Kelemahan-kelemahan Proposal PhD

Minggu ni dah masuk minggu kedua saya menghadiri kelas wajib untuk pelajar PhD. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya rasa macam zero sangat-sangat, tapi Dr. F memang pandai memberi motivasi dan semangat. Saya rasa macam nak kongsi macam-macam yang dibincangkan dalam kelas, tapi nota saya tak ada pertautan la pulak. hehe. Jot down aje apa yang rasa penting.

Oklah macam tajuk di atas,semalam kami ada membincangkan beberapa kelemahan yang biasa berlaku dalam proposal yang disediakan oleh pelajar.

1- TOPIK KAJIAN
     Topik kajian mesti jelas dan nyata dalam proposal yang dibina. Sebaik-baiknya mesti tergambar di awal-awal proposal lagi, sama ada di halaman pertama atau lebih baik lagi di perenggan pertama. Mengapa? Sebab proposal sifatnya ringkas tetapi padat. Ada pembaca yang tidak suka menunggu, kalau dah sampai halaman 7 atau 10 baru jumpa topik kajian, maka isi proposal berbaki berapa halaman saja?

Tips: Tulis apa yang pembaca perlu tahu sahaja
         Memahami expectation pembaca
         Mengenal khalayak (audience)/ pembaca

2- KETIDAKPASTIAN
    -tak pasti jenis data
    Calon akan mudah goyah apabila data yang digunakan dipertikaikan oleh khalayak. Contohnya dalam proposal tulis nak guna data korpus, tapi bila dipertikaikan dan dicadangkan data-data yang lain, calon dengan mudah mengubah dan menerima saranan khalayak tanpa mempertahankan data yang sedia dipilih. Mengapa situasi begitu terjadi? Sebab calon tidak pasti kekuatan dan kelebihan data yang dipihnya sendiri.

Tips: Yakin dengan data yang telah dipilih, tidak salah menghuraikan secara verbal kelebihan-kelebihan data   tersebut.
         Buat pilot study. Faedahnya, apabila dipertikaikan kita telah ada bukti dengan pilot study yang telah dilakukan
        Kaji dan ambil pandangan sarjana lain tentang penggunaan data tersebut

3- BACAAN
     Bagi seorang pelajar doktor falsafah terutamanya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, MEMBACA adalah wajib. Bahan bacaan perlu banyak, lebih dan terlampau. Bahan bacaan juga mestilah yang terkini. Selain itu, KITAB atau biasanya diberi jolokan BIBLE dalam disiplin masing-masing perlulah dikhatamkan terlebih dahulu.

Tips: Buat senarai bahan bacaan yang diambil daripada bibliografi penulis-penulis terdahulu. Cari dan miliki, sekurang-kurangnya salinan. Sekurang-kurangnya perlu ada dan baca 80% daripada senarai yang telah dibuat.
        Petik juga tulisan khalayak jika mereka dalam disiplin yang sama.

0 comments: