Mode sentimental sikit malam-malam ni. Haha.

Asalnya, sekitar pukul 10 malam tadi, anak sulung saya dah pun tergolek lena kat ruang tamu. Memang dia tidur seorang di situ setiap malam. Saya, suami, anak kedua dan baby masuk bilik tidur. Macam biasalah sementara nak layan anak-anak ni mengantuk, borak-borak, gurau-gurau dulu. Abangnya cara budak 3 tahun, si baby cara baby 4 bulanlah kan. Tetiba dengar bunyi orang berlari kat tingkat atas (relax...bukan cerita seram ye). Kami dua-dua serentak cakap "Siapalah tu yang berlari?" Sebab apa tau...sebab kat atas rumah kami ni (apartment) tak ada budak-budak kecik pun. Penghuninya students kolej sekitar sini, anak-anak dara. Spontan juga saya cakap "Mana ada budak, anak-anak dara la tu berlari". Dari situ la saya tetiba terkenang zaman saya muda belia dulu, 'ada ke aku berlari-lari dalam bilik?' Seingat saya memang saya takde buat gitu, tapiii kawan-kawan yang lain memang ada. Kadang-kadang bergurau berkejar-kejaran pusing asrama pun ada. Oh ya saya memang tinggal di asrama sepanjang zaman belajar matriks dan undergrad dulu, tak pernah menyewa rumah. Kemudian terdengar pulak budak-budak atas tu menjerit. hahahaha..memang menggamit kenangan sungguh la. Bab menjerit ni sinonim sangatlah dengan remaja perempuan. Ada aje la sebab nak menjerit tu. Sekali lagi, saya tak termasuk yang menjerit-jerit takutkan lipas ke serangga ke (boleh imagine tak suaranya), tapi kalau menjerit melaung panggil kawan dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dari blok ke blok tu memang ada. hahaha.



Saya dulu belajar di Matriks UIA PJ, dan kemudian sambung ke UIA Kampus Gombak. Alhamdulillah, zaman remaja saya di sana saya rasa seronok belaka. Kawan-kawan yang best, pengalaman yang best, kolej kediaman (mahallah) pun sangat selesa. Cuma bab belajar je saya tak begitu menyerlah. Sedang-sedang saja. Agaknya sebab tu la saya tak sambung bidang yang sama. Kalau sambung bidang sama haruslah saya sambung postgrad di UIA jugak.

Berbalik kepada tajuk...dah di usia 30-an ni, ada rindu bertandang sekali-sekala. Ok, bukan ex-ex pakwe ke apa...sebab pak we saya suami saya sorang je..boy friend tu ramai laaa...ish korang ni, kawan-kawan biasa tu ada la tapi tak ramai pun. Yang saya rindukan sebenarnya adalah MASA, RUANG, PERASAAN, PELUANG, TENAGA dan SAIZ:)

Kini dah bergelar seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak lelaki yang sedang aktif, MASA dan RUANG lah antara perkara yang paling saya rindukan. Istilah orang sekarang apa? Me Time. Masa untuk diri sendiri. Ya..memang kita boleh cuba cari masa untuk bersendirian TAPI BERBEZA tau. Kita takkan dapat lagi MASA, RUANG, PERASAAN yang hanya boleh fikirkan tentang diri kita sahaja. Takkan dapat lagi. Dulu, paling berat kita hanya perlu fikir hal keluarga (emak, ayah, adikberadik) tapi itupun bukan tanggungjawab kita sepenuhnya kecuali untuk kes-kes istimewa ada insan yang diuji kehilangan penjaga seawal usia. Saya juga kehilangan ayah di usia 16 tahun. Bila sudah jadi isteri dan ibu, sejauh masa pun kita pergi, mereka tetap ada dalam hati dan fikiran kita. Tetap akan fikir. Tak bersyukurkah saya? Eh bukan begitu...sebab itu saya kata tadi, cuma rindu. Rindu MASA dan RUANG itu. Rindu bila dapat tidur di atas katil bujang sahaja pun tapi dah terasa cukup luas. Rindu bila boleh tidur bila-bila masa terluang tanpa perlu fikir bila anak terjaga, apa yang nak dimasak atau dimakan nanti, tak perlu fikir juga kerja-kerja tertangguh sebab semuanya berkaitan diri kita saja, nanti bangunlah baru fikir. Kalau nak disenaraikan...memang berjela-jela lah kan. Ini contoh-contoh yang saya ingat.

PELUANG pun sama juga. Sekarang ni pun ada banyak offer itu ini yang SERONOKNYA KALAU DAPAT BUAT NI MASA AKU BUJANG DULU. Haa...pernah tak rasa macam tu. Contohnya, traveling, takkan nak backpack dengan anak-anak kecik. Atau yang belum ada anak pun, belum tentu suami sekepala dengan kita. Banyak peluang masuk bengkel (yang biasanya dibuat hujung minggu...kita dah ada anak-anakkan sekarang). Peluang menjadi sukarelawan (boleh nak join, tapi keluarga perlu berkorban) dan macam-macam peluang lagi. Sama juga dengan PELUANG BERIBADAH. Dulu, tak ada siapa nak kacau, tapi masa tu ilmu dan kesedaran tipis lagi. Ibadah sunat buat bila rasa nak buat je. Sekarang, nak puasa ganti pun jenuh sebab mengandung lah, menyusu anak lah. Besarrrr ujian.

TENAGA dan KESIHATAN serta SAIZ. 


saya- 2 dari kiri
dulu (2006)

Yeah..ini memang rata-rata wanita bergelar ibu memang faham. Memang boleh jaga kesihatan, boleh ambil suplemen (saya kan jual suplemen) tapi tetap tak sama. Badan anak dara tetaplah tak sama dengan mak dara. Luaran bolehlah tipu...dalaman kalu, kena tunggu anak-anak dah besar panjanglah kot baru boleh tumpu kat badan sendiri. Ini situasi rakyat marhaen macam saya la..bukan geng retis ke datin ke ye. Dengan baby kecik, CTDK pun mengaku tidur 3 jam je. Mana nak sama tenaga dengan yang belum kawin. Metabolisme saja dah beza. Saya sangat terasa kesihatan saya tak serupa dulu bila saya diuji dengan sakit. Ala, sakit-sakit biasa je macam selesema, batuk, demam. Allahuuu...terasa sungguh! Batuk yang suatu masa dulu tak jadi hal pun pada saya. Tak perlu ubat, tak perlu rehat. Nanti baik sendiri dalam 2-3 hari. Sekarang, batuk dah jadi satu masalah besar. Kerana batuk je boleh buat sakit satu badan. Perjalanan pergi-balik kampung je dah boleh buat saya demam. Mana taknya, dulu balik kampung naik bas, bas gerak je saya pun tido, terjaga bila dah nak sampai. Sampai kampung pun takde apa sangat nak buat setakat tolong mak masak je. Sekarang, baru plan nak balik kampung je otak dah ligat fikir macam-macam. Nak kemas rumah, nak kemas beg (baju siang anak baju tidur anak baju jalan anak darab tiga orang), nak bawak balik apa, bak berjalan ke mana. Kat situ je dah penat. Sepanjang perjalanan pulak pangku baby menyusu sepanjang jalan, bersilat di RnR suap yang ini, dukung yang itu, kejar yang sana, pegang yang sini. Aih, saya tulis pun rasa penat. hahahah!

Begitulah roda kehidupan. Segala kenangan akan kekal jadi kenangan. Takkan dapat diulang kembali. Pergilah ke tempat yang sama pun, tetap tak sama. Dah berkali-kali saya ke UIA Gombak, excited sangat masa sampai...tapi apa yang dijumpai hanyalah KENANGAN. Bukan lagi realiti. 'Dulu...aku di sini'. Sekadar itu. Zaman sekarang, kamera dan handphone dah canggih, mungkin apabila mereka dah dewasa nanti, lebih dekat kenangan tu pada mereka. Zaman saya dulu, dah ada handphone berkamera tapi saya yang tak mampu guna. Gambar hard copy adalah beberapa keping, jadilah kan...buat kenangan. Saya bersyukur atas segala yang Allah berikan dulu hingga kini...terima kasih Allah. 


2017- sarat mengandung anak ketiga

EMAK TAK SUKA KEK MODEN KRIM-KRIM
Emak saya. Beliau memang tak suka 'kek orang le(sekarang) ni yang berkrim-krim. Berlengas, katanya. Hehe. Pernah sekali kami meraikan hari ulangtahun emak di Penang, abang ipar belikan kek krim. Sedap sangat pada selera kami. Tapi emak kata, "hii, kek gini la yang aku tak gemor". Emak jamah juga, tapi tak beria. Yelah, birthday girl takkan tak rasa kek sendiri.
Kek apa yang emak suka? Emak suka kek gula hangus, kek planta, kek pisang. Tu antara senarai kek favourite emak. Tapi anaknya tak pandai buat. Kek pisang pun tempah dengan jiran, bawak balik raya.
Haa...kek kampung pun power tau. Usah kata yang tua, yang muda pun suka. Evergreen gitu.

Apa lagi, jom beli buku Kek Kampung Paling Agung ni dan try sekarang. Nanti raya dah ada 2-3 kuih. Bila`lagi nak masakkan untuk emak tersayang? Ada 40 resepi kek kampung dalam buku ni. Dapat buat 4 pun dah hebat kita:)






Harga: RM23, postage RM8 / RM11 (SS) -- untuk 1-2 naskhah

Penulis buku ini ialah Chef sempoi Khairul Hakimin Muhammad. Beliau mengajar masak memang sempoi, bahasa dan cara yang paling mudah nak faham dan membuatkan kita rasa mudah juga nak buat. Buku beliau yang laris sebelum ni ialah buku Brownies Paling Agung. Nak beli buku ni sekali dengan buku Kek Kampung Paling Agung pun boleh, selagi stok masih ada. 


Tempah je (buku ni) dengan saya.
012-3302067 (mai) Whatsapp / SMS/ Telegram
INSTAGRAM: @bukumaia
FACEBOOK: Min-Aina-Ila-Aina

#kekkampungpalingagung
#browniespalingagung




Ini review ikhlas daripada customer yang juga sahabat sesekolah saya dulu. Boleh ke Facebook beliau DI SINI. 

******************************************************************************************************

Macam madu masa budak2 dulu..
Masa kecik dulu memang almost setiap hari ambil madu & air gamat. Rasa macam takde paksaan pun, tapi sebab mak suruh.. so minum je la.

Sedap tau.. manis masam masin.. 
perghh memang boleh ketagih ๐Ÿ˜‹
Bila dah dewasa ni, tak jumpa pulak madu yang rasa macam tu. Nak describe pun tak tau macam mana rasa dia tu. Sampai dah lupa rasa dia tu camne. Jenis madu apa lagi la tak tau ๐Ÿ˜‚
Macam2 jenis dah try sebelum ni, tapi mostly manis ala gula je lebih . Dari yang beli kat Cameron sampai la yang kirim dari Yaman.. langsung tak kena dengan tekak. Eh, memang la madu tu manis kan tapi Dia ada rasa yang unik tau.
Sampai la baru ni, try beli madu stick ni..
Masa mula2 sedut tu, terkejut dengan rasa masam2 manis dia. Ye la , kita expect rasa dia manis kan ๐Ÿ˜…
Bila dah 2-3 stick, baru la datang ingatan rasa tu sama macam madu yang dok makan hari-hari masa kecik dulu.
Ohhh! Finally dapat madu dengan rasa yang diinginkan... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Konon2 beli yang stick dengan harapan mau la budak2 amalkan, sampai ke hari ni langsung deme tak sentuh. Naufal siap lari bila nampak mama bawak stick ni.
Hahaha
Nanti dah abis ni kita beli yang dalam botol pulak..
Kalau korang tercari2 madu asli memang piorrrr punya, contact Maizura Osman ni haaa..
Dia ejen Quad Meds.
Nak beli madu , make sure yang asli tau
Jangan korang cari madu macam si Izreen tu sudah!

*******************************************************************************************************************

Haaa...itu kata kawan saya Fadhilah. Ayat last tu kasi meriah saja. hehe. 


Ada banyak pilihan Madu Quad yang anda boleh pilih. Kalau nak cuba dulu boleh beli botol saiz kecil seberat 180gm sahaja. Atau, nak berbaloi kos pos boleh terus ambil botol besar seberat 2kg. Harga Madu Quad memang sangat sangat mampu milik. Saya pun mula-mula kenal Madu Quad ni rasa eh betul ke semurah ni? Sebab biasanya madu asli kan mahal. Kalau 100GM madu Australia pun dah berapa RM dah kan? Sekarang baru saya faham, harga ini memang harga madu lebah asli tempatan, namun keasliannya terjamin. 

Sebarang tempahan / pertanyaan:

Whatsapp: 012-3302067 (Mai)
Facebook: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @maiasihat