Tadi masa kelas Penulisan Akademik, belajar tentang konsep penulisan akademik dan cara mengenal khalayak. Khalayak di sini bermaksud pembaca, dan pembaca tesis PhD sebelum dianugerahkan gelaran Dr. cuma ada dua kategori saja, iaitu PENYELIA dan PENILAI. Ok, saya catatkan di sini secara ringkas tentang konsep penulisan akademik.
1. PENULISAN AKADEMIK IALAH PENULISAN YANG DIHASILKAN OLEH SARJANA UNTUK SARJANA YANG LAIN. Maksudnya anda adalah sebahagian daripada komuniti sarjana di tempat pengajian anda. Sebagai pelajar anda turut terlibat dengan pelbagai aktiviti kesarjanaan- membaca, memikir, berhujah, menulis, membentang, menyelidik. Pengalaman ini akan memebantu anda memahami jangkaan, konvensi, dan keperluan menulis secara ilmiah.
2. PENULISAN AKADEMIK TERTAKLUK KEPADA TOPIK DAN PERSOALAN YANG MENAJDI MINAT DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK. Apabila melakukan kerja ilmiah, anda harus cuba mendapatkan topik atau persoalan yang relevan dan sesuai. Tetapi bagaimana mengetahui hal ini? Pertamanya, beri perhatian tentang pandangan pensyarah anda sebab ia tentunya akan cuba membekalkan anda konteks di mana anda perlu menempatkan persoalan dan tumpuan kajian anda.
Keduanya, fahamilah bahawa kajian anda harus juga diminati oleh pelajar dan sarjana lain. Harus difahami bahawa penulisan akademik lebih daripada sekadar tindak balas peribadi. Anda harus menulis/mengkaji sesuatu yang pembaca rasa berguna/menyumbang. Dalam perkataan lain, anda harus berminat menulis sesuatu yang dapat membantu pembaca memahami sesuatu dengan lebih baik, atau melihat topik anda denagn cara baru.
3. PENULISAN AKADEMIK HARUS MEMPERSEMBAHKAN KEPADA PEMBACA SESUATU YANG BERBENTUK ARGUMEN. Untuk membina argumen, anda harus mampu mengemukakan apa yang ada tahu tentang subjek/topik kajian dan apa pandangan anda tentang topik tersebut. Dengan maksud lain, anda harus mempertimbangkan tentang apa yang telah sedia diketahui umum (sarjana lain) tentang topik, dan apa yang anda rasa tentangnya. Jika anda gagal untuk menjelaskan hal tersebut atau gagal berhujah, anda sebenarnya tidak mencapai jangkaan pembaca akademik anda.
Ok, sebenarnya saya nak sertakan checklist bagaimana mengenal khalayak tapi tak sempat, mungkin lain kali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat sesiapa yang berminat.
2 comments:
Salam Adik Min...
First time singgah di blog Min..
Thanks for sharing these tips...
Moga teruskan sharing the info..
Wassalam..
W'salam
Thanks kak Noor..saya akan kongsi apa yang ada sekiranya ada kesempatan, insyaAllah.
Post a Comment