Alhamdulillah, semakin banyak pre-order masuk untuk buku Bila Emak Berdrama (BEB) tulisan sahabat saya Salwa Mohd Saleh. Saya memang kagum dengan beliau kerana banyak perkara, antaranya ialah bagaimana beliau boleh menjadi begitu produktif sedangkan beliau perlu menguruskan begitu banyak urusan anak-anak, suami, bisnes (lebih daripada 1 jenis) kerja amal, seminar dan bengkel, dan kini dah terbit sebuah buku yang sangat menyumbang kepada golongan ibu khususnya.

Biasa, anda beli buku, anda hanya dapat buku. Paling-paling pun dapat penanda buku. Namun jika anda buat tempahan pre-order buku Bila Emak Berdrama (BEB) ini, ANDA akan menerima 4 lagi bonus yang bermanfaat, menarik dan berwarna-warni. Apakah 4 bonus tu?

Meh nak tayang sikit...







Haaaa..bestkan..bestkan?

Jangan tunggu lagi...pre-order masih dibuka. Bonus hanya untuk pre-order tau! Lain kali, mungkin dah tak ada lagi bonus-bonus ini. In sha Allah siapa pre-order dengan saya, saya akan cuba dapatkan autograf penulis untuk anda!

UNTUK TEMPAHAN BUKU BEB:

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:

012 3302067 (Mai)

#salwasaleh
#bilaemakberdrama
#bukuparenting
#bukuonline
#bukumaia


Assalamualaikum w.b.t
Sempena pelancaran buku tulisan sahabat kami ( yang juga blogger yang semakin dikenali umum )tidak lama lagi, kami @bukumaia nak buka pre-order buku ini:
Judul: Bila Emak Berdrama (BEB)
Penulis: Salwa Saleh
Harga: RM23 (excl pos)
Genre: Parenting
Pre-order: 4 bonus termasuk e-book.
Antara kandungan dalam buku BEB:
Istimewanya buku BEB ini kerana ia berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dan adanya slot DIY yang anda boleh cuba sendiri. Bestkan?

Jadi, apa tunggu lagi. Buat pre-order melalui kami sekarang!

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM
012 3302067 (Mai)
Cepat! Jangan lepaskan peluang ini. Biasa kita beli buku hanya dapat buku, beli buku BEB dapat bonus tau;)

Semua dijemput hadir ke:


Sayembara Puisi dan Lagu Mahasiswa 2016
26-28 Februari 2016
Dewan Taming Sari, UiTM Melaka





Terbaca perkongsian Puan Nora Adila pengasas Nora Furla tentang amalan beliau yang membolehkan beliau bangkit dan seterusnya menapak maju dalam perniagaan.
***************************************************************************************************************************
Assalamualaikum. Selamat pagi. Seperti dijanjikan kak nora akan share beberapa tips dan amalan yg boleh diamalkan. Tp sebelum tu kak nora nak habaq siap2 kak nora ni hanyalah manusia yg masih banyak kekurangan sana sini. Jadi tolong jangan harapkan kesempurnaan dalam tulisan kak nora ok. Cuma ambikla apa yg baik dan cuba amalkan. Kak nora masih belajar dan akan terus belajar. Kalau anda mengalami masalah sekarang ni dan buntu, macam2 cara dah buat tp masih tak jumpa jalan keluar, anda wajib buat perakara- perkara di bawah :

1. Back to basic
Kembalilah kepada fitrah. Muhasabah diri. Renung dan cari di mana silap anda. Buang ego anda sejauhnya. Lembutkan hati dan sediakan diri utk lakukan perubahan besar dalam hidup anda. Nekad senekadnya dalam hati dan janji dgn diri anda yg ANDA AKAN BUAT PERUBAHAN BESAR DALAM HIDUP ANDA SEKARANG, Bukan esok, bukan lusa, bukan lagi sejam atau seminit. Tapi SEKARANG!


2. Jaga Solat
Tahu kenapa solat itu tiang agama? Kerana dgn solat itulah yang akan meletakkan pasak yg kukuh dalam diri kita. Benda paling asas. SOLAT 5 WAKTU. Kalau benda ni anda tak mampu lakukan, anda jangan tanya kenapa hidup anda banyak masalah, jgn tanya kenapa hati anda tak bahagia. Benda pertama yg perlu anda lakukan adalah jaga solat 5 waktu! Buat walaupun susah. Buat smpai terbiasa. Buat sampai anda rasa berdosa kalau anda tak buat.

Tips utk org susah nak lekat solat. Janji dengan Allah. Anda nak Allah tlg anda? janji dgn Allah yg anda akan ikut segala suruhan Dia dan mula buat perubahan. Anda berani? Buat perjanjian yg kukuh. Kalau anda tak buat anda rela Allah bagi hukuman setimpal. Buat janji dari hati. Igt anda sedang berjanji dgn Allah Tuhan anda yg maha berkuasa. Bukan dgn manusia. Kalau anda berani berjanji mcmni sy yakin anda tak akan tinggal solat lagi. BUAT.

3. Tutup aurat
Untuk perempuan sekalian. WAJIB BAGI ANDA UTK TUTUP AURAT ANDA DGN SEMPURNA. Kak nora akui ni cabaran paling besar bagi seorang wanita.

Tutup aurat bukan sekadar pakai tudung ya. Labuhkan, longgarkan, pakai socks dan sarung tangan. Mula2 akan rasa rimas dan lemas tp bila dah terbiasa anda akan rasa tak selesa kalau tak bertutup sebetulnya. Dan bila anda faham konsep menutup aurat dgn sempurna InsyaAllah takkan rasa nk tunjuk lg.
NEVER EVER SAY
" aku tak pakai tudung tp aku aku jaga solat."
"yang pakai tudung tu mulut jahat buat apa?"
and bla bla bla. Sahabatku. yg haram tetap haram. Don't argue, just follow. Kak nora dulu pun jahil. Lansung tak kisah pasal aurat. Dan harini kak nora malu dgn perbuatan kak nora dulu. Tp kak nora yakin Allah maha pengampun. Tutupla aurat dgn sempurna sahabatku. Betapa Allah syg pada wanita, dia arahkan kita tutup aurat utk melindungi kita. Jadi ikutlah. Kalau ini pun tak mampu kita nak ikut mcm mana Allah nak tunaikan permintaan kita?

4. Baca Al-Quran dan fahami isinya 
Baca Al-quran dan fahamkan sekali terjemahannya. Sebelum baca berdoa pada Allah minta hidayah dan petunjuk. Kalau Allah izinkan hidayah tu sampai, anda baca satu ayat pun anda akan menangis! Baca. Biar satu muka sehari asalkan berterusan. Al-Quran tu Allah turunkan pada kita utk kita jadikan panduan supaya kita tidak sesat. BACA!


5. Solat sunat
Sebelum nak lakukan apa2 solat sunat, biasakan diri utk buat sunat taubat dan mohonlah keampunan Allah dari sekecil2 dosa yg kita lakukan. Semoga dgn taubat anda, Doa anda akan diangkat dan para malaikat turut amin kan doa anda. Kerap2 la buat sunat taubat. 2, 3 hari sekali. Anda akan rasa tenang.

Sunat Tahajjud
Solat sunat yg paling magic bagi kak nora. Siapa yg sanggup bangun pukul 3pagi? saat manusia paling nyenyak tidur. Bayangkan berapa banyak pahala yg anda dapat? Dan solat Tahajud ni kak nora umpamakan seperti wireless yg akan terus menghantar doa2 anda kepada Allah. Allah akan turun ke langit paling rendah di setiap sepertiga malam, Dia akan tanya kepada malaikat, ada tak di antara hamba2 Nya yg berdoa kerana Dia nak makbulkan permintaan kita. Subhanallah. meremang bulu roma kak nora semasa menaip. Benda ni kak nora alami sendiri. BIla kali pertama kak nora buat sunat tahajjud di saat kak nora tak nampak arah tuju, magicnya kak nora rasa Allah menjawab segala doa2 kak nora. Setiap kali kak nora berhadapan dgn masalah kak nora akan bangun tahajud, kak nora akan luahkan segala masalah kak nora dan kak nora serahkan sepenuhnya pada Allah. Lepastu rasa masalah terus hilang. Seriously hanya org yg buat akan rasa. Kalau anda nak Allah bantu anda. Rajinkan diri bangun tahajjud, Benda ni kena buat selalu. Setakat sekali buat anda harapkan magic tak jadi. Sebenarnya bukan magic pun. Bagi Allah takde yg mustahil. Tp bagi kita manusia yg lemah, kita akan rasa seperti magic bila satu benda yg sgt mustahil kita rasa utk terjadi BERLAKU! Bangunla tahajjud sahabat. Semaikan rasa cinta paling dalam pada Allah yg dah bagi terlalu byk nikmat dalam hidup kita. InsyaAllah anda akan dapt ketenangan yg luar biasa. Kaya kalau hati tak tenang pun tak seronok kan?

Sunat istikharah
Lazimkan buat sunat istikharah sebelum nak buat sesuatu keputusan atau nak minta petunjuk. Sbb kita manusia bukan ahli nujum yg nak meramal masa depan. Hanya Allah yg maha mengetahui. Jadi mintalah petunjuk dari Allah. InsyaAllah dia akan bagi gerak rasa dan dorongkan jalan utk kita. Sunat istikharah bukan nk tunggu kawin baru nak buat. Boleh buat setiap hari. MInta petunjuk terbaik

Sunat hajat
Kalau ada hajat yg anda inginkan buat Sunat hajat. Buat setiap hari sehingga hajat anda termakbul. Tp perlu igt. Kalau hajat anda tak tercapai, berlapang dada, yakin dan percaya yg aturan Allah tu yg terbaik. Kalau kita rajin minta takkan Allah taknak memberi? Allah dah suruh kita mintak. so mintalah pada Allah. Dan pada masa yg sama berusaha la utk capai hajat kita tu. Jgn dok goyang kaki pulak. Yg ini takde magic ye, anda buat anda dapat. Cuma bila buat sunat hajat selalu, akan lebih mudah anda capai cita2 anda. Lagi satu be spesific. Nyatakan apa yg anda nak dgn terang dan jelas. Contohnya Kak nora nak sale 200k bulan ni. Doa dengan nyata " Ya Allah aku nak sale 200k bulan ni. Tolonglah aku capai hajat aku ni sebab aku perlu bantu agent2 aku nak cari makan" nyatakan sebab kenapa anda nak capai hajat anda tu sekali k? Perlu jelas. kalau hajat anda pun tak jelas acaner nak termakbul kan? BUAT

Sunat sebelum subuh
Yg ni kak nora tak perlu explain panjang lebar. Sunat sebelum subuh lebih dari dunia dan seisinya. Org kata ni skim cepat kaya paling terbaik. BUAT

Sunat Dhuha
Yg ni pun semua org tau kan? Utk murah rezki buatla sunat dhuha. INGAT rezeki bukan duit je. Jgn sempitkan skop rezeki tu. Kasih syg, keluarga bahagia, kesihatan, kerja bagus, bos baik, mak mertua penyayang, KETENANGAN tu semua antara rezeki yg kita selalu tak nampak. Kak nora suka buat Dhuha sbb setiap kali buat Dhuha rasa tenang tak tekejar2. Paling penting macam kak nora selalu ckp Solat jgn la semata2 harap kekayaan dunia. Kekayaan akhirat lebih penting.

Ok so far ni la antara solat sunat yg kak nora selalu buat. Masa tgh kusut dulu ini la yg kak nora amalkan. Belum cukup lengkap. akan ditambah lg. kak nora pun manusia biasa byk kelemahan. kadang2 termiss jgk. Cuma kak nora set paling2 tidak sehari mesti buat satu solat sunat! Doakan kak nora diberi kekuatan utk terus tingkatkan amal ye? kak nora pun doakan anda semua. dan utk beginning tak perlu buat semua pun takpe. buat yg mana anda mampu dan nekad utk tambah setiap hari.

6. Qada Solat
Kalau anda TERtinggal solat tanpa sengaja, especially solat subuh la kan. WAJIB QADA. Anggap anda berhutang. Selagi tak langsai tak selesai la hutang anda. Kalau hutang anda tak berbayar macam mana Allah nak bagi LOAN baru pada anda? simple math. And sebenarnya solat2 yg kita tinggalkan sejak kita akil baligh wajib kita qada. Even kita baru dapat kesedaran pada umur 28 utk jaga solat, buat sunat taubat, solat yg ditinggalkan wajib di qada ye. Kak nora pun tak mampu lg buat yg ni. Byk sgt hutang yg kak nora perlu selesaikan. Doakan kak nora terus kuat ya? Doa anda sgt2 membantu kak nora. kak nora pun doakan anda.

7. Muliakan ibu bapa
Muliakan ibu bapa anda buat yg masih punya ibu bapa. Anda sgt bertuah kerana Allah masih beri kesempatan utk bersama ibu ayah tercinta. Bila ibu ayah telah tiada, hilanglah satu keberkatan.Doa serorang ibu dan ayah. Berapa ramai harini yg setiap pagi bangun dia mendoakan ibu dan ayah? Buatla perkara ni seawal pagi setiap hari. Pagi2 cuba curi masa call or whatsapp or msg mak ayah. walaupun seminit. Anda tak sedar berapa byk pahala yg dah masuk ke dalam akaun anda. Nak hidup kaya dan berjaya? Muliakan ibu dan ayah anda! Yg mana ibu dan ayah telah pergi, tlg kirimkan doa tanpa henti. Doa2 anda akan membantu mereka di sana. InsyaAllah.

SO here we go. This is some of the tips eceh ckp omputih pulak. Anda boleh cuba apply apa yg anda mampu. Sejujurnya kak nora pun masih tak mampu nak buat semua setiap hari. BUAT YG WAJIB DULU. Kalau rasa susah sgt jaga solat 5waktu pun dah cukup. Byk lg tips nak share ni, tp kalau panjang2 sgt takut susah nak faham. And again kak nora hanyalah manusia biasa yg sgt byk kelemahan. MInta maaf kalau byk kekurangan dalam post kak nora ni. Kak nora cuma share apa yg dapat membantu anda semua utk keluar dari masalah hidup anda which is kak nora buat and kak nora dapat. Allah maha berkuasa. YAKIN YAKIN YAKIN. Jgn pernah fikir "aku byk dosa Allah takkan la nak tlg aku" jgn sayangku. Rahmat Allah lebih besar dari dosa2 kita. Selagi kita bernyawa selagi tu peluang masih ada. Jgn putus asa sahabatku. FIGHTING. Syurga Allah terlalu mahal utk kita miliki. Segala yg buruk itu semua dari kak nora. Post ini tidak sekali2 utk kak nora riak atau bangga dgn amalan kak nora, Masih jauh perjalanan kak nora. Doakan kak nora diberikan kekuatan hati utk terus berubah ke arah kebaikan. Doakan kak nora akan sentiasa ditambahkan ilmu dunia akhirat supaya kak nora dapat berkongsi lebih banyak lagi. YG SEMPURNA ITU HANYALAH ALLAH. Semoga bermanfaat. Ampunkan kesilapan tanpa sedar kak nora.


Sumber; Facebook Nora Adila

Semalam, hari pertama. Maknanya tinggal lagi 99 hari.

In sha Allah, jika ada kesempatan (akan cuba sempatkan diri), saya akan buat laporan progress #cabaran100hari kat sini. Laporan pendek sahaja, sekadar untuk tatapan diri sendiri, nak tengok graf progress.

Laporan Hari Pertama #cabaran100hari

Momentum:

- Baik

Semangat:

- Sangat Baik

Fokus:

- Sederhana

Pengurusan Masa:

- Lemah

Ulasan:

Permulaan yang baik kerana dapat mengatasi perasaan kurang yakin. Dapat memulakan tugas tanpa terus bertangguh. Semangat yang kuat menyahkan aura negatif. Namun, terdapat kelemahan dalam pengurusan masa terutama berkaitan media sosial dan waktu rehat.

Tindakan:

Perlu lebih disiplin, mempunyai jadual yang tetap untuk diluangkan dengan media sosial, perlu speed dalam pergerakan dan tugasan.

*******************************************************************************************************

Hehehe..macam yang menilai tu orang lain pulakkan? Sebenarnya,kita boleh menilai prestasi kita sendiri. Cuma,kita selalu tidak jujur dan tutup sebelah mata dengan kekurangan diri kita sendiri. Ok, perlu lagi ke saya bersosial di media sosial? Jawapannya...perlu. Sebab apa? Sebab itu merupakan medan saya mencari rezeki. Cuma, saya kena hadkan, dan tak boleh online sepanjang masa...kena tetapkan waktu-waktu tertentu. Mungkin saya akan kehilangan pelanggan yang mahu jawapan segera tetapi, saya yakin ALLAH akan gantikan dengan rezeki yang lain.

Baiklah, sampai di sini sahaja dulu. Time Management! haha.
15 FEBRUARI 2016

Hari ni bermula #cabaran100hari saya. 
Ia sebenarnya cabaran peribadi saya sendiri. Ada goal yang saya perlu capai. Dan saya rasa perlu letak target begini. Tentang apa? Buat masa ini biarlah rahsia. Sampai masanya saya akan sembang dan share, in sha Allah.

Semalam saya post di facebook dan hari ni ada yang bertanya serta berminat nak join.
Makanya, saya rasa bagus juga kalau cabaran ni berteman-teman. Siapa nak join, silakan bersama kami ye.

Tentang #cabaran100hari bersama MAIA

- Setiap orang bebas menentukan goal atau target masing-masing. (Cth: nak kuruskan badan, nak wajah berseri, nak lebih sihat, nak sentiasa happy, nak tulis buku, nak lipatgandakan jualan bisnes dsb)
- Target itu mestilah relevan untuk dicapai dalam masa 100 hari.
- Terpulang kepada anda sama ada mahu berkongsi goal anda bersama public atau tidak.
- Anda boleh sama-sama bantu memotivasikan antara satu sama lain sama ada di blog, facebook atau media sosial yang lain. Salah satu caranya ialah up status yang boleh membangkitkan semangat kawan-kawan.
- Dilarang share perkara yang negatif sehingga boleh membantutkan semangat kawan-kawan.
- Selesai 100 hari, masing-masing boleh share segala usaha, cabaran dan pencapaian masing-masing.

Jika ada yang nak turut serta, boleh komen di bawah entri ini atau boleh ke Facebook peribadi saya  MAIZURA OSMAN

Good Luck semua!

#cabaran100hari
#100dayschallenge
#maia


Dah lama tak menulis tentang sakit dan penawar. Tak berkesempatan sebenarnya. 

Kali ni, saya nak share pengalaman sendiri tentang masalah bisul. Oih, malu aih ada bisul. Tak da apa nak dimalukan, bisul juga sejenis penyakit akibat jangkitan. Cuma, memang saya hanya terkena bisul setelah berumur 30 tahun. Kecik-kecik dulu tak pernah. Mungkin faktor usia, faktor imun badan yang semakin lemah akibat proses mengandung, bersalin dan sebagainya.

Baru-baru ini (Disember 2015), saya terpaksa tinggal di wad selama 9 hari meneman anak saya yang kecil admit akibat sawan dan jangkitan paru-paru. Sebenarnya, walaupun yang sakit tu anak kita, tapi tinggal di wad sangat-sangat membuka ruang yang besar untuk si ibu jugak jatuh sakit. Apa sebabnya?

- penat dengan kerenah anak yang sakit. Budak sakit memang kuat ragam.
- tak cukup tidur sebab kejap-kejap misi datang kejut nak check anak. Lepas tu anak pun nangis sebab takutkan misi atau sakit kena inject dan sebagainya.
- stres terpaksa cuti lama tanpa dirancang, banyak kerja tergendala.
- stres mengenangkan anak-anak lain atau hal rumahtangga yang taktau apa khabarnya
-sedih / susah hati bila la anak nak sihat dan boleh discaj
- keadaan kebersihan yang kurang terjaga akibat masa, ruang dan kemudahan yang tak sama seperti di rumah
- hospital memanglah tempat penyakit berkumpul

Setelah lebih kurang 3 hari di wad tanpa take turn dengan suami sebab anak menyusu badan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Tekak rasa berpasir, hidung dah mula gatal-gatal. Kena pulak wad anak saya tu memang tempat anak-anak yang ada masalah pernafasan. Biasanya masalah pernafasan ni akibat batuk, selesema. Saya memang dah minta suami bawak vitamin c masa mula-mula dia datang hantar baju dan barang-barang keperluan. Mesti ada vitamin, saya dah faham sangat dengan badan sendiri. Alhamdulillah, saya double up pengambilan vitamin c, tak jadi la selesema nampaknya dengan izin Allah.

Tak lama, saya rasa macam nak tumbuh bisul. Bahagian yang nak tumbuh tu rasa keras, sakit sikit-sikit. Saya biar je dulu, taktau nak buat apa. Nak pergi jumpa doktor pun tak boleh sebab saya kena jaga Farhan. Kalau saya pergi ke ED, siapa nak tengok dia pulak. Kebetulan, Shaklee Garlic Complex dah habis stok di rumah. Sebelum ni, saya memang akan ambil Garlic jika agak-agak ada jangkitan misalnya bisul, sakit mata, batuk, keputihan atau gatal-gatal kulit. Alhamdulillah sangat-sangat berkesan hatta bisul yang dah besar dan sakit menyengat-nyengat pun boleh reda dalam masa 12 jam. Alhamdulillah. Tak perlu antibiotik doktor.

Saya dok fikir apalah ikhtiar aku ni. Tak boleh biar sebab dah makin sakit. Haiii kalau demam karang sape yang susah? Sape nak jaga anak? Bisul ni kalau dah sakit sangat memang boleh bawak demam. Alhamdulillah Allah bagi idea, saya terfikirkan sesuatu yang saya boleh dapatkan di hospital tu saja, tak perlu pun minta suami beli kat luar. 

Inilah dia! Minuman probiotik aka Yakult. Saya ni jenis tak mudah nak terpengaruh sangat dengan iklan-iklan kat tv, tapi saya mudah percaya dengan pembacaan yang beserta bukti. Saya ada terbaca dalam sebuah majalah kesihatan bahawa minuman probiotik ini selain meningkatkan tahap kesihatan usus sebagaimana yang orang ramai tahu, juga membantu memperkukuh sistem imun badan. 



So, tanpa berlengah saya pun turun la beli yakult ni kat mart hospital. Amboi, mahal bukan main! Tapi apa boleh buat, pejam mata bayar je la.

Farhan pulak tak suka rupanya minuman kultur ni. Sebab rasanya masam kot. Saya minum 2-3 botol sehari. Lagipun saya tak simpan dalam peti ais hospital tu, segan. Jadi kena la cepat habiskan sebelum rosak. Mujur juga suhu wad tu teramatlah sejuk. hahaha. Alhamdulillah dengan izin Allah, surut bisul yang baru nak muncul tu. Legalah sangat, tak perlulah nak jumpa doktor.

Jadi, inilah antara alternatif jika anda atau anak-anak diserang bisul. Senang juga kalau kena pada anak-anak sebab rasanya sedap. Memanglah antibiotik sememangnya ubat yang paling tepat, tapi kalau kita ada pilihan untuk elak antibiotik, baik kita elak, ye tak?. Andai kata bisul dah besar, saya tak pasti keberkesanannya. Mungkin agak sukar. Mungkin tetap perlukan antibiotik malah mungkin pembedahan kecil.

Ok, itu sahaja perkongsian saya. Saya tidak claim pernyataan ini dari sudut medikal. Ini hanyalah pengalaman peribadi semata-mata dan kesan pada setiap individu mungkin berbeza.

#sharingiscaring
#yakult
#probiotik
#garlicshaklee

Alhamdulillah, sekarang ini semakin ramai umat Islam yang semakin prihatin dan berusaha sebaik yang mungkin untuk menjadi muslim yang terbaik. Salah satu cabangnya ialah mendalami dan memhami Al-Qur'an. Dulu, ramai orang hanya menekankan 'pandai mengaji' tetapi tidak begitu menekankan tentang makna, maksud dan pengajaran daripada ayat suci yang dibaca itu.

Berbeza dengan hari ini, perkataan 'tadabbur' sudah tidak begitu asing lagi. Sebagai penjual buku-buku online khasnya buku-buku kegamaan, saya selalu mendapat pertanyaan tentang Al-Qur'an dan rata-rata mahukan Al-Qur'an yang ada terjemahan bersama. Alhamdulillah, perkembangan yang cukup baik.

Namun demikian, memahami kitab suci Al-Qur'an ini sebenarnya tidak cukup jikalah hanya berdasarkan terjemahan semata-mata. Tidaklah salah menghayati terjemahan, namun jika hendak memahami secara mendalam akan sesuatu ayat dan huraiannya, apa yang lebih perlu ialah tafsirannya. 

Al-Quran Amazing merupakan sebuah Al-Qur'an terbitan Karya Bestari yang in sha Allah mampu membantu anda sedikit sebanyak memahami Al-Quran. Ya, sebaik-baik pemahaman ialah dengan berguru namun berapa ramaikah yang mempunyai kesempatan untuk mengikuti kelas tafsir? Jadi, saya kira dengan adanya slot tafsir dalam Al-Qur'an Amazing ini, ia sangat-sangat membantu. Tafsir yang digunakan ialah Tafsir Jalalain (penjelasan tafsirian penggalan ayat), Tafsir Ibnu Katsir(penjelasan tentang ibadah, muamalah, aqidah) dan Tafsir At-Tabari (ibadah, muamalah dan aqidah).

Selain itu, satu lagi ciri yang sangat baik di dalam Al-Qur'an Amazing ialah terjemahan per kata. Contohnya,  



Sebenarnya, bukan mudah juga untuk kita memahami setiap patah perkataan dalam satu-satu ayat jika tak diperincikan. Saya yang ada ijazah dalam Bahasa Arab ni pun banyak yang tak faham, apatah lagi mereka yang tiada asas bahasa Arab. Tetapi dengan membaca Al-Qur'an Amazing ini, ia jadi lebih mudah. Selain mendalami bahasa Al-Qur'an, bagaimana ayat-ayat Allah, sedikit sebanyak membantu penguasaan bahasa Arab. Bahasa Arabkan bahasa syurga. Tak mahukah kita belajar walaupun tak banyak, dapat sedikit sebagai persediaan dan tanda kita terlalu mendambakan syurga Allah?

Itu hanya 2 ciri istimewa Al-Qur'an Amazing, dan sebenarnya ada banyak lagi. Pendek kata, untuk bacaan kita seharian, mentadabbur ayat-ayat suci Al-Qur'an, Al-Qur'an Amazing dikira lengkap.


Mungkin ramai pelajar UKM yang tertanya-tanya kalendar akademik yang terbaru. Meh sini akak nak kongsi. Bahasakan diri akak, sebab dah super senior kat UKM ni. ahaks (lempang pipi sendiri laju-laju).



Tak nampak? Silalah copy dan save dalam lappy masing-masing ya.

Ya Allah...permudahkan urusan pengajian kami. Bantulah kami. La hawla wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.

#ukm
#kalendarakademimukm

SalwaSaleh.Com ialah satu penjenamaan blog dan aktiviti online yang sedang meningkat naik.
Pemilik blog tersebut. Puan Salwa telah mendokumenkan tips-tips blogging yang unik tetapi semua orang mampu miliki. Blogging Dari Jiwa, judul ebook tersebut.

Ebook ini telah dilancarkan pada 2015 dan sambutannya sangat baik.
Kini, Salwa bermurah hati memberi harga runtuh kepada sesiapa sahaja yang berminat, dan 100% hasil jualan akan didermakan kepada Adik Rayqal yang akan menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai, China.

Adik Rayqal ialah anak saudara salah seorang sahabat sekolah menengah kami. Beliau sebelum ini dirawat di PPUKM Cheras, dan doktor di PPUKM jugalah yang mencadangkan agar pembedahan dilakukan di China. Bapa Adik Rayqal yang akan menderma hati beliau kepada anaknya.

Perbelanjaan perubatan, perjalanan, penginapan, serta rawatan susulan memerlukan belanja yang sangat besar, beratus-ratus ribu diperlukan. Marilah kita sama-sama bantu Adik Rayqal Kita tak tahu bilakah kita pula akan diuji. Sambil menderma, kita juga bakal mendapat ilmu-ilmu yang segar dan berguna daripada Puan Salwa.

Asbab blog beliau, Puan Salwa sudah beberapa kali menjadi tetamu undangan dalam beberapa slot bual biacara siaran TV Malaysia, Antaranya slot DIY, parenting dan terbaru #projekbegsekolah yang mendapat liputan beberapa buah stesen TV. 

Jangan tunggu lagi, cepat buat tempahan sementara harga runtuh ditawarkan. Anda boleh hubungi nombor telefon pada iklan di atas iaitu 019- 5558027 (Puan Salwa). Anda boleh beritahu anda dapat tahu tentang ebook ini di blog MAIA. Dia tahu la tu nanti:)

JANUARI 2016 telah pun berlalu...
Ya, anda tak bermimpi! Memang, sungguh, sudah sebulan di tahun 2016.

So macam mana prestasi setakat ini?
Berpuas hati dengan produktiviti?
Amalan rohani grafnya menaik? 
Planner anda masih kosong? Tak sempat pun nak plan?
Takda planner pun lagi? 

Ok, ok..masa sekarang berlalu dengan sangat pantaskan? Sampaikan nak plan untuk esok pun kadang-kadang tak sempat. Atau paling tidak plan juga, tapi dalam kepala je la. Bila esok yang sibuk itu tiba, macam-macam lupa.

Kata mereka yang sudah berjaya, IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL. Fikir-fikir balik, sungguh juga kata-kata bernas tu. Dan, plan di sini bukanlah plan dalam kepala sahaja. Mereka yang telah  berjaya menyarankan kita supaya TULIS TO DO LIST ANDA! Nak tulis di mana? Setiap hari tulis atas sticky note lepas tu tercicir merata-rata. Esok tulis lagi di helaian yang lain. Boleh, bukan tak boleh. Sekurang-kurangnya anda dah plan dan tulis plan anda TETAPI,

...kan best kalau kita ada satu ruang untuk tulis plan kita setiap hari, dan esok kita masih dapat tengok plan tersebut. Dengan cara ini, kita akan nampak bagaimana performance kita. Produktif atau tidak. Ini boleh memotivasikan kita tau. Tambah-tambah bila kita dapat selesaikan sekurang-kurangnya 80% daripada to do list yang kita sendiri tulis. Tak percaya? Esok pagi-pagi cuba buat to do list, Usahakan sehabis baik untuk fulfill the plan. Sebelum tidur, buat sesi brainstorming untuk diri sendiri. Feel it!

Okeh, melalut panjang dah ni. 
Bagi anda yang rasa planner yang ada sekarang tidak cukup lengkap, tidak cukup sistematik, saya sarankan anda dapatkan Planner Muslimah Produktif ini. Serius, ramai yang suka dengan planner ni, sekejap je sold out.

Apa kata mereka yang dah memiliki Planner Muslimah Produktif ni?

Kenapa saya suka planner muslimah produktif ini?
1. Perancangan menyeluruh seisi keluarga.
2. Suka bahagian planning menu / habit membaca / cadangan pengurusan masa /kewangan
3. Suka cadangan perancangan "ME time"
4. Suka jadual solat harian utk target solat awal waktu. 😁.
Dan semua yg kerohanian.
5. Cadangan rotin keluarga. Anak-anak dan bapa tolong gotong royong. --> yg ni dah lama suami ajak bincang tp kita blur how to start n set.
6. Sangat teruja sebab ada rekod tadabbur al quran. Kadang bila masuk kuliah, bila ustaz / ustazah bagi input surah ..suka catit atas kertas dan hilang.
7. Suka bahagian kewangan, sebab memang sangat selalu lupa catit. Sedar sedar duit ke mana mana dah.
8. Buku warna pink.😍
9.Alhamdulillah. Best planner ni.
Mcm saya suri rumah. Kadang2 tarikh pun lupa. Tarikh bulan islam lagi la lupa. 🙈
Pastu ada list to do setiap hari. Taklah, conteng kertas sini, conteng kertas sana. Semua ada dlm ni.
Suami belek2 tadi.. Terangguk2.. Tak tahulah dia pikir apa. Dia senyum part waktu solat. Jelas tulisan walaupun gambar katanya.
Alhamdulillah. Lengkap Planner. Semoga bermanfaat kepada semua muslimah.
Tadi pass buku ke sahabat yg baru jadi suri rumah pun suka sebab ada list to do ni, jadi tak bersepah nota2 dia. Sepesen je kami. Suka tulis sini sikit. Sana sikit.
10. Saya suka merancang guna planner fizikal berbanding gagdet sebab tidak mahu anak nampak mak guna gadget lama lama.
In Shaa Allah dapat planner kena disiplin..

Bestkan? Bestkan?
Berita baiknya, stok baru cetakan baru dah pun ada pada kami. 
Jadi, cepat place order sekarang. Walaupun Februari baru nak mula, masih belum terlambat.

Harganya? Planner Muslimah Produktif ini berharga RM35 senaskhah. 
Macam mana nak order?

SMS/ WHATSAPP/TELEGRAM 'Planner Produktif 2016' ke
012 3302067 (Mai)

#plannerlengkap2016
#plannermuslimah
#plannermuslimahproduktif
#planner2016
#sahabatattaqwa
#bukumaia
#diarimuslimah2016
#todolist

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Pic Google

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
mumia ramses
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
PLEASE SHARE TO EVERYONE

Kredit: Dr. Umar Kassim Facebook
Bulan ke-2 di tahun 2016.

Semakin ramai yang semakin terasa masalah ekonomi semakin meruncing. Ringgit terus menjunam. Karier belum tentu stabil sampai bila-bila. Apa sahaja boleh berlaku. Maka, ramai yang sedang mencuba untuk menambah pendapatan sampingan melalui perniagaan atau sekarang orang sebut 'buat bisnes'. Ya, bunyinya macam gah gitu, tapi tahukah anda sepak terajang dunia pernagaan, silap cara boleh buat anda tambah korup. Ok, bukan..bukan beri aura negatif, tapi inilah realiti. Eh, jangan takut pulak ye. Orang yang positif ialah orang yang berani mencuba, bisnes bukanlah sesuatu yang tidak baik. Sunnah Rasulullah S.A.W kan? Saya pun baru je beberapa tahun jagung berbisnes, belum all out dan belum pun kukuh, in sha Allah sedikit masa lagi. Masih mencari tempat bertapak. Meh saya nak share sikit, 35 'JANGAN' yang boleh kita buat panduan jika nak mula bisnes atau baru mulakan bisnes. Saya dapat ni daripada wall seorang sahabat di facebook. Apa yang baik jom kita sama-sama amalkan.

1-Jangan mula dengan tender kerajaan.
2-Jangan terus buka kedai. 
3-Jangan terus ambil franchais.
4-Jangan buat pinjaman.
5-Jangan mula tanpa platform kewangan peribadi.
6-Jangan main terjah, rancang sedikit.
7-Jangan mula tanpa guru. Guru boleh ramai.
8-Jangan mula tanpa mentor. Mentor pilih satu saja.
9-Jangan fikir mahu duit cepat, fikir apakah kerja yang betul dalam bisnes, nanti duit datang.
10-Jangan fikir mahu kaya cepat, bisnes ini bukan skim cepat kaya.
11-Jangan fikir bisnes ini adalah betul kecuali selepas 3 tahun masih bertahan.
12-Jangan fikir mahu untung dalam tempoh 3 tahun, fikir bertahan dahulu. Survive.
13-Jangan bermusuh. Tingkatkan networking.
14-Jangan buang masa. Rancang dan bertindak. Salah, betulkan. Salah, betulkan.
15-Jangan rasa down lama sangat. Minum kopi dengan mentor untuk selesaikan masalah.
16-Jangan kedekut ilmu, ilmu sikit pun kongsi.
17-Jangan lupa sadaqah. Ilmu pun kira sadaqah.
18-Jangan belajar taktik saja. Belajar strategi bisnes.
19-Jangan komplen dan negatif.
20-Jangan lupa belajar pasal marketing. Pasar. Belajar kenal pasar.
21-Jangan lupa bina nilai bisnes. Baru kita dalam blue ocean.
22-Jangan rompak duit bisnes.
23-Jangan lupa ambil gaji. Walaupun hutang mesti rekod.
24-Jangan lupa jaga akaun bisnes betul-betul.
25-Jangan lupa jaga dokumen elok-elok. Semua mesti ada rekod.
26-Jangan lupa SOP bisnes.
27-Jangan ambil staff kerana kita sudah tidak menang tangan buat kerja.
28-Jangan lupa ambil staff supaya mereka mencipta gaji mereka.
29-Jangan kongsi masalah bisnes dengan orang makan gaji.
30-Jangan lupa kongsi masalah bisnes dengan orang yang lebih berpengalamn bisnes.
31-Jangan lupa belajar bagaimana mahu kembangkan duit kecil supaya jadi modal bisnes besar.
32-Jangan lupa belajar cara urus duit.
33-Jangan lupa ikat perut dan jimat. Pendiri bisnes perlu jimat.
34-Jangan lupa kawan masa susah.
35-Jangan lupa menangis depan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki.

Sebagai tambahan, anda boleh dapatkan buku berjudul Bisnes Cara Kami tulisan Felinna Nadea dan suaminya ini. Banyak sangat tips berguna yang anda boleh dapat melalui buku ini. Fel ikhlas bercerita dengan anda. Ayatnya santai, macam borak-borak gitu tapi santai yang penuh ilmu dan pengalaman. Fel cerita tentang kisah hidupnya sendiri, tentang jatuh bangun perniagaan mereka sehingga berjaya merangkul anugerah di peringkat antarabangsa pada tahun lepas, 2015. Apakah rahsia mereka?




Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia