Parkir Berbayar Daerah Kajang Mengelirukan: Kami Dapat Surat Cinta Berkepala Merah


HIDUP INI PENUH DENGAN KEJUTAN
Dapat surat cinta!
Oh, ku tak relaaa...
Sesungguhnya akak taktau yang parkir kat lokasi ni berbayar. Takda pun mesin ka, tiang duit syiling ka. Rupa-rupanya depa pun pakai ejen jugak la ni.
Mula-mula tengok amaun rasa nak teghiak jugak tau. Sebab memang taktau. Boleh makan tengah hari kat kedai 4-5 kali. Tapi kalau lambat bayar denda jadi berganda-ganda. Sedekah jugak la.
Semoga Allah ganti dengan perkhabaran dan rezeki yang lebih baik.









Ini cerita tengah hari tadi. 

Saya dan suami pergi ke Hentian Kajang, ada urusan sikit di sana. Sekejap je urusannya. Tahun 2017 ni rasanya dah dua kali ke sini, tapi nasib baik agaknya tak pernah 'KENA'. Tadi, jumpa parkir yang agak jauh juga daripada pejabat yang kami nak pergi tu. Memang confirm parkir halal (maksudnya bukan parkir OKU ke, atau parkir khas). Masa tengah jalan tu nampak la petugas MPKJ dok menyelit surat cinta (saman) kat sebuah kereta. Memang kereta tu parkir senget dan parkir di tempat parkir motor. Jadi kami fikir kena saman sebab tu la. Mulut saya berbunyi juga "Alahai, tak pasal-pasal kena bayar,"...takde niat mengejek di situ..cuma rasa macam kesian. Belum tau nasib diri sendiri pun sama rupanya.

Selesai urusan, suami yang nampak dulu surat cinta berkepala merah tu. Aik? Kami dok heran ape pasal pulak kena saman ni? Saya pun ambik surat di tangan suami..baca..baca..kesalahan :GAGAL MEMPAMERKAN KUPON LETAK KERETA. Laaaa..parkir berbayar rupanya kawasan ni! Barulah mata melangut ke atas dan nampak la sign board EJEN KUPON LETAK KERETA warna kuning tu. Serius, kita jadi tak perasan sebab ada banyak sangat papan tanda dan papan iklan kat kawasan kedai. Kita dah ada urusan kita, memang tak kisah sangatlah dengan kedai-kedai yang ada. 

Dalam fikiran saya, kalau parkir berbayar ni akan ada signboard besar kat pintu masuk mengatakan tu kawasan parkir berbayar. Takpun, ada la tiang syiling tu, atau mesin-mesin tiket automatik, takpun kaunter / pondok tiket. Rupanya sekarang guna sistem ejen la pulak. Tadi jenuh la cari di mana ejennya? Langut sana langut sini, suami siap pegi kejar petugas MPKJ tu. Rupa-rupanya, ejen diorang ialah kedai-kedai yang daftar jadi ejen. Manalah nak perasan. 

Tengok amaun saman tu boleh tahan la..ye la sesaje nak bayar rasa banyak la jugak. RM3O. Kalau lebih 14 hari, berganda jadi RM50, kalau lebih 30 hari jadi RM80. Amboiiii..macam ahlong pulak? Pergi kaunter, (mujur tak jauh, bawah hentian tu je), kalau nak buat rayuan kena pg HQ di Kajang. Ermm..takpe laaa..duit minyak je dah berapa, jem lagi, diskaun taktau berapa je dapat. Jadi sedekah je la untuk negaraku tercinta.

Masa kena tu..memang rasa ralat di hati. Di tengah bulan ni....angka 30 tu besaaarr maknanya. Sampai husband seloroh "ni jadi ke pegi makan tengah hari ni?" hahaha..Makan tetap makan, bang. Alhamdulillah pas makan ok sikit emosi. Pelan-pelan belajar redha. Bukan rezeki kami RM30 tu...walaupun kami MEMANG taktau, tapi duit itu juga MEMANG bukan rezeki kami. Mudah-mudahan Allah ganti dengan yang lebih baik. Amiin.

Jadi warga Kajang, Bangi...sila berhati-hati ye...nak selamat beli je la kad gores dan menang (kupon tu) dan pamerkan kat dalam kereta tiap kali anda park kereta.


0 comments: