Merlin Season 4 Makin Suspen


Akhirnyaaaa...Merlin Season 4 ditayangkan di Malaysia. Setelah promo dalam beberapa minggu, episod 1 ditayangkan di Astro Diva Universal 702 pada Isnin 12 Disember lepas. Keluarga kecil kami tak terkecuali si kecik yang sangat minat kat Merlin tu lepak dah macam tengok wayang pulak. Sofiy kemain lagi excited sampai tak boleh iklan mencelah mula la bising " nak lin". hehe. 

Saya rasa musim ke-4 ni makin suspen ceritanya, makin menarik walaupun si antagonis Morgana tu macam tak terkawal tamak haloba dan dendamnya. Geram je tengok ada jugak yang jadi tali barut (pak cik Arthur) namanya saya tak berapa ingat, tak silap Avaigraine lebih kurang tu la bunyinya. Dalam season ni jugak kesatria Camelot dah macam Hang Tuah lima bersaudara pulak. Habis episod 1 memang rasa teruja sangat nak tengok sambungannya. Mana tak nya, Merlin kena attack dengan Dorocha roh maut sebab magic dia tak berupaya lawan makhluk yang dihidupkan dek si Morgana ni. Husband terus tekan remote nak tengok kot ada sambungan episod 2 lepas tu. hahahaha. Mana nak adanya. Saya pulak ingat kot esoknya ada sambungan lagi, rupa-rupanya setiap isnin je jam 9.05 malam. Kenalah tunggu minggu depan nampaknya.

Tapikan....ada dah tau kawan-kawan yang download season 4 ni dah sampai eps 10. Kemain lagi depa, laju je. Saya ada search juga, nak download kena guna mediafire tapi saya tak reti la, atau mungkin internet terlalu lembap kot. Kalau sape-sape internet laju tu boleh la...nak tengok online kat dailymotion pun boleh rasanya. 

Dalam banyak-banyak karakter lelaki dalam siri ni, siapa yang paling handsome ye? hehe. Bila tanya husband dia tunjuk 'diri sendiri'. Nyampah. Pada pandangan mata saya, saya suka tengok karakter Eoin Macken (Sir Gwaine) yang selamba, gila-gila tapi gagah perkasa. Jap ye tengok ada tak gambar depa ni.


Tu dia Sir Gwaine yang kiri sekali

3 comments:

Normaliza said...

masa tgk tu dah separuh citer. boleh plak terlupa. agak2 merlin makin macho tak dalam season 4 ni ek?? tak sabar nak tgu minggu depan

Min Aina Ila Aina said...

Rasanya malam ni tayang kat TV3. Kalau tengok episod 1 season 4 ni Merlin macam lemah sebab dia tak dapat lawan Dorocha. Lepas tu eps 2 pun tajuknya Teh Darkest Hour. Tapi nanti mesti la yang baik menang kan?

Anonymous said...

Hai menyelit jap :p....ada sapa2 tau x kat mana ble beli vcd merlin dr ssion 1-5? Kalo ada yg tau share la lokasi tu ;)