Saya Dah Bersalin Anak Ketiga 20 November Lalu

Assalamualaikum wbt.

Maaf, lambat dapat update di sini. Banyak update di Facebook saja. 

Alhamdulillah, saya da selamat melahirkan anak ketiga kami pada 20 November yang lalu. Dah 24 hari dah pun. Ada macam-macam story, yang pastinya saya nak sangat abadikan dalam blog ni. In sha Allah ada kesempatan nanti saya cerita ye.

Kami dah pun berikan nama kepada baby pada hari ke-7 kelahirannya. Nama ni ayah dia yang pilih, random je pun. Asalnya masa tu jalan-jalan ke Port Dickson masa saya dah sarat juga dah. Sofiy mandi laut dan jumpa kawan. Bila tanya, budak tu nama Haikal. Ayah dia berkenan la pulak dengan nama tu. Terus la simpan nama tu untuk baby, sekiranya lelaki. Dan bila lahir, sungguhla lelaki. 


Muhammad Haikal nama diberi.

0 comments: