Merawat Sikap Bertangguh




Musuh kebaikan adalah penundaan.


Sengaja bernanti-nanti, bertangguh dalam menjalankan tanggungjawab atau dalam melakukan kebaikan. Ini penting dijauhi.

Usah dianggap biasa. Lama-lama jadi tabiat.

Akhirnya mendorong diri bina kegagalan dan kerugian. Hilang kualiti. 

Latih diri dari sekecil-kecil tindakan untuk cepat dan tajam dalam bertindak.

Misalnya, tidak mahu lambat-lambat dan nanti-nanti untuk Solat.

Jadualkan diri 30 minit awal untuk bersiap ke masjid atau berada di atas sejadah. Isi waktu itu dengan perkara kebaikan lainnya. 

Azan tiba/waktu Solat tiba.. terus sedia untuk menunaikannya awal waktu.

Buat jadual rutin lainnya. Ulang aktiviti itu setiap hari. Rasai perubahan hidup.


Insya-Allah.


Follow terus,

t.me/hwchannel

0 comments: