Haaa...ni nak heboh ni..Bapa Viral Malaysia nak keluarkan buku terbaru..tajuknya sangat-sangatlah sesuai dengan kemahiran Saudara Khairul Hakimin ni. Tajuk bukunya ialah RAHSIA BAPA VIRAL KEBANGSAAN. 

Apa yang lebih penting lagi, harga pengenalan untuk sesiapa yang buat tempahan pre-order SAHAJA. Harga buku ini RM25, tapi siapa tempah (beserta bayaran) selewat-lewatnya esok, akan dapat diskaun RM5. Banyak tu boleh jimat. Jadi apa lagi, tinggal lebih kurang 24 jam je ni. Cepat ye contact kami.

Oh ye..apa kandungan buku ni? Best sangat ke? Betul ke boleh viral?

Isi Kandungan Buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan



Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Daripada sekecil-kecil perkara tentang profil gambar di media sosial - teknik penulisan - content penulisan - followers - do and don't serta bab-bab teknikal semua ada dalam buku ni. Jadi, siapa yang memang bergiat aktif secara maya, elok sangalah dapatkan buku ni. Baca, dan lepas baca kita cubalah pulak. Tengok viral ke tak viral? Belum cuba memang kita tak tahu. In sha Allah..followers kita makin bertambah, populariti kita semakin meningkat, dan produk kita semakin dikenali serta dapat dijual dengan senang-senang hati je.

Ok, PRE-ORDER SAMPAI ESOK SAHAJA (1 MAC 2017) untuk harga istimewa RM20. Kos pos RM8. ETA minggu hadapan bermula 6 Mac 2017 secara berperingkat. Maaf, tidak ada perkhidmatan COD sebab stok memang panas-panas dari kilang ni. 

UPDATE: Walaupun tempoh pre-order sudah tamat, jangan risau. Anda masih boleh dapatkan buku ini daripada kami @bukumaia. Harganya RM25 sahaja untuk 1 naskhah. Jom cepat dapatkan, dan bersedia untuk jadi viral di media sosial anda.

Kalau nak, contactlah saya ye. Saya boleh dihubungi melalui medium di bawah ni:

Mai

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067 (ni respons segera)
INSTAGRAM: @bukumaia
FACEBOOK: Min-Aina-Ila-Aina / Maizura Osman
Selamat petang...ada yang tak makan tengah hari lagi ke?

Alhamdulillah, tiga-empat hari ni kerap hujankan? Hujan pulak boleh tahan lebat. Sekarang nipun kat Bandar Seri Puyra ni tengah hujan. Bila hujan-hujan ni, sinonim la dengan lapooo...je perut. Tapi nak masaknya malas pulak. Kan best kalau ada orang ting tong pintu, hantar apa-apa juadah. hehe.

Ok, dah dah berangan tu. Zaman sekarang ni payah la sikit nak tunggu orang hantar. Paling kuat pun, kita order orang hantar delivery. Tapi duit la pulak. Ok, jadi petang ni saya nak kongsi resepi nasi goreng malas style..haha..Sebab apa namanya macam tu, sebab senang sangat nak buatnya.

Syarat utama yang perlu ada untuk masak ni ialah GUNA APA YANG ADA dan CONFIDENT IANYA SEDAP. hahaha. 

Bahan-bahan:

Nasi putih (yang sudah dimasak - nasi sejuk pun boleh)
Bawang merah 2-3 ulas (sesuaikan ikut kuantiti nasi la ye)
Bawang putih 2 ulas
Ikan masin yang telah digoreng / ikan bilis / udang kering (lebih kurang segenggam). Saya guna ikan masin..tu yang memang dah sedia digoreng semalam punya. haha.
Cili padi (ikut pedas yang dikehendaki - dalam 3-4 biji)
Sayur (yang sesuai ialah kangkung / buncis / kacang panjang) - sayur lain pun boleh aje..taram je la.
Minyak masak untuk tumis
Garam sebagai perasa

Simple je kan bahan-bahannya


Cara Menyediakannya:

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk / kisar. Saya guna lesung batu je sebab sikit. 
Cili padi pun ditumbuk. 
Ikan masin goreng / ikan bilis / udang kering ditumbuk.
Potong sayur ikut suka hati. hehe.

1- Panaskan minyak, agak-agak dalam 3 sudu cukup dah. Jangan terlalu panas sebab kita nak masukkan bahan tumbuk / kisar lepas ni. Kalau panas sangat nanti cepat hangus.
2- Kemudian masukkan bawang, kacau sampai layu sikit. Kemudian masukkan ikan masin / ikan bilis / udang kering..kacau lagi.
3- Masukkan cili padi
4- Masukkan sayur (kacau dan biar layu sikit)
5- Perlahankan sedikit api dan masukkan nasi putih. Masukkan garam agak-agak 2 sudu kecil dulu.kacau rata
6 - Rasa la sikit nasi goreng tu..kalau kurang masin boleh tambah garam dan kacau lagi sampai rata. Kena rata nanti masinnya bertompok. Saya tak boleh bagi sukatan garam yang tepat sebab kemasinan ikan masin / bilis / udang kering berbeza. Jadi kena agak-agak sendiri la.

Siap, dan sangat sedap dimakan panas-panas sewaktu hujan.


Ni saya padankan dengan limau ais...sedaaap.

Anak saya Sofiy umur 8 tahun pun kata sedap. Bertambah-tambah. Pedas cili padi pun boleh tahan sedap punya pasal. 

Ok, cuma nak pesan..masak campak-campak malas style ni buat makan sendiri ok la..kalau mak mertua datang..buh la bahan lebih sikit...udang ke sotong ke bagi nampak meriah. Tak gitu?

Ok, selamat mencuba!


Alhamdulillah, di hari Jumaat yang berkat hujan turun sejak pagi di Bangi, dan mungkin juga sekitar Lembah Klang. Petang ni pun hujan lagi sampailah menjelang Maghrib ni. Tertarik dengan status seorang sahaba di Facebook tadi.

Tup. Tup. Tup. Damainya bunyian rintik hujan yang bertemu atap. Bunyi yang menenangkan setiap telinga yang mendengar.
Dalam istilah ilmu teknologi minda, irama alam semulajadi memudahkan turunnya gelombang minda dari beta ke alfa. Iaitu keadaan minda yang cenderung diprogramkan.
Kaitannya dengan waktu mustajab doa semasa hujan - kerana minda berada dalam state alpha. Bonusnya hujan turun di pagi Sayyidul Ayyam yang barakah.
Ya Allah Ya Syafi, berilah kesembuhan buat sahabatku yang sakit.
Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wasi', bukakan dan lapangkan jalan rezeki kewangan buat sahabatku yang diuji kesempitan duit.
Ya Allah Ya Halim Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan ketenangan dan ketabahan buat sahabatku yang sedang menempuhi liku hidup yang perit.
Ya Allah, sesungguhNya dengan zatMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' Ya Mujiib, perkenankan doa-doa sahabatku yang berhajat.
Aamiin Ya Mujiib.

Cubalah berdoa di waktu hujan lebat, saya pernah buat..sambil memandang titis-titis hujan itu..ya Allah..terasa getarannya sampai meremang roma. 
Assalamualaikum dan selamat pagi Rabu yang sejahtera.

Saya doakan semua pembaca MAIA gembira dan bersemangat hari ni. 

Hari ni nak share sesuatu yang nampak simple, tapi sebenarnya sangat efektif. Jom kita cuba ikut tips ini hari ini..dan kita tengok apa yang kita perolehi di penghujung hari.  Oh ye..bolehlah sesuaikan jika ada yang kurang sesuai..ikut situasi masing-masing.

Untuk MUSLIMS, ada lagi satu tips kena tambah biar cukup 10. 

Tips No 1: Solat 5 waktu pada awal waktunya. Ini memang tip top punya tip. Cuba buat, mesti akan rasa masa jadi lebih panjang, dan urusan-urusan kita dimudahkan. Masa yang berkat.

Okeh, jom tengok apa lagi 9 tips itu.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

HIDUP INI PENUH DENGAN KEJUTAN
Dapat surat cinta!
Oh, ku tak relaaa...
Sesungguhnya akak taktau yang parkir kat lokasi ni berbayar. Takda pun mesin ka, tiang duit syiling ka. Rupa-rupanya depa pun pakai ejen jugak la ni.
Mula-mula tengok amaun rasa nak teghiak jugak tau. Sebab memang taktau. Boleh makan tengah hari kat kedai 4-5 kali. Tapi kalau lambat bayar denda jadi berganda-ganda. Sedekah jugak la.
Semoga Allah ganti dengan perkhabaran dan rezeki yang lebih baik.









Ini cerita tengah hari tadi. 

Saya dan suami pergi ke Hentian Kajang, ada urusan sikit di sana. Sekejap je urusannya. Tahun 2017 ni rasanya dah dua kali ke sini, tapi nasib baik agaknya tak pernah 'KENA'. Tadi, jumpa parkir yang agak jauh juga daripada pejabat yang kami nak pergi tu. Memang confirm parkir halal (maksudnya bukan parkir OKU ke, atau parkir khas). Masa tengah jalan tu nampak la petugas MPKJ dok menyelit surat cinta (saman) kat sebuah kereta. Memang kereta tu parkir senget dan parkir di tempat parkir motor. Jadi kami fikir kena saman sebab tu la. Mulut saya berbunyi juga "Alahai, tak pasal-pasal kena bayar,"...takde niat mengejek di situ..cuma rasa macam kesian. Belum tau nasib diri sendiri pun sama rupanya.

Selesai urusan, suami yang nampak dulu surat cinta berkepala merah tu. Aik? Kami dok heran ape pasal pulak kena saman ni? Saya pun ambik surat di tangan suami..baca..baca..kesalahan :GAGAL MEMPAMERKAN KUPON LETAK KERETA. Laaaa..parkir berbayar rupanya kawasan ni! Barulah mata melangut ke atas dan nampak la sign board EJEN KUPON LETAK KERETA warna kuning tu. Serius, kita jadi tak perasan sebab ada banyak sangat papan tanda dan papan iklan kat kawasan kedai. Kita dah ada urusan kita, memang tak kisah sangatlah dengan kedai-kedai yang ada. 

Dalam fikiran saya, kalau parkir berbayar ni akan ada signboard besar kat pintu masuk mengatakan tu kawasan parkir berbayar. Takpun, ada la tiang syiling tu, atau mesin-mesin tiket automatik, takpun kaunter / pondok tiket. Rupanya sekarang guna sistem ejen la pulak. Tadi jenuh la cari di mana ejennya? Langut sana langut sini, suami siap pegi kejar petugas MPKJ tu. Rupa-rupanya, ejen diorang ialah kedai-kedai yang daftar jadi ejen. Manalah nak perasan. 

Tengok amaun saman tu boleh tahan la..ye la sesaje nak bayar rasa banyak la jugak. RM3O. Kalau lebih 14 hari, berganda jadi RM50, kalau lebih 30 hari jadi RM80. Amboiiii..macam ahlong pulak? Pergi kaunter, (mujur tak jauh, bawah hentian tu je), kalau nak buat rayuan kena pg HQ di Kajang. Ermm..takpe laaa..duit minyak je dah berapa, jem lagi, diskaun taktau berapa je dapat. Jadi sedekah je la untuk negaraku tercinta.

Masa kena tu..memang rasa ralat di hati. Di tengah bulan ni....angka 30 tu besaaarr maknanya. Sampai husband seloroh "ni jadi ke pegi makan tengah hari ni?" hahaha..Makan tetap makan, bang. Alhamdulillah pas makan ok sikit emosi. Pelan-pelan belajar redha. Bukan rezeki kami RM30 tu...walaupun kami MEMANG taktau, tapi duit itu juga MEMANG bukan rezeki kami. Mudah-mudahan Allah ganti dengan yang lebih baik. Amiin.

Jadi warga Kajang, Bangi...sila berhati-hati ye...nak selamat beli je la kad gores dan menang (kupon tu) dan pamerkan kat dalam kereta tiap kali anda park kereta.



Assalamualaikum wbt.

Nak iklan sikitlah pagi ni, kebetulan ada pelanggan yang bertanya pakej Asmaul Husna dengan kotak. Bila saya beritahu ada kotak coklat keemasan, dia nak sangat tengok gambar. Jadi saya snapkanlah gambar-gambar ni.

Sebenarnya, untuk Asmaul Husna kami ada tiga (3) jenis kotak.

1- Kotak Coklat Keemasan





2- Kotak Coklat Keperakan


3- Kotak Putih Dengan Permukaan Lutsinar



Semua kotak sama je harga. Asmaul husna pun, semua design sama harga. Yang berbeza ialah kuantiti dan pakej yang dipilih. Kami tawarkan tiga (3) pakej juga iaitu:

PAKEJ GIFT ASMAUL HUSNA

1- Asmaul Husna + Kotak + Tasbih Mini

2- Asmaul Husna + Kotak

3- Asmaul Husna sahaja

Cantikkan?

Apa yang lebih penting ialah fadhilat beramal dengan Nama-nama Allah yang Indah ini.

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah S.W.T akan memakbulkan keinginan seorang hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung dalam nama tersebut.

Jika berminat untuk buat TEMPAHAN, boleh hubungi kami melalui medium di bawah ye.


Mai,

SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM: 012 3302067


INSTAGRAM: @bukumaia

#bukuminiasmaulhusna
#bukumini
#doorgift
#islamicdoorgift
#asmaulhusnapocket
#bukumaia
#bukuonline
#cenderahatikhatamquran
#weddinggift

Allahumma Salli 'ala Saiyyidina Muhammad





"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Wahai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.

                                                                                            (Al-Ahzab: 56)

" Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, digugurkan sepuluh kesalahannya serta ditinggikan sepuluh darjat"
                            
                                                                                     (hadith riwayat An-Nasa'i dan Ahmad)


- Jika rezeki anda tersekat, berselawatlah. Nanti Allah akan datangkan rezeki sepuluh kali ganda, confirm.

- Jika hidup anda tersekat sana-sini, rajinlah berselawat. Nanti Dia akan fix hidup anda dengan barakahnya sepuluh kali ganda, PASTI.

- Andai anda berasa terbeban kerana dosa masa silam, bertaubat dan rajinlah berselawat, kerana Dia akan sucikan anda daripada dosa-dosa itu. Kali ini, lebih putih dari putih kerana pengampunanNya didatangkan 10 kali ganda.

- Jika anda inginkan semua anak menjadi dan hidup dihormati, basahkanlah mulut dengan selawat. Pasti Dia akan selubungi hidup anda sekeluarga dengan rahmatNya, sepuluh kali ganda. 

Ketika berdoa, mulakannya dengan selawat kerana ia merupakan kunci untuk memudahkan Allah menerima segala doa yang dihajatkan.

(Kredit: Ustaz Asraff Ayob)

Jom, target selawat lebih hari ni. Sekurang-kurangnya 100x, kalau dapat 1000x cuba bayangkan berapa kali Allah berselawat kepada kita, dan berapa banyak dosa-dosa kta digugurkan.

#thepowerofselawat
#selawatkeatasnabi
#salamjumaat
#bukumaia



*TIPS ORANG YG BERJAYA*
๐Ÿ‘�Orang Berjaya  Malas pon dia buat
๐Ÿ‘�Orang Berjaya  Susah pon dia buat
๐Ÿ‘�Orang Berjaya  Tak tahu pon dia buat
๐Ÿ‘�Orang Berjaya  Penat pon dia buat
๐Ÿ‘�Orang Berjaya  Tak sempat pon dia buat

JIKANAK BERJAYA..JANGAN BERI ALASAN
ALASAN BUKAN MAINAN ORANG YANG BERJAYA

Nampak mudahkan?
Kalau hayati betul-betul..setempek kena muka kita.
Ini catatan di Facebook Bonda Nor pada 4 Februari yang lalu. Apa yang paling seronok didengar ialah, buku #pujuklahhati ini sudah diulang cetak atas permintaan ramai. Alhamdulillah, buku yang sangat baik...memang perlu disebarkan kepada lebih ramai yang memerlukannya. 



Apa kata Bonda Nor ye...

Sambil edit manuskrip buku Tuan Sifu Mohd Faizul Ikhwan Erusan pagi ini, saya cuba lapangkan fikiran meronda sekejap laman web terulung dunia buku - GoodReads. Alhamdulillah. Terus rasa tak perlu makan tengahari. Dah kenyang makan puji. Kakaka.. 
.
Sebenarnya, review pembaca ini buat saya memahami mengapa naskhah ini sering dipilih untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Sungguh adakalanya kita kehilangan kata untuk memujuk sahabat dan keluarga yang sedang berdukalara. Maka, barangkali buku adalah medium terbaik buatnya.
.
Terima kasih Cik Puan Hasanah yang sudi meninggalkan review panjang lebar ini! Semoga kita dapat berkenalan suatu hari nanti. Insya-Allah.
.
Alhamdulillah. Buku pertama dari siri Pujuklah Hati ini sudah dicetak lagi untuk kesekian kalinya. Dari Allah dan untuk Allah belaka. Semoga bermanfaat!
.
PUJUKLAH HATI 
.
"The first thing that came to mind just after reading a couple of pages from this book... This reminds me of Yasmin Mogahed! Kedua-dua penulis; Yasmin dan Bonda Nor mempunyai jiwa yang lembut dan nasihat yang dalam hingga menusuk ke kalbu. Tapi bagi saya, Bonda Nor lebih istimewa kerana mungkin bahasanya lebih kena pada jiwa saya.
.
Bahasanya santai dan ringkas tetapi sungguh dalam! Nasihat-nasihat Bonda Nor yang dititipkan dalam buku ini membuatkan saya menitiskan air mata dan juga menangis teresak-esak. Setiap bahagian ada cerita yang sangat berkait rapat dengan diri ini. Ini membuatkan saya terpana akan Bonda Nor kerana saya merasakan dia mempunyai pengalaman yang sangat luas dan berharga sekali.
.
Bonda Nor juga mengingatkan saya tentang guru saya sendiri - caranya mendidik manusia sesama - menegur dengan lembut dan berhati-hati namun tegas dan berisi. Sungguh beruntung sekali sesiapa saja yang berkawan atau yang mengenali insan-insan seperti mereka dengan lebih dekat lagi. Teguran mereka semuanya teguran sayang. MashaAllah.
.
Manusia biasa seperti kita biasanya amat sukar untuk menerima nasihat terutamanya dari orang yang terdekat. Benar, mungkin nasihat lebih baik diberikan saat kita bersendirian. Namun, buku ini mungkin boleh menjadi pengganti diri saat kita ingin memberi nasihat pada sesiapa sahaja. Terkadang ada hati yang sangat keras sekali menerima nasihat. Mungkin bila mereka membaca buku ini dapat melembutkan hati mereka... Apapun, semua jenis teguran dari Allah SWT jua.
.
Saya sangat bersyukur sekali kerana dapat membaca 'hadiah' dari ilahi. Sungguh, hadiah yang tak ternilai harganya. Terima kasih, Bonda Nor atas hasil nukilan murni saudari. I could never thank you enough. I will keep reading it from time to time as reading it once is not enough. Jazakillah khairan kathira!

Inilah review yang diberikan ikhlas oleh pembaca. Jadi, untuk sahabat yang nak pujuk hati sendiri, rasa tak kuat, perlukan pendamping, buku Pujuklah Hati inilah 'kawan baik' yang sahabat perlukan.

Boleh dapatkan buku ini daripada kami @bukumaia.

Buku: Pujuklah Hati 1
Harga: RM22 / RM24 (SS) 
SMS / WHATSAPP/ TELEGRAM : 012 3302067 (Mai)
Instagram: @bukumaia
Facebook: Maizura Osman / Min-Aina-Ila-Aina

#pujuklahhati
#bondanor
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat saya di sini...yang sudi singgah pagi-pagi ni, saya ucapkan selamat menempuh hari-hari gembira ya:)

In sha Allah hari ni saya nak tulis tentang LANGKAH MEMULAKAN HARI YANG POSITIF DAN BAHAGIA. Pendek kata, tips supaya kita ceria dan gembira sepanjang hari. Ianya mestilah dimulakan sejak awal pagi lagi. Saya dapat tips ini daripada Prof. Muhaya dalam rancangan Tanyalah Ustazah minggu lepas. Prof sampaikan secara live di TV9, saya tulis dan ada tambah sikit-sikit berdasarkan pembacaan saya yang lain dan summary kat sini, untuk saya dan sahabat semua amalkan. Ok, dah sedia?



6 LANGKAH UNTUK MEMULAKAN HARI YANG POSITIF DAN BAHAGIA

Saya sarankan kita buat pada awal pagi, sama ada sebelum solat Subuh atau sebaik saja selepas solat Subuh. Sebaiknya dah mandi la. Ambil masa sekejap untuk diri sendiri, ala-ala meditasi. Mungkin ada orang rasa macam 'mengarut', tapi...tapi...saya sarankan..CUBALAH BUAT DULU 3 KALI, baru buat keputusan benarkah ia tidak membantu. Apa yang penting, masa buat ni mohon untuk jujur dengan diri sendiri. Tak ada siapa yang tahu apa yang anda 'RASA', melainkan Allah S.W.T sahaja.

1- TEKNIK KASIH SAYANG



Pejam mata - tarik nafas panjang - tahan - dan lepas.
Katakan pada diri sendiri:

  • Aku sayang diri aku (sebut nama sebenar) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang suamiku (jika sudah ada pasangan) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang ibu bapaku, ibu bapa mertuaku - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang anak-anakku (saya suka sebut nama mereka seorang demi seorang) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang sahabatku - hantar kasih sayang iti
  • Aku sayang jiranku - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang guruku - hantar kasih sayang itu

- dan teruskan menghantar kasih sayang itu kepada semua orang termasuklah negeri, negara, dan akhirnya kepada semua makhluk Allah di alam ini.

Seterusnya, sedekahkan al-Fatihah buat mereka semua...ikhlas dari hati..penuh kasih sayang.


2- TEKNIK SYUKUR

Pejam mata - dan bayangkan apa yang boleh kita syukuri:


  • Cari 3 perkara yang kita ADA pada hari itu, contoh: ada air untuk mandi dan bersuci, syukur.
  • Cari 3 perkara tentang diri kita - puji diri kita sendiri.  contoh: syukur ada senyum yang manis
  • Cari 3 perkara yang melaluinya kita dapat pahala. contoh: menyusukan anak, buat air untuk suami, dapat solat.

3- TEKNIK MEMAAFKAN

  • Maafkan diri sendiri (jangan sentiasa salahkan diri sendiri, atau kutuk diri sendiri. Maafkan apa yang tidak betul yang kita dah buat, dengan azam untuk buat yang lebih baik)
  • Maafkan orang lain di sekeliling kita.
  • Jika kita ada 'ISU' dengan seseorang, cuba maafkan dia. Bagaimana caranya?
         :- Bayangkan orang itu berdiri 2 kaki jaraknya di hadapan kita. Katakan pada dia, dengan setulus hati.

Contoh:  "Siti, saya maafkan awak (boleh sambung apa yang perlu selagi kita terus dengan kemaafan itu), dan katakan "Awak juga maafkan saya".

Percayalah, saya sudah cuba. Kaedah ini sangat berkesan, dan sebenarnya pada waktu itu baru kita sedar yang kita pun sebenarnya ada buat salah kepada orang itu. Tak perlu malu kerana ianya hanya dalam imaginasi kita, bukan diri dia yang sebenar. Tetapi, kesannya, kita akan rasa 'tak kisah / tak malu' lagi untuk mohon maaf sekiranya kita berdepan dengan dia bila-bila nanti. Gelombang kemaafan itu telah dihantar.




4- TEKNIK VISUALISASI (JANGKA PANJANG)

Pejam mata - bayangkan diri kita 1- 3 tahun akan datang. Boleh pilih nak 1 tahun ke atau 3 tahun. Mungkin 3 tahun terlalu jauh, kita bayangkan 1 tahun. Bayangkan yang baik-baik sahaja. 

5- TEKNIK VISUALISASI (JANGKA PENDEK)

Pejam mata - bayangkan apa yang akan berlaku pada hari ini. Jangkakan yang baik-baik. Contohnya, pukul 11 pagi nanti kita ada mesyuarat, jadi bayangkan yang baik-baik dan molek-molek saja berlaku dalam mesyuarat itu nanti. Bayangkan kita sangat produktif dalam bekerja. Boleh bayangkan sales masuk bertubi-tubi. Boleh juga bayangkan kelakuan baik anak-anak kita sepanjang hari (jika hujung minggu saya buat ini. )

6- TEKNIK SOKONGAN

Rasakan yang kita mendapat sokongan positif daripada semua orang. Rasakan semua orang sukakan kita, nak tolong kita, beri galakan dan sorakan untuk kita. 




Kata Prof Muhaya, BUATLAH DAN AMALKAN, LIHAT BAGAIMANA HIDUP ANDA AKAN BERUBAH.

#mindabawahsedar
#hipnosis
#positivethinking
#tips
Kita selalu dengar, kalau nak stay up minum kopi / nescafe boleh membantu. Rasa segar tak mengantuk sepanjang malam. Tapi, itu tak berlaku pada saya. Ironinya, kalau saya gatal jugak minum kopi (white coffee / 3 in 1) alamatnya saya akan lagi cepat Zzzzz....sebab apa? sebab kepala saya akan pening, badan rasa melayang-layang, rasa menggeletar, jantung berdegup laju, perut memulas-mulas penuh angin. Huuu..azabnya!



Ada ke yang menghadapi keadaan sama macam saya? 
Petang semalam, saya makan kacang tanah yang berkulit tu..saja kudap-kudap. Teringat masa zaman kecik-kecik, kalau makan kacang tanah tu, mak buat Nescafe..hmmm..sedapnya. Kebetulan ada sepeket white coffee 3 in 1 kat rumah ni. Bancuh lah!

Hahaha..lebih kurang 1/2 jam lepas tu...ambik kau...rasa lantai dah tinggi rendah, melayang-layang, angin dah serang perut tapi takmau keluar, kepala pusing, jantung berdegup laju, jadi menggeligih (menggeletar) habis lutut. Memang tak senang duduk dibuatnya. Kesannya bukan setakat sejam dua tau..sampai sekarang dah nak dekat 24 jam pun masih weng lagi kepala ni. Huhu.

Google sikit tadi, katanya mungkin saya ni hypersensitive terhadap kafein. Tapikan....saya boleh je minum kopi O, boleh juga minum teh O, dan minuman coklat. Teh yang bersusu memang tak boleh, kesan yang hampir sama cuma tak seteruk kalau minum nescafe atau kopi putih. Mocha pun tak boleh (walaupun sedaaappp sangat. huhu)

hat ni boleh pulak?

Mai, ingat-ingat ye. Kerana mulut badan binasa!
Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan berita yang disampaikan oleh sahabat saya ini, Salwa Saleh. Jom kita kongsi apa yang gembira sangat tu? Yes, dan ianya berita gembira untuk anda juga wahai peniaga-peniaga online semua..terutama yang tidak mempunyai bajet / kewangan untuk menyertai bengkel-bengkel pemasaran online. Hati teringin, tapi belum ada rezeki. Jadi, sekarang ni dah dipelawa kelas PERCUMA...GRATIS...FREE...Jadi rebutlah peluang ini ye! Jangan bertangguh lagi!

Ini untuk orang Kota Bharu

Saya copy daripada facebook beliau


Pepagi lagi dapat good news
I'm officially a CERTIFIED eUsahawan trainer!

Oh em geeeeeeeeeee
Setelah berpenat bepanas beribut besabung kilat dan air di tepian kali, akhirnya terbalas usaha ini. (drama dan Emak berpisah tiada)

Well,

Untuk meluas lebarkan jajahan takluk beta, makanya dengan senang hati dan happynya saya nak announce ade bengkel-bengkel eUsahawan yg FREE bakal di jalan di tempat-tempat berikut in sya Allah

Cyberjaya - pendaftaran dibuka
Kota Bahru - pendaftaran dibuka
Ipoh - pendaftaran dibuka
JB - tunggu pengumuman
Batu Pahat - tunggu pengumuman
Sarawak - tunggu pengumuman

Ate, camne nk daftarnya? Sila la contact PIC bagi setiap lokasi. PIC tersebut ada nombor nya di sini:https://goo.gl/AUroxb

FREE okeh, FREE
Tapi kalau tak datang, hangpa memang tak rock sebab dah amik seat orang lain yang nak datang.

Satu sesi i amik 40 orang aje ye. Ni bukan ayat pancing, ini memang betul-betul.

Lai lai lai laaaai



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu :)

Saya doakan hari minggu anda semua ceria dan penuh kasih sayang. Amin.



Pernah tak, tiba-tiba je datang lintasan dalam hati untuk buat sesuatu yang baik? Kadang-kadang, kebaikan yang kecil-kecil saja. Contohnya;

~ Di wall facebook  kita lalu satu pos meminta derma untuk sebuah keluarga yang daif dan memerlukan. Hati rasa nak menyumbang sedikit.

~ Rasa nak telefon ibu ayah hari ni.

~ Ternampak seorang kanak-kanak di klinik, dan rasa nak beri sesuatu lalu teringat dalam beg kita ada biskut / roti.

~ Rasa nak belanja seseorang makan hari ni

~ Masuk masjid (bukan waktu solat) dengan tujuan nak tumpang guna tandas je, terfikir nak sedekah dalam tabung masjid.

~ Teringat nak baca semula satu tajuk buku yang dah lama beli di @bukumaia tapi belum habis baca (ini contoh ye. hehe)

~ Ada orang share doa ringkas di media sosial, dan rasa nak amalkan.

dan baaaaanyak lagi kebaikan-kebaikan yang lain.


Jika terlintas untuk buat baik, maka teruskan. Tak perlu fikir 2-3 kali. Buat saja. Seboleh-bolehnya jangan bertangguh..terus je buat. Sebab kalau bertangguh ni nanti boleh jadi lupa, boleh jadi juga kita diwaswaskan oleh syaitan supaya tak jadi buat. 

Contohnya, niat nak sedekah tapi kita bertangguh dengan fikiran..sekejap lagi la nak skrol facebook dulu...akhirnya kita terlupa. Atau, nak bagi biskut / roti tapi teragak-agak. Syaitan bisik di telinga, "ala..malu la apa kata orang yang nampak? Nanti diorang ingat kau nak tunjuk baik. Lagipun biskut tu kau nak makan bila kau rasa lapar bila-bila masa dalam perjalanan nanti " Lalu, kita terikut nasihat syaitan itu. Tak dapatlah kita satu pahala amal kebaikan. Kan rugi? Lebih rugi, jikalah kebaikan yang Allah lintaskan di hati kita itu sebenarnya dapat membuka lebih banyak pintu-pintu kebaikan. 

Satu perkara yang mungkin boleh jadi motivasi pada kita ialah, Allah sudah janji bahawa setiap amalan yang baik sama ada fardhu atau sunat, asalkan namanya kebaikan dan kebajikan, sebenarnya KITA BUAT UNTUK KEBAIKAN DIRI KITA SENDIRI. Allah tak perlu pun segala amal kebaikan kita tu...Allah tetap Maha Berkuasa, Maha Kaya dan kekal dengan sifat-sifat Allah yang agung. Malah Allah yang Memberi Rezeki kepada hamba-hambaNya.



Jadi, apa yang kita ragui lagi. Buat saja perkara baik-baik...itu tandanya Allah mahu beri kita lebih. Janji Allah, tentu Allah tunaikan. Kita mesti yakin.

#muhasabah
#jomcaripahala
#mudahnyamenjemputrezeki



WAKTU DHUHA
Seawalnya boleh dilakukan 1/2 jam selepas terbit matahari, anggaran 8 pagi (waktu ini dinamakan sebagai waktu Isyrak iaitu waktu yang awal Dhuha). Sebaik matahari terbit adalah waktu di mana agama Majusi dan Nasrani menyembah matahari, justeru kita dilarang melakukan solat sunat selepas terbit matahari sehingga matahari telah naik anggaran tinggi segalah.
.
Waktu yang terbaik, ketika terik matahari mula terpancar iaitu sekitar 10 pagi ~ 11.30 pagi. Pada waktu yang terik ini digambarkan menyebabkan unta di padang pasir mengalihkan tempat duduknya dan berteduh.
.
Waktu berakhir, 1/2 jam sebelum masuk waktu Zuhur kerana 1/2 jam sebelum Zuhur itu keadaan matahari akan terpacar tegak di langit, keadaan ini ada disebut di dalam hadis matahari berada di antara 2 tanduk syaitan.
.
Semoga bermanfaat. Kredit : MRJ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...sudah minggu kedua di bulan Februari.

Bulan Januari biasanya orang sibuk dengan resolusi / azam tahun baru. Saya doakan sudah ada usaha ke arah itu. Jika belum, JOM MULAKAN SEKARANG!

Februari saya dimulakan dengan sekeluarga jatuh sakit diserang rota virus / keracunan. Memang lumpuh seminggu. Semangat ada, tapi badan tak daya. Lalu, saya ambil keputusan untuk betul-betul berehat. Rehat badan dan rehat minda. Alhamdulillah, menjelang minggu kedua ni dah rasa segar kembali..cuma selera makan je masih kurang. 

Februari ni saya mahu CABAR DIRI SAYA!
Saya mahu cabar diri dengan melakukan perkara yang kecil-kecil (tapi memberi kesan yang besar) dengan konsisten. Sebab apa, sebab sebenarnya saya ni banyak berfikir tetapi tiada tindakan segera dan konsisten. Itulah masalah saya. Saya sangat terinspirasi dengan seorang sahabat yang sekarang namanya semakin dikenali ramai, iaitu Salwa Mohd Saleh, anda boleh tengok penulisan beliau di blog SALWASALEH. Beliau memang super duper sibuk., nama sahaja suri rumah, tetapi jadual beliau penuh. Pun begitu, beliau masih sempat buat macam-macam! Saya yakin sebab beliau ialah orang yang BUAT. 

Di sini, saya nak kongsi sebahagian sahaja CABARAN DIRI yang saya nak realisasikan pada bulan Februari 2017 ini. Saya seorang yang pemalu untuk berkongsi perkara-perkara bersifat peribadi dengan umum..itulah kelemahan saya:)

CABARAN (SETIAP HARI) FEBRUARI

1- Tulis tesis 5 jam sehari SETIAP HARI

2- Kemas kini blog SETIAP HARI

3- Tulis nota dan rancang aktiviti SETIAP HARI

4- Positif pemikiran, percakapan, perbuatan SETIAP HARI

(Jika gagal denda istighfar 1000x)

5- Ajar Sofiy mengaji al-Qur'an SETIAP HARI

6- Minum 2L air kosong SETIAP HARI

(perkara-perkara rohani seperti sedekah, solat, zikir, saya tulis dalam planner saya sahajalah ya:)


Jom kira rancang dan cabar diri kita supaya konsisten / istiqamah ye. 
Saya suka #planner2017 macam dalam gambar di bawah kerana ada ruangan KPI daily ibadah juga. Jadi mudah nak tanda bila kita dah buat. End of the day kita boleh nampak performance kita..dan end of the week kita boleh tengok meningkat ke menurun ibadah dan iman kita. Baguskan? Hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. 



Berminat ke dengan planner ni? 
Saya ada stok sikit lagi..kalau nak bolehlah hubungi saya ye melalui medium di bawah.

Harganya cuma RM18 sahaja.


Mai
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 012 3302067 (untuk respons segera)
Instagram @bukumaia
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina