Esok dan lusa...bertempat di DBP akan diadakan Persidangan Linguistik ASEAN V...Sesiapa yang berminat silalah datang dan meriahkan majlis ilmu ni. Bayaran untuk pelajar dalam Malaysia RM150, bukan pelajar RM300.
video

Akhirnyaaaa...Merlin Season 4 ditayangkan di Malaysia. Setelah promo dalam beberapa minggu, episod 1 ditayangkan di Astro Diva Universal 702 pada Isnin 12 Disember lepas. Keluarga kecil kami tak terkecuali si kecik yang sangat minat kat Merlin tu lepak dah macam tengok wayang pulak. Sofiy kemain lagi excited sampai tak boleh iklan mencelah mula la bising " nak lin". hehe. 

Saya rasa musim ke-4 ni makin suspen ceritanya, makin menarik walaupun si antagonis Morgana tu macam tak terkawal tamak haloba dan dendamnya. Geram je tengok ada jugak yang jadi tali barut (pak cik Arthur) namanya saya tak berapa ingat, tak silap Avaigraine lebih kurang tu la bunyinya. Dalam season ni jugak kesatria Camelot dah macam Hang Tuah lima bersaudara pulak. Habis episod 1 memang rasa teruja sangat nak tengok sambungannya. Mana tak nya, Merlin kena attack dengan Dorocha roh maut sebab magic dia tak berupaya lawan makhluk yang dihidupkan dek si Morgana ni. Husband terus tekan remote nak tengok kot ada sambungan episod 2 lepas tu. hahahaha. Mana nak adanya. Saya pulak ingat kot esoknya ada sambungan lagi, rupa-rupanya setiap isnin je jam 9.05 malam. Kenalah tunggu minggu depan nampaknya.

Tapikan....ada dah tau kawan-kawan yang download season 4 ni dah sampai eps 10. Kemain lagi depa, laju je. Saya ada search juga, nak download kena guna mediafire tapi saya tak reti la, atau mungkin internet terlalu lembap kot. Kalau sape-sape internet laju tu boleh la...nak tengok online kat dailymotion pun boleh rasanya. 

Dalam banyak-banyak karakter lelaki dalam siri ni, siapa yang paling handsome ye? hehe. Bila tanya husband dia tunjuk 'diri sendiri'. Nyampah. Pada pandangan mata saya, saya suka tengok karakter Eoin Macken (Sir Gwaine) yang selamba, gila-gila tapi gagah perkasa. Jap ye tengok ada tak gambar depa ni.


Tu dia Sir Gwaine yang kiri sekali

Kembalinya penyelia merangkap bos saya ke tanah air menunjukkan bahawa saya bakal tiadk cukup tanah untuk dijejak. hehe. Takdelah sampai macam tu melampau la tu kan. Tapi memang sibuk, 360% berbanding masa beliau tak ada di tanah air. Kami berdua (GRA walaupun saya GRA bersara yang masih tak pencen..macam mana tu). Segala urusan yang mana mampu kami berdua akan uruskan. Meh saya senaraikan sikit kerja-kerja yang biasa kami buat. 

Ala-ala secretary: menulis dan mengarang surat, filing segala surat-menyurat, melakar kertas kerja, mendaftar bahan penerbitan, mengemaskini CV, menghantar memo dan emel, mengambil maklum balas emel, membuat minit mesyuarat, membuat tempahan hotel, membuat tempahan jamuan, membuat tuntutan pembayaran, membuat tempahan bilik mesyuarat, mendepositkan cek, menjadi wakil untuk mengeluarkan cop tandatangan dan tandatangan digital sekiranya penyelia tidak ada, menyediakan slaid pembentangan, fotokopi segala bahan yang berkaitan, menjadi wakil penyelia sekiranya ada tetamu ingin berjumpa sewaktu ketiadaan penyelia, membuat log pinjaman bahan bacaan (nanti ingat tambah lagi)

Ala-ala despatch: menuntut cek dari jabatan bendahari, menghantar surat dan tuntutan ke jabatan bendahari dan pendaftar, mengedarkan surat bagi penerima sekitar fakulti, memeriksa pigeon hole, mengambil surat-surat berdaftar di pejabat pos, 

Ala-ala technician: install perisian, membawa dan memasang projector LCD jika ada mesyuarat, memastikan toner dan printer sedia digunakan jika ada bengkel,  menyediakan salinan lembut untuk diburn dalam cd, menyediakan perisian yang perlu digunakan

Ala-ala cleaner: memastikan bilik sentiasa kemas, tong sampah dikosongkan, memanggil cleaner untuk bersihkan bilik, mengemas dan menyusun atur bilik untuk memanfaatkan ruang, siram pokok bunga, membuang bahan-bahan terpakai ke tapak pelupusan

Ala-ala researcher: mencari bahan-bahan rujukan dan bahan penyelidikan secara online dan juga di perpustakaan, menganalisis data dengan SPSS, Wordsmith dan teori, membuat resensi, mengeluarkan data daripada teks, mencari data dari pangkalan data online, membuat rujukan dalam buku atau kamus apabila diperlukan, menghasilkan kertas kerja dan jurnal.

Ala-ala anak: sentiasa ada buah tangan, selalu dibelanja makan, selalu dipelawa ke rumah, jadi rakan untuk mendengar, teman sewaktu ambil ubat, teman shopping, baju tak muat bagi kat kami.

Bila disenaraikan macam banyak je kerja kena buatkan, serba-serbi pulak tu. Apapun saya bersyukur kerana dengan adanya dana untuk melantik saya sebagai GRA ni la saya berjaya menanggung yuran dan perbelanjaan saya selama buat masters dulu. Saya dapat peluang sambung PhD pun dengan dana ni juga. Dengan tugas-tugas GRA ni la juga saya banyak belajar, walaupun bukan secara formal tetapi pengalaman buat tugas-tugas ni semua mengajar saya bagaimana untuk deal dengan orang, macam mana nak bahagikan masa antara tugas dan belajar, bagaimana bekerja secara berkumpulan, bagaimana untuk menjaga perhubungan antara penyelia-pelajar-majikan dan macam-macam lagi.

Tamat je tahun 2011 ni bermakna saya pun bersara. Sekarang ni saya masih membantu penyelia dan rakan seorang lagi tu sehingga akhir tahun ini memandangkan lambakan kerja yang terlalu banyak di akhir-akhir tahun begini. Masa ni la ada persidangan peringkat antarabangsa, masa ni juga la peruntukan kewangan kena dihabiskan, masa ni juga la nak buat bengkel untuk projek dan masa ni juga nak buat segala laporan perjalanan projek. Segala kenangan sepanjang 4 tahun bergelar GRA (2 tahun 1/2 dengan penyelia terdahulu dan seterusnya dengan penyelia sekarang ) akan terus dalam kenangan. Saya akan rindu suasana di sini, sebab sayalah antara orang yang paling setia, jarang cuti kecuali sakit, datang seawal 7.30 pagi dan balik sekitar 6.30 malam.