Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan yang tak ternilai. Anakanda kedua kami Muhammad Farhan dah pun berusia 1 tahun pada 29 Oktober yang lalu. Umi sangat tidak pandai bermadah kata, sekalipun buat anak-anak. Memang inilah umi. Sayang, cinta dan kasih disimpan di hati.
Cuma, untuk kenang-kenangan umi sendiri, sesungguhnya kehadiranmu selepas kehilangan kandungan umi yang kedua merupakan penawar paling mujarab. Alhamdulillah, walaupun agak teruk alahan masa mengandung (6 bulan lamanya umi tak sentuh tesis mahupun bisnes) dan batuk kuat yang agak lama hampir 2 bulan, tapi umi sangat enjoy masa mengandungkan Farhan tau.
Bersalin normal tanpa induce tanpa ubat tahan sakit, umi alami pengalaman baru. Suaramu yang pertama...KUAT! Hahaha. Nurse pun cakap "kuatnya suara dia". Hari kedua, mulalah episod umi tak keruan bila umi dapat tahu Farhan mengalami 'clubfoot' atau CTEV. Dan macam Abang Sofiy juga, Farhan pun G6PD Deficiency..ke NICU lah kita:)
Bulan-bulan terawal membesarkan Farhan memang menuntut kekuatan mental dan fizikal. Prolong jaundice, CTEV yang perlukan rawatan dan follow up setiap minggu, pakai cast buka cast, dan kemudian dengan boots & bar... memang umi banyaaakkk sangat belajar. Mungkin ramai yang kata anak pertama mengajar menjadi seorang ibu, namun anak kedua mengajar bagaimana mahu maintain menjadi ibu yang baik kepada anak-anak.
Farhan,
Jangan lupa berterima kasih buat Abang Sofiy yang sangat-sangat sayangkan Farhan. Abang Sofiy yang merindu kepulangan kita selama lebih seminggu masa kita di NICU. Abang Sofiy yang excited dapat adik sampai kena marah sebab hampir-hampir nak tindih adik. Abang Sofiy yang selalu kena suruh keluar bilik sebab takmau bising Farhan nak tido, Abang Sofiy yang rajin sangat-sangat siapkan air mandi Farhan, kemas pulak besen mandi Farhan, buang diapers Farhan, dan sampai sekarang Abang Sofiy yang sentiasa mengalah demi adiknya nan seorang ini. Itu tandanya kami semua sayangkan Farhan.
Teruslah membesar dengan sihat, menjadi semakin bijak dan pintar. Keletah Farhan buat kami semua tak kering gusi. Memang sesuai dengan namamu, Muhammad Farhan yang bermaksud gembira. Nama yang diberi oleh abang Sofiy juga. Umi ayah doakan Farhan sentiasa dalam peliharaan Allah, menjadi pendukung agama Islam, menjadi anak yang taat dan soleh dan berbahagia di syurga. Amiin.
0 comments:
Post a Comment