Waktu entri ni ditaip Ryu baru je berlepas dari KLIA agaknya sebab flight dia pukul 9.20 pagi. Jung-Heum Ryu, kawan selama lebih 4 bulan, berasal dari Seoul, Korea. Ex-SV saya sekarang sedang menyandang jawatan Kursi Pengajian Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Jadi, sepanjang di sana dia ada seorang pembantu penyelidik, si Ryu ni la. Ryu di pelajar sarjana bidang sejarah dan kebudayaan, dan antara syarat yang perlu dipenuhi untuk pengajian dia di sana adalah belajar selama satu sem di negara yang akan dikaji dalam tesisnya. Jadi, Ryu berminat nak datang ke Malaysia. Agaknya Prof saya tu promo la tu.
Ryu sampai sini bulan 8 tak silap saya, masa tu lepas raya dan orang sibuk dengan konvo. Masa Ryu sampai tu, isteri kepada Ex-SV (iaitu SV saya sekarang) ada di Malaysia tapi esoknya dia berlepas ke Korea. Jadi Ryu ni macam terkontang-kanting jugalah di sini. Kena pulak masa tu tengah cuti semester, jadi pengangkutan awam dalam U ni macam lumpuh sikit. Bas antara kolej tak ada, dan teksi pun tak banyak masuk. Mujur jugalah Ryu ni boleh berbahasa Indonesia sebab dia pernah belajar di Indonesia selama satu sem jugak pada 2009. Tapi, dia memang susah nak faham bahasa Melayu. Jadi macam-macam susah dan seksa la dia dalam minggu yang pertama tu. Sampaikan pernah dia tak makan seharian sebab cafe tak bukak. Eh, apa gunanya saya dan kawan-kawan di sini kan? Sampai hati biar dia macam tu? Haaa....ni la nak jadikan cerita macam mana kami kenal dia. Masa dia nak datang sini tu, Prof saya agaknya tak teringat nak minta tolong kami untuk bantu dia. Jadi, selepas dah stres dan bengang dengan semua proses pendaftaran yang rumit, Ryu email pada Prof saya di Korea dan mengadu. Dia sangat tak puas hati dengan sistem pentadbiran di Malaysia yang pada dia sangat leceh, menyusahkan, dan sangat tidak mesra alam (rasanya kita warga Malaysia pun maklum dengan sistem yang dimaksudkan). Bayangkanlah, kita yang sedari lahir dah biasa dengan sistem macam ni pun akan rasa tak puas hati dan kadang-kadang marah, inikan pula dia yang hidup dalam negara maju dan sistemnya sangat sistematik, mudah dan cepat.
Disebabkan kami semua dah baca emel tu, kami pun offer diri untuk tolong memandangkan Prof sendiri jauh. Dari situlah kami kenal Ryu ni. Segala urusan pendaftaran, pembayaran yuran semuanya kena buat semula sebab rupanya dia dah salah daftar. Walaupun dia pelajar sarjana di Korea, tapi dia sepatutnya cuma mendaftar sebagai pelajar prasiswazah di sini. Subjek yang nak dipilih pun salah, kena pulak pendaftaran online dah tutup, jadi semua benda jadi celaru. Bukan salah dia sebab dia orang luar dan tak faham sistem kita. Bila dia mendaftar sebagai pelajar pertukaran, banyak benda kena buat special, maksudnya lari dari kebiasaan. Bila dah urus benda-benda macam ni barulah saya tau betapa rumitnya sistem kita. Kena guna orang dalam kalau nak cepat, tupun tak cepat mana jugak, sebab sesuatu tugas cuma seorang je yang incharge. Contohnya, nak buka sistem dalam talian, cuma seorang je yang boleh buka. Kalau orang tu cuti, atau meeting, maka kenalah tunggu. Dan orang ni pulak, tak boleh buka talian tanpa kebenaran daripada seorang lagi pegawai dari jabatan kewangan. Pegawai ni pulak, kena tunggu arahan daripada bos dia, dan bos dia tu adalah orang yang incharge beribu-ribu pelajar yang nak konvo, maka dia sangat sibuk dan payah sangat kita nak jumpa. Macam tu la rentetannya dan segala urusan hanya selesai selepas konvo.
Mula-mula dulu, Ryu memang cakap bahasa Indonesia dan dia tak faham bahasa Melayu. Nak cakap dengan dia kena cakap pelan-pelan dan banyak yang kita kena translate ke bahasa Indonesia baru dia faham. Mujur jugakla kami kami ni reti juga bahasa Indonesia. Agaknya sebab layan juga sinetron kan. Tapi dia ni memang rajin, tak segan, dan cepat belajar. Dia tak kisah kena gelak dan kena main sekali pun. Ada seorang kawan kami ni lelaki, dia memang suka pekena si Ryu ni. Tapi dia jugaklah yang rajin bawak Ryu ni berjalan, tidur rumah dia, bawak pegi majlis kenduri, dan tolong buat urusan booking2 online ni. Sebabnya Ryu ni takde kad atm bank Malaysia, dan takde kad kredit jadi payah sikitlah nak berurusan. Dipendekkan cerita, Ryu yang satu-satunya pelajar Korea di univ ni, cuma ada group kami je la sebagai kawan. Kawan sekelas tu ada, tapi kalau bab-bab nak mintak tolong ni payah la sikit kan. Sekejap je masa berlalu, petang semalan lepas Ryu habis exam, kami pergi makan-makan sebagai jamuan perpisahan.
Gambar Ryu di lab kami:
Gambar berhari raya di rumah Prof
Kenapalah Sofiy buat muka pelik-pelik ye?
1 comments:
I really like this website , and hope you will write more ,thanks a lot for your information.
[url=http://www.clongchampc.info/] longchamp outlet[/url]
[url=http://www.alongchampa.info/] longchamp[/url]
[url=http://www.blongchampb.info/] longchamp[/url]
Post a Comment