TAHNIAH! Buat ketiga-tiga mereka, senior saya yang dah selamat menjalani ujian lisan (viva) bagi ijazah doktor falsafah linguistik pada 18 Ogos dan 22 Ogos 2011. Ketiga-tiga mereka lulus, baik, pembetulan kecil. Tahniah juga buat penyelia kami, Prof. NHJ. Tentu Prof rasa gembira dan lega tiga sekaligus anak didik beliau berjaya. Dr. AS mesti gembira berganda sebab sedang teruja menanti kelahiran anak sulungnya 2 bulan lagi. Tahniah sekali lagi. Tinggallah kami adik-beradik sepenyeliaan terutama yang baru-baru nak menapak macam saya ni. Saya ni kira adik bongsu la, sebab saya yang terbaru mendaftar di bawah penyeliaan Prof. Semangat mereka perlu saya pinjam dan kendong bersama dan mudah-mudahan saya juga akan mengecapi kejayaan yang serupa nanti. InsyaAllah.

Perkembangan terkini diri sendiri, setelah 2 kali proposal saya disemak, akhirnya dah dihantar kepada urusetia siswazah semalam. Alhamdulillah. Walaupun saya tak la puas hati sangat dengan proposal tu, tapi hadap je la kan. Kalau nak tunggu rasa sempurna bukan proposal la namanya, itu tunggu tulis tesis. Itupun jauh daripada sempurna, ilmu Allah ni terlalu luas.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dan terlajak tarikh sikit (Prof mintak bulan 7 sebenarnya), akhirnya tadi proposal dah siap dihantar ke tangan Prof untuk disemak. Punyalah pening nak memahamkan teori, tapi last-last macam faham la juga walaupun agak kabur. Saya buat juga contoh analisis dengan rajah, boleh Prof semak dan mudah-mudahan apa yang saya faham tu tak melencong jauh.

Takde mood nak update blog, taktaula kenapa.