Musim Konvokesyen...hatiku menangis


Sekarang, Oktober 2016...musim konvokesyen di universiti-universiti di seluruh Malaysia. 
Dalam gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan sama ada yang sepenyeliaan, yang berada di sekeliling mahupun yang menjadi kenalan di alam maya..hati ini menangis sendiri. Hanya di hati. 

Sesuungguhnya..jalan di hadapan nampak berbalam...seakan ada cahaya, tetapi seakan sangat jauh. Hati yakin boleh sampai, tapi laluannya nampak seperti penuh onak dan duri. Sudah lama diri ini berjalan..merangkak... berlari...tetapi tidak sampai-sampai. Memang sesekali lelah itu datang. Banyak sungguh perhentian yang memaksa langkah diperlahankan..adakala berhenti. Banyak sungguh air mata yang mengalir, banyak juga hati yang terluka. 

Ya Allah...tunjukkan aku jalan...berikan aku kelapangan...izinkan aku ya Allah..menikmati nikmat kejayaan ITU. Aku tidak menyesal ya Allah..kerana setiap ujianMu itu penuh hikmah, penuh pengajaran, untuk melatih diri dan hati ini. 

2 comments:

'Iffah said...

Awak :) terima kasih sebab selalu singgah blog saya .. bagaimana dengan PhD awak sudah selesai ya? :)

Min Aina Ila Aina said...

Alhamdulillah...sudah nampak jalannya tapi masih belum tamat lagi...tengah pulun. Target next month nak submit. Doakan ye. Dan semoga kita sama-sama berjaya.