Minggu lepas minggu yang sangat la sibuk, penuh dengan aktiviti luar bersama pelajar Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM). Walaupun lokasi aktiviti tak jauh tapi jadual yang padat dan rapat-rapat pula tarikhnya buat kami semua pancit. hehe.
Jumaat (semalam) pulak, kami berkumpul untuk sesi pemilihan lagu untuk ketiga-tiga pelajar yang sedang mendaftar sekarang. Tujuan pilih lagu ni adalah untuk penyertaan ke pertandingan nyanyian lagu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa. Tarikh pertandingan dah dekat juga, 18 November 2015 nanti. Mulanya ingatkan mereka tak berminat, tapi bila diberitahu, masing-masing semangat pulak.
So 2-3 hari ni kami cikgu-cikgu dok fikir lagu apa yang sesuai. Ketiga-tiga pelajar ni lelaki dan berasal dari Jepun. Seorang di tahap 2 kursus, dah boleh bercakap bahasa Melayu tetapi belum betul-betul fasih. Dua orang lagi memang beginner, baru dapat beberapa perkataan dan ayat ringkas. Sebutan pun masih banyak yang perlu dibetulkan. Agak mencabar juga la nak cari lagu apa yang sesuai. Maklum sajalah lagu, mana ada yang slow sangat melainkan lagu rakyat macam Lagu Rasa Sayang atau Lagu Tiga Kupang.hehehe.
Kami senaraikan 8 buah lagu, mulanya Kohei (pelajar tahap 2) nak bawa lagu Isabella.Se jujurrkejut pada mulanya tapi manalah tahu dia boleh bawakkan. Tapi bila sekali dengar je kawan-kawan dia kata lagu tu sangat susah nak bawa, high note kot? Orang Melayu pun berapa kerat je boleh nyanyi betul-betul lagu Search tu. Kemudian Kohei tukar ke lagu Gadis Melayu. Walaupun lagu ni tak juga mudah, tapi lirik dan iramanya best. Kena pulak dengan situasi, mereka jejaka negara matahari terbit:)
Dua orang lagi dah jatuh minat dengan lagu Biasa nyanyian Zahid & Viral. Memang lagu tu menangkap, agak senang nak sebut tang korus. Mereka memang muktamad nak lagu tu. Orait, kita duetkan saja, mudah. Jadi, mulalah sesi pembelajaran hari tu iaitu memahami lirik lagu.
Lirik Lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdillah
Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayu anggun si dia
Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena
Ok, bila dah mula terang dan hurai makna..waaa..tak mudah sebenarnya nak fahamkan penutur antarabangsa dengan lirik lagu Melayu tambah-tambah pulak lagu lama macam ni. Agak payah nak terangkan 'lemah-lembut', 'ayu', 'anggun', 'halus-mulus'. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya menterjemahkan makna lagu ni..kalaupun mereka tak faham 100% macam kita faham, tapi asasnya mereka faham maksud secara keseluruhan. Tu yang penting. Kang nyanyi tapi tak faham susah juga nak feelkan.
Selesai lagu Gadis Melayu, kami rehat kejap lunch solat semua, sambung lagi lagu kedua..Biasa. Lagu ni lagu baru, sangat baru. Sebenarnya kami cikgu-cikgu nipun inilah kali pertama menghayati lirik lagu ni. Sebelum ni memang dengar tang korus saja di radio.
Rasa-rasa macam mudah kot nak terang sebab simple. Tapi masuk rangkap ketiga, kami pun dah agak confuse maknanya. Ok la masih boleh predict lagi makna yang nak disampaikan. Kitorang stuck bila part rap tu...hahaha. Kami sendiri nak faham satu hal, nak fahamkan diorang satu hal lain pulak. Mujur juga ada Kohei yang dah faham bila kita terang dalam bahasa Melayu, mitak dia terangkan pulak dalam bahasa Jepun kat kawan-kawannya.
Lirik Lagu Biasa - Zahid ft Viral
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna
Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga
Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua
Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu
Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan
Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia
Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Jadi, apa yang dapat kami simpulkan daripada sesi semalam ialah 'LAGU LAMA VS LAGU BARU'.
Lagu lama, walaupun berseni, puitis, tapi kita boleh faham dengan mudah. Lagu lama, walaupun banyak guna perkataan yang sama makna tetapi kita boleh nampak macam mana indahnya perkataan itu digunakan. Bagaimana mendalam dan indahnya deskripsi seorang gadis Melayu dalam lagu tersebut. Secara tak langsung feeling tu datang dengan sendiri.
Lagu baru, dalam kes ni lagu Biasa, nampak mudah..banyak ulang frasa sama, tapi flownya tak cantik malah melompat-lompat. Boleh juga dikatakan ikut sedap mulut sahaja. Terlalu surface. Mungkin tak semua lagu lama kualiti liriknya bagus dan tidak semua juga lagu baru tak berkualiti tetapi kita memang dah boleh nampak patternnya begitu. Bukan sahaja lirik tetapi juga melodinya malah tak keterlaluan kalau kita kata penyanyinya juga.
Pada saya, lagu itu ciptaan manusia. Jadi, kualiti manusia itu sendiri yang membuatkan lagu tersebut begitu. Seperti kita semua sudah maklum jati diri bangsa Melayu sekarang..memanglah ke laut. Bukan nak kata orang, saya sendiri pun tak terkecuali. Cuma, kita golongan yang sdar ni, kita akan cuba kawal diri dan keluarga kita. Tapi berapa ramai di luar sana yang tidak perasan pun akan hal ini malah berbangga pula kerana sudah tidak pure Melayu.
0 comments:
Post a Comment