Saya ni ada satu tabiat buruk, iaitu baca suratkhabar bila dah terlepas tarikh. Dengan kata lain baca paper lama. Hari Sabtu baru ni baru terhegeh-hegeh baca paper hari Khamis. Excited bila nampak pasal tayangan dokumentari filem Hikayat Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan jam 6.00 petang tapi tarikhnya...alamak..25 Feb 2011..dah lepas la.

Tadi kawan bagitau dia sempat tengok dokumentari tu, memang kena dengan kajian saya. Tokoh-tokoh yang diundang pun bukan calang-calang orang. Dengar tu saya pun cari balik kat TV3 kalau-kalau ada show tu tapi tak adalah nampaknya. Saya cuba cari kat youtube, yang ada cuma Di Sebalik Tabir Hikayat Merong Mahawangsa, tak pastilah versi yang sama atau tak. Rasa-rasanya itu klip lain, sebab KRUStudio dah masukkan 2 minggu lepas. Apa-apapun saya download jugakla.

Saya search kat Google rata-ratanya cuma keluar laporan dokumentari tu je, macam kat bawah ni:

SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.
Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.
Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, esok, 25 Februari di TV3.
Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.
“Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.
“Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah,” katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.
Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).
Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.
Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.
Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.
“Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.
“Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem,” jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu..

Tayang poster sikit, jom kita tengok ramai-ramai filem yang bakal ditayangkan 10 Mac ni.



OST pun sedap, nyanyian abang Anuar...

video

Ada sesiapa tau mana nak dapat rakaman slot dokumentar tu?



Saya baru je tau kewujudan lagu ni, saya rasa macam dah lama AMAR buat. Apepun saya suka rentaknya, sekali dengar saya dah suka. Isteri AMAR ni macam biasa saya tengok, rupanya memang satu pengajian masa sarjana muda dulu. Seronoklah Wani suami boleh dedikasikan lagu, kita ni suami dedikasikan lagu orang lain kat kita pun dah kembang semangkuk kot.hehehe.Selamat berbahagia buat semua yang sudah berumahtangga.

video
Ni cerita dua minggu lepas, agaknya rambut Sofiy pun dah panjang semula.hehe. Teruja nak buat entri pasal si kecik ni potong rambut sebab ni pertama kali dia potong rambut di kedai. Sebelum ni umi potong sendiri waktu dia tido, takpun pengasuh tolong potongkan.

Mulanya umi yang nak potong rambut sangat sebab dah panjang tak mengurai, pening kepala sebab demam dah lama...jadi pergila salon yang biasa pergi tu. Tengok-tengok orang yang gunting rambut tu keluar makanlah pulak. Cari punya cari, akhirnya ternampaklah satu salon yang namanya ala-ala Perancis gitu. Pergi juga skodeng kat pintu kaca dia sebab nak tengok salon Melayu ke bukan. Nampaknya pekerja Melayu, ada yang pakai tudung pun. Ada pulak tulis bilik muslimah disediakan, lega.

Mula-mula potong rambut Sofiy dulu sebab nanti boleh pass kat ayah dia. Sofiy memang cukup happy kat dalam kedai tu, taktaula kenapa..agaknya dia suka bau salon yang tak sedap tu kot?hehe. Umi dah cuak masa adik tu angkat Sofiy kat kerusi dan selubungkan towel kat keliling leher dia. Bukan apa, umi tau Sofiy ni memang takut kat orang yang dia tak kenal. Takut dia melalak tak ingat dunia pulak.agaknya suka kot tengok cermin besar depan muka. Diam je dia, bila adik tu suruh tunduk dia tunduk, sengetkan kepala dia ikut..macam gambar kat bawah ni ha.



Operasi mencantas rambut yang dah panjang


Amacam, hensem tak budak ni lepas potong rambut
Yes! Orang semua sibuk cuti. Kat sini memang dah lengang, cafe pun ada yang dah tutup. Pergi mana-mana orang sibuk dok tanya "tak cuti ke?"

Semalam baru sedar yang internet sangatlah laju...saja bukak youtube sebab nak download episod akhir drama Prince Who Turns Into A Frog yang hilang cdnya. Tengok laju semacam, maka buat projek la...cari lagi drama Taiwan yang best, semestinya lakonan Ming Dao. Nampak komen kat drama The Magicians Of Love macam menarik je. Sambil-sambil buat kerja, download la drama ni. Tak sabar nak tengok sebenarnya tapi entah bila dapat internet laju macam ni lagi maka habiskanlah download dulu.

Tak kenal Ming Dao?

The Magicians of Love

Ok, nak teruskan download...taktaula sempat sampai episod berapa. Sekarang episod 4.