Alkisahnya kejadian berlaku minggu lepas, hari Khamis kalau tak silap. Sedang elok-elok makan tengah hari, entah macam man tak dan nak halang daripada tertelan sang tulang ikan kembung. Dah terasa di lidah tapi terlepas juga ke tekak....apalagi...gerrkkk...tersangkut. Alamak, dah rasa tak best dah, sangkut betul-betul kat tengah-tengah tulang tenggorok tu. Nganga kat depan cermin memang tak nampak la sebab dah jauh ke bawah. Nasi ada separuh lagi tak berusik, kepal-kepal telan. Huh, nak telan sekepal sekaligus punya la payah, berderai jugak. Rasa macam nak muntah pun ada, agaknya besar sangat kot kepalnya. Minum air, tak jalan, kepal lagi, telan lagi, kepal lagi, telan lagi...tak berjaya nampaknya dan nasi pun dah habis. Rasa nak beli satu polisterine lagi, tapi perut dah sengkak terover kenyang. Agaknya bila kita telan nasi tanpa dikunyah memang rasa camtu kot.
Kemudian, cuba buat taktau je, tapi tak boleh. Selagi ada rasa tulang tu tersengkang kat situ lagi la rasa nak menelan liur je. Air dah bergelen-gelen, pastu udahla asyik nak kencing je. Maka terusla menggoogle petua-petua dan kaedah-kaedah nak melepaskan tulang yg tersekat di leher. Macam-macam petua saya jumpa, ada yang logik, ada yang spiritual dan ada yang macam tak masuk akal. Antara petua-petua tu; kepal nasi, telan pisang (saya buat dan agak membantu), kepal roti (ni saya buat, lagi la rasa nak tercekik lagi sekali), minum air zamzam, minum madu, minum air dalam tudung periuk, minum air sambil tarik telinga.hahaha (agak logik juga petua ni tapi tak menjadi) dan macam-macam lagi. Last-last saya pergi klinik je la, risau kot membengkak dan menanah tambah pulak sakitnya makin berdenyut-denyut.
Masa kat klinik tu rasa sengannya la hai, dah tua-tua tercekik tulang lagi. Makan dah baca Bismillah dah, tapi dah benda nak jadikan? Doktor suruh buat x-ray. X-ray la leher dengan cara mengiring sebab tulang tu sebelah kiri leher. Lepas x-ray tu saya urut-urut sikit tang sakit tu, tetiba rasa macam ada benda jatuh ke rongga tekak tu. Saya agak tulang tu la. Tapi masa tu saya kat dalam toilet, tak sempat nak cari air. Kalau terus minum air agaknya mau la tulang terus turun laju. Ni harapkan air liur je la. Terasa dia lekat pulak kat bawah. Adoiii..lagi bawah mesti lagi susah nak korek nanti. huhu. Tapi rasa macam lega sikit la, tak la menyengkang macam mula-mula tadi.
kecik sangat, tak nampak nak tunjuk kat sini. keh keh.
Doktor kata memang ada nampak tulang ikan tu kat filem x-ray. Kecik je, tapi kecik-kecik pun sakit weh. Disebabkan tu klinik universiti je, maka takde alatan nak keluarkan tulang tu. Doktor refer ke Hospital Serdang. Masa tu dah pukul 4.00 petang, doktor tanya nak dia hantar dengan ambulans tak? Hahaha. Lucu je rasa nak kena hantar dengan ambulans, pesakitnya tercekik tulang ikan je pun. hehe. Rasa macam dah lega sikit, kena pulak dah petang kalau pergi bahagian Kecemasan tu mesti melarat sampai ke malam. Malas rasanya + takut bayangkan doktor nak korek. So saya ambik je surat doktor dengan filem x-ray tu bawka balik. Manalah tau kalau tambah-tambah sakit atau tak selesa, boleh terus pergi. Sudahnya tak pergi pun, sampaila ke hari ni. Masih rasa sakit lagi bila menelan, taktau la sama ada tulang tu masih kat situ ataupun luka tu dah jadi ulser. Sebabnya tekak saya ni memang sensitif, takleh luka atau radang sikit mesti terus jadi ulser.
4 comments:
Saya juga ada alami, di sini saya kingsikan pengalaman saya & cara mengatasi. Semoga dapat membantu anda juga:
-->> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html
skrg ni mcm mana ?
Encik Lokman, alhamdulillah sekejap je..lepas makan pisang tu ok, mungkin tulang tu dibawa dek pisang tu sekali agaknya. Alhamdulillah, dengan izin Allah.
Saya baru je malam semalam tercekik tulang ikan , firstime kena memang panik . Then i ikut je petua2 orang untuk hilangkan tulang ikan tu . But masih ada lagi rasa sakit, masih ada lagi dekat tonsil saya . Pastu last sekali, mak saya bagi air letak dekat penutup periuk , then gumpal nasi . Baca doa dulu , kunyah sikit gumpal nasi tu, then telan minum dengan air dekat penutup periuk tu . And nak dekat 20min mcmtu tulang ikan tu dah takda buat ada rasa mcm bengkak sikit je .
Post a Comment