Dato' Sudirman bin Haji Arshad  merupakan seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak bongsu kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau menyertai pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, berpidato dan sering menghabiskan waktu di perpustakaan. Sudirman juga berjaya dalam bidang akademik apabila diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bamboo dan Big Spender In The Cabaret. Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat  terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia. Lagu-lagunya ada ditujukan untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu Pesan Abang, Aku Penganggur, Basikal Tua, Orang Kampung, Baru Dapat Kerja dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan seperti 31 Ogos, Penyu Menangis dan Tegakkan Bendera Kita.

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai "Penghibur Nombor 1 Asia" pada "Asian Popular Music Awards. Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi yang pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun,Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut, beliau telah menyanyikan dua buah lagu bahasa Inggeris berjudul One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala-ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan beliau mengalahkan wakil dari negara-negara lain yang lebih hebat popularitinya.

Pada 15 April 1986 Sudirman menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat serta memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’ dan diakhiri dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol kepada orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan konsert berbayar. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukanlah seorang yang materialistik.

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama empat hari. Beliau dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama tujuh bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, beliau tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Haji Arshad telah kembali ke rahmatullah di rumah kakaknya setelah tujuh bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang. Ribuan peminat termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air. Lagu beliau yang berjudul Salam Terakhir seakan suatu petanda  bahawa beliau akan pergi awal meninggalkan peminatnya.


 sumber: wikipedia (diubahsuai serba sedikit)

BERITA GEMBIRA! PROMOSI HARGA CUN-MELECUN!

Menginjak ke hujung tahun ni, saya tahu memang ramai sangat yang sedang mencari DOORGIFT yang sesuai untuk majlis masing-masing. Ada yang nak buat kerja kahwin, ada yang bertunang, ada yang buat kenduri doa selamat, aqiqah, berendoi, berkhatan dan sebagainya.

Jadi, dengan niat memberi sumbangan kepada pengguna semua, kami di SinggahSana MAIA amnya dan @bukumaia khasnya sedang mengadakan PROMOSI AKHIR TAHUN untuk produk ASMAUL HUSNA POCKET GIFT DESIGN BARU seperti dalam gambar di atas.

Harga asal Asmaul Husna ini ialah RM2 / pcs
Belian borong (waktu biasa) kami beri harga yang lebih menarik.
KINI, BELIAN BORONG + PROMOSI sudah tentu harganya sangat-sangat menjimatkan.









Sebelum ini, Asmaul Husna Pocket ini datang dalam satu warna sahaja iaitu turqouise tetapi atas permintaan, sekarang dah ada 8 lagi design yang lebih ceria dan warna-warni. Rambang mata nak pilihkan? Anda boleh juga tengok bagaimana rupa dan warna Asmaul Husna design lama, masih available tetapi tidak termasuk dalam design promosi. Ramai juga yang suka design dan warna lama ini. Klik DI SINI ya dan juga DI SINI.

Hubungi kami segera untuk dapatkan promosi harga terlebih jimat ni ya. Jangan tunggu lama-lama risau kehabisan stok. Maklum sajalah musim cuti sekolah ni.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia


Alhamdulillah, hari ni para pelajar tahun 6 seluruh negara yang telah menduduki UPSR tahun 2015 ini telah pun menerima keputusan masing-masing. Dengarnya, mak-mak yang lebih berdebar.hehe. Walau bagaimanapun result masing-masing, acik ucapkan TAHNIAH buat semua..sebab dah berjaya menduduki sebuah peperiksaan yang cukup penting untuk tahap sekolah rendah. Sudah ramai yang bikin entri dan post tentang obses straight A's, tentang kiasu dalam pendidikan dan stres di kalangan murid-murid tak ketinggalan tentang sistem pendidikan negara. Saya tak rasa nak kupas tentang perkara tersebut, dan mungkin tak layak pun sebab saya bukan cikgu, bukan juga terlibat dengan kementerian pendidikan, anak pun belum masuk sekolah lagi. Saya hanyalah seorang bekas calon UPSR pada tahun 1996:)

So nak imbas kembali kenangan ambil UPSR tahun 1996. Sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Lenggong merupakan salah sebuah sekolah luar bendar. Ada 3 kelas untuk pelajar tahun 6, saya masih ingat kelas 6 Teratai, 6 Mawar dan 6 Kemboja. Kelas disusun mengikut tahap pencapaian murid dengan 6 Teratai sebagai kelas paling atas. Uniknya sekolah kami, walaupun sekolah rendah tetapi ada asrama yang menempatkan sebahagian pelajar tahun 5 dan tahun 6. 

Saya ingat lagi, masa tahun 6 saya cuma belajar subjek yang tidak masuk dalam peperiksaan UPSR kira-kira beberapa bulan je. Lepas tu, kami hanya fokus kepada 4 mata pelajaran yang akan masuk UPSR. Masa tu cuma 4A, belum 5 A macam sekarang. Kami memang diberi latihan pengukuhan dan latih tubi. Tak cukup waktu persekolahan, cikgu tambah lagi dengan kelas tambahan pada waktu petang dan dengarnya ada prep pada waktu malam untuk pelajar asrama. Memang rajin cikgu-cikgu kamikan?

Pada waktu kelas juga cikgu akan bekalkan kismis untuk kami, seorang makan 7 biji sahaja. Saya rasa setiap hari dapat makan kismis. Seronok! Apa lgi kenangan ya? Haa..hari exam. Sebenarnya waktu exam la paling seronok. Kena pulak yang dekat-dekat saya ramainya budak kelas saya...memang kecoh la. Saya duduk di kalangan budak lelaki sebab nama saya mula huruf M, sebaris la dengan Muhammad. Ada seorang lagi...Munirah nama dia. Kami je berdua yang perempuan. Ok, bukan la kata bajet pandai tapi mungkin atas faktor usaha yang berpanjangan dan penat lelah guru-guru, alhamdulillah saya tak rasa exam tu susah..cuma nak kata dapat 100 tu tak confident la kan. Siap kira lagi mana jawapan yang confident betul dengan jawapan yang agak-agak. hehe. Saya tak ingat berapa hari kami periksa, mungkin 3 hari kot. 

Kemudian, kenangan ambil keputusan. Tak silap saya, masa nak dapat keputusan tu..kami semua murid-murid tahun 6 dan murid asrama tahun 5 buat rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka. Rasanya cikgu dapat result tu masa kami di Melaka. Masa tu takda handphone bagai, cikgu pun tak guna handphone lagi, mungkin cikgu call sekolah guna public phone kot? Wallahu a'lam. Tapi result tu hanya cikgu je la yang tau..dan cikgu saja la konon nak bagi hint kami semua supaya kami cuak dan suspens.hehe.

Malam nak ambil result secara rasmi di sekolah, saya masih ingat lagi saya tonton drama lakonan Sofea Jane dan Maria Farida. Tajuk drama misteri dan seram tu..." Adakah Kau Merasa Sakit". Drama tu memang best, psiko dan scary. Masa tengok tu..saya dok ulang "takutnya' sebab memang takut pun. Sekali mak saya pintas "Takut tengok cerita tu ke, takut nak ambik keputusan esok?" Hahaha..ke situ pulak mak. Padahal saya tak pandai lagi nak nervous ambik result exam. Baru 12 tahun kanak-kanak ribena. Mungkin mak yang gemuruh kot? kikiki.

Hari ambik result saya tak de ingatan sangat. Mungkin pergi sekolah macam biasa je. Dan takde pun nak check result sorang-sorang ke apa..cikgu cuma bagi tau berapa orang dapat 4A. Tahun 1996 tu peningkatan ketara sangat dan cikgu sangat gembira. Ramai murid yang cikgu tak expect dapat A penuh, dapat A penuh. Saya masih ingat lagi kat mana senarai keputusan tu ditampal. 


Tuu..ada tulisan di dinding 4A Kami Yakin Boleh..di bawahnya ada soft board, kat situ la cikgu tampal keputusan.hehe.

Gambar ni masa jamuan perpisahan akhir tahun. Biasalah budak-budak mana reti sedih-sedih..jamuan adalah masa untuk bergembira, tak gitu? Ok, mahal tau nilainya gambar-gambar ni. Untungnya saya sebab dah ada kamera sendiri masa tu walaupun saya bukan orang senang, tapi berjaya jugak pujuk mak beli kamera. Sayangnya kamera tu dah hilang masa saya di Matriks UIA, dan hilang masa dipinjam oleh junior. Dia dah ganti dengan kamera baru, tapi jenama lain model lain la..sebab dah lama kan usia kamera tu pun..dah tak produce dah.

Itulah serba sedikit kenangan saya dan UPSR. Siapa lagi ambik UPSR 1996? Berapa result anda masa tu dan siapa anda sekarang? 

#upsr
#kenangan
#SKLG

Pertunjukan silat yang paling mendapat perhatian penduduk

Ini entri pasca acara:)

Entri sebelum ni saya post dengan tujuan ajak ramai-ramai ke Majlis Ramah Mesra dan Karnival Keusahawanan Bandar Seri Putra, Bangi. 

Tak silap saya tahun 2013 saya ada pergi jugak dengan jiran, tahun 2014 macam tak ada mungkin masa tu tengah dalam pantang. Tahun ni pun sebenarnya tak tahu-menahu, maklumlah orang tak aktif berpersatuan penduduk ni. Yang jadi tahu bila Sofiy terlibat buat persembahan nasyid wakil PASTI al-Faizin BSP. Masa dia masuk pertandingan hari tu pun tak dapat tengok sebab umi ayah ada kursus, jadi kali ni nak la tengok.

Suami hantar Sofiy dalam 7.30 pagi, dah tau mesti diorang nak berlatih dulu tu. Acara dianggarkan bermula sekitar 9.30 pagi bermula dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi. Saya, suami dan Farhan sampai lebih kurang 10.30 pagi, masa sesi ucapan. Selesai ucapan, semua dijemput makan. Macam-macam makanan ada disediakan secara PERCUMA. Lupa pulak nak snap gambar tadi. Maklumlah dukung anak ni payah sikit. Suami saya bukan blogger jadi dia tak faham kehendak blogger dalam bab ambil gambar ni. haha. Saya mintak ambik gambar semua-semua acara pun dia macam hairan je.

Persembahan pertama, nasyid daripada pelajar PASTI al-Faizin. Sofiy and the gang la.

 Di belakang pentas, sedia tunggu giliran persembahan

 Kanak-kanak ribena, dah jenuh berlari sana-sini pastu relax je buat persembahan

Sofiy (kiri sekali), macam terkehel tengkuk sebab nak suara masuk mikrofon:)


Lepas persembahan nasyid, ada persembahan bercerita dan sajak daripada kawan-kawan Sofiy. Acik takdan ambik gambo dok sibuk mengambik makanan. Saya pulun laksa penang dulu, suami makan mi goreng. Sofiy kata dah kenyang. Lepas tu giliran cendol pulak. hehe. Penduduk yang datang agak kurang berbanding tahun-tahun lepas mungkin kebetulan lusa cuti Deepavali dan ramai yang balik kampung agaknya.

Persembahan seterusnya, persembahan silat oleh Sek Ren Agama Bandar Seri Putra. Best sebab cikgu-cikgu pun join, persembahan cikgu la yang mantap.




 Masa pertunjukan silat ni budak-budak memang terpegun la, ada yang pegang sosej cucuk lidi tu tak jadi nak suap sampai habis pertunjukan. Hehe. Punya la khusyuk menonton. Sofiy? Haaa..umi tau sangat dah. Habis pertunjukan kang dia pulak la yang buat show. Meniru:)

Selesai acara silat, ada nasyid daripada Sek Men Integrasi As-Syakirin dan juga persembahan alatan muzik tradisional oleh Persatuan Kompang Bandar Seri Putra.





Saya dan husband makan dua tiga round la jugak. Saya sempat bedal laksa, kek coklat, buah, kuih talam, nasi lauk gulai kawah, cendol. Rasa nak makan macam-macam lagi tapi perut tak muat dah. huhu.

Alhamdulillah, Allah dengar harapan kami...nak dapat cabutan bertuah. Walaupun tak dapat TV atau basikal, cuma dapat hamper..pun dah cukup syukur. Dah la makan free..dapat pulak bawak balik makanan dalam hamper tu lagi. Kira untunglah tu. Oh ya.kami tak tunggu sampai persembahan Muaz sebab dah nak masuk waktu zohor. Syukur balik awal sikit sebab elok sampai je kat rumah, hujan turun dengan lebatnya. Bawak anak kecik ni, paling tak mau la kena hujan ni. Budak kan fragile, mudah demam. 

Kesimpulannya..kami semua enjoy walaupun panas sampai Farhan pun meleleh-leleh peluh. Harap tahun-tahun akan datang akan diadakan lagi karnival sebegini. 

 Harga Rehabilitasi: RM20 (exclude postage)

Salam sahabat. Selamat pagi.
Moga Allah sentiasa merahmati kita semua 😀
Sahabat, Faiz Ibrahim dah release buku baru. Tajuk dia
Kesinambungan dari buku pertama beliau Reinkarnasi yang masuk carta Best Seller Sahabat At Taqwa 4 bulan berturut-turut.
Saya tahu ramai yang sedang mencari buku ini. Ada yang gelar buku terbaru ini sebagai reinkarnasi 2, sebab mungkin belum tahu judulnya. Buku #rehabilitasi ini belum masuk bookstore lagi ya sahabat. Tapi anda tak perlu risau, jadilah antara pembaca terawal buku ini dengan membuat pre-order (tempahan awal) dengan kami @bukumaia SMS/WHATSAPP Mai 012 3302067
Sebagaimana tertera, harga #rehabilitasi RM20 sahaja tidak termasuk postage. In sha Allah, buku ini dijadualkan masuk ke pasaran Sahabat At Taqwa sekitar hujung November ini. Semoga semua urusan dipermudahkan. 
Oh ya, mungkin ada yang belum memiliki buku pertama Faiz Ibrahim yang meletup di pasaran sebelum ini, dan masih lagi hangat dan mendapat permintaan sebenarnya. Bukunya bertajuk Reinkarnasi. Cover nampak hampir sama tau, tapi sebenarnya berbeza:) Kalau nak beli kedua-dua buku ini sekali pun boleh, kami ada sediakan Combo Faiz Ibrahim.

Harga Combo: RM39 (exclude postage)
Reinkarnasi & Rehabilitasi

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia


Selesai hari pertama semalam. Hari ini Majlis Ramah Mesra pula. Ada terdapat lebih 30 unit CABUTAN BERTUAH untuk dimenangi. Hadiah utama TV FLAT SCREEN dan BASIKAL. Caranya mudah, hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.

Puan Faridah (pengetua tadika Sofiy) ditugakan membeli hadiah cabutan bertuah

Majlis akan bermula jam 9.30 pagi dengan perarakan motor besar ketibaan VIP (ADUN BANGI dan Ahli Parlimen Serdang). Biasalah ada ucapan sikit.
Lepas tu ...bummm.... Kita MAKAN PERCUMA.... MAKAN FREE.
Ada banyak menu disediakan. Nasi berlauk, laksa, cendol, kuih-muih, ice cream dll.
Nak bawa kuih sendiri? Boleh juga. Nanti kita kongsikan bersama.
Selingan ada persembahan adik MUAZ, nasyid dsb.
Jemput ke PADANG SP5 esok mulai jam 8.30 pagi. Berkenalan, bermain, membeli, makan dan berhibur di MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2015 (8 November 2015). Masih sempat lagi ni:)
Sumbangan? Sebarang sumbangan juga masih dialu-alukan dalam bentuk hamper, tunai, makanan atau kupon. Hubungi Khai 013-207-4540 untuk penyerahan.
BSP Sentiasa Dihati.

***Sofiy terlibat dengan persembahan nasyid hari ni. Farhan masih tido, jap lagi kita jenguk abang ya. Mana tahu ada rezeki dapat cabutan bertuah.hehe.



Perkongsian daripada Dr. Umar Kassim yang telah berjaya grad dengan jayanya. Tahniah Dr. di hari kovokesyen yang penuh makna. Saya share di sini (setelah mendapat keizinan penulis). Ianya sangat memotivasikan saya. Sungguh, Allahlah MOTIVATOR terbaik yang disampaikan melalui insannya yang lain. Mungkin insan itu motivator bertauliah, mungkin ibu bapa kita, mungkin guru kita, mungkin sahabat taulan kita atau mungkin juga orang yang jauh macam deejay radio mahupun penjual nasi lemak tepi jalan. 

*********************************************************************************************

PHD ...satu titik perubahan...
Alhamdulillah...selama tiga tahun lebih bertungkus lumus...keringat, air mata, keletihan...hanya org yang melalui proses ini sahaja mengetahui..

Syukur..dlm perjalanan menggapai phd pelbagai perubahan merubah hidup saya dan keluarga...namun paling syukur dapat kesempatan menunaikan haji dan umrah semasa cuti phd...dalam satu tahun..tahun 2012..perjalanan phd ini telah mendekatkan kecintaan kpd Allah s.w.t.., perjalanan panjang yg penuh onak duri..bapa sakit dan meninggal tak sempat melihat kejayaan phd saya..namun keyakinan kpd Allah yang esa telah banyak membantu...pegangan saya " jika kita hendak kebaikan dunia kita perlu dapatkan kebaikan akhirat dahulu..., insya Allah akan diberi kedua dua kebaikan iaitu dunia dan akhirat...


Dikala org lain sibuk pagi2 masuk bilik post graduate saya seawal jam 9 pagi hadiri talaqi kitab dan kelas agama di sebuah mahaad tahfiz...sebaik habis kelas..jam 11 hingga sblm zohor saya secara rutin dan masa tetap setiap hari meneruskan kerja2 tesis saya..masuk solat zohor ..STOP terus ke masjid solat jemaah..lepas solat makan, rehat dan jam 3 hingga waktu sblm Asar ..solat Asar berjemaah di masjid...dan terus stop...dan terus aktiviti lain selepas itu..itu shj rutin setiap hari..

Walaupun peruntukan masa tidak lama unt phd setiap hari tapi saya lakukan secara tetap..masa berkualiti itu dibantu oleh ilham dan peruntukan illahi..idea dtg tak kala waktu yg tak disangka...semua pertolongan Allah..yakinlah para sahabat...betulkan niat...phd yang diburu unt kebaikan dunia akhirat dan bukan untuk gelaran Dr yg penuh ego..tetapi membawa kita lebih tawaduk dan bertambah takwa...Setiap kesulitan dan kemudahan adalah drp nya..saat di uji..jangan berpaling drpnya..minta lah..doa lah...yakinlah..masalah apa pun akan selesai..perbaiki amal ibadat..insya Allah..phd menjadi lancar...

Alhamdulillah...terlalu banyak yang nak di kongsi...tapi biar saya tangguh dulu perkongsian ini...insya Allah...jika diizinkan lagi saya kongsi bersama...di lain coretan..

******************************************************************************

#tipsphd
#tulistesis

Assalamualaikum buat pembaca SinggahSana MAIA. Semoga semuanya dalam peliharaan Allah.

Saya acapkali mendengar keluhan daripada para pelanggan yang mereka susah sangat nak dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh dan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki sekarang ni. Jenuh cari di kedai-kedai buku tapi tak berjumpa. Alhamdulillah mereka terjumpa blog ini dan hubungi saya.

Saya maklum, buku MMR sudah pun berada di pasaran melebihi 3 tahun. Ramai yang sudah tahu akan buku ini. Ramai juga yang sudah pun membaca dan memilikinya. Memang buku ini pernah menjadi fenomena dalam industri buku sekitar tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014 juga buku MMR telah menerima 2 anugerah oleh MPH Bookstore iaitu:

1- Ultimate Winner For Best Malay Non Fiction 2013
2- Top 5 Winner of Best Malay Non Fiction Category 2013

Tahniah buat penulis, iaitu Ustaz Fathuri Salehuddin dan team MMR. Namun, kerana ilmu di dalamnya yang ingin disampaikan, buku MMR tidak sekadar merangkul award dan kemudian dihentikan penerbitannya. Buku MMR masih lagi terus diterbitkan, dan masih juga terus-menerus mendapat permintaan dari seluruh Malaysia khasnya. 

Berikutan kesukaran para pembaca untuk mendapatkan buku ini, saya ingin iklankan sekali lagi di sini bahawa anda boleh dapatkan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh dan mini daripada kami @bukumaia. Harga masih sama bagi buku penuh iaitu RM18 / RM20 (SS) dan RM2.50/buah bagi buku mini. Kalau mahu, jangan segan contact saya ya. Cara nak hubungi saya sertakan di akhir entri nanti.

Berikutan permintaan dan sambutan yang menggalakkan, terbitlah buku yang boleh juga digelar sekuel kepada buku MMR. Judulnya Allah Tempat Meminta (ATM). Buku ATM ni umpama testimoni kepada buku MMR. Di dalamnya terkandung 40 buah kisah benar bagaimana teknik MMR telah diamalkan dan dirasai kehebatannya oleh khalayak MMR. 40 orang penulis tersebut telah berkongsi kisah hidup mereka sendiri. Kisah-kisah beginilah yang kita cari-cari di kala kita rasa seakan lemah dan patah hati. Allah..DIA sentiasa ADA untuk hambaNya. DIA lah tempat untuk kita meminta.



Buku Allah Tempat Meminta juga berharga RM18 /RM 20 (SS) tidak termasuk pos. 

#bukummr
#mudahnyamenjemputrezeki
#bukuatm
#allahtempatmeminta

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan yang tak ternilai. Anakanda kedua kami Muhammad Farhan dah pun berusia 1 tahun pada 29 Oktober yang lalu. Umi sangat tidak pandai bermadah kata, sekalipun buat anak-anak. Memang inilah umi. Sayang, cinta dan kasih disimpan di hati. 

Cuma, untuk kenang-kenangan umi sendiri, sesungguhnya kehadiranmu selepas kehilangan kandungan umi yang kedua merupakan penawar paling mujarab. Alhamdulillah, walaupun agak teruk alahan masa mengandung (6 bulan lamanya umi tak sentuh tesis mahupun bisnes) dan batuk kuat yang agak lama hampir 2 bulan, tapi umi sangat enjoy masa mengandungkan Farhan tau. 

Bersalin normal tanpa induce tanpa ubat tahan sakit, umi alami pengalaman baru. Suaramu yang pertama...KUAT! Hahaha. Nurse pun cakap "kuatnya suara dia". Hari kedua, mulalah episod umi tak keruan bila umi dapat tahu Farhan mengalami 'clubfoot' atau CTEV. Dan macam Abang Sofiy juga, Farhan pun G6PD Deficiency..ke NICU lah kita:)

Bulan-bulan terawal membesarkan Farhan memang menuntut kekuatan mental dan fizikal. Prolong jaundice, CTEV yang perlukan rawatan dan follow up setiap minggu, pakai cast buka cast, dan kemudian dengan boots & bar... memang umi banyaaakkk sangat belajar. Mungkin ramai yang kata anak pertama mengajar menjadi seorang ibu, namun anak kedua mengajar bagaimana mahu maintain menjadi ibu yang baik kepada anak-anak. 

Farhan,
Jangan lupa berterima kasih buat Abang Sofiy yang sangat-sangat sayangkan Farhan. Abang Sofiy yang merindu kepulangan kita selama lebih seminggu masa kita di NICU. Abang Sofiy yang excited dapat adik sampai kena marah sebab hampir-hampir nak tindih adik. Abang Sofiy yang selalu kena suruh keluar bilik sebab takmau bising Farhan nak tido, Abang Sofiy yang rajin sangat-sangat siapkan air mandi Farhan, kemas pulak besen mandi Farhan, buang diapers Farhan, dan sampai sekarang Abang Sofiy yang sentiasa mengalah demi adiknya nan seorang ini. Itu tandanya kami semua sayangkan Farhan.

Teruslah membesar dengan sihat, menjadi semakin bijak dan pintar. Keletah Farhan buat kami semua tak kering gusi. Memang sesuai dengan namamu, Muhammad Farhan yang bermaksud gembira. Nama yang diberi oleh abang Sofiy juga. Umi ayah doakan Farhan sentiasa dalam peliharaan Allah, menjadi pendukung agama Islam, menjadi anak yang taat dan soleh dan berbahagia di syurga. Amiin.