Astaghfirullahal Azim
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar!
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah...

Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian, Kecuali Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.

2-3 hari ini hari sentap saya. Sentap dalam pelbagai segi.
Antaranya, tentang MASA.
Sungguh, seakan tak terkejar..tak seiringan segala yang mampu dilakukan dengan masa yang berjalan. Saya mahu senaraikan satu-satu:

- kerja
- belajar
- isteri
- anak-anak
- bisnes
- kesihatan

Bukti paling jelas, blog ini sudah tidak terkemaskini sekian lama. Facebook pun jengah-jengah begitu je, Alhamdulillah, mesej customer masih sempat saya balas walaupun kadang-kadang ada sedikit kelewatan. Tetapi..pengajian saya? Apa cerita? Takut sebenarnya nak fikir. Lebih takut lagi nak membayangkan. Allah...Allah...Allah Ya Bari', bantulah kami merencanakan kehidupan kami. Allah, Allah Ya Waasi' lapangkan hari-hari kami. Allah, Allah Ya A'alim bantulah kami dalam memahami hanya secebis daripada ilmu yang terlalu luas. Allah, Allah Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami. 

Sekian lama saya tidak mencoret cerita peribadi di sini, sesekali...ianya bagaikan terapi.

Ramadhan...kumengharap...






Assalamualaikum wbt.

Lama tak update tentang Mini Asmaul Husna di sini.

Gambar di atas ini ialah design baru Buku Mini Asmaul Husna yang kami jual. Cantik, warnanya ungu dengan corak berwarna emas. Isi dalamnya masih sama seperti buku mini Asmaul Husna yang lain. 

Dalam simpanan kami ada ready stock 100 unit, tetapi jika anda mahu lebih in sha Allah kami boleh ambil daripada penerbit secepat mungkin. In sha Allah stok masih banyak lagi (setakat hari ini).


Asmaul Husna Mini ni biasanya dibeli secara borong oleh pelanggan - pelanggan saya untuk dijadikan sebagai #doorgift majlis mereka contohnya majlis perkahwinan, bertunang, aqiqah, doa selamat dan lain-lain keraian.

Selain tu, ada juga yang beli untuk diwakaf dan disedekahkan kepada pihak masjid, rumah kebajikan, rumah orang-orang tua mahupun di majlis-majlis tahlil atau majlis-majlis rasmi misalannya mesyuarat tahunan atau kem motivasi. 

Pelanggan-pelanggan saya ramainya di kalangan peniaga. Mereka jadikan buku mini ini sebagai free gift untuk pelanggan- pelanggan yang membuat pembelian dengan mereka. Mereka beli untuk tujuan sedekah, kerana sedekah ini memudahkan rezeki menghampiri kita. Tambahan pula bersedakah bahan-bahan ilmiahyang bermanfaat seperti Buku Mini Asmaul Husna ini. Anda bersedekah, orang yang terima tersebut gembira, anda dapat pahala. Kemudian dia baca dan amalkan, lagi berganda ganjaran anda terima. In sha Allah. 

Designs sebelum ini juga ada yang masih available:


Jika anda nak setkan dengan Yaasin Mini pun ada


Asmaul Husna Pakej Berkotak

Ok, mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada gambar di atas tu hanya hiasan atau memang ada pakej kotak?

Ya, kami ada pakej kotak, juga untuk pembelian secara borong. Contoh lain gambar berkotak seperti di bawah ni ye. Setiap kotak ada pvc transparency yang menutup bahagian hadapan. Jadi, anda boleh masukkan barangan lain yang sesuai contohnya tasbih, brooch, candy dan sebagainya.



Jika anda juga berminat nak dapatkan Buku Mini Asmaul Husna ini, dipersilakan hubungi kami melalui medium-medium di bawah.



Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

#doorgift
#asmaulhusnamini
#doorgiftislamic
#yaasin

 Picture kredit to: lakako

Kredit : Himpunan kata-kata UAI
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara2:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

#tipspuasa