Terbaca di blog Yatie tentang contest yang dianjurkan oleh kekandanya ini. Memandangkan anak terunaku itu memanglah tersangat rajin, maka saya rasa apalah salahnya mempertaruhkan kerajinannya itu. Hehe. Sofiy ni memang rajin (tak habih-habih puji, memang semua orang pun puji dia), antara aktiviti kegemarannya adalah vakum karpet.Setiap hari sebelum pegi rumah BS, dia akan main vakum dulu, sebelah petang pulak sampai je rumah terus masuk stor cari vakum. Kadang-kadang sebab taknak dia main vakum tu, kenalah tutup pintu stor sebelum dia teringat akan cik vakum tersebut. Lain-lain kerja yang dia biasa buat, lap air tumpah, bawak beg masuk bilik, lipat baju sendiri yang umi baru angkat dari ampaian.
Disebabkan syarat penganjur hanyalah satu gambar, maka umi kenalah pilih. Umi pilih gambar ni sebab ni je gambar yang ada dalam simpanan waktu ni, yang lain semua dalam laptop yang ditinggalkan kat rumah hari ni. Kalau nak tunggu esok, ada kemungkinan mood umi nak join contest sudah malap dan mengendur.
Ok, gambar ni masa anak umi kat kampung, sibuk nak menolong opah menyapu. Amacam, ada gaya jejaka kampung tak siap bukak baju.hahaha.
Anak siapa lagi yang rajin?
TTM
Kak Fid
Kepada yang lain, meh kita menayang kerajinan anak-anak kita...moga rajin sehingga dewasa...Amin
3 comments:
ala lalalalla anak le ni pemalas nak join uwaaaaaaaaaaaaaaaaa
ok. All T&C has been checked. Kiranya dah lulus. Good luck.
mehlah tolong sapu kat umah akak plak :)
Post a Comment