Saya paparkan sedikit, selebihnya boleh kunjungi blog ustaz. Saya tahu ramai isteri di luar sana yang tercari-cari dan mendambakan kekuatan dalam menghadapi rajuk kalah cinta rumahtangga. Semoga perkongsian Ustaz ini boleh menjadi pembakar semangat serta iman kita, para isteri. Baik kecil mahupun besar gelombang dalam rumahtangga, sabar dan iman harus sentiasa kejap di dada agar susila kita sebagai isteri terus terpelihara. Warkah isteri buat suami yang ditulis oleh Ustaz boleh kita guna untuk menilai kembali niat hati kita setulusnya.
Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.
Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita....Baca seterusnya
2 comments:
TQ sudi sharing ... ;)
Takpe, berkongsi perkara yang baik-baik sesama kita...
Post a Comment