Showing posts with label Vita-C. Show all posts
Showing posts with label Vita-C. Show all posts


Siapa pengamal vitamin akan faham macam mana rasanya bila dah terputus bekalan vitamin. Alhamdulillah tak lama sangat menghilangnya Sustained Release Vita-C Shaklee ni...

Jadi, siapa nak beli silakan ye, jangan segan hubungi saya. Saya boleh bantu dapatkan vitamin kesayangan anda ini bersama consultation sekali. In sha Allah. Atau, anda nak klik-klik sendiri pun boleh, tak ada masalah.



ATAU


Biar kami bantu anda, hubungi kami melalui medium di bawah:

Puan Mai
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra / online seluruh Malaysia

SMS/ WHATSAPP/TELEGRAM : 012 3302067
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FB PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @maiasihat

Persediaan Kembali Ke Sekolah Anak-anak Syurga




Ini wajah anakanda Sofiy awal tahun 2013, hari pertama ke tadika


In sha Allah beberapa hari lagi anak-anak akan mula bersekolah semula. Tahun baru, kelas baru atau sekolah baru. Mak-mak pun dok pakat-pakat bercerita pasal sekolah je dua tiga menjak ni. Antara topik-topik biasa, tadika mana bagus, beli baju dan peralatan sekolah, yuran tadika, daycare, transit, orientasi, anak menangis, hatta jahit lencana pun boleh jadi topik mak-mak berborak. Ada yang siap buka group whatsapp untuk discuss-discuss perihal anak-anak ni. Begitulah jiwa seorang ibu...mahu yang terbaik buat anak-anak.

Persediaan Anak-anak Ke Sekolah


1- Persediaan Mental dan Emosi


Bagi yang baru nak masuk sekolah, memang dilemalah. Ada setengah tu, anak yang buat drama. Ada jugak mak yang jadi ratu drama air mata. Sebenarnya mana-mana ibu pun akan rasa sayu dan terharu di hari pertama anak masuk sekolah. Masa tu la rasa "eh dah besar rupanya anak aku', " pandai ke dia bawak diri dengan persekitaran baru", " boleh ke dia catch up pelajaran dalam kelas nanti" dan pelbagai kegusaran yang lain. 

Jadi, persediaan mental dan emosi ni perlu dipupuk sebelum anak-anak ke sekolah pada hari pertama. Saya selalu guna konsep 'pesan selalu' pada anak. Saya akan pesan pada dia apa yang dia perlu hadapi nanti. Bagi dia gambaran awal yang tidak menjatuhkan motivasi dan tidak juga sesuatu yang fantasi. Misalnya, saya pesan bila dah sekolah Sofiy kena bangun awal. Nanti dah sekolah Sofiy kena makan sendiri, ke tandas sendiri, Sofiy akan belajar dengan ramai kawan, Sofiy kena dengar cakap cikgu, Sofiy tak boleh main masa belajar, Sofiy kena tidur awal dan lain-lain lagi. Jadi, dia dah semat dalam ingatan dia tentang realiti persekolahan lebih awal. Takde la terkejut terkujat anak. 

2- Persediaan Bangun Pagi


Ini memang biasa jadi rungutan mak-mak. Memanglah dah pesan, tapi ngantuk tetaplah ngantuk. Mak-mak boleh bagitau anak siap-siap pukul berapa dia perlu bangun setiap hari. Misalnya pukul 7. Cara saya, dan alhamdulillah berkesan...saya akan kejutkan Sofiy dengan lafaz Assalamualaikum. Sapa dia dengan suara mesra dan belaian manja. Peluk, cium dan ayah dia suka gurau-gurau sikit supaya mata dia cepat segar. Kemudian bagitahu dia dah pukul berapa dan tunjuk jam. Alhamdulillah dengan cara ni Sofiy mudah pandai tengok jam. Bagi kanak-kanak yang dah besar sikit (sekolah rendah), saya sarankan beri mereka Ostematrix sebelum tidur malam supaya mereka mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti dan mudah bangun pagi. Ostematrix juga merupakan suplemen kalsium yang mudah ditelan dan dipecahkan kepada dos yang kecil dalam setiap tablet.




3- Sarapan Pagi


Ramai budak tak berapa suka sarapan awal pagi. Tapi mahu tak mahu, anak-anak mesti bersarapan sebelum ke sekolah supaya mereka dapat memberi tumpuan dalam kelas dan bertenaga sepanjang hari. Masa awal-awal dulu Sofiy pun tak lalu nak sarapan. Saya suap dia makan nasi panas dengan lauk telur mata letak kicap sebab masa tu itu lauk favourite dia. Licin sepinggan.hehe. Kemudian-kemudiannya, dia lebih prefer roti dan susu. Cuma tukar-tukarlah jenis roti tu. Bijirin sarapan pun bagus juga. Saya selit juga sebiji kurma. Minum pula, semestinya susu + Meal Shakes atau susu + madu. Sebelum ke sekolah, saya beri dia Chewable Vitamin C dan Omega. Berita baik, tahun ni Chewable Vita-lea for Child dan kembali dengan rasa yang lebih enak...rasa lebih confident dengan zat dan nutrisi yang kita berikan pada anak dengan adanya suplemen sebagai top up kepada makanan sebenar.


Bulan Januari 2015 ni, sempena kembalinya Chewable Vita-lea di pasaran, ada promosi Buy 3 Free 1 daripada Shaklee. Rasa anggur yang manis-manis masam, bukan anak je suka, mak pun tumpang sebotol.hehe. Rugi tak rebut peluang ni. 

 Chewable Vita-lea  Beli 3 Percuma 1 Januari 2015


Vita-lea ni multivitamin, yang sukatannya dan dikhaskan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Tapi kalau nak yang bancuh-bancuh pun ada, Meal Shakes Shaklee ni juga kaya dengan khasiat vitamin dan mineral. Rasa french vanila yang wangi ni memang melazatkan minuman anak-anak. Anak-anak pun mudah kenyang kerana kandungan proteinnya.



4- Suntik Semangat Sebelum ke Sekolah


Selain suplemen dalam bentuk makanan, kita juga perlu bagi anak-anak suplemen dalam bentuk kerohanian. Suntik semangat mereka, kalau mak-mak kita dulu selalu pesan "belajar elok-elok", kita ibu-ibu moden boleh jadi lebih kreatif. Cabaran anak-anak kita sangat besar di akhir zaman ni. Saya suka dengan cara seorang sahabat, yang akan buat satu sesi 'SELF MOTIVATION' untuk anak dia. Setiap pagi anak dia akan sebut "saya sihat, saya cantik, saya pandai, saya solehah, saya sayang cikgu", dan dikahiri dengan TAKBIR! ALLAHUAKBAR! Saya pulak, biasanya sambil sikat rambut Sofiy saya akan selawat, peluk, cium, berikan kata-kata semangat dan pesanan. Saya ada kongsi tips daripada Ustaz Izhar DI SINI.

Aik, kata persediaan kembali ke sekolah. Takkan takde persediaan fizikal yang lain macam baju dan peralatan sekolah? Itu semua orang dah maklum, apa yang perlu dibeli. Tapi untuk Sofiy, 2015 ni tak ada persediaan baju dan alat tulis yang kami beli. Kami cuba ikut pesanan konsultan kewangan Shamsuddin Kadir, berbelanja besar untuk kemasukan anak-anak ke sekolah adalah budaya, katanya. Jadi, ia budaya berbelanja yang boleh kita tidak turuti. Baju Sofiy memang tak ganti sebab masih di tadika yang sama. Peralatan tulis pun, guna saja yang tahun lepas sebab semuanya masih dalam keadaan baik dan mencukupi. Beg sekolah cuma basuh saja bagi bersih. Alhamdulillah Sofiy pun tak bising nak barang baru. Mudah-mudahan anak kami membesar dengan cara bersederhana.

Oh ya, kalau ada yang berminat nak dapatkan suplemen Shaklee sama ada Set Kanak-Kanak Ceria ataupun vitamin-vitamin yang lain, boleh roger-roger saya segera ya. In sha Allah vitamin-vitamin asas ni ada ready stock.

Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar keahlian Shaklee;

Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Lepas Bersalin, Perut Masih Buncit?


Jangan Tengok Rambut, Tengok Perut!



Ini mungkin gambar 2 tahun lepas, Kate pun dah mengandung second baby, girl katanya. Tapi inilah hakikatnya, keluarga diraja pun sama je dengan rakyat marhaen kalau bab mengandung ni.

Saya mengintai juga cerita kelahiran His Royal Highness Prince George of Cmbridge ni. Ramai betul yang puji rambut Kate Middleton tu, dan stylist diraja pun kena hendap. Tapi dalam banyak-banyak komen, saya tertarik dengan komen seorang pembaca yang bertanya.

"Kenapa perut dia still buncit walaupun dah bersalin?"


Haha! Ibu-ibu yang dah pernah bersalin mesti hangin je dengar soalan macam tu. Hakikatnya, proses bersalin tidak memungkinkan tubuh si ibu kembali ke bentuk asal dengan serta-merta. Itulah sebabnya ada tempoh berpantang di mana waktu itu si ibu perlu berehat dan menjaga kesihatan diri dan kesihatan bayinya. Waktu itu dikenali sebagai postpartum period. Dalam tempoh ini, tubuh ibu mengalami proses pemulihan, rahim akan kembali mengecut, air berlebihan dalam badan akan dibuang, luka-luka akibat proses bersalin akan pulih, hormon akan kembali stabil sedikit demi sedikit dan berat badan akan semakin berkurangan. Namun ramai ibu yang masih tidak mendapat berat badan sebelum mengandung walaupun selepas habis tempoh berpantang.

Pengalaman saya sendiri, 'membesar' dengan jayanya sepanjang masa mengandung anak pertama iaitu kenaikan berat badan sebanyak 20kg! Mengandung yang kedua ni alhamdulillah tak naik sampai macam tu, hanya 10kg sahaja tapi...berat sebelum mengandung tu tak berapa cantik iaitu 57.5kg. Asalnya berat saya dah capai 49kg selepas diet, kemudian pregnant dan keguguran. Jadi tak sempat turun berat, lekat semula :-) 

Lepas je bersalin perut memang menggeleber. Rasa tak best sangat, sebab masa mengandung walaupun besar tapi perut tu tegang...bila baby dah keluar? hihi. Serius rasa susah hati, risau perut takmau kecut. Tanya kawan-kawan pun semua cakap "No idea" selain berbengkung. Alhamdulillah, masa habis pantang 44 hari perut dah tak la membuak teruk macam ada sorang lagi. Saya amalkan Omega Guard, ESP, dan Set Bersalin Shaklee. Saya pakai bengkung sip dengan infra red dan juga bertungku. Tapiiiii..sekarang dah off bengkung. Slap me! Ok, stop cerita pasal saya. Nak cerita sikit tentang Set Bersalin + Penyusuan Shaklee.


Kini, ramai ibu memilih kaedah berpantang yang digabungkan antara cara tradisional seperti bertungku, berbengkung, berpilis dan berparam dengan cara modern iaitu pengambilan suplemen. Shaklee adalah antara produk yang paling laris di pasaran kerana ianya semulajadi, tidak menyebabkan jaundis, mudah diamalkan dan menyokong penyusuan susu ibu.

Apakah set yang sesuai untuk ibu-ibu ini?

# Set Bersalin Shaklee

  - Vita-lea
  - B-Complex
  - Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  - Zinc Complex

# Set Penyusuan Shaklee


Set Asas
- Vita-lea
- B- Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex

Set Optimum
- Vita-lea
- B-Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex
- OsteMatrix
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)

# Set Diet Ibu Menyusu Shaklee

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Set-set yang kami cadangkan ini sangat sesuai denagn keperluan si ibu. Set Bersalin Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas yang penting untuk memulihkan tenaga si ibu, dilengkapi dengan Zinc Complex bagi membantu luka-luka pulih dengan cepat dan tidak dijangkiti kuman. Ia juga membantu imun badan si ibu menjadi lebih kuat dalam menempuh rutin baharu sebagai seorang ibu yang tentu saja kepenatan melayan ragam bayi kecilnya.

Begitu juga dengan Set Penyusuan Shaklee, vitamin-vitamin asas dibekalkan agar badan ibu sentiasa cukup dengan nutrisi. Nutrisi yang lengkap menjamin badan yang sihat sekaligus menggalakkan pengeluaran susu yang cukup untuk keperluan bayi. Malah untungnya, bayi juga dapat menyerap khasiat yang ada dalam susu si ibu untuk tumbesaran yang lebih baik. Set Menyusu juga dilengkapi dengan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai milkbooster, iaitu penggalak susu.

Set Diet Ibu Menyusu adalah gabungan vitamin dan suplemen yang membantu ibu dalam mengawal berat badan dan mengurangkan berat badan secara beransur-ansur tanpa memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi. Lecithin dan Omega Guard merupakan suplemen yang bertindak sebagai pembakar lemak (fat emulsifier) dan mengawal selera makan. Alfalfa pula merupakan serat yang berfungsi membawa keluar segala lemak berlebihan itu dari badan melalui perkumuhan. Manakala ESP pula merupakan sumber protein yang rendah lemak dan kolesterol, membantu membina otot agar tubuh si ibu tidak terus menggeleber selepas penurunan berat badan. ESP juga membantu menghilangkan selulit, mencantikkan kulit dan memberikan rasa kenyang agar si ibu tidak makan secara keterlaluan akibat menyusukan bayi.

Jap, nak belanja gambar buat motivasi ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau yang sedang berusaha kembali ke berat dan figura asal, termasuklah saya. haha.


Ini gambar selepas confinement okeh! Jelous mak. 

Dan kita tunggu pulak penampilan pertama Che Ta selepas berpantang...

Anda berminat? Jangan segan hubungi kami dan kami akan berikan konsultasi percuma eksklusif untuk pelanggan MAIA..




Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Promosi Berganda Shaklee Disember 2014


Sedar tak sedar, kita dah pun berada di bulan terakhir 2014. Disember. Biasanya bulan Disember ni meriah dengan aktiviti membeli-belah. Ibu bapa sibuk dengan sesi beli-belah Back To School. Para wanita (biasanya) pula ambil peluang harga diskaun jualan akhir tahun untuk penuhi wishlist:-) Ulat buku pun dapat melampiaskan nafsu memborong buku di BigBadWolf yang baru berlangsung. Apa lagi? 

Hari ni nak bagitau, bukan kat shopping mall sahaja ada Year End Sale tau! Shaklee pun buat jualan akhir tahun 2014 dengan mengisytiharkan Promosi Berganda Disember 2014 : SR Vita-C Plus dan Vita-E Complex! Haaa..bukan mudah nak dapat promosi macam ni. Dua vitamin yang memang superb lagi famous pulak tu. 



Bagi mereka yang teliti dan sentiasa menjaga penampilan dan kecantikan kulit, tentu saja maklum dengan khasiat dua vitamin ini Vita-C & Vita-E. Vita-E memang terkenal sebagai vitamin kulit cantik. Tak kurang juga Vita-C, pun ramai tahu sangat baik untuk kecantikan kulit. Pengamal vitamin-vitamin ini akan mendapat kesan cantik yang bermula dari dalam. Natural beauty gitu. Bila kulit dah cantik secara semulajadi, tak perlu lagi nak make up tebal atau nak cover dengan concealer. Boleh keluar rumah tanpa make up lagi you!!!


Khasiat Vitamin E


Sebelum mengambil apa-apa suplemen, tentulah kita hendak tahu apakah khasiatnya secara keseluruhan kepada tubuh, betulkan? Jom kita tengok apakah fungsi dan khasiat Vitamin E.

- Melindungi Jantung 
- Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif (kesuburan): sangat baik untuk kesuburan lelaki, selenium dan ekstrak biji anggur mempercepatkan penyerapan.
- Anti Penuaan : mengurangkan kedutan, garis halus, parut, dan bintik penuaan
- Antioksidan Yang Kuat: memelihara kulit daripada radikal bebas, pancaran sinar UV dan asap
- Memudarkan Parut
- Meningkatkan Libido: kerana itu ia terkenal sebagai 'Vitamin Cinta'.

Khasiat Vitamin C


- Membentuk kolagen
- Meningkatkan Imuniti Tubuh : sesuai untuk mereka yang mudah diserang demam, selesema dan batuk, melawan jangkitan bakteria.
- Mengurangkan Alergi : baik untuk resdung, gatal kulit dan asthma
- Mencantikkan Kulit: Mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen
- Memulihkan luka

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Berdasarkan fungsi dan khasiat vitamin-vitamin ini, kedua-duanya termasuk dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee. Untuk set lengkap, hanya perlu tambah satu lagi vitamin yang tidak kurang pentingnya iaitu B-Complex. B-Complex sangat berkesan dalam mengawal stres sama ada stres emosi ataupun fizikal. B-Complex juga membantu menyamaratakan tona kulit dan mengelakkan kulit menjadi kusam. Bayangkan saja jika ketiga-tiga Vitamin Cantik ini digabungkan dan bertindak dari dalam tubuh kita? In sha Allah tahap kesihatan kita akan meningkat, dan bonusnya kulit cantik juga milik kita. Semestinya bukan hanya di wajah.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Cara Hilangkan Parut Jerawat


Jerawat! Oh, no! no!

Haha..macam tu sekali orang tak sukakan jerawat, inikan pula parut jerawat yang kekal di wajah. Memang bikin spoil kan? Namun adakah parut jerawat memang perlu kekal di wajah? Sebenarnya, masih ada cara untuk memudarkan seterusnya menghilangkan parut jerawat. Cuma, KENA RAJIN dan SABAR!

Vitamin E dan Parut Jerawat

Vitamin E merujuk kepada salah satu vitamin larut lemak yang juga merupakan antioksidan yang kuat. Dah ramai sangat yang mampu tersenyum setelah mengambil Vitamin E kerana parut jerawat sudah semakin pudar atau hilang. Jerawat menghilangkan kelembapan kulit dan menyebabkan parut terbentuk. Vitamin E membuatkan kulit lebih lembut, merangsang peredaran darah dalam tisu kulit dan melembapkannya. Apabila disapu pada kulit pula, ia menggalakkan pembentukan tisu baru. Vitamin E juga menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit. Radikal termasuk cahaya ultra ungu inilah yang memburukkan lagi kesan parut.

Namun perlu diingat, bagi masalah jerawat yang masih belum sembuh, sapuan terus Vitamin E pada kulit boleh memburukkan keadaan. Sebaiknya Vitamin E hanya diambil dalam bentuk oral sekiranya jerawat masih belum reda dan disokong juga dengan gabungan beberapa vitamin lain yang termasuk dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee. Ini bagi memastikan proses penyembuhan berlaku dengan sebaiknya.

Testimoni Parut Jerawat Hilang dengan Vita – E Shaklee



Parut hilang selepas 4 bulan makan Vita -E Shaklee


Jerawat dan parut hilang, konsisten ambil Set Kecantikan Kulit Shaklee 
(yang di dalamnya ada Vita-E)

Set Kecantikan Kulit Shaklee



Set Kecantikan Kulit Shaklee terdiri daripada 3 vitamin asas iaitu:
B-Complex - membantu mengurangkan stres emosi dan fizikal termasuk kulit, menyamaratakan tona kulit
Vita-C - membina kolagen yang diperlukan oleh tisu dan kulit, serta menyekat pembentukan pigmen yang menggelapkan kulit
Vita-E - antioksidan yang menghalang radikal bebas serta memudarkan parut jerawat

Kaedah Tradisional Menghilangkan Parut

Selain pengambilan suplemen, anda juga boleh mencuba beberapa kaedah tradisional yang terkenal sebagai penawar parut. Namun, jika guna kaedah ini kena LEBIH-LEBIH-LEBIH RAJIN LAGI kerana semestinya mengambil masa untuk dilihat kesannya.

1-Ambil Daun Lidah Buaya.Buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian 
buang kulit daun tersebut untuk dapatkan lendir pada daun.Sapu 
lendir pada  parut di wajah anda.


2-Ambil tepung ubi dan kunyit hidup, campurkan dan letak pada parut.

3-Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan 
pada parut setiap malam. Kesokan harinya cuci dengan air suam.


4-Kisar timun dan tapiskan airnya.Tampalkan hampas timun pada 
bahagian parut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.


5-Tumbuk 10 helai daun sirih muda, tempelkan pada  bekas jerawat. Setelah kering cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3x seminggu.




***

***

Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tips Untuk Ibu Bapa Sewaktu Anak Mengambil Peperiksaan


Dah nak masuk 2 minggu kot bertangguh nak tulis entri ni. Kebetulan tadi baca status seorang sahabat yang baru lepas buat revision dengan anaknya yang nak periksa esok. Bila dengar keluhan mak-mak yang stres anak nak periksa ni, terpanggil berkongsi sedikit panduan dan tips daripada pengalaman diri sendiri dan yang pernah didapati daripada majlis ilmu.

Persediaan Sepanjang Tahun


1- Doakan anak setiap kali waktu solat atau bila-bila terkenangkan anak. Sentiasa berfikiran positif bahawa anak kita BOLEH dan TERBAIK. Sesungguhnya sangkaan seorang ibu itu juga merupakan doa.

2- Latih anak agar sentiasa positif dan yakin dengan kebolehan diri sendiri, tetapi tak lah sampai over confident dan jadi malas belajar.

3- Sediakan sarapan sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan mudah dan ringkas namun berkhasiat.


Klik gambar untuk paparan lebih jelas


4- Boleh berikan suplemen yang merangsang minda anak-anak seperti minyak ikan, lecithin, kurma, madu, badam dan kismis secara konsisten.

Set Kanak-kanak Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard (minyak ikan), Chewable Vita-C untuk kesihatan dan Meal Shakes untuk bekalan multivitamin serta protein lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak.



5-Luangkan masa mengulangkaji atau semak kerja sekolah anak secara rutin. Elakkan hanya ambil berat sewaktu musim peperiksaan. Ilmu yang disimpan dalam jangka masa panjang adalah lebih mudah diingati dan sukar untuk lupa.


Doa Supaya Rajin Membaca
(abaikan tulisan saya yang cakar ayam)

6- Didik anak agar mengutamakan solat dan doa supaya berkat

Cukuplah 6 poin, yang lain-lain biasanya ibu bapa lebih arif. 


Tips Sewaktu Musim Peperiksaan


Dipetik daripada rancangan Tanyalah Ustaz TV9, tips diberikan oleh Ustaz Izhar melalui pengalamannya sendiri.

1- Pagi-pagi atau sebelum anak keluar rumah untuk menghadapi peperiksaan:

-Letak tangan kanan kita pada dada kiri anak.
-Baca surah Al-Insyirah 1x
               ATAU
- Baca surah Al-Fatihah 1x, Al-Insyirah 1x, dan selawat 7x
- Tiup perlahan di ubun-ubun anak

2- Tips jika anak terlupa jawapan sewaktu peperiksaan berlangsung:


- Minta anak sedekahkan Al-Fatihah buat semua guru-gurunya
- Bacalah selawat sampai jawapan tu dapat diingat semula.


Semoga bermanfaat! dan selamat berjaya buat anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan.



Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee


Selepas dilahirkan, hak pertama si anak ialah mendapat susu ibunya. Alhamdulillah, kesedaran tentang penyusuan susu ibu di Malaysia sangat memberangsangkan dan tidak asing lagi di kalangan ibu bekerja.

Namun, melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun bukanlah perkara yang sangat mudah namun tidak mustahil. Ramai ibu setuju bahawa pemakanan merupakan salah satu faktor penting dalam proses melengkapkan tempoh penyusuan. Penyusuan susu ibu tidak seharusnya menyebabkan si ibu kekurangan nutrisi, atau mengganggu rutin harian dan komitmen lain.

Mengapa Set Penyusuan Shaklee sangat terkenal? Ini kerana set ini telah membantu ibu-ibu yang mengamalkannya memperolehi kehidupan yang harmoni dan berkualiti sepanjang tempoh penyusuan berlangsung.

Fungsi Asas Set Penyusuan Shaklee:



ESP: Protein merupakan komponen utama dalam susu ibu dan sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Ibu yang mengambil ESP juga tidak mudah berasa lapar serta dapat membina semula otot-otot tubuh dan berpeluang mendapatkan berat badan idaman.

OsteMatrix: Membekalkan kalsium yang mencukupi untuk ibu. Dalam tempoh penyusuan, kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu menghadapi masalah lenguh, sakit badan, sakit gigi dan osteoporosis.

Vita-lea: Multivitamin lengkap dengan 28 vitamin dan mineral untuk menjana tenaga dan membekalkan susu ibu yang berkualiti buat bayi.

Vita-C: Sebagai pelindung daripada jangkitan, memelihara sistem imun tubuh ibu dan bayi. Vitamin C juga membantu ibu mendapatkan kulit yang cantik.

B-Complex: Sangat penting untuk penghasilan tenaga, mengurangkan penat, mengawal stres fizikal dan mental serta mamacu metabolisme tubuh.

Alfalfa: Alfalfa terkenal sebagai penggalak susu (milkbooster). Ini kerana alfalfa berfungsi sebagai perangsang kelenjar pituitari, iaitu sumber kepada hormon asas laktasi. – Sumber

Manfaat Bonus Set Penyusuan Shaklee:


Kulit yang cantik dan gebu


Pengamal set ini bukan sahaja mendapat manfaat kesihatan dan kelangsungan dalam penyusuan, malah turut mendapati kulit mereka menjadi bertambah cerah, licin dan gebu. Gabungan vitamin dalam set ini ternyata memberikan kesan positif secara menyeluruh.

sebelum mengandung  vs  dalam tempoh penyusuan

Bentuk dan berat badan ideal


Rata-rata ibu menyusu memang mudah menurunkan berat badan, namun dengan pengambilan set ini badan juga mudah terbentuk kerana otot-otot terbina dengan pengambilan protein dan nutrien yang mencukupi.

Rumah tangga dan hubungan suami isteri harmoni


Apabila ibu sihat, mereka dapat berperanan dengan baik sebagai suri keluarga walaupun mempunyai komitmen kerja dan penyusuan. Pengambilan vitamin juga dapat mengelakkan kedinginan dalam hubungan suami isteri akibat hormon, kerana seluruh sistem tubuh disokong oleh nutrisi yang lengkap.


***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, My Info Vitamin, VitaMoon & MyFreshVita

***

Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.