Kenali Tanda Penyakit Melalui Lidah


Tadi dapat pertanyaan daripada seorang bakal pelanggan, berbangsa Nepal. Mula-mula dia tanya tentang set diet sebab perut dia buncit...lama-lama keluar cerita tentang masalah lidah dia. Katanya dah 7 tahun dia menderita masalah lidah. Lidahnya terbelah-belah dan sakit. Walaupun dia lelaki, saya minta juga tengok lidah dia..dah macam doktor pulak rasa. Memang lidah dia terbelah besar di bahagian tengah, ada rekahan-rekahan kecil di seluruh lidah dan ada banyak tompok-tompok putih atas lidah. 

Melalui pembacaan, dia berkemungkinan menghadapi masalah penghadaman. Mengikut tradisi perubatan China, ini menunjukkan Yin deficiency. Walaupun saya tak faham tapi berdasarkan pembacaan daripada sumber-sumber yang lain juga menunjukkan masalah penghadaman iaitu melibatkan Stomach dan Spleen. Tak hairanlah kenapa dia ada masalah perut buncit. 


Secara umumnya inilah bahagian-bahagian dalaman yang diwakili oleh lidah kita. Jadi, apa kata lihat lidah anda dalam cermin sekarang. Di bahagian manakah yang bermasalah. Lidah yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu, lembut, tidak bercorak-corak atau berbucu dan lembap. 

Saya juga tak terkecuali, bagus juga ada pelanggan dengan pelbagai masalah kesihatan, jadi secara tak langsung saya juga akan lebih alert dengan petanda-petanda yang disampaikan oleh tubuh. Saya ada masalah QI deficiency, lebih kurang begini:

Bukan lidah saya :-)

Ada kesan gigi pada lidah, mungkin lidah saya sedikit membengkak. Ini dikatakan petanda masalah penghadaman juga, atau akibat badan yang terlalu letih. 

CADANGAN SUPLEMEN

Untuk pelanggan yang lidahnya pecah-pecah tadi saya sarankan ALFALFA COMPLEX, PEPPERMINT GINGER PLUS dan LECITHIN. Mengapa? Alfalfa digelar raja segala tumbuhan yang mempunyai seribu satu khasiat dan sangat mujarab membantu masalah penghadaman. Alfalfa merupakan tumbuhan yang tinggi serat. Peppermint Ginger Plus pula membantu masalah angin dalam badan, yang biasanya berlaku akibat penghadaman yang tidak baik. Pengalaman saya sendiri, PGP sangat baik untuk pelawasan. Lecithin pula saya sarankan untuk membakar lemak-lemak di perut yang tidak diperlukan oleh tubuh, dan Alfalfa sekali lagi berperanan membawa keluar lemak-lemak tersebut melalui proses perkumuhan.

Untuk masalah saya, saya akan lebihkan Alfalfa (saya adjust jadual alfalfa saya sebab saya dalam proses untuk cuba hamil lagi) dan akan teruskan PGP. In sha Allah saya akan tambah Garlic Complex.

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: