Jauhkan Diri Daripada Orang Yang Negatif


Bila  ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahwa kita sudah ada DI DEPAN. Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI.

Dan saat orang bicara dengan nada iri mngenai kita, itu adalah tanda bahwa kita sudah LEBIH BAIK dari mereka.


Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang tiada manafaat. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita  takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka? Jika tak mampu nak didik orang negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.


Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kerana kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. 


Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga dan rakan-rakan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Jiwa kita akan lebih tenteram. 


Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Biarkan ALLAH menilai segala-galanya. ALLAH dah atur apa yang terbaik untuk kita.


- Dipetik daripada komen Dr. Anuar di FB Dr. Fadli 

0 comments: