tinggi.

+ Yang gelap (Black Golden) adalah Madu Lebah Tualang dari hutan tanah rendah.


Haa..ini dia Black Golden Tualang 1kg. Menarik tertarikkan?

Jadi jangan terkejut kalau terbeli Madu Quad warnanya berbeza-beza. Itu kerja Allah Taala, bukan daya upaya kami untuk tentukan warna madu. Kecuali kalau madu lebah ternak monofloral.

"....Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam WARNAnya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia" (An-Nahlu: 69)

Madu Quad adalah madu kualiti multifloral. Hanya lebah Tualang yang mampu menghirup jutaan nektar bunga hutan.

Cer google,
"largest honeybee in the world". Insyaallah, anda akan tahu mengapa kami komited menyebarkan manfaat dari lebah tualang kepada dunia ๐Ÿ˜Š

Nak beli Madu Quad yang sedap ni? Harganya sangat berpatutan, mampu milik bagi setiap keluarga in sha Allah. 



Senarai harga Madu Quad

Untuk tempahan dan pertanyaan produk, boleh Whatsapp Mai:

www.wasap.my/60123302067


atau PM kami di Facebook: Min-Aina-Ila-Aina (fanpage)
                                             Maizura Osman ( fb peribadi)

Boleh juga dm kami di Instagram @maiasihat

#madutualang
#warnamadutualang
#maduquad
#madulebahasli
#hargamaduquad


Bismillah
Ya Allah, rahmatilah orang yang membaca doa ini.
Saat dia ada hutang atau mempunyai masalah kewangan, ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi daripada masalah kewangannya. Ya Allah ya Razzaq ya Ghaniy ya Mughniy, kurniakanlah dia rezeki dan kekayaan-Mu yang berlimpah ruah yang tidak pernah habis supaya hutangnya dapat dilunaskan.
Saat dia dalam kesulitan, senangkanlah dia. Ya Allah ya Mukmin, tenangkanlah hatinya dengan keyakinan, bahawanya semuanya akan baik-baik sahaja kerana ada Kau di sisinya.
Saat dia dalam kesedihan, gembirakanlah hatinya.
Saat dia sedang berasa kecewa, kurniakanlah dia semangat-Mu ya Baits Yang Maha Membangkitkan.
Saat dia sedang rasa lemah, ya Aziz ya Qawiy ya Matin kuatkanlah dia. Ya Baits, bangkitkanlah semangatnya.
Saat dia sedang jiwa kacau, tenangkanlah hatinya, selesaikan masalahnya. Berikanlah dia jalan keluar, jalan penyelesaian ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi. Lapangkanlah hatinya.
Ampunilah dosa-dosanya ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab. Ya Allah ya Quddus ya Jalil, bersihkan dan sucikanlah hatinya daripada dosa, berhala dunia, penyakit hati.
Ya Allah ya Awwal, aku mohon percepatkanlah pemakbulan doa ini sesungguhnya Engkau Yang Mempercepatkan lagi Yang Maha Memakbulkan Hajat ya Mujib.
Doa yang sama, aku mohon untuk diriku dan yang menghantar doa ini kepadaku. La hawla wala quwwata illa billah.
p/s: Anda akan didoakan selagi doa ini menjadi viral kepada orang lain.
@sumberilmu
Alhamdulillah, Jumaat yang berkat ni nak update juga lah satu entri. 

Ini review ikhlas salah seorang customer @bukumaia yang sangat gembira dan puas hati dengan Planner Becoming a Better Muslim yang beliau beli. Sebenarnya dah lama beliau review ni, cuma tak dan dan nak update kat sini. Jom baca apa kata beliau. (saya salin review beliau di bawah supaya jelas dan senang dibaca)


Akak sweet ni jenis yang suka pakai planner bertulis. Sebab tu tiap tahun mesti beli satu. Alhamdulilah tahun ni dapat jumpa dengan planner yang paling best antara yang pernah beli. Memang dah lama cari yang lengkap dan islamic oriented.
Masa order dengan kak mai Maizura Osman memang nak beli yang kaler pink walaupun yang kaler biru pon cantik. Biasa la i am akak sweet kann
Sekali sampai bukan planner je dapat tapi siap dengan notepad kecik, mini book 8 surah pilihan, zikir harian, sticker comel comel, bookmark dan last but not least badge muslimah. Rasa macam dapat hadiah. Al maklum lama dah tak dapat hadiah orang bagi.

Paling best isi kandungan planner. Memang awesome la jatuh cinta pandang pertama. Kualiti kertas tebal tulisan yang cantik warna lembut dan ceria. Memang tangkap jiwa akak tau.
Lengkap dengan motivasi ada ibadah checklist ada checklist bacaan quran, fitness checklist ada cabaran simpan duit . Memang lengkap sebab sebelum ni checlist ni kena pi google dan print sendiri. Sekarang dalam satu planner dah lengkap semua ditambah lagi dengan bahagian khas untuk checklist sepanjang ramadan yang sangat lengkap dengan qadha tracker.
Akak sweet lompat bintang tau sebab suka sangat dengan planner ni. Sebab akak bukanya muslimah yang baik mana pon tapi ada niat untuk jadi lebih baik. Insyallah. 
Hampa suka planner bertulis ka digital?

Tak kisah la pakai yang macam mana yang penting dah ada planner jangan lupa tandakan tarikh tarikh penting contoh hari lahir ke anniversary ke supaya boleh rancang mana tau nak buat jamuan birthday atau surprise boleh la contact akak sweet untuk tempahan. Sempat jugak nak menyimpan duit boleh pilih kek yang best best.

 *  *  *

Haaa...terujakan? Kami yang mengedar dan menjual ni lagi rasa seronok bila customer puas hati. Tak perlu diminta, customer sendiri yang buat review. Alhamdulillah.

Ya, Januari dah nak smapai hujung...tapi 2018 baru bermula. Sempat lagi nak grab sebuah planner ni untuk diri sendiri dan mungkin 1-2 lagi untuk yang tersayang. Boleh jadi pasangan atau sahabat baik anda akan menghargainya! 







Berminat untuk order atau tahu lebih lanjut tentang planner ni? Jangan segan hubungi kami ye.

www.wasap.my/60123302067
Facebook: Maizura Osman
Instagram: @bukumaia
No 1

No 2

No 3

No 4

No 5

No 6

No 7

No 8

Untuk tempahan dan pertanyaan produk, boleh Whatsapp Mai:

www.wasap.my/60123302067


atau PM kami di Facebook: Min-Aina-Ila-Aina (fanpage)
                                             Maizura Osman ( fb peribadi)

Boleh juga dm kami di Instagram @bukumaia