Ramainya yang buat entri tentang wabak demam batuk yang sedang mengganas sekarang ni. Sebenarnya keluarga kami pun tak terlepas, minggu lepas adalah minggu yang paling uzur dalam keluarga kecil kami ni.
Demam si anak
Sofiy mula demam malam Rabu. Terkejut juga sebab dia baru je baik dari demam awal bulan haritu. Disebabkan Rabu saya ada kelas maka terpaksalah Sofiy duduk dengan BS juga. Demam Sofiy ni beserta denagn batuk yang jenis gatal tekak tu. Kesian dia, bila makan je muntah habis semua keluar balik. Tidur malam pun tak lena, muntah-muntah jugak. Hari Jumaat malam bawak ke hospital sebab Sofiy dah mula nampak kurang bermaya. Kat hospital punyalah raaaaaamai manusia walaupun tu kat unit kecemasan. Sempat daftar, tapi tak sanggup nak tungg rasanya. Kalau tunggu pun sampai pukul 1 pagi tak tentu dapat jumpa doktor lagi. Tambah pulak kalau ambik darah, nak tunggu result darah keluar je makan jam. Last-last kami cancel dan pergi poliklinik saja. Kat klinik pun ramai tapi sebab Sofiy masih budak kecil maka dapatla jumpa doktor dulu. Doktor bagi ubat tahan muntah, antibiotik dan ubat batuk. Dekat pukul 12 malam jugaklah baru sampai rumah. Sofiy dah terlena dalam kereta, kemudian letak kat ruang tamu sementara umi nak sediakan ubat pun dia lena. Lepas tu baringkan je atas katil, umi masuk bilik air kejap tengok dia dah lena. Letih betullah tu.
Demam si ibu
Malam tu Sofiy dah tak muntah, walaupun sesekali merengek tak selesa. Umi pulak rasa lain macam. Bangun pagi esoknya suara umi dah bertukar jadi macam suara lelaki.haha. Badan dah rasa tak selesa, tekak perit sangat-sangat. Badan dah panas.39C tu. Umi cuba juga buat macam biasa, rutin hujung minggu...tapi bila beberapa jam berlalu, umi dah mula rasa seram sejuk. Pakai jaket, pakai stokin, bungkus lagi dengan selimut. Tutup kipas semua. Waaaa..umi demam menjaga anak yang demam. Sofiy kemain lagi meragamnya nak dukung saja, badan umi dah sakit-sakit terutamanya pinggang dan kaki. Sakit yang terlalu sakit ala-ala contraction gitu. Aduhai..tengok panadol pulak dah habis. Ayah kerja pulak haritu, umi nak pergi beli pun dah tak larat dah. Setakat nak jalan ke kedai runcit bawah apartment tu boleh lagi, tapi nak bawak anak teruna 10kg turun naik tangga memang tak daya. Nak tinggal? hahahaha.
Tengah hari suami tak jugak kunjung pulang. Badan dah tak larat sangat dah. Mujurla pagi tu umi dah masak bubur nasi rebus-rebus, jadi Sofiy makan bubur tu je. Umi bubur pun dah tak lalu dah. Sakit sangat-sangat, umi dah tak malu menangis depan Sofiy. Sambil urut-urut kaki, umi cakap "sakit, Sofiy". Sofiy pandang je muka umi, last-last diapun nangis sama.huhu. Umi call ayah, laaaaa..patutla lambat, ayah servis kereta rupanya. Alamatnya lambat lagilah ni umi nak dapat ubat. Ayah yang dengar umi dah nangis baru perasan agaknya yang umi demam teruk. Umi dah tak larat, terkedang je atas katil. Paling syahdu bila air mata umi meleleh, Sofiy datang dekat dan cakap "ngu..ngu.." maksudnya hingus, hingus. Lepas tu Sofiy ambik tuala yang umi buat sponging kat Sofiy, dan Sofiy lap air mata umi. Mula-mula belah kiri, lepas tu belah kanan...waaa...lagilah laju air mata umi....Sejuk perut umi, walaupun sakit umi tak berkurang sikitpun, tapi umi masih boleh bertahan. Hampir 3.30 petang barulah ayah sampai. Umi cuba juga isi perut sikit. Cecah biskut marie dengan air masak sejuk je dua keping, kemudian telah panadol 2 biji. Dalam 1/2 jam barulah rasa panas keluar dari badan, tapi sakit pinggang dan kaki masih macam tu juga. Macam tulah keadaannya, bila kuasa panadol tu dah kurang demam datang balik. Ahad, kami ke unit kecemasan hospital. Dapat antibiotik amoxycilin.Doktor suspek saliran kencing umi infected. Alhamdulillah, keadaan umi beransur baik. Sofiy pun dah tak demam. Cuma dua-dua masih batuk, batuk yang jenis non stop dan gatal tekak tu..sampai muntah baru lega.
Demam si ayah
Lepas umi dan Sofiy reda sikit daripada demam, ayah pulak nampak tanda-tanda macam nak demam. Dan khamis, ayah MC. Demam ayah takla seteruk umi, tapi hari Sabtu kena check darah juga kalau masih tak ok.
Samam-sama demam
Umi sempat ambil antibiotik 4 hari je, lepas tu umi perasan badan Sofiy naik bintat-bintat dan merah-merah gatal. Sofoy tak selesa, meragam sepanjang hari walaupun kat rumah BS. Umi suspek Sofiy alah dengan antibiotik umi yang dialirkan melalui susu badan. Walaupun demam dan batuk umi masih belum baik betul, tapi kesiankan Sofiy, umi stop pengambilan antibiotik. Dan gatal-gatal pun hilang.
Sabtu, umi rasa macam nak demam semula, kahak pun pekat balik macam haritu. Ayah ajak umi ke klinik sama untuk jumpa doktor, mungkin perlu mintak antibiotik lain. Jumpa doktor, dan kena check darah. Ye betull..doktor kata ada very bad bacteria dalam darah, tu sebab demam tinggi dan berulang. Ayah pun check darah jugak, dan keputusannya sama. Doktor kata Sofiy pun kemungkinan ada bakteria yang sama tapi sebab Sofiy dah tak demam maknanya badan Sofiy dah dapat lawan bakteria tu. Doktor juga bagitau sepatutnya antibiotik amoxycilin tu tak memberi kesan pada ibu yang menyusukan, tapi mungkin dalam kes ni Sofiy yang alah dengan penisilin, jadi tulah sebabnya timbul gatal-gatal tu. Alahai Sofiy, banyak yang Sofiy alah ye nak..takpe baguslah tau daripada taktaukan. Umi harap alahan Sofiy tu akan berkurangan bila Sofiy makin besar.
Cuaca 2, 3 hari ni memang tak memberangsangkan, tak menyihatkan. Duduk terkurung dalam rumah dengan keadaan hujan turun tak berhenti, umi masih lagi meneruskan antibiotik, Sofiy masih batuk selsema dan ayah masih berperang dengan demam, batuk dam selsema.
3 comments:
Alahai ciannya..sekarang ni rata-rata ramai yang tak sihat. cuaca pun mendung aje. semoga cepat sembuh ye..
Amin..Yamin macam mana dah ok ke?
yamin skang Alhamdulillah dah ok. cuma tinggal batuk sikit2 aje & kadang2 muntah keluar lendir. dah cuba letak kunyit hidup kat hidung sofiy? mudah2an cepat sikit kering selsemanya..
Post a Comment