Saya tertunggu-tunggu promosi bulan ini..dan apabila diberitahu ianya ialah Omega Guard..yeay! Syukur, tawaran yang ditunggu-tunggu ramai. Tentu laris Omega Guard bulan ni. Jangan sampai kehabisan stok sebelum Februari berlabuh. Bagi yang dah biasa ambil Omega Guard, tentu saja dah tau kelebihannya. Tapi bagi yang belum tahu apa kebaikan pengambilan minyak ikan untuk tubuh...jom kita intai sekilas.

MELINDUNGI JANTUNG ANDA
Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di sampaing membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

OMEGA GUARD MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.- Sumber: SHAKLEE MALAYSIA


Tak rugi jika anda ambil Omega Guard ni, cuba sebotol dan rasai kehebatannya. Tak beli 6 pun masih dapat harga istimewa. Sebelum kehabisan stok, meh lekas-lekas kita order. 

Jangan segan hubungi saya, Mai 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com, boleh Like Fanpage: Min Aina Ila Aina.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Doa seorang guru itu makbul. Mudah-mudahan itulah yang berlaku pada saya, semestinya dengan usaha dan kesungguhan serta izin Allah. Semalam ada perjumpaan dengan SV, saja-saja jumpa nak kasi boost sikit semangat sebab sejak 2013 belum lagi berjumpa secara formal dalam bentuk kumpulan. Masing-masing sibuk. Jumpa semalam, bincang apa yang stuck, tengok balik milestone, target dan sebagainya...Prof. doakan saya berjaya GOT. Amiiin...panjang amin saya.

Sumber: ICPE5 Conference, UTM, Johor


Saya kini pengedar sah Shaklee dengan ID 918631

Saya kenal Shaklee melalui Kak Arnie pada tahun 2009. Masa tu saya baru lepas pantang dan menyusukan Sofiy sepenuhnya. Demi melengkapkan penyusuan penuh, saya ambil vitamin Shaklee secara konsisten. Antara vitamin yang saya ambil waktu tu ialah ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vita-C, Vita-E, B-Complex, dan Lecithin. Kira banyak jugak la..tapi taktau kenapa la saya tak terlintas nak jadi ahli. Mungkin masa tu saya fikir jadi ahli ni memerlukan modal yang besar. Walaupun saya tak jadi ahli, tapi saya promote pada kawan-kawan saya kebaikan Shaklee, sampaikan saya boleh re-pack dan bagi free pada kawan untuk cuba. Saya belikan suplement Shaklee untuk emak saya juga. Kerana saya sudah rasa sendiri keberkesanannya.

Selepas lengkap penyusuan Sofiy selama 2 tahun,  saya mula culas ambil vitamin baik Shaklee mahupun jenama yang lain. Akibatnya? Nanti saya cerita di lain entri.

2012, saya kembali order Shaklee. Untuk apa? Untuk membantu proses diet saya. Walaupun saya buat diet Atkins, tapi Atkiners disarankan mengambil vitamin untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh badan. Maka bermula semulalah episod saya dengan jadual consume vitamin. Walaupun niat asalnya adalah untuk proses diet, tetapi saya dapat rasakan kesan dan manfaat vitamin tu pada badan saya secara keseluruhan. Saya jadi lebih cergas, lebih bertenaga, dan yang saaaaaangat terasa adalah lebih sihat. Tak ada lagi demam sambung menyambung sebagaimana sebelum tu. Kalau tak percaya godekla entri saya sekitar tahun 2011 mesti banyak entri saya tak sihat dan demam.

Kesimpulannya, persekitaran dan pemakanan kita hari ni sudah tidak lagi kondusif jika tidak ditampung dengan pengambilan suplemen. Apatah lagi untuk kami dan kita yang tinggal di bandar, atau pinggir bandar. Di pedalaman mungkin berbeza sedikit, tetapi tetap tidak terkecuali kerana sumber makanan kita masih sama. Saya tidak memilih Shaklee semata-mata untuk buat duit atau jadi kaya, tetapi saya pilih Shaklee kerana saya yakin dengan produknya dan ingin kongsi dengan anda semua. Walau apapun, vitamin itu hanyalah sebagai alat dan usaha kita untuk meningkatkan potensi diri sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu, suami, ayah dan segala peranan kita di dunia ini. Siapa yang menentukan? Tentulah Allah S.W.T. Namun kita haruslah berusaha untuk menjaga tubuh badan kita yang dipinjamkan oleh Allah buat sementara ini.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplement Shaklee jangan segan untuk emel saya di minaina_ilaaina@yahoo.com atau sms 0123302067. Konsultasi percuma untuk anda yang membeli daripada saya.



Masih ada masa kira-kira 2 minggu untuk mohon biasiswa ni, cepat layari website tertera untuk maklumat lanjut. Semoga ada peluang kejayaan untuk anda.
Assalamualaikum, salam petang Jumaat.

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa ada isteri yang tidak bebas membuat pilihan walau sekadar untuk membeli vitamin untuk dirinya sendiri. Entri kali ni sekadar bersembang dan berkongsi kepelbagaian darjah kebebasan yang dimiliki oleh kaum isteri dan ibu. Tentu saja kita memiliki paling kurang sedikit nikmat kebebasan, contohnya bagi anda yang sedang baca entri ni tentu saja ada kebebasan melayari internet, ye tak.

Saya terfikir untuk tulis entri ni selepas mendengar luahan rasa seorang kenalan rapat, yang juga seorang isteri dan ibu anak empat. Bila kami bersembang panjang..terus saya rasa insaf, dan rasa bersyukur dengan keadaan saya  sekarang. Semenjak dua menjak ni, kerjaya suami saya tidak memungkinkan beliau punya banyak masa untuk handle hal rumahtangga kami, maka banyak yang beralih ke bahu saya. Jadi, kadang-kadang saya rasa sedikit terbeban, tak tercekau dek tangan dan rasa otak pun letih memikirkan A-Z hal rumahtangga, dan semestinya hal study yang belum habis dan sudah masuk zon kritikal. Memang selama ni pun saya bersyukur, sebab walaupun suami sentiasa sibuk, dia masih bersama kami pada waktu malam. Walaupun dia sibuk kami tak berjauhan, anak saya masih lagi dapat peluk cium ayahnya setiap hari, emaknya juga.hehehe. Walaupun suami sibuk, dia masih makan di rumah. Walaupun suami sibuk, dia masih sempat berjemaah di surau. Tapi sekali ni bila saya tau bagaimana berbezanya saya dan kenalan saya itu, maka saya patut lebih bersyukur.

Menjangkau usia 40-an, Kak S ini adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Dulunya dia pernah melanjutkan pelajaran hingga ke UK, tapi bila berkahwin diminta tidak bekerja oleh suaminya. Dulunya dia ke hulu ke hilir dengan motosikal (tak mampu berkereta masa tu) menunjukkan dia seorang yang lasak dan berani, tapi sejak berkahwin tak lagi dibenarkan menunggang. Dah anak tiga barulah terpaksa bawa motor semula sebab keadaan dah memaksa, suami kena kerja jarak jauh masa tu. Mula-mula bawak motor semula, dia kata dia menggigil. 

Tadi kami bercerita tentang keperluan-keperluan isteri. Kadang-kadang kita orang perempuan ni perlukan sesuatu benda yang hanya orang perempuan je faham kepentingannya, sedangkan orang lelaki memandang remeh benda tu. Contohnya supplement, vitamin. Kita isteri-isteri dan ibu-ibu ni dapat rasa kecergasan badan kita merosot, kesihatan dah semakin lemah, jadi kita rasa makanan tambahan tu satu keperluan...dengan harapan kita dapat maintain atau upgrade performance kita dalam rumahtangga. Tetapi bukan semua suami memahami. Bagi yang bekerjaya mungkin tak ada masalah, kesampingkan sikit duit gaji untuk wishlist kita tu. Tapi bagi surirumah yang takde pendapatan tetap, atau duit simpanan tidak mencukupi...macam mana ye. Kes Kak S, dia ada duit tapi dalam bank. Dia nakkan set kurus dari Shaklee, tapi dia tak dapat beli sebab tak boleh buat pembayaran sebab susah nak ke bank, ada baby umur 4 bulan. Dia tak boleh memandu, dan kereta pun memang ada sebuah je suami yang bawa. Kata saya, gunalah online banking. Tak ada, katanya. Nak buat apa-apa, nak beli apa-apa, semuanya kena ada kelulusan suami. Jadi kalau suami dia rasa benda tu tak penting, maka tak dapatlah. Kalau dekat memang saya hantar ke rumah...tapi jauh. Kesian dia. Akhirnya kami dapat satu jalan, kami guna orang tengah yang boleh sampaikan bayaran tu pada saya. Tak kisahla walaupun lambat. Tapiiii...macam mana pulak kalau suami dia tanya bila set supplement tu dah sampai kat rumah? Oh...penat saya fikir. 

Mungkin kita tak terfikir ada orang yang lebih tension, lebih stres daripada kita dalam masalah rumahtangga ni kan. Kadang-kadang kita rasa komunikasi kita dengan suami tak berapa baik, rupanya ada orang yang langsung tak boleh berkomunikasi pun. Sesekali kita rasa sunyi, suami tak faham kita, sedangkan ada orang yang sejak kahwin berasa sunyi walaupun anak dah ramai. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada, mungkin nikmat bekerja, nikmat mempunyai pendapatan sendiri, nikmat memilih dan membuat keputusan sendiri...dan bagi yang senasib dengan Kak S, anda juga harus bersyukur...dengan nikmat mengendalikan rumahtangga sendiri, membesarkan anak dengan tangan sendiri tak perlu hantar pada pengasuh, nikmat tidak membazir (orang perempuan kan suka rambang mata bila ada duit di tangan), nikmat untuk tidak perlu fikir politik tempat kerja dan banyak lagi pro dan kontranya.

Bagi anda yang memerlukan makanan tambahan atau supplement dalam bentuk vitamin tetapi mempunyai kekangan kewangan, kami di Euphoria ada menyediakan trial pack (TP) iaitu set percubaan untuk tempoh sebulan. Saya dulu pun mula-mula ambil set TP saja dulu memandangkan saya perlukan 2-3 jenis vitamin sekaligus tetapi tak mampu nak beli yang full pack. Sekiranya berminat, boleh emel saya di maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067.