Ulser kalau kena kat sekitar mulut memang sakit, tambah-tambah lagi kalau dah sampai ke tekak. Saya sejak kecik lagi kerap sangat diserang ulser mulut ni. Kecik-kecik dulu seingat saya, ayah belikan ubat dari kedai sengsei China. Ubatnya macam arang tapi dalam bentuk bar. Luarnya warna emas tapi bila dipatahkan nampakla macam arang kat dalam tu. Agak sayalah arang, tapi tak rapuh. Cara gunanya, kena bakar bar tu dan abunya disapu kat ulser.

Bila dah besar sikit macam umur-umur sekolah rendah tu, tiap kali kena ulser ayah bawak je ke klinik gomen. Dapatla ubat titik yang rasanya manis-manis tapi bila kena kat ulser rasa kebas habis sampai lidah-lidah. 


Saya masih kerap diserang ulser sampaila sekarang, malah anak saya pun mudah juga kena ulser mulut macam maknya. Keturunan kot. hehe. Antara petuanya bila kena ulser mulut ni banyakkan minum air kosong dan kerapkan mandi. Sebabnya badan kita panas. Tapi kadang-kadang ulser ni boleh juga terjadi sebab tergigit bibir, tergigit lidah. Pendek kata kena infection la bila ada luka. Ada beberapa penawar / ubat yang saya pernah cuba.

1. Bioglo Pure Aloe Gel
Gel daripada daun lidah buaya ini adalah organik, jadi bolehla digunakan di dalam mulut. Rasanya tidak memedihkan, tak pahit, cuma sedikit payau. Saya rasa gel ni sangat sesuai kalau nak ubat ulser baby atau kanak-kanak kecil sebabnya ubat-ubat yang lain biasanya pahit dan memedihkan. Gel ni boleh didapati di kedai Cosway, harga lebih kurang belasan ringgit. Boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit macam ruam, luka dan lain-lain masalah kulit.

2. Bonjela

Ini adalah ubat kegemaran saya masa di sekolah menengah. Bonjela hak milik sickbay tu dah macam saya punya. Rasanya agak tak sedap, sedikit pahit dan sangat pedih bila disapu ke ulser, juga ada rasa berangin. Dulu bonjela ni sangat serasi dengan saya, bubuh sekali dua dah ok. Tapi sejak-sejak dah meninggalkan sekolah menengah ni, letak bonjela pun dah tak jalan dah. Kalau maupun, ambil masa yang agak lama baru nak sembuh. Bonjela ni juga boleh digunakan untuk meredakan sakit gigi, nak redakan sakit bayi nak tumbuh gigi. Boleh didapati di farmasi.


3.Sanjin Compound Watermelon Frost


Saya baru je tau tentang kewujudan ubat ni. Kawan sepejabat yang bagitau selepas saya merungut bonjela dah tak jalan dengan ulser mulut saya. Masa tu saya kena ulser yang teruk, dalam mulut ke ada 2-3 ulser dan kat tekak juga naik ulser sampai tahap tak boleh nak makan. Sakit sangat. Jadi saya pun usahalah cari ubat ni di farmasi terkemuka macam Watson dan Guardian. Ubat ni adalah sejenis herba perubatan China yang dibuat daripada biji tembikai dan didatangkan dalam bentuk serbuk. Saya pernah beli dalam botol yang lebih kecil daripada botol dalam gambar di atas dengan harga 2 ringgit lebih, dan yang macam gambar di atas pulak RM5.40. Alhamdulillah dengan izin Allah, ulser saya cepat baik dengan ubat ni. Biasanya letak 2-3 kali, dah mula rasa kurang sakit dan masuk hari ke 2 atau ke3 dah baik sepenuhnya. Rasanya lebih kurang bonjela, sedikit pahit, berangin dan pedih bila kena kat luka. Boleh juga digunakan untuk merawat sakit tekak, sakit gigi, kulit luka dan terbakar.

4. Oral aid

Oral aid ni boleh didapati di klinik-klinik berdekatan.

5. Garam


Ini cara tradisional. Tapi nak buatnya kena keberanian dan kekuatan untuk menahan sakit yang teramat. Letak garam halus pada ulser dalam mulut dan tahanlah sakit sehingga air mata meleleh. Wuhuuu...boleh dicuba tapi tak dapat dipastikan tempoh masa untuk pulih sebab saya sendiri biasanya buat sekali je.


Apa yang penting, banyakkan minum air dan kalau boleh kerapkan mandi.

Update (seminggu sebelum Ramadhan 2012: Julai 2012)


Baru-baru ni saya kena ulser di tonsil. Banyak kali dah kena, makan antibiotik, hilang, lepas tu tak lama naik balik tempat yang sama juga. Saya perasan tiap kali kena, doc di PK Univ mesti bagi saya vitamin C dan Zink sebagai supplement. Selain tu, ubat kumur la macam biasa. Jadi, lepas dah 3kali dapat antibiotik dan masih juga ulser tu dok muncul kat tempat yang sama, saya rasa saya nak cuba ubati sendiri. Dah taknak ambil antibiotik. Saya ambil vitamin C 1000mg. Kemudian saya mandi lebih kerap, lebih daripada 3x sehari. Selepas 2 hari, saya rasa telinga saya jadi bengang dan bengap, mesti ulser tu dah makin teruk, detik saya dalam hati. Suluh-suluh kat cermin, memang pun dah ada 2 lagi.

Maka saya pun mengalah dan pergi ke klinik memandangkan dah nak masuk bulan puasa. Kalau bulan puasa kan kita lebih dehidrated. Bila jumpa doc, doc tengok dalam mulut dia kata takde pun ulser. Saya kata ada, siap bagitau kat mana dan ada berapa. Nganga punyalah luas. Doc pun buat muka heran, mesti dia ingat saya buat-buat cerita atau budak ni dah tak betul. Saya balik dengan ubat kumur dan oral aid saja. Saya pelik, takkan doc tak boleh nampak ulser sikit punya besar. Balik rumah, saya pun suluh kat cermin. Ha'a la..dah tak ada! Wah, dengan izin Allah berkesan jugak supplement vitamin C dan mandi kerap tu ye. Doc pun ada cakap, ulser ni boleh juga jadi jika badan kita kekurangan vitamin C. Dia memang sarankan saya ambil 1000mg sehari, tapi dia suruh saya beli sendiri sebab vic C kat klinik kesihatan tu cuma ada yang 100mg saja. Kalau saya nak juga, saya kena makan 10 biji sehari. Buat macam gula-gula sedap jugakan? 

Update 10 Mei 2013

Suplemen Boleh Mengelak dan Meredakan Ulser Dengan Cepat

Berdasarkan pengalaman-pengalaman di atas dan langkah pencegahan yang saya amalkan alhamdulilah saya dah tak demam lagi sejak Ramadhan 2012. Hampir setahun! Pencapaian yang cemerlang untuk saya yang keraaaap sangat demam akibat infection pada tekak ni. Bayangkan selama 2 tahun saya asyik demam on off sebab ulser tu. Saya percaya badan saya kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan imun badan saya lemah dan mudah kena infection, seterusnya demam dan sakit-sakit yang seangkatan dengannya seperti batuk dan selesema. Untuk menampung kekurangan itu, apa yang saya ambil? Saya memilih Shaklee kerana vitaminnya semulajadi, berkesan dan berbaloi.



1- Vitamin C
 Shaklee mempunyai dua pilihan Vitamin C. Satu Sustained Released Vita-C 500mg dan satu lagi Chewable Vita-C 100mg. Yang 500mg ni untuk ditelan manakala yang 100mg pulak boleh dikunyah. Biasanya orang dewasa akan pilih SRVita-C 500mg, anak-anak pulak diberi Chewy Vita-C yang 100mg. Senangkan anak-anak nak makan, kunyah dan hisap je. Dosnya pun 100mg sahaja, sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya masam-masam limau sitrus. Tapi bukan bermakna Chewy ni sesuai untuk kanak-kanak saja tau, orang dewasa pun boleh ambil kalau suka. Biasanya ibu-ibu mengandung trimester pertama suka la kunyah Chewy yang masam-masam ni.

Ada lagi tau keistimewaan Vita-C Shaklee ni...SR Vita-C 500mg ni ialah sustained release iaitu bertindak mengikut pelepasan masa. SR Vita-C ni mengandungi 500mg / tablet, jadi setiap 1 jam hanya 100mg vita-c sahaja yang akan dilepaskan untuk digunakan oleh tubuh. Pelepasan ini akan memenuhi keperluan tubuh sehingga 5 jam tanpa dibazirkan. Kenapa saya kata membazir? Sebab kalau badan tak perlukan dos yang tinggi, Vitamin C yang merupakan vitamin larut air akan disingkirkan daripada badan tanpa digunakan. Kan rugi tu. Jadi, macam dalam kes saya di atas, untuk melengkapkan 1000mg sehari, saya hanya perlu ambil 2 tablet SR Vita-C dalam sela masa 5 jam. 


2- Zinc
Macam yang saya kata, doktor selalu bagi saya zinc kalau saya kena ulser. Rupa-rupanya Zinc sangat baik untuk meningkatkan tahap imun badan. Berita baiknya, Zinc Complex Shaklee sangatlah berbaloi, yang termurah dalam senarai suplemen Shaklee. Boleh kongsi dengan suami juga sebab Zinc juga sangat baik untuk kesihatan lelaki. Apapun, jangan terlebih dos ye kerana terlebih ambil zinc akan mengganggu nutrien lain dalam tubuh misalnya copper. Jika anda beli daripada saya, saya akan guide cara pengambilan yang betul untuk anda secara percuma.


3- Performance Drink
Minuman isotonik tanpa karbonat dan gula ini juga minuman kegemaran saya. Mesti ada stok di rumah. Ianya mengandungi elektrolit yang menghidrasi badan lebih daripada air. Juga mengandungi Vitamin C!. Kalau cuaca panas melampau dan bibir pun dah mula pecah atau kering saya akan terus bancuh PD ni. Kalau kena bawak motor dalam panas matahari pun PD akan jadi bekalan saya. Lepas workout, PD menghilangkan dahaga dan memberikan tenaga segera. Tak lama lagi dah Ramadhan, PD sangat sesuai untuk bersahur dan berbuka. Rasa oren yang tidak begitu pekat, tak manis tapi boleh je kalau nak tambah gula. Rasa macam air asam boi pun ada.  Saya sangat rekomen PD buat mereka yang susah nak minum air kosong yang mencukupi.



4- Nutriferon




Nutriferon merupakan suplemen interferon yang juga immune booster yang hebat. Formula eksklusif berpaten didapati hanya daripada Shaklee. Ditemukan oleh Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih 40 tahun penyelidikan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntukan bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi tahap selular. Pengambilan secara berkala dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun. Nutriferon ni kira suplemen kecemasan yang perlu ada di setiap rumah. Kalau demam selesema, ulser, bengkak tonsil, malah bisul pun, Nutriferon merupakan penawar yang hebat. 


Alhamdulillah dengan izin Allah, ada beberapa kali sebelum ni masa musim ramai orang kena demam selsema akibat cuaca tak menentu, saya pun rasa tekak macam berpasir, suluh-suluh dah merah, dan penah juga ulsernya dah naik pun. Terus saya up kan pengambilan Vitamin C, minum PD dan ambil zinc dengan konsisten, ulser tu surut dan saya tak demam. Dulu saya cukup takut kalau kena hujan walaupun tempiasnya. Sekarang walaupun saya kuyup berhujan naik motor, syukur saya tak lagi demam. Sofiy pun macam tu juga, kalau nampak dah mula nak selesema atau batuk, terus up vitamin c dia...alhamdulillah akhirnya Allah beri juga kami peluang untuk sihat seperti orang lain. Oh ya..jangan lupa minum air masak banyak-banyak :-)


Mahu dapatkan Vitamin-vitamin ini? Anda boleh beli secara online dengan klik klik butang eSell di bawah ini dan beli online secara terus daripada Shaklee. Anda boleh pilih vitamin yang anda mahu daripada senarai SET IMMUNE BOOSTER yang dicadangkan. Transaksi adalah menggunakan kad kredit atau kad debit dan Shaklee akan poskan terus ke alamat anda. Hubungi kami untuk konsultasi percuma.



BELI SET IMMUNE BOOSTER DI SINI

ATAU

Hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah dan kami akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Sekadar memanjangkan promosi akhirat yang saya petik daripada majalah ANIS Mac 2012.


MaBIQ adalah sebuah maahad tahfiz yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Diasaskan oleh Ust. Jamaluddin dan isterinya, Umee Ruziani di atas tanah sendiri di Lot 29738, Kg. Peramu, Tg. Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang. Pendidikan, tempat tinggal, makan minum pelajar dan lain-lain ditaja sepenuhnya oleh masyarakat.

FADILAT SEDEKAH
Menurut al-Qur'an, al-Hadis dan huraian ulama, antaranya ialah:

*Mengundang datangnya rezeki
*Menolak datangnya bala atau malapetaka
*Menyembuhkan penyakit
*Mempercepatkan makbulnya hajat (perkara mulia)
*Memanjangkan umur dan lain-lain kebaikan

TAWARAN:

*Menjadi ahli penderma tetap MaBIQ (untuk makan, minum, pendidikan dan pengurusan pelajar) RM 10 sebulan atau RM120 setahun

*Membeli wakaf tanah dan bangunan bernilai RM70 sekaki sahaja

HULURKAN DERMA IKHLAS ANDA:


Akaun MAYBANK                 : 556 011 011 889
Akaun CIMB BANK               : 060 400 002 961 09
Akaun BANK ISLAM             : 060 190 100 854 83
Akaun BANK MUAMALAT  : 060 100 033 027 14

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ust. Jamal 016-9541234
Ustzh Umee 016- 9535699
Faks 09-5341639
Website http://mabiq.blogspot.com
Emel jamalmabiq@yahoo.com


Muhasabah: Hanya RM10 sebulan, beratkah untuk kita? Sedangkan kita boleh makan lebih daripada RM10 untuk satu hidangan untuk seorang. Sedangkan kita boleh beli coklat satu bar dengan harga lebih daripada RM10. Sedangkan barang kosmetik kita berkali ganda RM10. Renung-renungkan dan selamat berinfaq.