Jika Terlintas Untuk Buat Baik, Itu Tandanya Allah Mahu Beri Sesuatu


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu :)

Saya doakan hari minggu anda semua ceria dan penuh kasih sayang. Amin.



Pernah tak, tiba-tiba je datang lintasan dalam hati untuk buat sesuatu yang baik? Kadang-kadang, kebaikan yang kecil-kecil saja. Contohnya;

~ Di wall facebook  kita lalu satu pos meminta derma untuk sebuah keluarga yang daif dan memerlukan. Hati rasa nak menyumbang sedikit.

~ Rasa nak telefon ibu ayah hari ni.

~ Ternampak seorang kanak-kanak di klinik, dan rasa nak beri sesuatu lalu teringat dalam beg kita ada biskut / roti.

~ Rasa nak belanja seseorang makan hari ni

~ Masuk masjid (bukan waktu solat) dengan tujuan nak tumpang guna tandas je, terfikir nak sedekah dalam tabung masjid.

~ Teringat nak baca semula satu tajuk buku yang dah lama beli di @bukumaia tapi belum habis baca (ini contoh ye. hehe)

~ Ada orang share doa ringkas di media sosial, dan rasa nak amalkan.

dan baaaaanyak lagi kebaikan-kebaikan yang lain.


Jika terlintas untuk buat baik, maka teruskan. Tak perlu fikir 2-3 kali. Buat saja. Seboleh-bolehnya jangan bertangguh..terus je buat. Sebab kalau bertangguh ni nanti boleh jadi lupa, boleh jadi juga kita diwaswaskan oleh syaitan supaya tak jadi buat. 

Contohnya, niat nak sedekah tapi kita bertangguh dengan fikiran..sekejap lagi la nak skrol facebook dulu...akhirnya kita terlupa. Atau, nak bagi biskut / roti tapi teragak-agak. Syaitan bisik di telinga, "ala..malu la apa kata orang yang nampak? Nanti diorang ingat kau nak tunjuk baik. Lagipun biskut tu kau nak makan bila kau rasa lapar bila-bila masa dalam perjalanan nanti " Lalu, kita terikut nasihat syaitan itu. Tak dapatlah kita satu pahala amal kebaikan. Kan rugi? Lebih rugi, jikalah kebaikan yang Allah lintaskan di hati kita itu sebenarnya dapat membuka lebih banyak pintu-pintu kebaikan. 

Satu perkara yang mungkin boleh jadi motivasi pada kita ialah, Allah sudah janji bahawa setiap amalan yang baik sama ada fardhu atau sunat, asalkan namanya kebaikan dan kebajikan, sebenarnya KITA BUAT UNTUK KEBAIKAN DIRI KITA SENDIRI. Allah tak perlu pun segala amal kebaikan kita tu...Allah tetap Maha Berkuasa, Maha Kaya dan kekal dengan sifat-sifat Allah yang agung. Malah Allah yang Memberi Rezeki kepada hamba-hambaNya.



Jadi, apa yang kita ragui lagi. Buat saja perkara baik-baik...itu tandanya Allah mahu beri kita lebih. Janji Allah, tentu Allah tunaikan. Kita mesti yakin.

#muhasabah
#jomcaripahala
#mudahnyamenjemputrezeki

1 comments:

Hot Instagram said...

Nice entry, bolehlah lawat kami pula di http://hotistagram.blogspot.my/