Alhamdulillah, buku berjudul 206 Permasalahan Puasa oleh Ustaz Muhadir ni dah pun terbit. Sesuai sangat dengan fasa kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Baru-baru ni pun di Masjid UKM, penuh parkir masjid sampai takde celahan yang boleh menyelit. Ada daurah kitab oleh Ustaz, yang menghuraikan buku ini rupanya. Alhamdulillah, seronok tengok sambutan yang sangat menggalakkan untuk majlis ilmu. 



206 Permasalahan Puasa
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
Tebal: 176 ms
Harga: RM 18.00/ RM 20.00
Kos pos: RM8 Semenanjung / RM12 (Sbh dan Srwk)


SINOPSIS
​​
Buku ini mengandungi 14 bahagian yang merangkumi 206 permasalahan berkaitan puasa. Setiap permasalahan dirungkaikan dengan ringkas dan padat dengan disertakan kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i  yang menjadi rujukan penulis.

Antara permasalahan yang diberi pencerahan dalam buku ini:



·        Kadar kepayahan yang membolehkan tidak berpuasa.
·        Hukum menelan kahak.
·        Keadaan perempuan hamil dan perempuan yang menyusukan anak.
·        Puasa pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis.
·        Qadha’ puasa untuk orang yang telah meninggal dunia.
·        Cara membayar fidyah.
Puasa tetapi tidak solat.

Jika berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah segera hubungi kami melalui medium di bawah. Paling cepat melalui aplikasi Whatsapp ye. 

Whatsapp: 012-3302067 (Mai)
www.wasap.my/60123302067

Facebook: Maizura Osman

Instagram: @bukumaia

Alhamdulillah...

Diam tak diam dah 10 tahun bergelar seorang ibu dengan panggilan 'umi' oleh anak-anak. 
25 April 2019 baru ni, ulang tahun kelahiran Muhammad Sofiy yang ke-10. Syukur, dah besar anak umi. Masih ingat lagi masa-masa sakit kena induce sampai 22 jam, saat-saat kelahirannya, dan paling best masa membesarkan Sofiy..kami macam bestfriend ke sana sini mesti berdua. Ya, itulah istimewanya anak sulung yang tak dirasai oleh anak-anak yang lain. Sofiy pun lambat dapat adik.

Sofiy jugaklah antara penyebab blog ni wujud dan mengajar umi blogging. Walaupun tidaklah tegar dan aktif sangat, tapi masih bertahan sampai hari ni. 

Kelmarin juga sempatlah kami meraikan birthday Sofiy dengan acara potong-potong kek dan makan dalam family kecil kami je. Sofiy sebenarnya dah taknak kek, sebab masa hari jadi dia yang lepas, kek yang kami beli tu krimnya tak best dan dia jadi nak muntah. Sejak tu, sebut pasal kek je dia dah mual. haha. Sampaikan kalau ada acara potong kek kat sekolah pun dia tak makan. 

Tapi kali ni ayahnya nak jugak ada kek. Sofiy request nak cheese cake. Umi tak sempat menempah pulak. Nak beli kek SR, besarnya la hai...maka carilah merata kedai kek kat BSP ni..satu kedai pun takde ready cheese cake. Mujurlah umi ada simpan satu gambar alamat kedai kek yang sedap di BBB, nama bakeri tu Segar di sek 4. Itu pun sebab pernah rasa kek bakeri tu yang kawan beli untuk Prof, memang sedap. Terus call no kat alamat tu...dan alhamdulillah ada cheese cake walaupun bukan full cheese cake. Semua ada mix. Maka zass sekejap ke sana, beli sebiji choc cheese sebab takde krim krim, ada choc je. Insya Allah semua pun makan coklat. 

Hadiah, ayahlah beria nak juga bagi hadiah kat Sofiy. Ayah hadiahkan seutas jam tangan untuk anak bujangnya. Tu...yang dia pakai dalam gambar. Alkisahnya, Sofiy baru je terhilangkan jam tangan yang dibelikan sebelum ni, tak sampai setahun belinya. Hilang sebab tertinggal kat sekolah. Dah takde rezeki, dan rezeki Sofiy nak dapat jam baru la tu. Jaga elok-elok tau. 

Ni ada beberapa keping gambar untuk kenangan. Sebenarnya masa ni dah malam, masing-masing dah kepenatan. Umi seharian di hospital siang tu..Sofiy pun seharian di sekolah. 







Takde gambar umi dengan Sofiy atau ayah dengan Sofiy sebab salah sorang kena dukung si kecik tu. Dia dah tak sabar nak cekau kek dalam pinggan tu ha...

Apapun, umi doakan yang terbaik untuk Sofiy sepanjang masa. Umi tau Sofiy anak yang baik, cuma maafkan umi sebab Sofiy selalu kena marah. Marah tu tanda sayang. Umi pun belajar menjadi seorang ibu. Semoga umi boleh menjadi ibu yang terbaik buat semua anak-anak umi. Segala kekurangan yang tidak dapat kami berikan, moga itulah yang terbaik buatmu mengikut perancangan Allah kerana hidup di dunia ini semestinya kita tak dapat semua yang kita mahukan. Terus membesar dengan sihat ye nak. 
Mencari Ramadhan Gift yang sesuai untuk VIP, klien, boss, guru, pensyarah, rakan sekerja, dan lain-lain?










Kami ada KURMA AJWA dan MARIAMI yang segar, berkualiti, tidak direndam air gula, malah bonusnya PAKEJING kemas dan cantik😍
Tempahan secara borong dah pun dibuka. Cepat-cepat order ye jangan tunggu kesuntukan masa atau stok habis! Huhu.
* Anda juga boleh tambah dengan madu tualang, madu tualang stik, buku-buku mini Asmaul Husna, Yasin, Al-Ma'thurat, tasbih mini dan Al-Qur'an saiz mini atau saiz biasa. 
Whatsapp 012-3302067 (Mai)
Atau klik je link ni: www.wasap.my/60123302067