Cara Elak Bisul Semakin Melarat Tanpa Ke Klinik



Dah lama tak menulis tentang sakit dan penawar. Tak berkesempatan sebenarnya. 

Kali ni, saya nak share pengalaman sendiri tentang masalah bisul. Oih, malu aih ada bisul. Tak da apa nak dimalukan, bisul juga sejenis penyakit akibat jangkitan. Cuma, memang saya hanya terkena bisul setelah berumur 30 tahun. Kecik-kecik dulu tak pernah. Mungkin faktor usia, faktor imun badan yang semakin lemah akibat proses mengandung, bersalin dan sebagainya.

Baru-baru ini (Disember 2015), saya terpaksa tinggal di wad selama 9 hari meneman anak saya yang kecil admit akibat sawan dan jangkitan paru-paru. Sebenarnya, walaupun yang sakit tu anak kita, tapi tinggal di wad sangat-sangat membuka ruang yang besar untuk si ibu jugak jatuh sakit. Apa sebabnya?

- penat dengan kerenah anak yang sakit. Budak sakit memang kuat ragam.
- tak cukup tidur sebab kejap-kejap misi datang kejut nak check anak. Lepas tu anak pun nangis sebab takutkan misi atau sakit kena inject dan sebagainya.
- stres terpaksa cuti lama tanpa dirancang, banyak kerja tergendala.
- stres mengenangkan anak-anak lain atau hal rumahtangga yang taktau apa khabarnya
-sedih / susah hati bila la anak nak sihat dan boleh discaj
- keadaan kebersihan yang kurang terjaga akibat masa, ruang dan kemudahan yang tak sama seperti di rumah
- hospital memanglah tempat penyakit berkumpul

Setelah lebih kurang 3 hari di wad tanpa take turn dengan suami sebab anak menyusu badan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Tekak rasa berpasir, hidung dah mula gatal-gatal. Kena pulak wad anak saya tu memang tempat anak-anak yang ada masalah pernafasan. Biasanya masalah pernafasan ni akibat batuk, selesema. Saya memang dah minta suami bawak vitamin c masa mula-mula dia datang hantar baju dan barang-barang keperluan. Mesti ada vitamin, saya dah faham sangat dengan badan sendiri. Alhamdulillah, saya double up pengambilan vitamin c, tak jadi la selesema nampaknya dengan izin Allah.

Tak lama, saya rasa macam nak tumbuh bisul. Bahagian yang nak tumbuh tu rasa keras, sakit sikit-sikit. Saya biar je dulu, taktau nak buat apa. Nak pergi jumpa doktor pun tak boleh sebab saya kena jaga Farhan. Kalau saya pergi ke ED, siapa nak tengok dia pulak. Kebetulan, Shaklee Garlic Complex dah habis stok di rumah. Sebelum ni, saya memang akan ambil Garlic jika agak-agak ada jangkitan misalnya bisul, sakit mata, batuk, keputihan atau gatal-gatal kulit. Alhamdulillah sangat-sangat berkesan hatta bisul yang dah besar dan sakit menyengat-nyengat pun boleh reda dalam masa 12 jam. Alhamdulillah. Tak perlu antibiotik doktor.

Saya dok fikir apalah ikhtiar aku ni. Tak boleh biar sebab dah makin sakit. Haiii kalau demam karang sape yang susah? Sape nak jaga anak? Bisul ni kalau dah sakit sangat memang boleh bawak demam. Alhamdulillah Allah bagi idea, saya terfikirkan sesuatu yang saya boleh dapatkan di hospital tu saja, tak perlu pun minta suami beli kat luar. 

Inilah dia! Minuman probiotik aka Yakult. Saya ni jenis tak mudah nak terpengaruh sangat dengan iklan-iklan kat tv, tapi saya mudah percaya dengan pembacaan yang beserta bukti. Saya ada terbaca dalam sebuah majalah kesihatan bahawa minuman probiotik ini selain meningkatkan tahap kesihatan usus sebagaimana yang orang ramai tahu, juga membantu memperkukuh sistem imun badan. 



So, tanpa berlengah saya pun turun la beli yakult ni kat mart hospital. Amboi, mahal bukan main! Tapi apa boleh buat, pejam mata bayar je la.

Farhan pulak tak suka rupanya minuman kultur ni. Sebab rasanya masam kot. Saya minum 2-3 botol sehari. Lagipun saya tak simpan dalam peti ais hospital tu, segan. Jadi kena la cepat habiskan sebelum rosak. Mujur juga suhu wad tu teramatlah sejuk. hahaha. Alhamdulillah dengan izin Allah, surut bisul yang baru nak muncul tu. Legalah sangat, tak perlulah nak jumpa doktor.

Jadi, inilah antara alternatif jika anda atau anak-anak diserang bisul. Senang juga kalau kena pada anak-anak sebab rasanya sedap. Memanglah antibiotik sememangnya ubat yang paling tepat, tapi kalau kita ada pilihan untuk elak antibiotik, baik kita elak, ye tak?. Andai kata bisul dah besar, saya tak pasti keberkesanannya. Mungkin agak sukar. Mungkin tetap perlukan antibiotik malah mungkin pembedahan kecil.

Ok, itu sahaja perkongsian saya. Saya tidak claim pernyataan ini dari sudut medikal. Ini hanyalah pengalaman peribadi semata-mata dan kesan pada setiap individu mungkin berbeza.

#sharingiscaring
#yakult
#probiotik
#garlicshaklee

1 comments:

Anonymous said...

Baru tahu manfaat dr minuman yakult bisa juga menghentikan bisul.

Trims sharingnya !