Saya Budak Baru Belajar...

Memandu...hahaha.

Tadi kelas memandu pertama saya. Aduh, rasanya banyak sangat info yang nak disumbat sekaligus dalam kepala ni. Lepas tu kena praktik terus, mulalah kejap ingat kejap lupa. Baru beberapa kali pusing, tang corner memanglah asyik tak cukup pulas, terlebih balas dan sebagainya...kena terus pergi jalan raya. Aduh, naik bukit terus lintas jalan (wow gelabahnya saya...mana satu nak tengok ni, kereta lalu lalang, lepas tu nak ingat step-step nak gerakkan kereta lagi, dengan nak belok sterengnya lagi).

Bak kata cikgu Man tadi, ambik master lagi senang kot daripada belajar kereta ye? hahaha. Maklumlah saya tak pernah sekali pun pegang stereng, cikgu. Berpeluh-peluh sampaikan cikgu hulur tisu.hihi.

0 comments: