Ayat2 Prof Muhaya amat menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "di puncak" kita rasa banyak teman di sekeliling kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
๐Ÿ‘‰Waktu kita "Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..
๐Ÿ‘‰Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.
๐Ÿ‘‰Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
๐Ÿ‘‰Hidup tidaklah lama,

Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat ...
Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...
Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai
Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......
Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita....

Sharing Is Caring
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak update blog ni...maaf sangat-sangat, komitmen seharian dah terlalu menuntut masa. Bukan tak ingat ke rumah ni, tapi tak terjenguk pun. Ini pun ada cuti berderet dan anak teruna kecik tu belum bangun. Harap dapat siaplah entri ni.

Alhamdulillah, Muhammad Sofiy dah selamat berkhatan pada 3 Disember lepas pada umurnya 7 tahun. Tahun depan masuk darjah 2. Sebenarnya kami tak rancang pun, sebab saya sendiri rasa tak yakin nak jaga anak pantang berkhatan pada umur dia 7 tahun. Mungkin tahun depan lebih sesuai saya fikir. Tapi itulah, rancangan Allah itu lebih baik. Dalam sibuk-sibuk masjid di tempat kami ni #masjidbandarseriputra iklankan pendaftaran khatan perdana, saya tak berminat pun. Apa yang saya dok fikir cuma nak hantar Sofiy balik kampung cuti sekolah ni sebab opah dia dah cop (buat teman) dan juga tak perlu nak daftar mana-mana transit / daycare sepanjang cuti sekolah. Tiba-tiba ada orang forward satu iklan yang mencari peserta khatan secara percuma. Eh, ini dah cukup baik ni. Saya fikir iklan tu daripada masjid. Mana tau ada yang sponsor. Saya pun hubungilah pihak masjid. Rupa-rupanya memang ada kuota untuk peserta secara percuma (dengan kelayakan tertentu) dan kami memenuhi kriteria tu. Saya pun tanya suami, dia kata tanyalah empunya badan. Rupanya dia memang nak sangat- sangat bersunat. Tanya pulak kat group whatsapp kelas dia..memang ada 2-3 orang yang turut serta. Jadi, kita ON aje la daftar. Jimat RM99 yuran pendaftaran.

Pada hari kejadian, Sofiy kemainlah semangat dan terujanya. Sebenarnya sejak 2 minggu sebelum sunat tu lagi dah teruja. Pengaruh Upin Ipin kot. Sebenarnya saya memang tak ada preparation mental mahupun fizikal. Takda buat research langsung, walhal ni anak pertama. Saya memang takde pengalaman langsung tengok orang yang lepas khatan sebab tak ada adik-beradik lelaki.

Saya jadi risau sejak saya cerita Sofiy nak berkhatan ni pada pelajar-pelajar Korea saya. Rupanya orang Korea berkhatan juga. Diorang la cakap "SAKIT". Kata mereka, selepas hilang ubat bius, akan sakit sangat-sangat. Yang sorang tu kata dia menjerit sampai 3 jam dan sampai dia dah tak larat jerit. Masa tu dia sebaya Sofiy, 7 tahun. Yang sorang lagi katanya khatan masa umur 13 tahun, dia kata sakit dan kesian. Huhu. Korang ni buat cikgu cuaklah. Bila saya sampaikan kegusaran hati saya pada suami, dia kata "ok la", "takda apa-apa la", " tak sakit". Ok, saya harap dia la yang akan layan Sofiy nanti. 

Ini gambar-gambar pada hari kejadian.

Bersemangat! Berani!

Dengar taklimat daripada pihak masjid dan pihak klinik

Bergambar beramai-ramai

Makan aiskrim yang diberi percuma dulu sebelum mandi


Abang bomba dah sampai..semua pakat nak bergambar

yeayyy! mandi!!


Majlis khatan perdana ini adalah hasil kerjasama pihak Masjid Bandar Seri Putra dan Poliklinik UKM. Semua peserta berjumlah 100 orang. Paling muda umur 4 tahun, paling besar umur 11 tahun. Sepanjang hari diadakan sesi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Poliklinik UKM di pekarangan masjid. Boleh buat ujian tekanan darah dan glukos darah percuma, dan banyak pemeriksaan lain. Derma darah pun ada, jualan makanan kesihatan harga diskaun pun ada. 


tunggu giliran...main dulu dengan adik

Sofiy dapat giliran no. 38. Kata urusetia, sekitar pukul 11.50 pagi macam tu. Alhamdulillah, memang sekitar pukul 12 dipanggil masuk.

Proses sedang dilakukan. Good! Tak menangis langsung.

Umi yang masuk temankan Sofiy. Sofiy nak umi. Ayah pun nampak macam nervous je. haha. Masuk-masuk tu, nampak ada 4 katil dengan 4 doktor. Ada satu katl tu, budaknya menjerit-jerit meraung-raung. Sofiy dah nampak sedikit cuak. Umi pun cuak nak oi. Huhu. Saya bekalkan dia dengan sapu tangan untuk digigit masa doktor cucuk bius. Saya dah beritahu, cucuk bius tu agak sakit. Ok la, masa doktor cucuk tu dia gigit tuala dan tak berbunyi sikit pun. Lepas tu, ok la doktor boleh potong dengan tenangnya, jahit pun dah tak rasa sakit. Khatan kali ni guna kaedah laser (sebenarnya bukan laser, tapi potong menggunakan alat panas). Saya nampak dengan jelas proses itu walaupun tak pandang dengan fokus sebab ada sikit rasa seriau. 

Ok, episod baru bermula. Lepas je doktor kata siap, dia pun selak kain nak tengok. Masa tu la muka dia nampak pucat, nampak takut sangat. Badan dan pergerakan yang tadi relax, dah jadi kaku. Nak turun katil pun dia dah takut. Kain pelikat pun disinsing tinggi-tinggi. Nampak macam nak menangis. Oho...tadi semua puji sebagai peserta contoh, sekarang peserta contoh dah ketakutan.

Keluar dari bilik tu pun dia dah nampak tak tentu arah. Ayah cuba nak ikat kain pun susah pulak. Maklumlah kain ayah, besar. Lepas tu kami balik...nak naik tangga rumah kami ke tingkat 2 tu pun rasa kesiannya kat dia. Sampai rumah, baru saya rasa "semuanya tak sedia". Suami pun baru nampak nak fikir macam mana nak bagi 'kawasan' tu tak terkena kain. Semalamnya, saya ada cadangkan guna meja macam gambar di bawah, tapi dia kata "ish, tak pernah dibuat orang". Sekali bila anak dah kena sunat, dah taktau nak buat macam mana. Nak gantung, siling tinggi dan tak ada tempat nak gantung pun. Sudahnya, idea saya digunapakai juga. Ha...mujurla isteri ni kreatif jugak bang oi.


Dah balik rumah..selamat berpantang


Haha..sedia rotan untuk halang adik daripada datang dekat

Jadi, untuk ibu-ibu yang nak ambil idea ni silakan, Saya guna meja belajar stail meja jepun tu. Yang ni kakinya boleh dilipat, jadi kena pastikan betul-betul kukuhlah. Kalau ada meja lain yang saiz hampir sama pun ok. Saya suka penggunaan meja ni sebab permukaan keras tu lebih rasa selamat kalau pun adik menyerang ke, adik terjatuh ke, adik baling mainan ke. Lagi satu, boleh jadikan meja makan sekali macam kat hospital. Selain tu, jadi meja laptop jugak boring-boring boleh pasang Upin Ipin, Boiboiboy...atau..Barbie..haha. Abang Sofiy ni dok layan Barbie masa pantang. 

Penjagaan Selepas Berkhatan

Baiklah, saya nak kongsikan sedikit pengalaman menjaga anak bersunat..perlu diingat, ini hanyalah pengalaman saya dan sedikit info daripada pembacaan serta sedikit khidmat nasihat doktor. 

Masa proses sunat, doktor kata kulit luar kemaluan Sofiy ni ada melekat sikit, jadi perlu potong sikit sebelum dikhatan. Sofiy alami sedikit pendarahan (darah meleleh dan bertompok pada kain sekitar saiz penumbuk budak kecil). Pada saya, pendarahan tu agak lama la sebab saya expect takde darah meleleh. Proses penjagaan Si Sofiy ni agak stres sebab dia sangat sensitif. Tak boleh kena langsung, baik kena air pada kawasan hujung (tempat kencing), kawasan luka lagi laaa..bising mulutnya bila saya nak cuci. Nak letak ubat pun jenuh perang mulut. Saya tengok luka sebelah kiri dah elok tapi yang belah kanan gaya nak kering, berdarah balik, gaya nak kering, berdarah balik walaupun hanya sebab yang kecil contohnya dia cuba bangun, atau cuba duduk, atau ketawa. Hari ketiga, saya call doktor dan tanya perlu ke klinik ke untuk rawatan susulan. Doktor minta saya whatsapp gambar dan doktor kata nampak normal semuanya. Selagi darah tak mengalir tanpa henti, bukan pendarahan kata doktor. 

Ok, ibu-ibu yang tak ada pengalaman, saya nak kongsikan beberapa perkara.

1- Selepas je bersunat, sila beri anak makan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan. Selepas kesan ubat bius hilang...memang sangat sakit. Kena potong kot? Sofiy dapat ibuprofen, tapi doktor kata boleh tambah paracetamol jika sakit sangat. Jadi, saya beri ibuprofen dulu dan selepas 2 jam saya top up paracetamol setengah dos. Contohnya dia perlu makan 12 ml pcm, saya beri 6ml sahaja. Kalau nampak sakit sangat, sela 4 jam saya ulang bagi. Bila nampak dah kurang sakit, saya jarakkan ke 6 jam , 8 jam , 12 jam sampailah dah tak perlu ubat tahan sakit. 

2- Sofiy mengalami sedikit kemurungan selepas bersunat. Saya pasti, perasaan itu datang kerana dia tak sangka kemaluan dia akan jadi macam tu. Rupanya, selama ini dia salah faham, dia ingat 'laser' yang dimaksudkan macam cashier scan barkod barangan yang nak dibayar tu...dan siap. Silap saya, saya tak terangkan apa yang bakal dia lalui, mungkin faktor kami tak bersedia, saya sibuk sebenarnya seminggu dua sebelum anak bersunat. Tapi, ada juga pro dan kontra. Bagusnya, bila dia tak tahu apa akan jadi, masa nak bersunat tu mudah..dia tak nervous. haha. 

3- Selepas bersunat perlu berpantang makan. Jadi, sediakanlah makanan yang boleh dimakan secukupnya. Kena terangkan dari awal yang dia perlu berpantang, apa makanan yang dia tak boleh makan supaya anak bersedia. Yang ini saya tak lupa pulak, mungkin sebab saya sendiri pernah berpantang bersalin...jadi Sofiy pun faham. Alhamdulillah, walaupun Sofiy ni memilih makan orangnya, masa pantang dia sangat ok. Tak banyak bunyi. Alasan dia, nak cepat baik dan takut luka makin teruk.

4- Pada saya, keadaan kemaluan anak selepas bersunat adalah agak mengerikan. Saya tak pernah dapat bayangkan sebelum ini. Saya bayangkan lukanya cantik je. Rupanya tidak sama sekali. Pertama sekali, bengkak. Bengkak mungkin 3-4 hari baru surut. Kedua, darah. Darah luka tu kena biarkan kering di situ dan membentuk kuping. Silap saya pada hari pertama, saya nak lap dan terkupil darah yang baru je membeku tu..akibatnya, darah meleleh semula dan anak menjerit-jerit sakit. Ketiga, kulit. Pada muncung (batang) yang telah dibuang kulitnya tu...akan timbul seakan kulat warna kuning dan seterusnya menjadi lapisan kulit yang akan menjadi kuping. Saya memang stres tengok sebab saya taktau warna kuning tu normal atau jangkitan. Sampailah doktor kata itu normal, itu adalah ubat bius.

5- Mandi- saya pakaikan tuperware lutsinar yang biasa isi taufufah kat pasar malam tu. Lekat kat badan anak guna selotape kertas macam kat hospital tu. Alhamdulillah, anak tak bising dan kena percikan air je.  Luka tak basah.

6- Kencing - selepas berkhatan, kencing tak sakit. Jadi yakinkan anak ye supaya jangan tahan kencing. Tapiii...selepas kencing kena cuci, itu yang anak saya takutkan. Saya cairkan antiseptik dettol (setitik dettol dicampur air suam satu tuperware taufufah tu), dan saya lapkan guna kapas muka. Mula-mula saya guna kain gauze yang dibekalkan tapi dia menjerit sakit sebab kain tu kasar. Saya tak guna kapas biasa sebab taknak serat kapas tu lekat. Kapas muka lebih padat tetapi lebih lembut. 

7- Buang Air Besar - Sepatutnya tak sakitlah kan, sebab tempat berbeza. Tapi, bila anak meneran, ada potensi luka tu terkesan. Macam Sofiy, jadi berdarah semula tapi tak sakit dia kata.

8- Makan vitamin dan makanan berkhasiat yang membantu memulihkan luka. Saya tumbuk zinc tablet Shaklee dan campur dengan suplemen vitamin sirap untuk dia minum. Zinc mempercepat pemulihan luka. Saya bagi juga multivitamin dan vitamin C. 

9- Tempoh pemulihan. Jangan bandingkan anak kita dengan orang lain. Rezeki masing-masing. Macam Sofiy, kawan dia Fikri hari ke-4 dah boleh pakai seluar. Maknya kata, Fikri takde darah pun. Rezeki dia. Selain tu, kalau boleh jangan biar anak stres. Lagi dia gembira dan ceria, lagi mudah luka sembuh. Sofiy, hari ke-6 kami pos ke kampung (melalui pakteh dia). Pada mulanya saya tak yakin, sebab dia masih belum boleh pakai seluar. Tapi saya fikir mungkin duduk di rumah ni boring dan tak motivate dia untuk cepat baik. Kat kampung banyak benda nak explore, lambat baik rugilaaa..Jadi saya pakaikan cup polisterine tu, guna selotape. Cup tu cover kemaluan dia, lepas tu sarung seluar yang agak besar. Kengkang-kengkang jalan. Sehari je di kampung, kata kakak saya dia dah mula curi-curi naik basikal. haha. 


Alhamdulillah, itulah serba sedikit pengalaman saya menjaga anak yang berkhatan. Setiap anak berbeza karakter, semangat dan fizikal. Apapun, kita ibu bapalah yang perlu sokong anak kita. 


Buku mini MMR untuk dijual secara borong

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Tak lama lagi musim cuti sekolah akan menjelmakan? Haa..macam biasalah masa cuti sekolah ni memang sesuai sangat untuk buat masjlid kenduri-kendara. Anda pun nak buat majlis? Alhamdulillah...Macam mana dengan persediaan? Doorgift atau cenderahati dah ada? Alamak..lupa!! Haa...walaupun doorgift ni hanyalah penghias majlis sahaja...memang tak ada wajib dan tak ada sunatnya pun..tetapi amalan ini telah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Dulu, tuan rumah sediakan bunga telur untuk tetamu bawa pulang. Ada macam-macam versi bunga telur, berubah dari zaman ke zaman sehinggalah sekarang.

Namun seiring perubahan zaman, masyarakat kita semakin kreatif. Sekarang, cenderahati majlis sudah berubah kepada beraneka jenis barangan yang comel-comel. Terpulang kepada empunya majlis..nak bagi makanan ke, nak bagi perhiasan ke, nak bagi buku ke, ...contohnya macam Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki seperti dalam gambar di bawah ni...atau nak bagi semuanya dalam satu goodie bag. Makanan ada, perhiasan ada, buku ada, bunga telur pun ada. Haaa..meriah kau.


 (Ini sekadar contoh sahaja..kami tidak menyediakan pakej beserta hiasan ini)
(kami hanya menjual buku mini MMR sahaja)



Untuk pengetahuan mereka yang tidak pernah tahu tentang buku mini MMR ini, buku ini ialah versi mini kepada buku asalnya dalam versi penuh yang lebih lengkap.

Buku MMR versi penuh (RM18/RM20) dan buku mini MMR

Buku ini merupakan buku fenomena tahun 2013, best seller dan mendapat anugerah di MPH Bookstore. Sudah tiga tahun tetapi masih mendapat permintaan sehingga ke hari ini. Buku ini sememangnya sebuah buku yang 'berhantu' kerana impaknya sangat besar kepada seluruh masyarakat. Sesuai dengan impian penulisnya, supaya buku ini dibaca dan difahami oleh sejuta jiwa. Doa penulis juga, agar semua mata yang pernah melihat Al-Qur'an dapat memiliki buku ini. Amiin.



Jadi, jika anda juga mahu menjadi salah seorang yang menyebarkan dakwah ini...menjadikan buku ini sebagai cenderahati majlis anda merupakan langkah yang sangat baik. Anda bukan sahaja memberi sesuatu yang unik, malah sangat bermanfaat, dan jika tetamu anda membaca dan mengamalkannya...Allah...berganda-ganda dan berpanjanganlah pahala untuk anda. Sungguh, buku ini telah menjadi perantara untuk membuka mata hati ramai insan. Ramai yang berubah setelah menghayati buku ini. Ramai yang menukar pemikiran dan rutin hidup selepas memilikinya. Ramai juga yang berjaya keluar daripada kesempitan fizikal dan emosi yang sekian lama ditanggung, asbab buku MMR ini. Alhamdulillah.

Bagaimana nak dapatkan buku mini MMR ini?


Jika anda juga berminat nak dapatkan Buku Mini MMR ini, dipersilakan hubungi kami melalui medium-medium di bawah.


Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

#bukumudahnyamenjemputrezeki
#bukummr
#bukumini
#doorgift
#goodies
#souvenir



Erti sekeping ijazah "Doktor Falsafah"
Adik-adikku atau senior-seniorku yang sedang menyambung pengajian master/PhD
1. Jangan takut dengan cabaran di hadapan. "Cabaran" itu biasa bagi seorang pelajar master/PhD.
Kadangkala kita diuji dengan masalah Supervisor, Duit, Eksperimen, Komitmen keluarga, mak ayah dan lain-lain. Itu semua adalah ketentuan dan jalan yang perlu dilalui oleh kita.
Sukar untuk mencari seorang pelajar master/PhD yang tidak pernah melalui apa jua tekanan melainkan majoritinya pasti merasai.

Lalui cabaran itu dengan sabar, kerana Allah sentiasa berada disamping orang yang sabar dan Allah suka akan orang yang sabar.. :)
2. Jangan dengar kritikan manusia. Adakalanya ada yang bertanya,
"Berapa lama lagi nak siap? dah bertahun aku tengok ko stuck dengan benda ni",
"ko nak sambung master/PhD buat apa, bukan boleh kayakan ko pun..."
Lantak pi depa. Berapa lama masa yang anda ambil untuk siapkan master/PhD bukan kayu ukur anda adalah cemerlang atau tidak.
Ada orang beruntung dapat supervisor bagus, eksperimen banyak kemudahan dan teman-teman yang supportive.

Ada juga orang yang kurang beruntung, dapat pula supervisor bermasalah, eksperimen kurang fasiliti dan banyak teman saling hasad dengki.
Anda cemerlang disebabkan ilmu yang anda dapat sepanjang pengajian dan sejauh mana ilmu itu dapat disumbangkan untuk masyarakat.
Kaya atau tidak kaya, bukan neraca utama kita sambung pengajian. Kerana neraca utama kita hanyalah untuk beri sumbangan terbesar kepada masyarakat dan mengejar kejayaan ilmu tertinggi.. :)
Apa jua, sahabat-sahabatku, jangan takut dengan master/PhD itu.
Laluinya dengan tabah. Cepat atau lambat, bukan penentu kecemerlangan. Muda atau lebih berusia bukan pula kayu ukur kepada kejayaan.

Teruskan! Tabahlah! dan sabarlah!
Kerana anda hebat. tak ramai manusia sanggup redah cabaran sebegini seperti mana anda... :)

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang

Haha..ini kucing berbaring ni setelah penat berlari. 

Alkisahnya, tetiba topeng ni umi buat sebab si abang ni nak periksa akhir tahun subjek Dunia Seni Visual. Salah satu soalan (cikgu bagi pilihan siap-siap), kena buat topeng. Tapi dalam group Whatsapp cikgu kata mak boleh print siap-siap di rumah, nanti anak tekap. Makanya, malam sebelum hari peperiksaan, umi pun menggoogle la mencari template topeng. Sofiy kata nak topeng harimau. Alhamdulillah, ada template topeng harimau ni, cantik dan saiz pun sesuai. Pastu terfikir jugak kot susah ke pulak nak lukis harimau, nak guntingnya lagi. Lalu umi pun cari lagi gambar lain, jumpa la yang lebih mudah: Ninja Turtle dan arnab. 



Letak dua pilihan dalam beg lukisan dia. Dia pilih harimau. Yang kertas contoh ni umi lekat dengan manila kad supaya jadi keras, nanti boleh pakai dan main. Untuk adik, umi pilih topeng karakter kucing sebab adik suka sangat 'meow'. Maka bertukarlah anak-anak syurga ni menjadi haiwan-haiwan ni hujung minggu hari tu. Seronok kemain. Sekejap mengaum, sekejap mengiau. 

Kita snap satu gambar di atas tu buat kenangan. Abang dah pandai warna, dia warna topeng dia. Adik punya..kemudiannya dia warnakan pink. Cantik pulak umi tengok kucing warna pink, lembut je karakternya. Yang Ninja Turtle deme suruh umi pakai..sebabnya depa takmau yg tu..sebab bila pakai topeng tu nampak kelakar macam tengah sengih. hahaha.

Sekarang, Oktober 2016...musim konvokesyen di universiti-universiti di seluruh Malaysia. 
Dalam gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan sama ada yang sepenyeliaan, yang berada di sekeliling mahupun yang menjadi kenalan di alam maya..hati ini menangis sendiri. Hanya di hati. 

Sesuungguhnya..jalan di hadapan nampak berbalam...seakan ada cahaya, tetapi seakan sangat jauh. Hati yakin boleh sampai, tapi laluannya nampak seperti penuh onak dan duri. Sudah lama diri ini berjalan..merangkak... berlari...tetapi tidak sampai-sampai. Memang sesekali lelah itu datang. Banyak sungguh perhentian yang memaksa langkah diperlahankan..adakala berhenti. Banyak sungguh air mata yang mengalir, banyak juga hati yang terluka. 

Ya Allah...tunjukkan aku jalan...berikan aku kelapangan...izinkan aku ya Allah..menikmati nikmat kejayaan ITU. Aku tidak menyesal ya Allah..kerana setiap ujianMu itu penuh hikmah, penuh pengajaran, untuk melatih diri dan hati ini. 


Maizura this wisdom suits your personality perfectly! 

You know exactly what you want to achieve in life and nothing and no one can stop you. If you have a specific goal you fight with passion to reach your destination.
This truly makes you one of a kind!

Ini permainan kat internet (fb). Saja suka-suka. Yang ditulis benda baik, boleh buat inspirasi:)
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga pagi anda ceria-ceria ye:)
Apa? badan rasa tak selesa, banyak angin dalam badan? Badan sakit sangat.
Sebenarnya ini juga salah satu masalah saya...saya perasan saya kena macam ni dah 2 bulan. Tidaklah sentiasa sakit, tapi kalau kena serangan tuuu..memang sampai MC la dibuatnya.


teh halia - gambar hiasan

Apa yang saya rasa?


Rasa angin terperangkap dalam badan..kat perut la terutamanya.
Tapi...kalau dibiarkan, angin tu akan menjalar ke urat saraf di seluruh badan.
Akibat? Saya akan sakit-sakit satu badan terutamanya tempat-tempat yang selalu terbeban misalnya sakit bahu dan lengan kiri sebab selalu dukung anak, sakit kaki sebab banyak berjalan pergi dan balik kerja. Sakit ni bukan lenguh-lenguh biasa...rasa sakit sangat seakan sakit bentan. Kalau tanya tukang urut, memang dia kata bentan urat. Saya perasan saya lebih mudah kena menjelang waktu haid. Jadi, apa yang saya buat untuk mengurangkan dan merawat sakit badan akibat angin ni?

1- Sapu Minyak Panas


Ini memang biasalahkan..semua rumah pun biasanya ada spare minyak panas untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Saya pun samalah juga. Saya guna Minyak NR dan Minyak Afiat. Tapi kalau dok rumah je ok laa..kalau nak pergi kerja? Kena pulak macam saya naik tern, naik bas. Adoii..nanti semua orang pandang kita sebab bau semerbak. Jadi, saya tukar dan guna Miracle Refreshing Scent. Ini minyak angin juga tapi baunya waaangiiii..cuma tak la sepower minyak berubat macam NR dan Afiat tu. #minyakanginwangi

2- Mandi Herba


Ini pun saya buat. Sebabnya..dah rasa sakit macam bentan dalam pantang...maka saya pun buatlah macam dalam pantang. Mandi air suam, dan mandi dengan mandian herba. Kebetulan selongkar almari masih ada lagi baki Mandian Herba TYT yang lama. Tengok lambat lagi tarikh luputnya. Maka saya rebus je la. Kalau nak guna jenama lain pun ok, nak mintak bidan carikan yang segar lagilah bagus. Alhamdulillah...banyak membantu. Jadi...waktu sakit diserang angin ni..amalkan mandi air suam. Mandian herba ni pun elok diamalkan walaupun tak sakit. Bagi badan rasa segar.




3- Minum Air Rebusan Halia dan Serai


Haa..ni yang nak kongsi dengan anda semua. Disebabkan saya dah rasa tak ketahuan..sakitnya badan penangan angin. Saya buat la air serai halia ni...minum. Siaplah bedebush-debush angin berebut-rebut keluar. Alhamdulillah setelah amalkan 3-4 hari, rasa banyaklah leganya. Macam mana nak buat?

Mula-mula..sediakan bahan-bahannya..simple saja.

VERSI 1 (SESUAI UNTUK MINUM DI RUMAH)


(sebelum direbus)

a- serai 1 batang (diketuk boleh, dihiris pun boleh)

Saya suka ketuk sebab saya nak rebus dan lepas rebus serai tu saya nak biar dalam air tu...jadi kalau hiris ada potensi untuk terhirup masuk mulut sekali. hehe.

b- halia sebesar ibu jari (ditumbuk separa lumat)

c- kurma 1 biji


Kemudian, masukkan air dalam periuk, saya buat separuh periuk saiz kecil, dan masukkan semua bahan-bahan. Rebus dengan api kecil. Bila dah mendidih, tutup api. Kurma diasingkan. Kalau air masih banyak tunggulah suam sikit baru diminum. Kalau air tinggal sikit (bergantung banyak mana air yang guna untuk rebus tadi), bolehlah campur lagi dengan air masak biasa. Sedap minum masa suam-suam panas tu. Minum untuk sepanjang hari. Boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau dah agak-agak air dalam tumbler tu tinggal separuh, top up lagi air masak / air suam. Macam mana rasanya? Pada saya, sedap. Halia dan serai tu kombinasi yang bagus..sebab bahan-bahan ni tak banyak jadi tak pedar sangat pun rasa halia. Kurma menyebabkan air rasa lemak-lemak, tak manis pun sebab sebiji je kurma.

VERSI 2 (UNTUK BEKAL KE TEMPAT KERJA)


nampak sedapkan? Refreshing

a- serai 1 batang dihiris (jangan halus sangat)

b- halian dihiris lebar tapi nipis

c- lemon dihiris nipis ( 2 hirisan dah memadai)

d- madu  lebah asli 1 sudu 


Rendam bahan a - b dalam air yang mendidih (kira-kira satu mug) dan tutup rapat kira-kira 15 minit. Kemudian, isi air masak dalam tumbler yang besar. masukkan air rendaman tadi beserta bahan-bahan yang dihiris. Masukkan hirisan lemon dan akhir sekali masukkan madu lebah ke dalam air tersebut. Sedia untuk diminum sepanjang hari. Sama seperti di atas, jika air dah agak-agak tinggal separuh bekas, boleh tambah air lagi. Rasanya? Masam-masam, pedas sikit, ada manis sikit. Saya tak gunakan kurma kerana jika bawa ke tempat kerja, ada potensi air jadi masam bila menjelang petang jika tak berada dalam suhu yang betul.

4. Supplement Peppermint Ginger Plus
Saya tahu, walaupun nak buat air halia tu senang je, tapi ramai juga yang tak berkesempatan nak buat. Tak pe, ini alternatif buat anda yang sibuk. Saya sendiri pun mesti ada stok PGP ni kat rumah. Ini cara paling senang, telan je pil comel ni. In sha Allah..angin-angin jahat akan lari keluar daripada badan anda. Nak beli? Boleh contact saya. Saya ahli Shaklee dan memang amalkan pun produk Shaklee ni. Harganya cuma RM45 sahaja.


5. Makan berulam halia, kunyit, bawang putih dan lada hitam

Ini sebenarnya makanan orang dalam pantang. Mudah jugak. Halia, kunyit hidup , bawang putih dihiris nipis. Goreng dalam minyak yang sedikit sampai agak kekuningan kemudian angkat. Lada hitam pulak basuh dan keringkan..kalau saya makan mentah dan sebijik-sebijik gitu je. Makan dengan nasi panas, makan lah sekali dengan lauk-pauk anda yang biasa (elakkan makan makanan yang bersifat angin macam sayur kacang panjang, kobis, ubi keledek, labu dll).


***Pesan saya, bila dah makan halia, lada hitam, minum pun air halia, pastikan minum air kosong lebih daripada biasa sebab semua ni sifatnya panas. Risau naik ulser pulak nanti kalau badan jenis tak tahan.

6. Pastikan tidur cukup

Ini saya sendiri dapat rasa. Kalau tubuh kita berada pada tahap tak begitu sihat, cedera, lemah, seboleh mungkin jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang cukup. Kurang tidur menyebabkan badan anda lagi mudah nak masuk angin. Kalau boleh tidur dengan memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh. Seluar panjang, baju lengan panjang, kalau dapat pakai stokin lagi baik.

7. Pastikan rutin ke tandas lancar

Ini pun satu lagi punca angin tak keluar dari badan. Sembelit atau susah nak membuang air besar. Sungguh! Perkara ni tak pelik. Biasanya bila saya dah makan semua remedi kat atas, saya lebih mudah ke tandas. Selesai tu...alhamdulillah rasa lega perut dan badan sekali rasa ringan. Macam mana pulak nak bagi mudah proses perkumuhan ni? Kalau nak ikut saya, saya makan suplemen Ostematrix Shaklee...ini pun stok wajib di rumah. Makan malam, pagi esok mudah ke ke tandas. Tapi kalau suami saya, dia suka makan pisang. Stok pisang di rumah kami tak pernah miss. Lain orang lain caranya.

Baiklah, itulah serba sedikit perkongsian saya dengan anda para pembaca semua. Semoga yang baik anda boleh manfaatkan. Oh ye..kalau mengandung..dapatkan nasihat doktor dulu sebelum amalkan sesuatu. Tapi Ostematrix memang selamat. PGP pun selamat asalkan jangan lebih dos. 

Kalau nak tempah suplemen Shaklee boleh hubungi saya ya.

Puan Mai
SID 918631
012 3302067 (SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM)
Min-Aina-Ila-Aina (Facebook Fanpage)


Alhamdulillah, 8 design sudah difinalizedkan sebagai design baru untuk batch terbaru #bukuminiasmaulhusna. 8 design ni segar dan menarik..ada juga design sebelum ini yang masih dikekalkan seperti design no 3. Design no 1 pula diubah sedikit agar lebih menarik.

In sha Allah, dah boleh buat tempahan sekarang. Oh ye..kalau nak mini Yaasin pun ada juga.




Kami tawarkan 3 pakej Asmaul Husna dan Yaasin ini:

1) Asmaul Husna / Yaasin sahaja

2) Asmaul Husna / Yaasin + kotak (dengan pvc lutsinar di bahagian hadapan)

3) Asmaul Husna / Yaasin + kotak (dengan pvc lutsinar di bahagian hadapan) + tasbih mini

** tempahan dengan tasbih perlu lebih awal kerana tasbih dibuat secara handmade.



Contoh set lengkap asmaul husna + kotak + tasbih

* design ini pun masih ada lagi

Harga?

Minimum pembelian ialah 50 unit.
Harga bergantung pada kuantiti yang diminta. Semakin banyak kuantiti, semakin jimat harga yang anda akan dapat.
Kos penghantaran (pos) adalah mengikut berat barangan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan segan untuk hubungi kami melalui medium di bawah:


Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia



Alhamdulillah, kami dapat balik ke kampung pada cuti Hari Raya Aildil Adha baru-baru ini. 
Sebenarnya..saya suka sangat balik balik kampung. Anak-anak pun excited yang amat. Tapiiii..saya memang tak suka nak bersiap balik kampung tu. Persiapan yang sangatlah meletihkan, bagi saya. Nak balik 3 hari macam nak balik sebulan. Semua nak kena kemas, bersih, ready, selamat. Ini memang fe'el suami saya...jadi mahu tak mahu buat jugalah sampai menepati spesifikasi dia. Karang takde orang nak drive balik kampung pulak kan? hahahaha.

Ok, terbaca coretan pengasas Pertubuhan Sedekah Subuh di dinding Facebook miliknya. Dan ye..terkena batang hidung sendiri. Bagaiman persiapan kita untuk PULANG KE KAMPUNG AKHIRAT?

BALIK KAMPUNG DUNIA & BALIK KAMPUNG AKHIRAT...
Penat sungguh berkemas...2 malam longgok barang nak balik kampung tepi pintu supaya tak lupa & tak tertinggal.
Buang sampah
Tutup tingkap
Kunci pintu
Angkat baju
Kemas baju
Cuci pinggan
Adoiiiii penatnya.
Tiba-tiba....semasa lalu di longgokkan barang nak bawak balik ke kampung
Hati terdetik!
Ni baru nak balik kampung dunia
Persiapan bukan main lagi
2 hari berkemas
Siap segala bagai
Nak balik kampung akhirat?
Confirm punya lagi lama
1 hari di dunia sama dengan 1000 tahun akhirat
Tapi tak lah ready macam nak balik kampung dunia.
Solat malam selalu tercicir
Puasa sunat pun terkucil
zikir-zikir tasbih-tasbih pun terpinggir
Itu baru cerita yang sunat-sunat
Yang wajib-wajib
Rasanya belum dapat A+++
kalau B++ pun kira ok dah tu
Hmmmm....
Mana lebih kekal?
Kampung dunia atau kampung akhirat?
Tentulah kampung akhirat...
Soalan bodoh
Tapi kenapa tak ready bersungguh-sungguh untuk kampung akhirat?
Ni lagi bodoh!
ALLAH..
ampun ya Rabb


Hari ni, nak berkongsi sedikit tips buat pembaca sekalian, terutama yang sedang stres, hadapi tekanan, rasa serabut, tidak produktif dan ada banyak tugas penting untuk diselesaikan.

Jika anda google cara kurangkan tekanan, cara hadapi tekanan atau stres...akan banyak keluar segala macam tips yang boleh diambil dan dimanfaatkan. Namun di sini hari ini, saya nak share 1 sahaja tips yang saya rasa sangat membantu jika anda ialah seorang yang aktif dalam media sosial dan dalam masa yang sama anda sedang stres sekarang. Perkara ni saya tulis sebab saya sudah lalui sendiri.

Jika anda sedang serabut, ada banyak masalah yang perlu difikirkan, atau mungkin sedang menyiapkan tugasan yang mustahak, cuba larikan diri SEBENTAR daripada SEMUA JENIS MEDIA SOSIAL (Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Emel, TV, Radio. dll..). Dalam tempoh itu, hanya fokus pada urusan anda sendiri sahaja. Jangan fikir langsung tentang media sosial...usah juga rasa bersalah. Itu semua tidak perlu. Jika seseorang mahu mencari anda untuk urusan yang sangat-sangat penting, dia akan hubungi anda terus melalui talian.

Jika anda sebenarnya bukanlah sibuk, hanya rasa stres atau serabut, jangan pula dalam tempoh ini, anda rasa sunyi. Inilah masanya untuk anda cari hiburan sebenar untuk hati dan jiwa anda. Banyak lagi pekara lain yang boleh dilakukan..yang lebih realiti. Contohnya, ambil masa ini untuk membaca Al-Qur'an, berzikir, solat sunat, baca buku fizikal, boleh jadi anda mahu bersiar-siar di taman, atau pergi bercuti selama satu hari, menonton wayang juga boleh, ziarah rakan dan  paling baik kalau dapat ziarah ibu bapa. Itulah antara punca-punca kegembiraan di dunia ini, iaitu restu ibu bapa. 

Baik, nak bincang sikit takrif SEBENTAR kat atas tu. Sebentar yang dimaksudkan tu bukanlah satu atau dua jam tetapi sekurang-kurangnya separuh hari. Lebih lama lebih baik, tetapi yalah kita semua pun maklum hari ini ramai juga orang yang menyampaikan mesej penting melalui media sosial. Jadi, kita beri kelonggaran la sikit. Tetapi...buka hanya untuk melihat jika ada notifikasi penting sahaja. Kalau masuk FB tu tengok notifications sahaja cukup..tak perlu skroll...tak perlu update apa-apa. Lepas tu, cepat-cepatlah tutup sebelum mood anda nak berlama-lama tu datang. Kalau masuk Whatsapp..sebaiknya tengok mesej peribadi sahaja, group tak perlu pun takpe. Kalau nak check jugak...skrol laju-laju baca sepintas lalu sahaja tak perlu khatam satu demi satu perbualan. SALAH SATU TIPS UNTUK SEMAK NOTOFICATIONS NI IALAH SELEPAS JAM 12 MALAM. Sebab apa? Sebab masa tu semua orang pun dah masuk tidur, jadi anda tak tergoda untuk berbual, berbalas komen, ataupun baca status yang baru lalu di wall.

Mengapa? Apa yang tak boleh sangat media sosial ni? Apa kaitannya dengan stres dan keserabutan kepala kita? Kita rasa stres dan serabut sebab minda atau otak kita ni terlalu banyak fikir tentang sesuatu, dan kadang-kadang sesuatu tu bukannya satu..kotnya lebih daripada sepuluh perkara kita nak kena fikir. Hati kita pun simpan 1001 rasa terhadap perkara-perkara yang difikirkan itu. Dan tanpa kita sedar, bila kita buka media sosial...kita telah memberatkan lagi beban kepala kita untuk proses bermacam-macam isu yang SEBENARNYA TAK PENTING PUN UNTUK KITA FIKIR DAN AMBIL TAHU dalam waktu sekarang. Contohnya, macam isu yang timbul dalam seminggu ini..kisah surat cinta da'ie, kisah jutawan penat buat baik, kisah buli di sekolah rendah, dan seribu satu kisah yang menjadi bualan orang lain. Memang kita rasa kita tak fikir sangat pun isu-isu tu...tapi kita tak boleh kawal otak kita..apa sahaja input, dia akan proses. Kalau input itu bagus, mungkin membantu diri kita menjadi lebih tenang dan gembira. Tetapi jika input itu tak bagus? Itu yang jadi kita rasa semakin serabut dan stres juga makin bertambah. Hati pun sama juga, tak boleh tidak mesti ada rasa yang hati kita alami. Contohnya tak suka, sedih, kesian dan lain-lain. 

Apa kata anda cuba sekarang? Ya..sekarang juga! Jika anda rasa banyak kelegaan yang anda dapat melalui cara ini...kalau rajin komenlah ye di bawah:)