Sebenarnya saya pernah tulis tentang hamil semula selepas gugur ni dulu masa dapat tahu mengandungkan Farhan. Tapi masa tulis lebih kepada menceritakan pengelaman sendiri. Entri kali ini saya tulis disebabkan telah beberapa kali terima pertanyaan daripada pembaca tentang tempoh untuk hamil semula. Ramai ibu yang mengalami keguguran ni kalau boleh nak mengandung semula secepat yang mungkin.
Sebagai ibu yang juga pernah mengalami kehilangan, saya sangat faham perasaan ibu-ibu semua. Sebagai seorang pengedar suplemen, saya boleh saja nak menangguk di air yang keruh, cadangkan saja suplemen. Tapi, itu bukanlah tujuan saya berblog dan berniaga. Saya mahu bantu anda, anda dan anda.
Selepas keguguran, sama ada keguguran awal atau kematian anak dalam kandungan, seorang ibu itu akan melalui satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Jika bersalin awal (anak mati dalam kandungan), rejim berpantang yang perlu dilalui oleh si ibu adalah sama dengan ibu yang melahirkan anak cukup bulan. Jika keguguran pula, tempoh berpantang ialah selagi mana darah nifas masih keluar, biasanya dalam kadar dua minggu namun tidak terhad jika si ibu mahu berpantang lebih lama. Pengalaman saya, darah keluar selama satu minggu tetapi saya berpantang tak keluar rumah selama dua minggu. Saya terus berpantang makan, bertungku, sapu minyak dan sebagainya selama sebulan sebab badan saya sakit sangat masa tu.
Sebenarnya dalam kedua-dua kes, berpantang yang dimaksudkan ialah berpantang dari segi aktiviti dan pergerakan serta pemakanan. Namun 'berpantang dengan suami' perlu diperhalusi dan diteliti lebih lagi. Mengikut saranan doktor yang merawat saya dulu, saya dinasihatkan untuk biarkan rahim kosong sekurang-kurangnya selama 3 bulan atau 3 kali pusingan haid (3 cycle period). Doktor memang tak akan bagi masa yang tepat bila boleh bersama suami, tetapi saranan doktor tu dah cukup untuk buat kita faham bahawa rahim wanita yang melalui proses mengandung dan kemudian keguguran ini perlu pulih terlebih dahulu sebelum kembali mengandung. Doktor ada sebut, hubungan suami isteri boleh dilakukan selepas isteri bersedia, sudah tidak ada darah, tidak rasa sakit, tetapi perlulah dengan amalan kontraseptif (merancang keluarga). Doktor cadangkan penggunaan kondom. Penggunaan pil perancang juga boleh jika pasangan mahu berehat panjang sebelum plan untuk memperolehi cahayamata lagi.
Okeh, rasanya jawapan dah pun ada. Selepas keguguran, bila boleh mengandung semula? Sebaiknya beri masa 3 kitaran haid iaitu 3 kali haid, biasanya 3 bulan untuk wanita yang mensus dia regular. Dalam tempoh tu, rahim boleh kembali mengecut, pulih daripada sebarang luka, dan yang lebih penting hormon kembali stabil. Kalau tak datang period atau period tak teratur? Mungkin juga kes macam ni terjadi sebab selepas keguguran, hormon wanita jadi celaru. Macam mana pula nak stabilkan hormon ni? Apa yang saya boleh sarankan, berpandukan pengalaman dan serba sedikit ilmu tentang suplemen, ada beberapa cara nak stabilkan hormon wanita:
1- berhenti pil perancang atau segala bentuk pil hormon
2- makan makanan yang berkhasiat terutamanya sayur dan buah.
3- jalani gaya hidup yang aktif, bersenam secara berkala
4- dapatkan berat badan ideal
5- hindari stres
6- boleh ambil suplemen seperti GLA Complex dan ESP Soy Protein Isolate Powder
Selepas keguguran dulu, saya alami kecelaruan hormon yang teruk. Tak dinafikan, saya juga stres. Entah apa yang distreskan saya pun dah tak ingat. Tapi apa yang pasti, jerawat batu naik di muka macam di baja!
Jerawat surut dalam 4 hari
Nampak kan, jerawat batu kat gambar sebelah kiri. Aduuuhh..memang menyakitkan. Kena pulak saya memang tak biasa ada jerawat batu walaupun kulit saya tidaklah gebu flawless. Kulit muka pun sangatlah kusam masa tu. Alhamdulillah selepas konsisten ambil GLA dan ESP, nampak perubahan yang ketara. Jerawat kecut, kulit muka pun semakin pulih. Alhamdulillah, 3 bulan..lekat la si Muhammad Farhan:)
Ingin Hamil Lagi Selepas Keguguran
Ingin Hamil Lagi Selepas Keguguran
Boleh dikatakan hampir semua wanita yang mengalami keguguran, ingin hamil semula secepat mungkin. Tapi, macam yang saya katakan di atas..jangan turutkan sangat emosi sehingga memudaratkan diri. Ingat, ALLAH adalah sebaik-baik Perancang. DIA Tahu apa yang Dia rancang itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Kena yakin dengan qadha' dan qadar Allah. Kita manusia ni serba jahil, apa yang kita mahukan sangat-sangat tu kadang-kadang tak bagus pun untuk kita. Jangan sedih, Allah akan bagi pada masa yang paling tepat. Tugas kita: doa, usaha dan tawakkal.
Setelah berpantang, rasa badan dah sihat, emosi dah stabil, maka bolehlah plan to conceive again. Lagi bagus kalau jumpa pakar O&G dulu dan dapatkan nasihat yang sepatutnya.
Faktor kesihatan amat penting jika pasangan suami isteri ingin menimang cahayamata. Kesihatan bukan hanya pada isteri yang akan menjadi ibu tetapi juga suami. Ini kerana, proses persenyawaan melibatkan kedua-dua pihak. Infertiliti atau ketidaksuburan bukan hanya berlaku pada wanita tetapi juga lelaki. Kadang kala, isteri sudah cukup bersedia untuk hamil tetapi sperma suami yang mempunyai masalah.
Adakah suplemen untuk kesuburan suami?
Ya, ada. Saya sudah kerap kali memberikan konsultasi dan juga menerima pelanggan yang inginkan set kesuburan suami isteri. Sememangnya Shaklee ada set suplemen untuk tujuan kesuburan suami isteri ini. Alhamdulillah, (dengan izin Allah jua tentunya) ramai yang dah menyampaikan berita gembira setelah memgambil set ini.
Apakah Set Kesuburan Shaklee?
Berikut merupakan beberapa jenis vitamin yang diambil secara bersama untuk tujuan kesuburan. Vitamin-vitamin ini akan bekerjasama untuk memperbaiki sistem tubuh terutamanya reproduksi lelaki dan wanita.
Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai "vitamin cinta".Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Pengambilan vitamin e juga membantu suami isteri menikmati hubungan intim yang lebih mesra.
Zinc -
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (DeoxyriboseNucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu telur wanita menjadi matang, hanya telur yang matang dapat disenyawakan.
Alfalfa – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak sebagai perapat). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu dalam masalah PCOS.
GLA Complex – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, kemudian terus ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Saya sangat syorkan anda cuba Set Kesuburan Shaklee ni. Mungkin ini yang anda belum cuba, mana tahu ini asbabnya anda akan dapat pengganti yang hilang. Jujur, saya amalkan semua vitamin dalam set di atas masa saya merancang untuk hamil. Kemudian saya teruskan selepas anak saya lahir sehinggalah umurnya nak masuk 1 tahun hujung bulan Oktober ni. Suplemen Shaklee tidak terhad untuk satu-satu tujuan sahaja tapi untuk kesihatan secara menyeluruh. Jadi tidak ada istilah membazir.
Tentu saja, untuk tujuan kesuburan ada cara-cara pengambilan yang tertentu yang saya akan bagi eksklusif untuk mereka yang membeli daripada saya sahaja. In sha Allah saya juga akan share beberapa zikir dan doa yang bersesuaian untuk tujuan mendapatkan zuriat.
Bonus! Bulan Oktober 2015 ini ada promosi Vita-E Buy 1 Free 1 dan juga GLA Buy 2 Get 5% Off / Buy 6 Free 1. Jadi, memang untung sangat jika anda dapatkan Set Kesuburan Shaklee ni di bulan Oktober ini.
Poster rasmi Shaklee
Nak beli terus secara onlin dengan Shaklee? Boleh saja. KLIK icon Esell di bawah ini.
* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.
Pertanyaan? Hubungi:
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara online dan Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
0 comments:
Post a Comment