Assalamualaikum w.b.t
Seorang ibu menjaga kesihatan anaknya bukan bermula daripada hari anak tersebut dilahirkan ke dunia, sebaliknya lebih awal lagi, iaitu seawal sebelum si ibu mengandungkan si anak. Eh, kalau dah tak mengandung lagi macam mana pulak nak jaga? Itulah kelebihan seorang ibu. Seorang ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badannya sendiri agar sentiasa sihat untuk menyediakan rahim yang sihat dan bekalan darah yang baik untuk janin. Sebab itulah para doktor mengesyorkan ibu-ibu mengandung mengambil asid folik atau vitamin b-complex dengan asid folik paling kurang 2-3 bulan sebelum mengandung. Semuanya demi tumbesaran janin yang sihat.
Apatah lagi setelah mengandung, tentu saja si ibu perlu menjaga kesihatan diri dan kandungannya. Tapi, ibu mengandung ni sangat sangat fragile, sangat mudah diserang penyakit sama ada penyakit berjangkit (batuk, selesema, demam) mahupun penyakit yang tidak berjangkit (sendi, tekanan darah tinggi, diabetis, asthma). Ini kerana, dalam tempoh mengandung ini, imuniti dalam tubuh ibu adalah rendah demi membenarkan satu 'benda asing' iaitu fetus atau bayi membesar dengan baik di dalam tubuh si ibu. Antara penyakit berjangkit yang mudah dihidapi ibu-ibu mengandung ialah BATUK. Kadang-kadang batuk ini disertai selesema, kadang-kadang hanya batuk sahaja tanpa gejala selesema.
Batuk sewaktu mengandung terutama di awal kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Batuknya lain macam tau. Saya sudah mengalaminya sebanyak dua kali. Pertama sewaktu kandungan yang kedua, dan sekali lagi di awal kandungan yang ketiga (2014). Kedua-duanya terjadi sewaktu kandungan masih terlalu awal. Yang pertama tu masa saya dah tau saya mengandung (dalam 2bulan kandungan). Bila batuk datang tak henti-henti memang risau. Tambah dengan perut yang rasa bergegar-gegar, risau je apa-apa jadi pada kandungan. Malah ada ibu yang batuknya berlarutan jika tak cepat-cepat dicari penawarnya.
Yang terbaru ni jadi masa saya belum tahu pun saya mengandung. Masa tu saya dah rasa sakit tekak macam nak batuk tu..tapi saya ingat ok je biasalah musim kering dan sejuk waktu tu, yang Malaysia kecoh dengan suhu sejuk luarbiasa tu la. Prof pulak ajak saya hadiri bengkel di Hotel Royale Bintang Seremban secara bidan terjun. Nak tolak, cuma rasa sakit tekak biasa je, bukan demam pun. Jadi saya setuju untuk ikut serta. Jumaat, hari nak bertolak tu saya saya dah rasa badan lain macam, sakit tekak yang lain macam juga. Tapi teruskan juga. Saya bawak Sofiy sekali. Budak kecik tu dah biasa ikut umi ke mana-mana. Kat sanalah batuk dan selesema menyerang habis-habisan. Kena pulak hotel tu sejuk yang amat-amat. Sampaikan semua orang pakai sweater, saya pulak lupa bab-bab sweater ni maklumla dekat je, Seremban dan takde perjalanan malam. Sudahnya saya terpaksa pakai baju dua lapis. T-shirt di dalam dan blouse di luar. Batuk saya waktu tu sangat teruk sampaikan saya tak boleh duduk dalam bilik bengkel, saya kena duduk di koridor. Mujur ada meja panjang diletakkan kat luar bilik bengkel tu. Saya ingatkan sebab suhu sejuk, rupa-rupanya sebab ada 'isi' kat dalam. Malam yang mula-mula tu saya masih boleh buat kerja, masuk hari kedua saya dah tak larat sangat. Saya selesema bercampur darah, tiap kali hembus hingus ada darah sekali. Panik jugaklah kawan-kawan saya masa tu. Walaupun sekadar batuk dan selesema, tapi badan rasa lemah sangat. Mujurnya saya masih lalu makan kat cafe hotel tu. Tupun saya banyak ambil sup, dan tak banyak makanan yang saya cuba. Malam yang kedua, saya minta excuse daripada Prof, saya dah tak larat nak join diorang buat kerja. Saya tidur je dalam bilik, aircond bilik memang dari hari sampai lagi kitorang tak on, dah sedia sejuk dah. Ahad tu alhamdulillah sesi bengkel habis cepat, dan balik pun cepat. Syukur sangat-sangat.
Saya tak nafikan memang madu penawar yang baik untuk batuk, tapi dalma kes saya, saya siap bawak madu lagi pergi ke Seremban tu. Tapi tak jalan. Balik tu, saya dapat tahu saya mengandung dan saya terus makan vitamin Set Kehamilan Trimester 1 Shaklee. Saya tak perlu buka botol vitamin baru pun, sebab memang semuanya saya ambil cuma sebelum ni tak konsisten ambil semua. Bila perlu je saya ambil. Dah tahu mengandung, badan pulak tak sihat, jadi saya ambil set ini dengan konsisten dan ambil set lengkap. Meh saya kongsi testimoni salah seorang customer kami yang juga diserang masalah batuk ni.
23 Jan: Ok tq Arni ha sok kak nak makan la mana tau in sha Allah batuk akak ni kurang, tak tahan dah rasanya.
9 Feb: Alhamdulillah Arni sejak akak makan vitamin Shaklee ni batuk akak dah kurang..lega rasanya
(tatabahasa telah dibetulkan)
Oleh itu, bagi ibu-ibu mengandung yang menghadapi masalah yang sama, saya syorkan untuk mencuba dan berikhtiar dengan suplemen semulajadi Shaklee ini. Bahaya jika kita mengambil sebarangan ubat dalam tempoh mengandung lebih-lebih lagi ubat batuk dan selesema. Eloklah kita mengamalkan Set Kehamilan Shaklee ini, yang bukan sahaja menjamin kesihatan yang baik untuk si ibu malah membekalkan keperluan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada:
Trimester 1:
*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)
Trimester 2&3:
*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)
*Omega Guard (minyak ikan untuk perkembangan otak bayi dan membantu ibu mengelakkan simptom lupa)
Trimester 1:
*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)
Trimester 2&3:
*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)
*Omega Guard (minyak ikan untuk perkembangan otak bayi dan membantu ibu mengelakkan simptom lupa)
** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent
any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.
Jika anda inginkan maklumat lanjut, hubungi:
MAIA
(SID 918631)
SMS
WA: 012 3302067
EMEL:
minaina_ilaaina@yahoo.com
FB
FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee
yang sah dan menerima pembelian secara Cash
on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar
Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj
penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui
pos boleh dibuat ke seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.