Friday, March 23, 2012

Ulser mulut: Beberapa penawar yang boleh dicuba

Ulser kalau kena kat sekitar mulut memang sakit, tambah-tambah lagi kalau dah sampai ke tekak. Saya sejak kecik lagi kerap sangat diserang ulser mulut ni. Kecik-kecik dulu seingat saya, ayah belikan ubat dari kedai sengsei China. Ubatnya macam arang tapi dalam bentuk bar. Luarnya warna emas tapi bila dipatahkan nampakla macam arang kat dalam tu. Agak sayalah arang, tapi tak rapuh. Cara gunanya, kena bakar bar tu dan abunya disapu kat ulser.

Bila dah besar sikit macam umur-umur sekolah rendah tu, tiap kali kena ulser ayah bawak je ke klinik gomen. Dapatla ubat titik yang rasanya manis-manis tapi bila kena kat ulser rasa kebas habis sampai lidah-lidah. 


Saya masih kerap diserang ulser sampaila sekarang, malah anak saya pun mudah juga kena ulser mulut macam maknya. Keturunan kot. hehe. Antara petuanya bila kena ulser mulut ni banyakkan minum air kosong dan kerapkan mandi. Sebabnya badan kita panas. Tapi kadang-kadang ulser ni boleh juga terjadi sebab tergigit bibir, tergigit lidah. Pendek kata kena infection la bila ada luka. Ada beberapa penawar / ubat yang saya pernah cuba.

1. Bioglo Pure Aloe Gel
Gel daripada daun lidah buaya ini adalah organik, jadi bolehla digunakan di dalam mulut. Rasanya tidak memedihkan, tak pahit, cuma sedikit payau. Saya rasa gel ni sangat sesuai kalau nak ubat ulser baby atau kanak-kanak kecil sebabnya ubat-ubat yang lain biasanya pahit dan memedihkan. Gel ni boleh didapati di kedai Cosway, harga lebih kurang belasan ringgit. Boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit macam ruam, luka dan lain-lain masalah kulit.

2. Bonjela

Ini adalah ubat kegemaran saya masa di sekolah menengah. Bonjela hak milik sickbay tu dah macam saya punya. Rasanya agak tak sedap, sedikit pahit dan sangat pedih bila disapu ke ulser, juga ada rasa berangin. Dulu bonjela ni sangat serasi dengan saya, bubuh sekali dua dah ok. Tapi sejak-sejak dah meninggalkan sekolah menengah ni, letak bonjela pun dah tak jalan dah. Kalau maupun, ambil masa yang agak lama baru nak sembuh. Bonjela ni juga boleh digunakan untuk meredakan sakit gigi, nak redakan sakit bayi nak tumbuh gigi. Boleh didapati di farmasi.


3.Sanjin Compound Watermelon Frost


Saya baru je tau tentang kewujudan ubat ni. Kawan sepejabat yang bagitau selepas saya merungut bonjela dah tak jalan dengan ulser mulut saya. Masa tu saya kena ulser yang teruk, dalam mulut ke ada 2-3 ulser dan kat tekak juga naik ulser sampai tahap tak boleh nak makan. Sakit sangat. Jadi saya pun usahalah cari ubat ni di farmasi terkemuka macam Watson dan Guardian. Ubat ni adalah sejenis herba perubatan China yang dibuat daripada biji tembikai dan didatangkan dalam bentuk serbuk. Saya pernah beli dalam botol yang lebih kecil daripada botol dalam gambar di atas dengan harga 2 ringgit lebih, dan yang macam gambar di atas pulak RM5.40. Alhamdulillah dengan izin Allah, ulser saya cepat baik dengan ubat ni. Biasanya letak 2-3 kali, dah mula rasa kurang sakit dan masuk hari ke 2 atau ke3 dah baik sepenuhnya. Rasanya lebih kurang bonjela, sedikit pahit, berangin dan pedih bila kena kat luka. Boleh juga digunakan untuk merawat sakit tekak, sakit gigi, kulit luka dan terbakar.

4. Oral aid

Oral aid ni boleh didapati di klinik-klinik berdekatan.

5. Garam


Ini cara tradisional. Tapi nak buatnya kena keberanian dan kekuatan untuk menahan sakit yang teramat. Letak garam halus pada ulser dalam mulut dan tahanlah sakit sehingga air mata meleleh. Wuhuuu...boleh dicuba tapi tak dapat dipastikan tempoh masa untuk pulih sebab saya sendiri biasanya buat sekali je.


Apa yang penting, banyakkan minum air dan kalau boleh kerapkan mandi.

Update (seminggu sebelum Ramadhan 2012: Julai 2012)


Baru-baru ni saya kena ulser di tonsil. Banyak kali dah kena, makan antibiotik, hilang, lepas tu tak lama naik balik tempat yang sama juga. Saya perasan tiap kali kena, doc di PK Univ mesti bagi saya vitamin C dan Zink sebagai supplement. Selain tu, ubat kumur la macam biasa. Jadi, lepas dah 3kali dapat antibiotik dan masih juga ulser tu dok muncul kat tempat yang sama, saya rasa saya nak cuba ubati sendiri. Dah taknak ambil antibiotik. Saya ambil vitamin C 1000mg. Kemudian saya mandi lebih kerap, lebih daripada 3x sehari. Selepas 2 hari, saya rasa telinga saya jadi bengang dan bengap, mesti ulser tu dah makin teruk, detik saya dalam hati. Suluh-suluh kat cermin, memang pun dah ada 2 lagi.

Maka saya pun mengalah dan pergi ke klinik memandangkan dah nak masuk bulan puasa. Kalau bulan puasa kan kita lebih dehidrated. Bila jumpa doc, doc tengok dalam mulut dia kata takde pun ulser. Saya kata ada, siap bagitau kat mana dan ada berapa. Nganga punyalah luas. Doc pun buat muka heran, mesti dia ingat saya buat-buat cerita atau budak ni dah tak betul. Saya balik dengan ubat kumur dan oral aid saja. Saya pelik, takkan doc tak boleh nampak ulser sikit punya besar. Balik rumah, saya pun suluh kat cermin. Ha'a la..dah tak ada! Wah, dengan izin Allah berkesan jugak supplement vitamin C dan mandi kerap tu ye. Doc pun ada cakap, ulser ni boleh juga jadi jika badan kita kekurangan vitamin C. Dia memang sarankan saya ambil 1000mg sehari, tapi dia suruh saya beli sendiri sebab vic C kat klinik kesihatan tu cuma ada yang 100mg saja. Kalau saya nak juga, saya kena makan 10 biji sehari. Buat macam gula-gula sedap jugakan? 

Update 10 Mei 2013

Suplemen Boleh Mengelak dan Meredakan Ulser Dengan Cepat

Berdasarkan pengalaman-pengalaman di atas dan langkah pencegahan yang saya amalkan alhamdulilah saya dah tak demam lagi sejak Ramadhan 2012. Hampir setahun! Pencapaian yang cemerlang untuk saya yang keraaaap sangat demam akibat infection pada tekak ni. Bayangkan selama 2 tahun saya asyik demam on off sebab ulser tu. Saya percaya badan saya kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan imun badan saya lemah dan mudah kena infection, seterusnya demam dan sakit-sakit yang seangkatan dengannya seperti batuk dan selesema. Untuk menampung kekurangan itu, apa yang saya ambil? Saya memilih Shaklee kerana vitaminnya semulajadi, berkesan dan berbaloi.



1- Vitamin C
 Shaklee mempunyai dua pilihan Vitamin C. Satu Sustained Released Vita-C 500mg dan satu lagi Chewable Vita-C 100mg. Yang 500mg ni untuk ditelan manakala yang 100mg pulak boleh dikunyah. Biasanya orang dewasa akan pilih SRVita-C 500mg, anak-anak pulak diberi Chewy Vita-C yang 100mg. Senangkan anak-anak nak makan, kunyah dan hisap je. Dosnya pun 100mg sahaja, sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya masam-masam limau sitrus. Tapi bukan bermakna Chewy ni sesuai untuk kanak-kanak saja tau, orang dewasa pun boleh ambil kalau suka. Biasanya ibu-ibu mengandung trimester pertama suka la kunyah Chewy yang masam-masam ni.

Ada lagi tau keistimewaan Vita-C Shaklee ni...SR Vita-C 500mg ni ialah sustained release iaitu bertindak mengikut pelepasan masa. SR Vita-C ni mengandungi 500mg / tablet, jadi setiap 1 jam hanya 100mg vita-c sahaja yang akan dilepaskan untuk digunakan oleh tubuh. Pelepasan ini akan memenuhi keperluan tubuh sehingga 5 jam tanpa dibazirkan. Kenapa saya kata membazir? Sebab kalau badan tak perlukan dos yang tinggi, Vitamin C yang merupakan vitamin larut air akan disingkirkan daripada badan tanpa digunakan. Kan rugi tu. Jadi, macam dalam kes saya di atas, untuk melengkapkan 1000mg sehari, saya hanya perlu ambil 2 tablet SR Vita-C dalam sela masa 5 jam. 


2- Zinc
Macam yang saya kata, doktor selalu bagi saya zinc kalau saya kena ulser. Rupa-rupanya Zinc sangat baik untuk meningkatkan tahap imun badan. Berita baiknya, Zinc Complex Shaklee sangatlah berbaloi, yang termurah dalam senarai suplemen Shaklee. Boleh kongsi dengan suami juga sebab Zinc juga sangat baik untuk kesihatan lelaki. Apapun, jangan terlebih dos ye kerana terlebih ambil zinc akan mengganggu nutrien lain dalam tubuh misalnya copper. Jika anda beli daripada saya, saya akan guide cara pengambilan yang betul untuk anda secara percuma.


3- Performance Drink
Minuman isotonik tanpa karbonat dan gula ini juga minuman kegemaran saya. Mesti ada stok di rumah. Ianya mengandungi elektrolit yang menghidrasi badan lebih daripada air. Juga mengandungi Vitamin C!. Kalau cuaca panas melampau dan bibir pun dah mula pecah atau kering saya akan terus bancuh PD ni. Kalau kena bawak motor dalam panas matahari pun PD akan jadi bekalan saya. Lepas workout, PD menghilangkan dahaga dan memberikan tenaga segera. Tak lama lagi dah Ramadhan, PD sangat sesuai untuk bersahur dan berbuka. Rasa oren yang tidak begitu pekat, tak manis tapi boleh je kalau nak tambah gula. Rasa macam air asam boi pun ada.  Saya sangat rekomen PD buat mereka yang susah nak minum air kosong yang mencukupi.



4- Nutriferon




Nutriferon merupakan suplemen interferon yang juga immune booster yang hebat. Formula eksklusif berpaten didapati hanya daripada Shaklee. Ditemukan oleh Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih 40 tahun penyelidikan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntukan bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi tahap selular. Pengambilan secara berkala dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun. Nutriferon ni kira suplemen kecemasan yang perlu ada di setiap rumah. Kalau demam selesema, ulser, bengkak tonsil, malah bisul pun, Nutriferon merupakan penawar yang hebat. 


Alhamdulillah dengan izin Allah, ada beberapa kali sebelum ni masa musim ramai orang kena demam selsema akibat cuaca tak menentu, saya pun rasa tekak macam berpasir, suluh-suluh dah merah, dan penah juga ulsernya dah naik pun. Terus saya up kan pengambilan Vitamin C, minum PD dan ambil zinc dengan konsisten, ulser tu surut dan saya tak demam. Dulu saya cukup takut kalau kena hujan walaupun tempiasnya. Sekarang walaupun saya kuyup berhujan naik motor, syukur saya tak lagi demam. Sofiy pun macam tu juga, kalau nampak dah mula nak selesema atau batuk, terus up vitamin c dia...alhamdulillah akhirnya Allah beri juga kami peluang untuk sihat seperti orang lain. Oh ya..jangan lupa minum air masak banyak-banyak :-)


Mahu dapatkan Vitamin-vitamin ini? Anda boleh beli secara online dengan klik klik butang eSell di bawah ini dan beli online secara terus daripada Shaklee. Anda boleh pilih vitamin yang anda mahu daripada senarai SET IMMUNE BOOSTER yang dicadangkan. Transaksi adalah menggunakan kad kredit atau kad debit dan Shaklee akan poskan terus ke alamat anda. Hubungi kami untuk konsultasi percuma.



BELI SET IMMUNE BOOSTER DI SINI

ATAU

Hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah dan kami akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

24 comments:

lailasani said...

saya kumur ngan air garam.. letak garam tu belum lagi... hahahah.. ngeri weih...

bonjela pun ngeri sbb hubby ckp pedih.. huhu..
kitorang pernah kena ulser satu family.. anak2 pun kena.. kesian kat diorg... seminggu berterusan... semua takleh nk makan.. huhuhu...

hati2, ulser ni berjangkit... melalui air liur.. sbb tulah kami kena berjemaah.. huhuhu

Anonymous said...

saya pun mengalami masalah yg sama.selalu dpt ulser di bhagian mulut,lidah ngan tekak. skali timbul bkan nya sebiji je..siap sampai 5 biji..sakit..apepon tq dgn entry ni.sdikit sbanyak ada membantu.

Asma said...

thanks sgt.anak sy yg umur dua tahun kena ulser.ksian sgt kat dia

Asma said...

thanks sgt.anak sy yg umur dua tahun kena ulser.ksian sgt kat dia

santos gusto said...

Bonjela xjalan lgsung sy gune...dahla pedih..tp sy nk share satu ubat ulser yg sgt brksan dan xpedih lgsung..cubela ORREPASTE..insyaAllah 1 or 2 hr je..ley dpt kt frmasi :))

santos gusto said...

Bonjela xjalan lgsung sy gune...dahla pedih..tp sy nk share satu ubat ulser yg sgt brksan dan xpedih lgsung..cubela ORREPASTE..insyaAllah 1 or 2 hr je..ley dpt kt frmasi :))

Anonymous said...

Sgt membantu info ni. Terima kasih!

Anonymous said...

Bonjela memang dah jadi ubat utama.Garam digunakan bila bonjela takda.Memang pedih woo,rasa nak tunggang terbalik je =="

Anonymous said...

salam.sy bru 3ari kena ulse di bibir n gusi gigi sebelah ats..,di kejakan ank laki sy yg aktif berumur 1thn5bln yg menyebabkan bibir sy luka n berdarah..iman xckup kuat didada nk bubuh garam..hehee,xthn sakit n pedihhhh....

dunia mama said...

tank u kongsi ubat-ubat nk pulih kan penyakit ni...dh tak tahan lg nk menanggung ulcer 3 biji yg ada dlm mulut ni nk nk lagi dlm bulan puasa
sakit pulak ati kite

dunia mama said...

tank.u bagi info dh tk tahan nak tanggung sakit ulcer 3 biji yg ada dlm mulut ni nak nak lagi tgh puasa kite sapu je dgn garam sakit pulak ati kite..

Min Aina Ila Aina said...

Sama-sama, semoga bermanfaat. Apapun, masalah ulser ni ialah infection. Pastikan nutrien mencukupi dan minum air yang cukup ye.

Anonymous said...

Saya pun ada ulser sekarang ni. Kt ats bibir ade banyak sangat ulser. Dalam tekak ni. Besar . Bile sy sendiri tgk pn terkejut. Macam bernanah. Dah dua hari tak makan. Telan air liur pun sakit. Disebabkan tak makan. Saya diserang gastrik. Sebab ulser tu juga saya demam teruk. Saya nak mandi tak boleh. Badan mengigil2.. tp sy prgi klinik doktor bg oral aid je. Tak sembuh lg..

Anonymous said...

Saya pun ada ulser sekarang ni. Kt ats bibir ade banyak sangat ulser. Dalam tekak ni. Besar . Bile sy sendiri tgk pn terkejut. Macam bernanah. Dah dua hari tak makan. Telan air liur pun sakit. Disebabkan tak makan. Saya diserang gastrik. Sebab ulser tu juga saya demam teruk. Saya nak mandi tak boleh. Badan mengigil2.. tp sy prgi klinik doktor bg oral aid je. Tak sembuh lg..

Min Aina Ila Aina said...

Saya sarankan pergi klinik lagi, tanya tak perlu antibiotik ke. Lepas dah ok nanti kena makan vitamin ye untuk perlindungan jangka masa panjang supaya ulser tu tak naik balik.

Badan berasid juga menyebabkan mudah kena ulser. Untuk badan berasid dan gastrik, elok ambil Alfalfa Complex Shaklee.

Selain tu kerapkan mandi dan minum air. Boleh buka puasa kalau kes teruk sampai tak boleh makan.

Anonymous said...

Huhu..sakit tu...sabar je lah

Anonymous said...

Hye... nk share... ank sy ckup 3 bulan kena ulser... beli bioglo relief gel pakai kt anak trus surut. Mcm x pecaya... dr 5 tompok d dlm bibir tgl 2 je... cuba la berkesan... x sakit x pedih... tq share...

Anonymous said...

I ni dah bertahun,menanggung ulser ni semenjak i berhenti merokok,sekejap ada dlm seminggu hilang selang dua,tiga hari ada balik,tk menentu kat lidah,kat bibr pendek kata semua ada lah kat dlm mulut.tmp yg paling derita sekali kat hujung lidah....waloww weh....siksanyee....i tanya kawan i tu pasal dia dah lama mengalami masalah ni,mcm tu gak lpas dia stop isap rokok.pekara pertama yg aku tanya bila aku call dia adalah mcm mana ulser ada lg ke,sering lali dia jwb baik sekejab,dua tiga hari ada balik sampailah. Skrg,sama jugalah dng i skrg.

Min Aina Ila Aina said...

En Anon,

Pertama tahniah sebab sudah berjaya berhenti merokok. Info baru buat saya, rupanya berhenti merokok bukan sekadar melawan ketagihan tapi juga perubahan sistem badan.

Untuk memulih seluruh sistem badan secara dalaman, kalau memilih Shaklee saya sangat syorkan Vivix. In sha Allah seluruh sistem badan akan kembali normal dan menjadi lebih muda daripada umur sebenar tubuh kita.

Untuk imun, boleh cuba Nutriferon Shaklee.

Saya harap Encik akan segera sembuh daripada ulser yang berulang itu. Saya tau ulser di lidah sangat sakit.

mursyeed izzat said...

Mcm mana nk guna ubat sanjin compound watermalon frost kt bibir yg luka?

Min Aina Ila Aina said...

letak sikit pada jari dan terus sapu kat tempat sakit. Elakkan kena air liur untuk sementara.

Anonymous said...

anak saye 2 tahun tknk makan..gigi sume da tumbuh..tapi dia asyik tunjuk mulut dia sakit je..risau dibuatnya..ade pendapat?saye blm bawak ke klinik lgy

Anonymous said...

Saya ni remaja sekolah. Selalu kena dkt bibir je ini tiba tiba kena dekat gusi dkt dgn tekak pehhh memang perit tk terkata. jgn kata makan, telan airliur pun perit teramat. Nk pergi klinik or farmasi cari ubat tp parents mcm tak ambil kisah shj. Saya ingat nk letak garam bg surut tp lepas baca emmm seriau pula rasanya. Hmmm apa yg perlu saya buat?

Min Aina Ila Aina said...

Salam, dik.

Letak garam tu sakit sekejap je. Kalau akak, memang dulu-dulu masa susah nak ke klinik garam je la ubatnya.

Takpun, adik pergi ke klinik kerajaan. Bayaran cuma RM1. Dan jangan lupa minum air banyak-banyak dan takmau stres2 ye :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...