Umi ni memang malas la nak update pasal perkembangan anak sendiri, taktaula kenapa. Tapi sayangkan, bila kita dah lupa milestone anak sendiri. Main agak-agak je tak best. Jadi umi tulislah jugak serba sikit walaupun  ulangbulan Sofiy adalah minggu lepas.

Di usia ini, Sofiy:

  •  kurang sihat, demam, selsema dan batuk sejak Rabu minggu lepas. Sekarang ni Sofiy sangat mudah nak makan ubat, nampak je syringe yang umi dah susun dalam piring, Sofiy akan duduk atas riba umi sambil sebut "bak, bak" read: ubat, ubat.
  • Sangat suka menyanyi, sambil main sorang -sorang mulut berbunyi je, kadang-kadang golek-golek atas katil bangun tido terus nyanyi. Entah lagu apa Sofiy je la yang tau, tapi dengar la naik turun pitcing tu.hehe.
  • Kalau jalan-jalan kat luar, Sofiy sangat suka berlari laju-laju. Bila dah letih nak dukung je. Dah pandai panjat tangga gelongsor sendiri dan turun gelongsor sendiri. Main buai pun umi dah boleh lepaskan Sofiy, tak perlu standby kat sebelah risau jatuh.
  • Suka meniru. Kalau ayah jalan tangan letak kat belakang, Sofiy pun akan jalan gaya macam tu jugak. Comel je tengok macam mandur kecil. Lagi, suka tiru apa je yang umi dan ayah buat. Kena hati-hati ni takut ada pengaruh tak baik untuk anak.
  • Umi taktau kenapa Sofiy macam kurang berminat dengan permainan sekarang ni. Buku pun Sofiy pegang sekejap-sekejap je, tak macam dulu minatnya. Umi tengok Sofiy suka bermain dengan kawan-kawan sekarang ni.
  • video
  • Dah boleh sebut dua suku kata, tapi suku kata awal tu lebih kepada 'A' macam 'anaih' (panas), 'atuh' (jatuh), 'ale' (kepala), 'adik' (sakit), 'acak' (masak) dan lain-lain lagi. Takpun, dia ulang suku kata macam 'kokok' (pokok), 'kuku' (buku). Tapi yang herannya...kalau nama kawan-kawan dia, boleh pulak dia sebut elok. Selalu dok sebut anas, muhamad, ain, kakak, abang, aiman. Lagi satu, Sofiy ni memang takmau sebut nama dia sendiri. Kadang-kadang saja je umpan dia, tanya dia "ni sape punya?" Kalau mood dia ok dia jawabla "Sofiy" atau "Pi". Kalau tak, dia buat taktau je.
  • Sofiy juga dah kenal barang-barang kepunyaan orang lain, contohnya dia nampak baju ayah, dia belum pandai sebut "ayah punya", tapi dia cuma sebut  "ayah" sambil tunjuk kat baju tu.  Jadi kita taula maksudnya tu ayah punya.
  • Sangat suka pakai topi sekarang, kalau nak keluar bukan main lagi dok ingatkan "pi, pi".hehe. Ni gambar terbaru dengan topi ala kopiah dia.
  • Sangat cerewet pasal makan sekarang ni. Aduh, bila nampak makanan, "nak, nak" tapi bila suap luahkan balik. Ayooo..memang bikin umi panas hati tau. Kadang-kadang umi paksa jugak Sofiy makan sebab risau berat dia turun, atau malnutrisi.
  • Sangat suka makan biskut terutamanya biskut Tiger. Tak cukup kalau 2,3 keping mesti mintak lagi "kut, kut".
  • Masih menyusu..haha..sebenarnya makin kerap menyusu. Ayah dan umi memang selalu pesan, nenen sampai 2 tahun saja. Makanya, dia macam qada awal pulak. Kadang-kadang umi rasa macam dah takde apa dalam kantung tupun dia nak jugak.
  • Tantrum...ye, Sofiy dah develop tantrum sekarang, tapi masih terkawal. Nampak macam extra manja pun ada...BS pun mengaku Sofiy sangat pandai memanjakan diri. Kadang-kadang umi naik lemas juga sebab sepanjag hari merengek je, ada je yang tak kena. Tapi bawak-bawak bersabar dan kena kreatif untuk alihkan perhatian dia.
  • Dah pandai nak ikut ayah bila nampak ayah bersiap pakai baju lawa dan pakai topi..dia pun laju je tunggu kat pintu. Kadang-kadang dia tak mandi lagi, tak dapat ikut mulalah hangin.hehe.
Rasanya nilah dulu yang umi ingat buat masa ni. Semoga Sofiy membesar dengan sempurna, penuh peliharaan Allah.
Ramainya yang buat entri tentang wabak demam batuk yang sedang mengganas sekarang ni. Sebenarnya keluarga kami pun tak terlepas, minggu lepas adalah minggu yang paling uzur dalam keluarga kecil kami ni.

Demam si anak

Sofiy mula demam malam Rabu. Terkejut juga sebab dia baru je baik dari demam awal bulan haritu. Disebabkan Rabu saya ada kelas maka terpaksalah Sofiy duduk dengan BS juga. Demam Sofiy ni beserta denagn batuk yang jenis gatal tekak tu. Kesian dia, bila makan je muntah habis semua keluar balik. Tidur malam pun tak lena, muntah-muntah jugak. Hari Jumaat malam bawak ke hospital sebab Sofiy dah mula nampak kurang bermaya. Kat hospital punyalah raaaaaamai manusia walaupun tu kat unit kecemasan. Sempat daftar, tapi tak sanggup nak tungg rasanya. Kalau tunggu pun sampai pukul 1 pagi tak tentu dapat jumpa doktor lagi. Tambah pulak kalau ambik darah, nak tunggu result darah keluar je makan jam. Last-last kami cancel dan pergi poliklinik saja. Kat klinik pun ramai tapi sebab Sofiy masih budak kecil maka dapatla jumpa doktor dulu. Doktor bagi ubat tahan muntah, antibiotik dan ubat batuk. Dekat pukul 12 malam jugaklah baru sampai rumah. Sofiy dah terlena dalam kereta, kemudian letak kat ruang tamu sementara umi nak sediakan ubat pun dia lena. Lepas tu baringkan je atas katil, umi masuk bilik air kejap tengok dia dah lena. Letih betullah tu.




Demam si ibu

Malam tu Sofiy dah tak muntah, walaupun sesekali merengek tak selesa. Umi pulak rasa lain macam. Bangun pagi esoknya suara umi dah bertukar jadi macam suara lelaki.haha. Badan dah rasa tak selesa, tekak perit sangat-sangat. Badan dah panas.39C tu. Umi cuba juga buat macam biasa, rutin hujung minggu...tapi bila beberapa jam berlalu, umi dah mula rasa seram sejuk. Pakai jaket, pakai stokin, bungkus lagi dengan selimut. Tutup kipas semua. Waaaa..umi demam menjaga anak yang demam. Sofiy kemain lagi meragamnya nak dukung saja, badan umi dah sakit-sakit terutamanya pinggang dan kaki. Sakit yang terlalu sakit ala-ala contraction gitu. Aduhai..tengok panadol pulak dah habis. Ayah kerja pulak haritu, umi nak pergi beli pun dah tak larat dah. Setakat nak jalan ke kedai runcit bawah apartment tu boleh lagi, tapi nak bawak anak teruna 10kg turun naik tangga memang tak daya. Nak tinggal? hahahaha.

Tengah hari suami tak jugak kunjung pulang. Badan dah tak larat sangat dah. Mujurla pagi tu umi dah masak bubur nasi rebus-rebus, jadi Sofiy makan bubur tu je. Umi bubur pun dah tak lalu dah. Sakit sangat-sangat, umi dah tak malu menangis depan Sofiy. Sambil urut-urut kaki, umi cakap "sakit, Sofiy". Sofiy pandang je muka umi, last-last diapun nangis sama.huhu. Umi call ayah, laaaaa..patutla lambat, ayah servis kereta rupanya. Alamatnya lambat lagilah ni umi nak dapat ubat. Ayah yang dengar umi dah nangis baru perasan agaknya yang umi demam teruk. Umi dah tak larat, terkedang je atas katil. Paling syahdu bila air mata umi meleleh, Sofiy datang dekat dan cakap "ngu..ngu.." maksudnya hingus, hingus. Lepas tu Sofiy ambik tuala yang umi buat sponging kat Sofiy, dan Sofiy lap air mata umi. Mula-mula belah kiri, lepas tu belah kanan...waaa...lagilah laju air mata umi....Sejuk perut umi, walaupun sakit umi tak berkurang sikitpun, tapi umi masih boleh bertahan. Hampir 3.30 petang barulah ayah sampai. Umi cuba juga isi perut sikit. Cecah biskut marie dengan air masak sejuk je dua keping, kemudian telah panadol 2 biji. Dalam 1/2 jam barulah rasa panas keluar dari badan, tapi sakit pinggang dan kaki masih macam tu juga. Macam tulah keadaannya, bila kuasa panadol tu dah kurang demam datang balik. Ahad, kami ke unit kecemasan hospital. Dapat antibiotik amoxycilin.Doktor suspek saliran kencing umi infected. Alhamdulillah, keadaan umi beransur baik. Sofiy pun dah tak demam. Cuma dua-dua masih batuk, batuk yang jenis non stop dan gatal tekak tu..sampai muntah baru lega.

Demam si ayah

Lepas umi dan Sofiy reda sikit daripada demam, ayah pulak nampak tanda-tanda macam nak demam. Dan khamis, ayah MC. Demam ayah takla seteruk umi, tapi hari Sabtu kena check darah juga kalau masih tak ok.

Samam-sama demam

Umi sempat ambil antibiotik 4 hari je, lepas tu umi perasan badan Sofiy naik bintat-bintat dan merah-merah gatal. Sofoy tak selesa, meragam sepanjang hari walaupun kat rumah BS. Umi suspek Sofiy alah dengan antibiotik umi yang dialirkan melalui susu badan. Walaupun demam dan batuk umi masih belum baik betul, tapi kesiankan Sofiy, umi stop pengambilan antibiotik. Dan gatal-gatal pun hilang.

Sabtu, umi rasa macam nak demam semula, kahak pun pekat balik macam haritu. Ayah ajak umi ke klinik sama untuk jumpa doktor, mungkin perlu mintak antibiotik lain. Jumpa doktor, dan kena check darah. Ye betull..doktor kata ada very bad bacteria dalam darah, tu sebab demam tinggi dan berulang. Ayah pun check darah jugak, dan keputusannya sama. Doktor kata Sofiy pun kemungkinan ada bakteria yang sama tapi sebab Sofiy dah tak demam maknanya badan Sofiy dah dapat lawan bakteria tu. Doktor juga bagitau sepatutnya antibiotik amoxycilin tu tak memberi kesan pada ibu yang menyusukan, tapi mungkin dalam kes ni Sofiy yang alah dengan penisilin, jadi tulah sebabnya timbul gatal-gatal tu. Alahai Sofiy, banyak yang Sofiy alah ye nak..takpe baguslah tau daripada taktaukan. Umi harap alahan Sofiy tu akan berkurangan bila Sofiy makin besar.

Cuaca 2, 3 hari ni memang tak memberangsangkan, tak menyihatkan. Duduk terkurung dalam rumah dengan keadaan hujan turun tak berhenti, umi masih lagi meneruskan antibiotik, Sofiy masih batuk selsema dan ayah masih berperang dengan demam, batuk dam selsema.
Saya rasa saya sedang mengalami konflik ini sekarang. Saya kini telah melangkah ke alam PhD dalam usia yang tidaklah muda sangat pun, andai dapat siap dalam jangka masa yang ditetapkan, saya sudah mencapai angka 3 pada masa itu. Namun yang pasti, pengalaman saya sangat cetek. Saya sendiri taktau masa yang telah saya lalui selama ini saya gunakan untuk apa, kenapa saya rasa saya tak ada pengalaman langsung ni? Saya memang tak pernah bekerja kecuali sebagai guru ganti dan Research Assistant sahaja sepanjang hidup. Tau-tau dah nak sambung PhD pulak dah.

Situasinya sekarang, dalam dunia baru ni....saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman, malah terlalu banyak pengalaman. Boleh dikatakan SEMUANYA bergelar pensyarah. Ada yang dari universiti lain, ada yang dari universiti yang sama. Umur pun rata-ratanya akhir 30-an atau lebih. Ada juga yang tua setahun dua dari saya tapi mereka pun pensyarah juga. Saya seorang saja yang memang fresh student. Masa saya belum bergelar student PhD dulu, saya dah kenal mereka semua ni, bukan tak kenal. Tapi bila dah masuk gelanggang, alahai...baru saya rasa saya takde skill la, saya nak bersilat macam mana kalau kuda-kuda pun tak kuat lagi. Ilmu mereka sangat luas, sangat hebat. Masa perbincangan, saya ok je boleh memberi pandangan, boleh menyangkal, kira bukanla dok diam nganga saja ataupun blur apa yang dibincangkan. Tapiiii..tulaa..ada sedikit rasa KURANG daripada mereka semua itu.

Adakah perasaan ini normal? Bagaimana caranya saya nak buat saya rasa berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakan sepengajian yang lain dalam masa yang singkat? Saya tak rasa mereka memandang rendah pada saya sebaliknya saya rasa mereka cepat sangat memandang tinggi pada saya. Saya suka kalau dapat jadi adik junior dan bukan colleague mereka. Ni dengar-dengar Penyelia nak buat kelas pulak, aduii..jumpa otai-otai bidang kalau dengar saja takpe la, kalau kena tanya apa nak jawab?
Terjumpa fail ni, tak pasti dari mana saya copy. Apepun, tujuannya nak berkongsi jumlah kalori yang diambil sepanjang hari. Ingatlah kesihatan anda adalah apa yang anda makan. Saya sedang menunggu keputusan ujian darah, minggu depan agaknya baru siap. Mudah-mudahan tak ada apa-apa penyakit kronik yang hinggap.
 
 

Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori

5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

6. Popia basah (satu) = 95 kalori

7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

9. Karipap (sebiji) = 130 kalori

10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori



Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori

4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori

10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori

3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori

11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori

14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori



Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori

3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

5. Burger keju (satu) = 425 kalori

6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori



Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori                          

2. Betik (sepotong) = 45 kalori

3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

4. Durian (5 ulas) = 64 kalori

5. Limau (sebiji) = 42 kalori

6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

7. Nenas (sepotong) = 59 kalori

8. Epal (sebiji) = 63 kalori

9. Ciku (sebiji) = 44 kalori

10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal

2.minuman kotak 250g = 105 kal

3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal

4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal

5.aiskrim 2 skop= 390 kal

6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal

7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal

8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

9.keju chedar 1 keping =58 kal


Lain-lain

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori

Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori

Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori

Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori

Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori

Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori

Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori

Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori

Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori

Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori

Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori

Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori

Mee sup - 1 bowl - 381 kalori

Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori

Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori

Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori

Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori

Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori

Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori

Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori

Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori

Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori

Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori

Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori

Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori

Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori

sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori

Apple Pie - 1 piece - 260 kalori

Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori

sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori

Pasembur - 1 plate - 752 kalori

Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori

teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice


Tadi masa kelas Penulisan Akademik, belajar tentang konsep penulisan akademik dan cara mengenal khalayak. Khalayak di sini bermaksud pembaca, dan pembaca tesis PhD sebelum dianugerahkan gelaran Dr. cuma ada dua kategori saja, iaitu PENYELIA dan PENILAI. Ok, saya catatkan di sini secara ringkas tentang konsep penulisan akademik.

1. PENULISAN AKADEMIK IALAH PENULISAN YANG DIHASILKAN OLEH SARJANA UNTUK SARJANA YANG LAIN. Maksudnya anda adalah sebahagian daripada komuniti sarjana di tempat pengajian anda. Sebagai pelajar anda turut terlibat dengan pelbagai aktiviti kesarjanaan- membaca, memikir, berhujah, menulis, membentang, menyelidik. Pengalaman ini akan memebantu anda memahami jangkaan, konvensi, dan keperluan menulis secara ilmiah.

2. PENULISAN AKADEMIK TERTAKLUK KEPADA TOPIK DAN PERSOALAN YANG MENAJDI MINAT DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK. Apabila melakukan kerja ilmiah, anda harus cuba mendapatkan topik atau persoalan yang relevan dan sesuai. Tetapi bagaimana mengetahui hal ini? Pertamanya, beri perhatian tentang pandangan pensyarah anda sebab ia tentunya akan cuba membekalkan anda konteks di mana anda perlu menempatkan persoalan dan tumpuan kajian anda.
Keduanya, fahamilah bahawa kajian anda harus juga diminati oleh pelajar dan sarjana lain. Harus difahami bahawa penulisan akademik lebih daripada sekadar tindak balas peribadi. Anda harus menulis/mengkaji sesuatu yang pembaca rasa berguna/menyumbang. Dalam perkataan lain, anda harus berminat menulis sesuatu yang dapat membantu pembaca memahami sesuatu dengan lebih baik, atau melihat topik anda denagn cara baru.

3. PENULISAN AKADEMIK HARUS MEMPERSEMBAHKAN KEPADA PEMBACA SESUATU YANG BERBENTUK ARGUMEN. Untuk membina argumen, anda harus mampu mengemukakan apa yang ada tahu tentang subjek/topik kajian dan apa pandangan anda tentang topik tersebut. Dengan maksud lain, anda harus mempertimbangkan tentang apa yang telah sedia diketahui umum (sarjana lain) tentang topik, dan apa yang anda rasa tentangnya. Jika anda gagal untuk menjelaskan hal tersebut atau gagal berhujah, anda sebenarnya tidak mencapai jangkaan pembaca akademik anda.

Ok, sebenarnya saya nak sertakan checklist bagaimana mengenal khalayak tapi tak sempat, mungkin lain kali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat sesiapa yang berminat.
Photobucket

GA ni senang aje, cuma bila tang moto tu...lama jap berfikir. Hehe. Nampak sangat selama ni tak ada moto yang dipegang dalam bentuk klausa. Bila ditenung-tenung, sebenarnya memang ada moto yang dipegang, dikelek dan dijunjung, cuma tak diringkaskan dalam bentuk satu klausa yang sedap didengar. Moto saya:

JANJI ALLAH ITU PASTI

Nak tag 3 orang, sapa ye?


Photobucket

Terbaca di blog Yatie tentang contest yang dianjurkan oleh kekandanya ini. Memandangkan anak terunaku itu memanglah tersangat rajin, maka saya rasa apalah salahnya mempertaruhkan kerajinannya itu. Hehe.  Sofiy ni memang rajin (tak habih-habih puji, memang semua orang pun puji dia), antara aktiviti kegemarannya adalah vakum karpet.Setiap hari sebelum pegi rumah BS, dia akan main vakum dulu, sebelah petang pulak sampai je rumah terus masuk stor cari vakum. Kadang-kadang sebab taknak dia main vakum tu, kenalah tutup pintu stor sebelum dia teringat akan cik vakum tersebut. Lain-lain kerja yang dia biasa buat, lap air tumpah, bawak beg masuk bilik, lipat baju sendiri yang umi baru angkat dari ampaian.

Disebabkan syarat penganjur hanyalah satu gambar, maka umi kenalah pilih. Umi pilih gambar ni sebab ni je gambar yang ada dalam simpanan waktu ni, yang lain semua dalam laptop yang ditinggalkan kat rumah hari ni. Kalau nak tunggu esok, ada kemungkinan mood umi nak join contest sudah malap dan mengendur.

Ok, gambar ni masa anak umi kat kampung, sibuk nak menolong opah menyapu. Amacam, ada gaya jejaka kampung tak siap bukak baju.hahaha.


Ok, nak tag la dua orang sebagaimana yang disarankan oleh Kak Nur

Anak siapa lagi yang rajin?  
                                               TTM
                                               Kak Fid

Kepada yang lain, meh kita menayang kerajinan anak-anak kita...moga rajin sehingga dewasa...Amin
Minggu ni dah masuk minggu kedua saya menghadiri kelas wajib untuk pelajar PhD. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya rasa macam zero sangat-sangat, tapi Dr. F memang pandai memberi motivasi dan semangat. Saya rasa macam nak kongsi macam-macam yang dibincangkan dalam kelas, tapi nota saya tak ada pertautan la pulak. hehe. Jot down aje apa yang rasa penting.

Oklah macam tajuk di atas,semalam kami ada membincangkan beberapa kelemahan yang biasa berlaku dalam proposal yang disediakan oleh pelajar.

1- TOPIK KAJIAN
     Topik kajian mesti jelas dan nyata dalam proposal yang dibina. Sebaik-baiknya mesti tergambar di awal-awal proposal lagi, sama ada di halaman pertama atau lebih baik lagi di perenggan pertama. Mengapa? Sebab proposal sifatnya ringkas tetapi padat. Ada pembaca yang tidak suka menunggu, kalau dah sampai halaman 7 atau 10 baru jumpa topik kajian, maka isi proposal berbaki berapa halaman saja?

Tips: Tulis apa yang pembaca perlu tahu sahaja
         Memahami expectation pembaca
         Mengenal khalayak (audience)/ pembaca

2- KETIDAKPASTIAN
    -tak pasti jenis data
    Calon akan mudah goyah apabila data yang digunakan dipertikaikan oleh khalayak. Contohnya dalam proposal tulis nak guna data korpus, tapi bila dipertikaikan dan dicadangkan data-data yang lain, calon dengan mudah mengubah dan menerima saranan khalayak tanpa mempertahankan data yang sedia dipilih. Mengapa situasi begitu terjadi? Sebab calon tidak pasti kekuatan dan kelebihan data yang dipihnya sendiri.

Tips: Yakin dengan data yang telah dipilih, tidak salah menghuraikan secara verbal kelebihan-kelebihan data   tersebut.
         Buat pilot study. Faedahnya, apabila dipertikaikan kita telah ada bukti dengan pilot study yang telah dilakukan
        Kaji dan ambil pandangan sarjana lain tentang penggunaan data tersebut

3- BACAAN
     Bagi seorang pelajar doktor falsafah terutamanya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, MEMBACA adalah wajib. Bahan bacaan perlu banyak, lebih dan terlampau. Bahan bacaan juga mestilah yang terkini. Selain itu, KITAB atau biasanya diberi jolokan BIBLE dalam disiplin masing-masing perlulah dikhatamkan terlebih dahulu.

Tips: Buat senarai bahan bacaan yang diambil daripada bibliografi penulis-penulis terdahulu. Cari dan miliki, sekurang-kurangnya salinan. Sekurang-kurangnya perlu ada dan baca 80% daripada senarai yang telah dibuat.
        Petik juga tulisan khalayak jika mereka dalam disiplin yang sama.

Akhir tahun dan awal tahun yang super sibuk. Saya terjumpa tawaran-tawaran biasiswa pengajian tinggi, sesiapa yang sedang mencari dan berminat boleh cuba ye.


MyBrain15


Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

MyPhD

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.

MyMaster

MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.

PhD Industri

PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini juga adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)

SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Dalam RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan manakala sebanyak 60% di IPTA lain. Pengajian ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ fellow yang berkhidmat di IPTA sahaja.

Maklumat lanjut: http://www.mohe.gov.my/


GRADUATE RESEARCH SCHOLARSHIP 2011/2012 The Universiti Brunei Darussalam introduced the Graduate Research



Scholarships to facilitate and promote research degrees in order to


develop the university into a research-intensive university and also to


expand and enhance the quality of graduate programmes and graduates.

Deadline: 15

Eligibility
Below 40 years old;DARMASISWA REPUBLIK INDONESIA



Enroll full-time in a graduate degree by research (PhD and


Master by Research Degree)


Demonstrate a good academic track record
 
Benefit Package
Tuition Fees waiver

Return air ticket
Research Allowance


o Brunei Dollar 2,000 for Master by Research
o Brunei Dollar 3,000 for PhD
 
All applications must reach Universiti Brunei Darussalam by



31st March 2011. Therefore the application forms should be submitted


to the Ministry of Higher Education Malaysia by 14th March 2011.


Kindly forward your application and required documents to :-


UnderSecretary
Ministry of Higher Education Malaysia
Scholarship Division
Level 4, Block 1, Menara PjH
Precinct 2
Federal Government Administrative Centre
62100 Putrajaya
(Attn: Mdm Nureezan bt Daud)


Any Inquiries can be forwarded to email address as follows:-


Dr. Zaw Wind (Email: zaw.wint@ubd.edu.bn)
Dr Hazri Kifle (Email : hazri.kifle@ubd.edu.bn)
Dr. Teo Siew Yean (Email: siewyean.teo@edu.bn)
 
CONTACT (MOHE)
Mdm. Nureezan bt Daud / Mdm. Shamimi Ab Kadir

Tel: 03-8884 4600
Fax: 03-8884 4701
 
For further information and application form, please visit

http://www.ubd.edu.bn







“Indonesian Scholarship Programme”
 
Kementerian Pendidikan Nasional Republik Indonesia mempelawa mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni dan bahasa Indonesia untuk memohon darmasiswa bagi tiga program berikut:-


· Program Darmasiswa RI- Regular 1 (Satu) Tahun
-merupakan program pemberian biasiswa Republik Indonesia untuk belajar
bahasa Indonesia, atau daerah, seni muzik tradisional, seni tari tradisional, seni
karya di institusi pengajian tinggi di Indonesia selama satu tahun.


· Program Darmasiswa RI- Regular 6 (Enam) Bulan
-merupakan program biasiswa Republik Indonesia untuk belajar bahasa
Indonesia di institusi pengajian tinggi di Indonesia selama 6 bulan.
 
Biasiswa / Kemudahan Ditawarkan



Pengecualian yuran pengajian
Elaun Sara Hidup sebanyak Rp 1.500.000,00 (satu juta rupiah) dibayar setiap bulan


Permohonan adalah secara online atau melalui borang permohonan yang boleh didapati di laman web seperti berikut : www.darmasiswa.diknas.go.id


Satu (1) salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di alamat seperti berikut:


Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
(u.p. Pn. Nureezan Bt Daud)
No. Tel: 03-8884 4725 No. Faks: 03-8884 4701


Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Februari 2011.
th March 2011