Jom Berwakaf Bersama Galeri Ilmu: Wakaf Buku Mengalirnya Pahala Ilmu

Peluang menambah saham akhirat. Dropshipper Bonda Nor (DBN) telah melancarkan Projek Wakaf Buku bersama karya Bonda Nor sehingga 29 Ramadan 1441H / 22 Mei 2020.


Karya-karya yang dimaksudkan ialah set Antologi Bercakap dengan Cermin (BDC) yang berjumlah 9 buah buku kesemuanya. Set 9 buah buku ini berharga RM180. Setiap buku berharga RM20. Boleh juga wakaf secara loose iaitu sebuah atau beberapa buah. Nanti pihak DBN akan gabungkan dengan penyumbang yang lain menjadikannya satu set. Buku-buku ini merupakan buku dakwah santai, untuk muhasabah diri daripada kisah-kisah benar.


Tajuk-tajuk buku dalam siri antologi ini:
1)Jalan Pulangku
2)Tamparan Takdir
3) Bumerang Kasih
4) Berani Berhijrah
5) Sakitnya Tu Di Sini
6) Seadanya Kuterima
7) U-Turn ke Syurga
8) Perjuangkan Syurgamu
9) Meludah ke Langit

Terdapat 2 pilihan urusan wakaf:
1- Kami pos kepada anda untuk anda sampaikan sendiri kepada penerima. Kos pos (semenanjung) untuk 1 set buku BDC ialah RM20.
2- Urusan wakaf dilaksanakan oleh pihak DBN (Dropshipper Bonda Nor).
Anda juga boleh ajak kawan-kawan untuk berkongsi lot sehingga cukup 1 set buku BDC. Tak dapat sumbang semua, kita kongsi-kongsi berbuat kebaikan. Boleh sama-sama kita beriringan ke syurga. Insya Allah, apa jua kebaikan yang kita buat ke jalan Allah, tidak akan sia-sia.
Antara tempat yang boleh kita wakafkan seperti hospital, klinik, perpustakaan awam, perpustakaan sekolah, institusi pengajian, pusat tahfiz, rumah kebajikan, penjara, pusat pemulihan, masjid, surau dan lain-lain.
Semoga pahala sentiasa mengalir dengan memberi manfaat ilmu kepada orang lain.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk menyumbang, boleh klik ink Wassap ini: http://www.wasap.my/60123302067
Sahabat boleh tolong SHARE juga ye post ini supaya lebih ramai berpeluang memberi dan nengumpul pahala. Terima kasih in advance.

0 comments: