Anda Datang dari Luar Negara dan Ingin Belajar Bahasa Melayu di Malaysia?

Belajar bahasa Melayu di Malaysia untuk Khalayak Antarabangsa




MODUL BAHASA MELAYU UNTUK KHALAYAK ANTARABANGSA DI ATMA ini merupakan satu insiatif yang dilakukan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM untuk membuka ruang kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu di Malaysia. Anda mungkin datang ke Malaysia untuk tujuan-tujuan tertentu seperti internship, melancong, kursus jangka panjang, mengumpul data, program pertukaran pelajar, kajian lanjutan budaya Malaysia, atau datang untuk bekerja di sini. Namun, anda perlu menguasai bahasa Melayu, setidak-tidaknya pada atahap asas bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih baik apabila bersama rakyat Malaysia.

Berikutan itu, ATMA mempelawa anda mengambil modul bahasa Melayu ini di ATMA, dan ianya merupakan satu kursus jangka pendek. Modul-modul ini terdiri daripada 5 tahap iaitu tahap asas hinggalah tahap kemahiran yang tertinggi. Tahap akan ditentukan berdasarkan temuduga dan ujian ringkas yang diadakan sebelum kelas bermula. 




Setiap tahap terdiri daripada 100 jam pembelajaran di dalam kelas dan latihan amali / aktiviti lapangan. Kelas ini dinamakan sebagai Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu. Konsep kelas ini ialah pembelajaran secara intensif, bermakna nisbah guru dan pelajar tidak melebihi 1:4. Ini bagi membolehkan pengajaran dilaksanakan dengan optimum dan perhatian dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. 

 Keita Shirono dan Kazumi yang bersemangat di hari pertama sesi tahap 1

Kohei Fujita suka sangat agar-agar santan tradisi Melayu

Riho Tanaka sedang menonton Upin Ipin dalam salah satu sesi pembelajaran

Bilik rehat pelajar

Yuran

Yuran keseluruhan kursus di setiap peribgkat berharga RM1800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan kadar RM4500.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan  pelajar. 

Visa Pelajar

Visa pelajar hendaklah diuruskan untuk pelajar yang mendaftar kursus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Visa pelajar ini memboleh pelajar memohon ID Pelajar UKM untuk menggunakan semua kemudaha yang ditawarkan Universiti.

Hubungi ATMA

Jika anda atau kenalan anda berminat untuk mendaftar kursus ini, bolehlah menghubungi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di talian 03-89215280 atau hubungi terus penyelaras program bahasa Melayu di talian 016-9924019 (Dr. Junaini).

0 comments: