Rendah diri bila berkawan dengan orang yang lebih berpengalaman

Saya rasa saya sedang mengalami konflik ini sekarang. Saya kini telah melangkah ke alam PhD dalam usia yang tidaklah muda sangat pun, andai dapat siap dalam jangka masa yang ditetapkan, saya sudah mencapai angka 3 pada masa itu. Namun yang pasti, pengalaman saya sangat cetek. Saya sendiri taktau masa yang telah saya lalui selama ini saya gunakan untuk apa, kenapa saya rasa saya tak ada pengalaman langsung ni? Saya memang tak pernah bekerja kecuali sebagai guru ganti dan Research Assistant sahaja sepanjang hidup. Tau-tau dah nak sambung PhD pulak dah.

Situasinya sekarang, dalam dunia baru ni....saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman, malah terlalu banyak pengalaman. Boleh dikatakan SEMUANYA bergelar pensyarah. Ada yang dari universiti lain, ada yang dari universiti yang sama. Umur pun rata-ratanya akhir 30-an atau lebih. Ada juga yang tua setahun dua dari saya tapi mereka pun pensyarah juga. Saya seorang saja yang memang fresh student. Masa saya belum bergelar student PhD dulu, saya dah kenal mereka semua ni, bukan tak kenal. Tapi bila dah masuk gelanggang, alahai...baru saya rasa saya takde skill la, saya nak bersilat macam mana kalau kuda-kuda pun tak kuat lagi. Ilmu mereka sangat luas, sangat hebat. Masa perbincangan, saya ok je boleh memberi pandangan, boleh menyangkal, kira bukanla dok diam nganga saja ataupun blur apa yang dibincangkan. Tapiiii..tulaa..ada sedikit rasa KURANG daripada mereka semua itu.

Adakah perasaan ini normal? Bagaimana caranya saya nak buat saya rasa berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakan sepengajian yang lain dalam masa yang singkat? Saya tak rasa mereka memandang rendah pada saya sebaliknya saya rasa mereka cepat sangat memandang tinggi pada saya. Saya suka kalau dapat jadi adik junior dan bukan colleague mereka. Ni dengar-dengar Penyelia nak buat kelas pulak, aduii..jumpa otai-otai bidang kalau dengar saja takpe la, kalau kena tanya apa nak jawab?

3 comments:

knv said...

for me perjalanan nak buat phd itu sendiri adalah a learning process. 3 or 4 years from now, you'll be a different person already.

every scholar, especially the old timers, would understand this very much. give yourself a chance. we need to start somewhere before we can be in better position.

good luck. you can do it. :D

Nora said...

Maia, itu perkara biasa... dimana2 pun sama... di tempat kerja baru, kelas baru, environment baru... kita mesti akan rasa rendah diri dan kecil berbanding yang lama.

Cara untu atasi? Teruskan jek... join the discussion with intention to learn... slowly it'll fade away... good luck :)

Min Aina Ila Aina said...

KNV: Terima kasih sudi singgah rumah saya ni dan perangsang yang diberi

Nora: Ha'a kan, lupa pulak perasaan masa mula-mula masuk sekolah, masuk U dulu...rupanya walaupun tempat lama tapi sebab tahap pengajian baru, perasaan tu sama ye.