Hampir 5 petang 31 Julai 2013.



Masih ada beberapa jam sebelum 12 tengah malam. Masih sempat nak buat tempahan GLA Complex yang superb. Jangan lepaskan peluang ini sebab esok-esok dah tak dapat harga runtuh sebegini lagi. Jangan risau untuk beli lebih kerana GLA ialah suplemen yang hebat untuk wanita. Setiap wanita akan menghadapi saat-saat kritikal setiap bulan, GLA akan bantu anda menempuhinya dengan penuh ceria. Tak perlu lagi nak sakit-sakit badan, nak moody-moody malah nak guling-guling akibat senggugut. 

Sedang berusaha untuk hamil? 

Biarkan GLA bantu anda untuk besarkan peratus kemungkinan anda hamil. GLA Complex mengandungi gamma linolenik asid yang membantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, dan terus laki ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Kami akan guide anda cara pengambilannya kerana untuk hamil, pengambilannya adalah sedikit berbeza.

Masalah Jerawat?

Masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon sangat sesuai diredakan dengan GLA Complex. Ia mengawal atur hormon dalam badan dengan baik sekaligus mengurangkan malah membantu kulit anda lebih cantik dan licin

Menopause?

Satu perkataan yang agak membimbangkan para wanita yang mula meningkat usia. Menopause merupakan fasa yang kritikal tetapi sering tidak difahami oleh orang sekeliling hatta pasangan sendiri. Oleh itu, biarkan GLA bantu anda menghadapi masa-masa ini. Hormon akan dikawalatur agar proses itu tidak menyusahkan anda.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan GLA Complex sementara promosi masih berlangsung dengan harga yang sangat berbaloi. Oh ye..anda tidak perlu beli sampai 6 untuk dapatkan harga jimat.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Oprah Juga Sukakan Basic H2 dan Get Clean Shaklee



Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Malam ini dah malam ke-20 Ramadhan. Jom kita tukar gear dalam beramal ibadah. Masih berbaki 10 hari, sayangnya kalau kita tak rebut keberkatan, kemuliaan dan manfaat Ramadhan yang berlipat kali ganda. Ramadhan datang setahun hanya sekali sahaja. 

Apa kata kita kemaskan solat fardhu kita. Mana-mana bacaan sunat dalam solat yang tak dibuat selama ini, kita mula lakukan. Kita cuba untuk khusyuk. Selepas solat kita tambah dengan zikir dan wirid. Seterusnya disudahi dengan doa, bercakaplah dengan Allah. Mohonlah taubat kerana di bulan ini Allah ingin mengampunkan orang-orang yang bertaubat. Mintalah apa sahaja yang kita hajatkan (perkara kebaikan) walaupun kita rasa seakan mustahil, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah. 

Selain tarawih, kita juga boleh menggandakan solat sunat. Solat sunat ada banyak, pilihlah mana-mana yang kita selesa. Di waktu siang, ada solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu misalnya. Solat sunat dhuha, boleh juga solat sunat taubat dan bermacam lagi. Pada malam hari sunat tahajud diutamakan, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan solat sunat hajat dan witir serta pelbagai solat sunat lagi.

Bacalah Al-Qur'an kerana bulan Ramadhan juga bulan Al-Qur'an. Jika kita sudah mula di awal Ramadhan tapi belum lagi khatam, masih ada 10 hari untuk kita pecut. Pecut dengan kualiti bacaan yang masih dijaga tentunya. Kalau belum bermula? Sempatkah? Sempat. Dengan syarat ada kemahuan dan ada target. Dan syarat lain, kurangkan atau elakkan perkara yang tidak bermanfaat misalnya menonton tv, shopping online, searching perkara yang tidak perlu, dan menghadap facebook. In sha Allah minimum 3 juz sehari. Mari saya kongsikan caranya.

Sebelum atau selepas solat Subuh = 5 helai
Selepas solat Dhuha = 5 helai
Bersamaan = 1 juz

Sebelum atau selepas solat Zuhur = 5 helai
Sebelum atau selepas solat Asar = 5 helai
Bersamaan = 1 juz

Selepas solat Maghrib = 5 helai
Selepas tarawih / solat malam = 5 helai
Bersamaan = 1 juz

Anggaran masa = setengah jam / 5 helai

Nak lebih cepat atau ada halangan pada waktu-waktu di atas:

Baca sebelum dan selepas solat
Baca pada waktu menunggu berbuka puasa




Zikir, satu lagi amalan yang paling mudah asalkan dibiasakan. Zikir boleh di bibir dan boleh juga sekadar di hati. Kalau dulu kita habiskan masa dalam perjalanan ke tempat kerja dengan lagu-lagu dari radio, apakata kita ubah. Tutup radio, dan kita pula yang jadi artisnya. Zikirlah apa sahaja yang kita suka asalkan memuji Allah, mohon keampunan Allah dan juga Rasulullah S.A.W. Boleh istighfar, boleh selawat, boleh zikir Saiyidatina Fatimah, boleh zikir asma' ul husna dan bermacam zikir lagi. Pahala sunat di bulan Ramadhan adalah berganda-ganda. Rugi tak ambil peluang ini.

Rasulullah SAW bersedekah di bulan puasa ibarat angin yang berlalu. Maknanya betapa banyaknya baginda bersedekah. Dah dapat gajikan? Alhamdulillah kalau ada bonus lagi. Zakat dah bayar? Zakat fitrah dan zakat pendapatan serta lain-lain zakat yang berkenaan. Zakat itu menyucikan harta. Sedekah pula menjemput rezeki, menolak bala, memelihara kesihatan dan lain-lain manfaat. Setiap sedekah pahalanya digandakan 10kali. Kalau bersedekah RM10 in sha Allah dibalas 100. Namun di bulan puasa adalah berkali-kali ganda lagi ganjarannya. Sedekah juga ada banyak cara, yang paling afdhal ialah sedekah kepada keluarga dan kerabat. Seterusnya anak yatim dan fakir miskin serta muslimin muslimat yang lain dan juga manusia secara amnya. Boleh sedekah wang, boleh wakaf, boleh juga sedekah makanan untuk orang berbuka puasa. 

Haa..dekat nak raya ni mesti shoppingkan? Ada masuk tandas awam tak? Kalau ada tandas yang berbayar tu apakata bagi lebih sikit kepada penjaga tandas tu. Misalnya bayaran masuk RM0.20 kita bagi je RM1 dan katakan "simpanlah bakinya tu". Tentu gembira pekerja tersebut, tidak kiralah apa pun bangsanya. Kalau pergi cuci kereta pun begitu juga. Sebelum balik kampung mesti nak cuci kereta kilat-kilat dulukan? Kalau upahnya RM8 lebihkan la sikit jadikan RM10. Kalau rumah kita ada guard, apa kata masa ke bazar Ramadhan tu beli lebih sikit dan sedekahkan pada mereka yang menjaga keselamatan kediaman kita. Kalau tak pun guard di sekolah anak-anak kita. Atau, sedekah pada pengasuh dan cikgu anak kita. Sebenarnya banyak lagi peluang untuk bersedekah dan berbuat baik. Memanglah senyum itu sedekah tapi sampai bila sedekah kita hanya senyuman? Kalau kita menghulur sikit pun kita masih boleh senyum,kan? Dah berganda sedekah di situ.

Itulah sedikit sebanyak peluang yang perlu kita rebut dna raih di penghujung Ramadhan ini. Ubah setting minda kita, yang diraikan adalah Ramadhan, bukannya Syawal. Tak salah bergembira di hari raya, sememangnya hari raya itu untuk kita bergembira. Tetapi cuba kita fikir-fikir semula, kenapa kita nak gembira? Sebab dah tak perlu puasa? Sebab jumpa saudara-mara? Sebab kita boleh makan macam-macam juadah? Bukan itu sebenarnya motif gembira di hari raya. Jadi, carilah sebab untuk kita bergembira di hari raya nanti. Sekaranglah peluangnya. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan andai ada kebaikannya untuk pembaca blog ini, saya bersyukur kepada Allah.

Wallahu a'lam, saya mohon keampunan Allah.

Alhamdulillah sudah lebih separuh Ramadhan kita lalui. Siapa yang masih dapat berpuasa penuh? Siapa yang berjaya tarawih penuh? Siapa yang konsisten solat malam? Siapa yang berjaya sekurang-kurangnya membaca 1 juz Al-Qur'an sehari? Siapa yang tidak pernah miss sedekah? Alhamdulillah dan tahniah buat yang telah berjaya. Bagi yang belum, jangan kecewa. Ramadhan masih berbaki kira-kira 2 minggu lagi. Mari kita rebut peluang ini sebelum Ramadhan berlalu pergi. Doa, doa, dan doa agar kita diberikan kesempatan dan kekuatan untuk beribadah.

Di samping kekuatan iman, kekuatan dan kecergasan fizikal juga harus kita jaga. Ambilllah makanan yang berkhasiat, lebihkan sayur dan buah, kurangkan makanan berminyak dan bergula, cukupkan pengambilan air agar badan kita sentiasa sihat dan cergas. Jika perlukan suplemen, Shaklee ada rangkaian suplemen yang sesuai untuk Muslim di bulan puasa.

Jom kita tengok apa kata salah seorang pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati dengan Performance Drink Shaklee.


I'm not a Shaklee distributor but i need to stress this out. their performance drink is very good. i used to be really2 tired after buka puasa. takleh buka mataaaa. anyway after consuming the PD, insyaAllah alhamdulillah, segar bugar for the physical and spiritual chores. Bangkit sahur pun senang. Nak qiam pun senang. Alhamdulillah. So for moms out there yang selalu rasa letih with the house chores yang tak kunjung habis, especially this Ramadhan, i think it's worth to try out Shaklee Performance Drink. And the last one third of Ramadhan is coming soon! Mari sama2 pulun for that special night. Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan kesempurnaan ibadah di bulan mulia ini.

Pengambilan suplemen merupakan salah satu usaha kita untuk menjadi lebih sihat agar hidup kita lebih berkualiti. 

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebagaimana notis yang dikeluarkan oleh Poslaju National Courier di atas, penghantaran kami juga akan berakhir pada 3 Ogos 2013. Namun demikian, jika anda bersetuju untuk menerima barangan tempahan anda selepas cuti hari raya, penghantaran akan dibuat selepas tarikh tersebut. 

Walau bagaimanapun, tempahan yang diatur terus dengan Shaklee Malaysia adalah berbeza dan tidak tertakluk pada jadual di atas. 

Jadi, cepat-cepat buat tempahan anda beserta bayaran agar barangan anda akan sampai di tangan sebelum cuti hari raya. 

Update

Kami masih membuka pembelian Shaklee secara Cash On Delivery (COD) atau self pick-up di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bangi lama untuk hari ini 6 Ogos 2013 dan 7 Ogos 2013 (siang sahaja). Selepas itu MAIA akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri sehingga 10 Ogos 2013. Sepanjang tempoh itu, pertanyaan dan consultation diterima tetapi tiada penghantaran dibuat.


Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Syukur ke hadrat Allah Taala dipanjangkan usia sehingga hari ini. Bersempena bulan mulia dan hari istimewa ini MAIA akan mengadakan CABUTAN BERTUAH dan CENDERAHATI PERCUMA buat semua pelanggan yang dikasihi.


Semua pelanggan MAIA yang membuat pembelian (beserta bayaran) pada hari ini 25 Julai 2013 akan menerima cenderahati percuma. Seorang pembeli yang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa.

Ayuh buat tempahan anda hari ini dan berpeluang memenangi cabutan bertuah ini. 

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang tajam seperti jarum. Sasaran paling lazim adalah ibu jari kaki, lutut dan tangan. Kesan serangan boleh terjadi dalam tempoh beberapa hari atau bulan. Lelaki dan individu obes merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jika anda merupakan penghidap gout, terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi.

Kekapis
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti tuna, ikan billis dan makerel sewaktu mengalami serangan. Cukup antara 4-6 auns sehari kerana sumber makanan ini kaya deng an purine yang akan diuraikan menjadi asid urik.

Ayam Belanda
Ayam Belanda dan angsa tinggi dengan kandungan purine berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi elakkannya. Ayam dan itik merupakan pilihan paling selamat. Namun, daging di bahagian kaki debih baik berbanding dada dengan kulit.

Bir
Bagi penghidap gout, bir akan menimbulkan dua kali ganda masalah. Ia bukan sahaja meningkatkan paras asid urik tetapi juga menyukarkan sistem menyingkirkannya daripada tubuh.

Hati
Organ dalaman seperti hati dan pedal harus dielakkan

Lemak
Lemak tepu melemahkan tubuh dalam membuang asid urik. Pilihlah sumber protein berasaskan tumbuhan seperti soya, kekacang dan produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Anda juga harus elakkan makanan ringan seperti biskut, kek, coklat, dinut, french fries, dan marjerin. Makanan tinggi lemak juga menyebabkan obesiti, keadaan yang sangat sinonim dengan gout.

Minuman Manis
Elakkan minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau kordial. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik

Daging Merah
Tidak semua daging mengandungi kandungan purine yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Tetapi sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika ingin juga makan daging merahm pilihlah daging lembu berbanding kambing.

Roti Putih
Elakkan tepung yang diperhalusi (wheat flour) seperti roti putih, pasta dan lain-lain produk berasaskan tepung dna mengandungi gluten.

Asparagus, Kobis Bunga, Bayam, Cendawan
Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purine berbanding lain-lain sayuran. Namun demikian, ini tidak bermakna anda harus mengelakkannya langsung kerana sayur-sayuran ini tidak memudaratkan sebagaimana daging merah.

APA YANG BOLEH DIMAKAN

Anda boleh ambil produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti roti gandum dan bijirin. Berita baiknya, anda boleh minum kopi. Anda juga boleh ambil buah-buahan sitrus. Lebih penting lagi, anda perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi, iaitu 8-16 gelas sehari. Pendek kata, anda perlu buang air kecil lebih kerap untuk membuang asid urik yang berlebihan.

CADANGAN SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

Bagi masalah gout, kami mencadangkan beberapa suplemen yang boleh diamalkan.

Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

Performance Drink: Performance Drink juga sangat sesuai untuk penghidap gout kerana ia memelihara kandungan bendalir dalam badan. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

Omega Guard : Minyak ikan sangat terekenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in purines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not? 
A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals. 

Alfalfa: Alfalfa juga merupakan antara suplemen yang baik untuk meredakan kesakitan akibat radang sendi.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Nota: Jika anda ada mengambil ubat untuk mencairkan darah misalnya warfarin, atau NSAID sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Satu lagi serbuan dan penangkapan berkaitan suplemen kecantikan. Apa yang menjadi kesalahannya ialah beroperasi secara haram, sedangkan produk ini dikatakan produk paling popular di Malaysia buat masa ini. Sebagai pengguna, kita seharusnya membuat pilihan bukan sebab orang lain beli jadi kita pun mesti beli. Luangkan sedikit masa untuk membuat kajian, sekurang-kurangnya mengenalpasti produk tersebut dikeluarkan oleh syarikat mana dan siapakah pengasasnya. Sudah nyata produk popular ini tiada sijil kelulusan KKM dan tentunya tiada sijil halal sedangkan didakwa halal dan selamat. Saya sendiri sebelum ambil Shaklee pada 2009, saya cari dulu kesahihan halalnya, belek dulu pengasasnya dan syarikatnya. 


HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Klik imej untuk paparan lebih jelas

PENAWAR CARA SHAKLEE

Setiap punca yang dinyatakan di atas adalah disebabkan oleh masalah dalaman dan masalah pemakanan dan gaya hidup. Untuk itu, penyelesaian bagi masalah ini bermula daripada diri kita sendiri. 

Zone 1 & 2 : Biasanya jerawat pasir la kan yang tumbuh di kawasan ini. Seperti dinyatakan di atas, lebihkan air dan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengambil Performance Drink untuk menghidrasikan badan.

Zone 3 : Anda boleh ambil Dtx Complex suplemen khusus untuk hati bagi membantu kesihatan hati anda.

Zone 4 & 10 dan 6 & 8 : Anda harus berehat, kurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Lebihkan pengambilan air kosong atau Performance Drink. Jika anda susah untuk tidur, OsteMatrix mungkin dapat membantu anda.

Zone 5 & 9 : Berhenti merokok dan elakkan menjadi perokok pasif, iaitu menyedut asap rokok orang lain. Bahagian bawah pipi yang bermasalah juga mungkin menunjukkan masalah gigi dan gusi. Vitamin C sangat baik untuk kesihatan gusi.

Zone 7 : Jantung. Masalah kulit pada kawasan ini mungkin menandakan masalah tekanan darah. Jika tekanan darah anda tinggi, Omega Guard, B-Complex dan OsteMatrix sesuai untuk mengawal tekanan darah anda. Manakala jika tekanan darah anda rendah, anda memerlukan Vita-lea iron Formula dan Performance Drink.

Zone 12 : Anda ada masalah perut dan penghadaman. Perut anda mungkin dipenuhi toksin. Untuk mengatasi masalah ini, ejen detoks seperti Herb-lax, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Peppermint-Ginger Plus adalah pilihan terbaik. Tidak mahu semua? Kami akan cadangkan apa yang terbaik untuk anda. Jangan lupa detoks hanya boleh berjalan lancar jika anda minum air dalam kadar yang mencukupi.

Zone 11 & 13 : Masalah hormon dan stres. Untuk stres, anda perlukan vitamin anti-stres iaitu B-Complex dan untuk menyeimbangkan hormon sekaligus mencantikkan kulit, GLA Complex adalah penyelamat anda. (GLA Complex sedang promosi Jun 2013 ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi!)

Zone 14 : Anda mungkin dijangkiti bakteria. Anda perlukan Vitamin C, Zinc dan Nutriferon untuk imuniti. Vita-lea untuk nutrien lengkap A-Z dan Performance Drink membantu anda kekal hidrat.

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Ambil sebiji bola tenis dan cuba genggam kuat-kuat. Lakukan sebanyak 70 kali dalam tempoh seminit. Jika anda lakukannya pada kadar yang sama selama 24jam, anda telah memicit bola tersebut lebih 100,000 kali! Adakah anda mampu melakukannya? Namun itulah yang jantung anda lakukan setiap masa. Hargai jantung anda.

1 KAPSUL = 28 CAWAN BROKOLI

Suplemen CoQ10 dikatakan amat penting untuk melindungi kesihatan jantung. Walaupun ia boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan sayur-sayuran, jumlahnya dalam makanan sangat kecil.

Berbeza dengan kapsul ini, ia mengandungi 28g CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi penguraian maksiumu dan penyerapan yang lebih baik. Untuk mendapatkan jumlah yang sama, kita perlu mengambil hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli setiap hari! Sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Menurut Bradford Richardson, Presiden Shaklee Antarabangsa, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun dikatakan jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah yang pernah dihasilkan pada usia 20 tahun. 

Oleh kerana ramai orang selepas umur 40 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai salah satu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang berkualiti.

CoQ10 bertindak umpama spark plus bagi sel untuk menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak daripada makanan dan CoQ10 diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

MANFAAT CoQ10

Kesihatan Jantung

Rawatan dan pencegahan [enyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat). Mengurangkan kekerapan 'angina episode' dan menguatkan otot jantung. 

Kanser

Doktor telah menggunaka CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan pada pesakit yang menerima kemoterapi.

Penyakit Gusi

CoQ10 juga telah dengan keputusan baik untuk merawat gejala distrofi atau penyakit gusi

Kesihatan Mental

Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.

Rawatan Obesiti

Kajian menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.

Kesuburan

CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan. 



Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah. 

Halia sebagai pembuka selera dan penawar gastrik
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan. 

Halia pengganti ubat selsema dan batuk 
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, anda tak perlu lagi makan ubat batuk dan selsema yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Halia merupakan penawar semulajadi.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh 
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut. 

Halia pengubat sakit otot 
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda. 

SEMUA KHASIAT ADA DALAM PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

Bunyinya memang senang, rendam, rebus, kemam, kunyah, masak dan sebagainya. Tapi nak buat tu la yang kurang rajin. Betul tak? Saya penggemar halia ni pun tak rajin apatah lagi yang tak berapa gemar dengan rasa dan bau halia. Haa..dengan Peppermint Ginger Plus (PGP) ni anda tak perlu risau lagi. Kalau suka, boleh dilarutkan dalam air / teh O panas...sedap dan menyegarkan. Kalau tak suka, boleh telan begitu saja jadi tak rasa apa-apa namun khasiatnya sama.



MANFAAT UTAMA PEPPERMINT-GINGER PLUS

Pudina: Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu penghadaman, mabuk perjalanan, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul akibat rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema akibat kesejukan. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan kekal fokus.

Halia: Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual ketika mengandung dan semasa dalam pantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia juga merawat dan mencegah masalah mabuk perjalanan.

Adas/ Jintan (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan selsema. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Jintan Manis (anise): Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala senggugut, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang ringan, melegakan haba di musim panas dan lembap, menjana tenaga badan dan lembut pada perut.

RESEPI PEPPERMINT-GINGER PLUS SAYA

# Peppermint dilarutkan dalam teh hijau
# Peppermint dilarutkan dalam susu suam

Pssst..ada pelanggan saya yang kunyah macam tu saja tau masa memandu untuk elak mengantuk dan pening dalam perjalanan. Boleh cuba, mungkin ada suka :-)

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.



Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.