TRAGEDI CINTA ISTERI- Genta-Rasa

Tajuk di atas merupakan tajuk entri dalam blog Ust. Pahrol http://genta-rasa.com/ Saya paparkan sedikit, selebihnya boleh kunjungi blog ustaz. Saya tahu ramai isteri di luar sana yang tercari-cari dan mendambakan kekuatan dalam menghadapi rajuk kalah cinta rumahtangga. Semoga perkongsian Ustaz ini boleh menjadi pembakar...

BerKARAOKE pulak anak umi

Hari tu dapat rakam aksi Sofiy jadi imam, hujung minggu baru ni dapat rakam aksi karaoke pulak.hehe.Ntah di mana dia tengok gaya penyanyi sebab kami memang jarang buka rancangan nyanyian ataupun konsert ni. Haa...baru teringat, mungkin dia tengok dalam The Wiggles kot sebab ada slot konsert dengan kanak-kanak...

Dipetik daripada : http://halaqah.net/

15 Tanda Tanda Orang Malas



1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
16. Mereka yang ada kerja untuk dilakukan tetapi seolah-olah tiada apa untuk dilakukan. (no 16 ni saya tambah sendiri. Ini saya laaaaa...laaa...laaa..)


Inilah aksi yang sempat dirakam. Sofiy solat bersama dua pupunya, Abang Hafiz. Sejuk perut umi tengok Sofiy rajin solat. Umi doakan Sofiy akan terus-terusan memelihara Solat lebih daripada nyawa Sofiy sendiri. Semoga anak umi jadi insan yang bertaqwa. Amin.

Contest Si Manjaku Comel

Pagi-pagi ni join contest lah pulak. Semua bayi memang comel kerana kesuciannya, tapi manalah tahu rezeki Sofiykan, umi cuba sajalah. Mari ramai-ramai pakat masuk contest ni dengan mengiktiraf kecomelan si manja masing-masing. Oh ye, lupa pulak bagi tau contest dianjurkan oleh Masyimalo's Heart. Ok, nak letak gambar...

Sesungguhnya tidak tercapai akal hambaMu ini untuk menjangka segala percaturan dan kebaikan yang Kau janjikan buat hambaMu. Syukur Ya Allah, moga laluan dan peluang yang Kau hamparkan ini semakin mendekatkan aku pada Mu wahai PenciptaMu. Semoga segala kebaikan yang Kau lorongkan ini membawa seribu kebaikan pula buat hamba-hambaMu yang lain. Sesungguhnya lidahku kelu tidak terkata, dalam suka, tepu rasa terharu. Semoga segala milikMu yang Engkau pinjamkan akan aku pelihara sebaik-baiknya dengan bimbingan dan pengawasan dariMu jua. Amin.