Kenangan Ambil UPSR 19 Tahun Lalu



Alhamdulillah, hari ni para pelajar tahun 6 seluruh negara yang telah menduduki UPSR tahun 2015 ini telah pun menerima keputusan masing-masing. Dengarnya, mak-mak yang lebih berdebar.hehe. Walau bagaimanapun result masing-masing, acik ucapkan TAHNIAH buat semua..sebab dah berjaya menduduki sebuah peperiksaan yang cukup penting untuk tahap sekolah rendah. Sudah ramai yang bikin entri dan post tentang obses straight A's, tentang kiasu dalam pendidikan dan stres di kalangan murid-murid tak ketinggalan tentang sistem pendidikan negara. Saya tak rasa nak kupas tentang perkara tersebut, dan mungkin tak layak pun sebab saya bukan cikgu, bukan juga terlibat dengan kementerian pendidikan, anak pun belum masuk sekolah lagi. Saya hanyalah seorang bekas calon UPSR pada tahun 1996:)

So nak imbas kembali kenangan ambil UPSR tahun 1996. Sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Lenggong merupakan salah sebuah sekolah luar bendar. Ada 3 kelas untuk pelajar tahun 6, saya masih ingat kelas 6 Teratai, 6 Mawar dan 6 Kemboja. Kelas disusun mengikut tahap pencapaian murid dengan 6 Teratai sebagai kelas paling atas. Uniknya sekolah kami, walaupun sekolah rendah tetapi ada asrama yang menempatkan sebahagian pelajar tahun 5 dan tahun 6. 

Saya ingat lagi, masa tahun 6 saya cuma belajar subjek yang tidak masuk dalam peperiksaan UPSR kira-kira beberapa bulan je. Lepas tu, kami hanya fokus kepada 4 mata pelajaran yang akan masuk UPSR. Masa tu cuma 4A, belum 5 A macam sekarang. Kami memang diberi latihan pengukuhan dan latih tubi. Tak cukup waktu persekolahan, cikgu tambah lagi dengan kelas tambahan pada waktu petang dan dengarnya ada prep pada waktu malam untuk pelajar asrama. Memang rajin cikgu-cikgu kamikan?

Pada waktu kelas juga cikgu akan bekalkan kismis untuk kami, seorang makan 7 biji sahaja. Saya rasa setiap hari dapat makan kismis. Seronok! Apa lgi kenangan ya? Haa..hari exam. Sebenarnya waktu exam la paling seronok. Kena pulak yang dekat-dekat saya ramainya budak kelas saya...memang kecoh la. Saya duduk di kalangan budak lelaki sebab nama saya mula huruf M, sebaris la dengan Muhammad. Ada seorang lagi...Munirah nama dia. Kami je berdua yang perempuan. Ok, bukan la kata bajet pandai tapi mungkin atas faktor usaha yang berpanjangan dan penat lelah guru-guru, alhamdulillah saya tak rasa exam tu susah..cuma nak kata dapat 100 tu tak confident la kan. Siap kira lagi mana jawapan yang confident betul dengan jawapan yang agak-agak. hehe. Saya tak ingat berapa hari kami periksa, mungkin 3 hari kot. 

Kemudian, kenangan ambil keputusan. Tak silap saya, masa nak dapat keputusan tu..kami semua murid-murid tahun 6 dan murid asrama tahun 5 buat rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka. Rasanya cikgu dapat result tu masa kami di Melaka. Masa tu takda handphone bagai, cikgu pun tak guna handphone lagi, mungkin cikgu call sekolah guna public phone kot? Wallahu a'lam. Tapi result tu hanya cikgu je la yang tau..dan cikgu saja la konon nak bagi hint kami semua supaya kami cuak dan suspens.hehe.

Malam nak ambil result secara rasmi di sekolah, saya masih ingat lagi saya tonton drama lakonan Sofea Jane dan Maria Farida. Tajuk drama misteri dan seram tu..." Adakah Kau Merasa Sakit". Drama tu memang best, psiko dan scary. Masa tengok tu..saya dok ulang "takutnya' sebab memang takut pun. Sekali mak saya pintas "Takut tengok cerita tu ke, takut nak ambik keputusan esok?" Hahaha..ke situ pulak mak. Padahal saya tak pandai lagi nak nervous ambik result exam. Baru 12 tahun kanak-kanak ribena. Mungkin mak yang gemuruh kot? kikiki.

Hari ambik result saya tak de ingatan sangat. Mungkin pergi sekolah macam biasa je. Dan takde pun nak check result sorang-sorang ke apa..cikgu cuma bagi tau berapa orang dapat 4A. Tahun 1996 tu peningkatan ketara sangat dan cikgu sangat gembira. Ramai murid yang cikgu tak expect dapat A penuh, dapat A penuh. Saya masih ingat lagi kat mana senarai keputusan tu ditampal. 


Tuu..ada tulisan di dinding 4A Kami Yakin Boleh..di bawahnya ada soft board, kat situ la cikgu tampal keputusan.hehe.

Gambar ni masa jamuan perpisahan akhir tahun. Biasalah budak-budak mana reti sedih-sedih..jamuan adalah masa untuk bergembira, tak gitu? Ok, mahal tau nilainya gambar-gambar ni. Untungnya saya sebab dah ada kamera sendiri masa tu walaupun saya bukan orang senang, tapi berjaya jugak pujuk mak beli kamera. Sayangnya kamera tu dah hilang masa saya di Matriks UIA, dan hilang masa dipinjam oleh junior. Dia dah ganti dengan kamera baru, tapi jenama lain model lain la..sebab dah lama kan usia kamera tu pun..dah tak produce dah.

Itulah serba sedikit kenangan saya dan UPSR. Siapa lagi ambik UPSR 1996? Berapa result anda masa tu dan siapa anda sekarang? 

#upsr
#kenangan
#SKLG

0 comments: