Sedih..sayu melihat bagaimana beratnya hati DLCW untuk melepaskan sukan badminton daripada kehidupannya. Namun, semua rakyat Malaysia menyokong dan memahami beliau. Kesihatan adalah  antara perkara paling penting dalam kehidupan ini. Sudah bertahun-tahun DLCW mengorbankan masa, tenaga, keluarga malah kesihatan beliau untuk sukan badminton.

Jom baca apa kata beliau di Instagram rasmi. 





Assalamualaikum wbt.

Saya terpanggil untuk up entri ni untuk bantu jelaskan apa yang berlaku sekiranya wang BSH daripada kerajaan Malaysia tak masuk-masuk ke akaun anda. 

Saya pun sebenarnya tak perasan yang pihak kerajaan ada buat pengumuman BSH Fasa 2 telah mula diagihkan kepada para penerima. Saja terklik web Hasil dan nampak notis bahawa pembayaran dah mula pada 28 Mei 2019. 

"Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei 2019 (Selasa)berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima."

Check akaun suami sebagai ketua keluarga, belum masuk lagi. Takpela, mungkin lepas raya la kot. 
Lepas tu, balik kampung berhari raya. Mak saya mintak tolong check duit BSH dia dalam akaun. Alhamdulillah, dah masuk dah. Sebelum ni, ada pengumuman supaya kemaskini butiran di web atau di pejabat hasil. Tapi untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, tak perlu. Saya fikir mungkin sebab tu la kot takde masalah dengan mak saya. 

Balik cuti raya, check lagi akaun suami, pun takde. Saya terfikir nak masuk ke akaun MyBSH dia di portal. Sesambil tu, search juga di Google dan barulah dapat baca di Berita Harian, ramai tak terima lagi BSH Fasa 2 sebab salah no akaun. Aik? Macam mana pulak tu? Meh sini saya tampal sikit apa kata BH tu. 

PUTRAJAYA: Penyaluran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 tidak dapat dikreditkan ke akaun kira-kira 300,000 penerima berikutan nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Bagi BSH 2019, pembayaran bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah adalah melalui akaun bank isteri. Perkara ini telah diumumkan kepada setiap penerima BSH melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH https://bsh.hasil.gov.my untuk makluman umum.
“Namun demikian, sebilangan penerima BSH 2019 telah mendaftarkan nombor akaun bank suami dan ini menggagalkan pengkreditan akaun kerana nombor akaun itu bukan di bawah nama isteri.
“Sehubungan itu, bagi memastikan penerima yang gagal dikreditkan menerima pembayaran berkenaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mewujudkan akaun bank baharu secara automatik untuk penerima yang berkenaan.
–– ADVERTISEMENT ––

“Maklumat akaun bank baharu boleh diketahui melalui surat makluman yang akan dikeluarkan atau dengan melayari portal BSH. Pembayaran bagi golongan itu akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan mulai 14 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ooo...barulah faham. Masuk akaun isteri rupanya. Memang saya taktau langsung, tak pernah dengar pengumuman pun. Yelah, semenjak dua menjak ni memang jarang tengok berita atau baca surat khabar. Saya rasa masa kemas kini BSH hari tu memang tak letak akaun saya, takde ubah apa-apa kecuali bilangan anak je. 
Jadi saya pun masuk ke portal BSH, masuk akaun MyBSH suami. Kena ada TAC la untuk masuk tu. Saya klik klik je menu kat atas tu untuk semak. Saya tengok bahagian profile dan tengok pula bahagian no akaun, taraa..no akaun BSN. Sedangkan akaun yang didaftarkan dulu akaun CIMB suami. Tapi kat situ takde tulis akaun BSN siapa. Saya masuk pula kat menu semakan, dan semak bahagian bayaran. Kat situ la saya tau bayaran BSH fasa 2 dah pun dikreditkan ke akaun BSN tersebut pada 1 Jun yang lepas. Akaun tu pulak nama saya, isteri. Amaun semua ada dinyatakan di situ. Alhamdulillah. 
Semalam, ada kelapangan sikit, kami ke BSN. Saya dah snap siap-siap no akaun kot kot la perlu. Tapi jangan risau, di BSN nanti staf akan minta kad pengenalan untuk semak. Lepas tu isi borang keluarkan duit yang warna merah dan staf akan bagi la duit kita tu. Cumanya, disebabkan akaun baru dan tak pernah ada duit dalam tu, jadi tak dapatlah keluarkan jumlah penuh. Kena tinggalkan RM20 dalam tu. 
Saya harap, penerangan saya ni mudah difahami dan dapat membantu tuan/puan yang masih tertunggu-tunggu duit BSH Fasa 2. Kalau susah dapat kemudahan internet, boleh je pergi terus ke BSN dan bagi tau nak check BSH. Bagi je IC. Pastikan cip pada IC tak rosak. 
Berapa jumlah bayaran Fasa 2 ni? Itu bergantung pada pendapatan dan juga bilangan anak yang masih di bawah umur. Kalau masuk portal BSH tu, boleh check juga di sana. Setiap anak (sehingga 4 anak) akan dapat RM120 seorang. Saya rasa ini juga faktor mengapa kerajaan menukar corak pembayaran ke akaun isteri. Bukanlah tidak percayakan para bapa, tapi ada banyak juga kes bila hak anak dinafikan oleh ketua keluarga. Kalau bagi terus pada ibu, insya Allah hak anak lebih selamat. Pendekatan ni saya rasa dah semakin biasa digunakan dalam agihan sumbangan atau bantuan, misalnya KISS di Selangor.