Al-Ma'thurat Mini Untuk Doorgift Pakej Kotak dan Tasbih

Assalamualaikum wbt.

Dah pertengahan Disember 2018. Majlis anda bila? 
Eh, dah dekat tapi belum ada doorgift yang sesuai? Tak apa, mungkin selama ni mencari yang terbaik. Atau, sebelum ni belum ada bajet yang cukup. 

Hari ni saya nak kongsi salah satu produk buku mini yang kami @bukumaia ada, iaitu Al-Ma'thurat Mini yang didatangkan dalam 8 design cover yang cantik cun melecun. Nak tengok? 




Kan saya dah kata...cantikkkk! 

Ada 8 design, bolehlah pilih mana yang berkenan. Mungkin berkenan di mata, mungkin nak sama dengan warna tema. Nak order nanti boleh bagitau no design atau boleh juga send balik gambar pada kami supaya tak salah order. 

Salah satu kelebihan Al-Ma'thurat ini ialah, adanya label tema untuk ayat-ayat dan zikir wirid di dalamnya. Jadi, kita yang nak beramal ni pun tahu apa yang kita lafazkan itu. Bagi orang yang punya latar belakang pendidikan agama, mungkin dah tahu semua ini. Tapi, berapa ramai antara kita yang baru kenal Al-Ma'thurat, yang baru termotivasi untuk menjadikannya amalan lazim? Tentu label ini sangat bermanfaat buat mereka.

Sebenarnya, dalam suasana Islam di Malaysia pada hari ini, ramai yang teringin atau mahu berubah menjadi Muslim yang lebih baik namun ramai yang malu untuk bertanya atau berguru. Jadi, diharap dengan pemberian kecil kita ini dapat juga menyuntik semangat kepada ramai saudara seislam kita di luar sana untuk menjadikan amalan zikir sebagai rutin harian, makanan jiwa dan juga sebagai laluan memudahkan urusan seharian. 

Al-Ma'thurat memang besar fadhilat atau kelebihannya kepada pengamalnya. Di dalamnya telah disusun ayat-ayat Al-Qur'an yang dapat menjadi pendinding, syifa' (penawar) kepada fizikal dan emosi. Disusun juga zikir, istighfar, doa dan selawat  yang semuanya memberi kebaikan kepada pengamalnya semula.

Oh ya..jika nak beli combo dengan Yasin Mini pun kami ada juga, design yang sama seperti di atas. Boleh juga tempah dengan kotak sekali. Dan kalau majlis lambat lagi, kami juga ada pakej doorgift buku mini sekali dengan tasbih mini, home made punya. Nak tasbih custom nama pun boleh.

Untuk hantaran dan majlis nikah pula, kami ada menyediakan Al-Qur'an yang boleh custom nama atau gambar. Sesuai sangat nak abadikan nama pengantin pada Al-Qur'an tersebut. Ada pilihan Al-Qur'an biasa atau Al-Qur'an dengan terjemahan. Ada kelulusan KDN. 




Kalau berminat, jangan segan-segan ye nak hubungi kami. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon di bawah. Sebaiknya melalui Whatsapp / Telegram / SMS.

Pertanyaan / tempahan:
Whatsapp 012-3302067 (Mai)

#almathurat
#alQurancustomnama
#alQurancetaknama
#hantaranalQuran
#bukumaia @ Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota

0 comments: