Spectra 3- bukan milikku lagi...babaii



Atas sebab-sebab yang mendesak, ditambah dengan tempoh penyimpanan yang terlalu lama di dalam stor tanpa digunakan, maka saya buat keputusan untuk membenarkan si S3 ini bertukar tuan seterusnya berkhidmat dengan penuh gigih untuk rezeki insan yang lain. Dengan akad jual dan beli, maka S3 di atas ini rasmilah milik kawan saya Fik yang bersemangat menyusukan anaknya Fawwaz Mushoddiq.

Mula-mula Fik berhajat nak beli Avent manual je, sebab dengar saya pakai Avent dan berjaya susukan Sofiy sampai sekarang. Ya, saya pakai Avent manual saja sepanjang menyusukan Sofiy (sebelum beli Avent dulu guna Anakku). Selepas dah ada Avent, ada duit terlebih saya beli Spectra 3 kononnya nak guna satu di rumah dan satu di ofis. Tapi lepas cuba S3 tu 1,2 kali...saya rasa lebih selesa dengan Avent. Maka S3 tu tersorok saja di dalam stor sampailah warranty pun habis.

Berbalik cerita Fik, saya ajak dia datang rumah untuk cuba sendiri. Risau juga kalau tak serasi dengan dia. Mula-mula pam, dengan sucking yang minima...dia kata takde rasa apapun. Saya kata tunggu sekejap, dan saya kuatkan power sucking tu sikit demi sikit. Ade la keluar susu sikit. Kemudian saya pergi ke dapur nak ambil pam Avent saya untuk dia cuba. Sambil-sambil tu hidangkan air dan kuih untuk suami dan adik ipar Fik. Masuk je bilik lepas tu, wah...dah banyak susu dia! Nampak sangat tadi dia segan dan rasa tak selesa, maka susu pun malu-malu nak keluar. hihi. Lepas tu dia cuba Avent, hmmm...nampaknya susu yang mencurah-curah tadi terkedu taknak keluar. Maka Fik pun teruslah buat keputusan nak angkut balik itu S3...hihi. Begitulah alkisahnya. Alhamdulillah, moga-moga berterusan rezeki baby Fawwaz dengan susu ibu. Sofiy nampak cemburu masa umi dukung baby Fawwaz buat umi rasa Sofiy belum sedia nak adik, kan Sofiy kan?






Nota: Andaikata Sofiy dapat adik nanti, umi tak pasti lagi nak setia dengan Avent atau dapatkan satu pam elektrik. Apapun, tengok keadaan kerja macam mana. Uih, babynya ntah mana-mana dah fikir pasal pam pulak.

2 comments:

Nieza Ishak said...

aii pun pencinta Avent selama 3tahun ni, belum pernah beralih arah lagik

Min Aina Ila Aina said...

Rasanya ramai yang setia dengan Avent ni. Boleh dapat anugerah kesetiaan la.