Enam Langkah Memulakan Hari Yang Positif dan Bahagia

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat saya di sini...yang sudi singgah pagi-pagi ni, saya ucapkan selamat menempuh hari-hari gembira ya:)

In sha Allah hari ni saya nak tulis tentang LANGKAH MEMULAKAN HARI YANG POSITIF DAN BAHAGIA. Pendek kata, tips supaya kita ceria dan gembira sepanjang hari. Ianya mestilah dimulakan sejak awal pagi lagi. Saya dapat tips ini daripada Prof. Muhaya dalam rancangan Tanyalah Ustazah minggu lepas. Prof sampaikan secara live di TV9, saya tulis dan ada tambah sikit-sikit berdasarkan pembacaan saya yang lain dan summary kat sini, untuk saya dan sahabat semua amalkan. Ok, dah sedia?



6 LANGKAH UNTUK MEMULAKAN HARI YANG POSITIF DAN BAHAGIA

Saya sarankan kita buat pada awal pagi, sama ada sebelum solat Subuh atau sebaik saja selepas solat Subuh. Sebaiknya dah mandi la. Ambil masa sekejap untuk diri sendiri, ala-ala meditasi. Mungkin ada orang rasa macam 'mengarut', tapi...tapi...saya sarankan..CUBALAH BUAT DULU 3 KALI, baru buat keputusan benarkah ia tidak membantu. Apa yang penting, masa buat ni mohon untuk jujur dengan diri sendiri. Tak ada siapa yang tahu apa yang anda 'RASA', melainkan Allah S.W.T sahaja.

1- TEKNIK KASIH SAYANG



Pejam mata - tarik nafas panjang - tahan - dan lepas.
Katakan pada diri sendiri:

  • Aku sayang diri aku (sebut nama sebenar) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang suamiku (jika sudah ada pasangan) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang ibu bapaku, ibu bapa mertuaku - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang anak-anakku (saya suka sebut nama mereka seorang demi seorang) - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang sahabatku - hantar kasih sayang iti
  • Aku sayang jiranku - hantar kasih sayang itu
  • Aku sayang guruku - hantar kasih sayang itu

- dan teruskan menghantar kasih sayang itu kepada semua orang termasuklah negeri, negara, dan akhirnya kepada semua makhluk Allah di alam ini.

Seterusnya, sedekahkan al-Fatihah buat mereka semua...ikhlas dari hati..penuh kasih sayang.


2- TEKNIK SYUKUR

Pejam mata - dan bayangkan apa yang boleh kita syukuri:


  • Cari 3 perkara yang kita ADA pada hari itu, contoh: ada air untuk mandi dan bersuci, syukur.
  • Cari 3 perkara tentang diri kita - puji diri kita sendiri.  contoh: syukur ada senyum yang manis
  • Cari 3 perkara yang melaluinya kita dapat pahala. contoh: menyusukan anak, buat air untuk suami, dapat solat.

3- TEKNIK MEMAAFKAN

  • Maafkan diri sendiri (jangan sentiasa salahkan diri sendiri, atau kutuk diri sendiri. Maafkan apa yang tidak betul yang kita dah buat, dengan azam untuk buat yang lebih baik)
  • Maafkan orang lain di sekeliling kita.
  • Jika kita ada 'ISU' dengan seseorang, cuba maafkan dia. Bagaimana caranya?
         :- Bayangkan orang itu berdiri 2 kaki jaraknya di hadapan kita. Katakan pada dia, dengan setulus hati.

Contoh:  "Siti, saya maafkan awak (boleh sambung apa yang perlu selagi kita terus dengan kemaafan itu), dan katakan "Awak juga maafkan saya".

Percayalah, saya sudah cuba. Kaedah ini sangat berkesan, dan sebenarnya pada waktu itu baru kita sedar yang kita pun sebenarnya ada buat salah kepada orang itu. Tak perlu malu kerana ianya hanya dalam imaginasi kita, bukan diri dia yang sebenar. Tetapi, kesannya, kita akan rasa 'tak kisah / tak malu' lagi untuk mohon maaf sekiranya kita berdepan dengan dia bila-bila nanti. Gelombang kemaafan itu telah dihantar.




4- TEKNIK VISUALISASI (JANGKA PANJANG)

Pejam mata - bayangkan diri kita 1- 3 tahun akan datang. Boleh pilih nak 1 tahun ke atau 3 tahun. Mungkin 3 tahun terlalu jauh, kita bayangkan 1 tahun. Bayangkan yang baik-baik sahaja. 

5- TEKNIK VISUALISASI (JANGKA PENDEK)

Pejam mata - bayangkan apa yang akan berlaku pada hari ini. Jangkakan yang baik-baik. Contohnya, pukul 11 pagi nanti kita ada mesyuarat, jadi bayangkan yang baik-baik dan molek-molek saja berlaku dalam mesyuarat itu nanti. Bayangkan kita sangat produktif dalam bekerja. Boleh bayangkan sales masuk bertubi-tubi. Boleh juga bayangkan kelakuan baik anak-anak kita sepanjang hari (jika hujung minggu saya buat ini. )

6- TEKNIK SOKONGAN

Rasakan yang kita mendapat sokongan positif daripada semua orang. Rasakan semua orang sukakan kita, nak tolong kita, beri galakan dan sorakan untuk kita. 




Kata Prof Muhaya, BUATLAH DAN AMALKAN, LIHAT BAGAIMANA HIDUP ANDA AKAN BERUBAH.

#mindabawahsedar
#hipnosis
#positivethinking
#tips

0 comments: